Wednesday, March 9, 2011

Second HoneyMoon - Day 2


Sambungan Second Honeymoon Day 1
 

Hari Isnin aku & encik suami bangun awal macam biasa.. lepas bersiap semua, terus turun ke First World Cafe untuk breakfast.. masa ni x ramai orang sangat.. so nak makan pun tenang cikit.. lepas habis breakfast, sambung beli cenderahati.. 
 

Since kat luar First World Cafe tu ada banyak kedai cenderahati, so makan masa dekat sejam lebih kat situ.. kedai cenderahati kat situ dari banyak negara contohnya India, Jepun, Korea, Singapura, Indonesia, Thailand & banyak lagi.. kiranya boleh shopping macam kita berada kat negara tu la.. 
 

Lepas beli cenderahati, terus balik bilik.. kemas barang untuk balik.. check out lebih kurang pukul 10 pagi.. 

Masa nak naik cable car tu, ada jugak photographer yg nak ambik gambar.. kitaorang senyum jer la.. tapi x kan beli la gambar tu kan sebab masa nak sampai Genting dah beli kan.. xmo la membazir beli gambar dalam cable car lagi.. cukuplah ada 1 jer.. dalam cable car, sempat ambik peluang makan gula2 kapas.. macam budak2.. hihihi



Sampai Skyway terus gie kat parking kereta.. then kitaorang terus keluar dari Skyway & cari banner Genting Highlands Strawberry Farm.. dekat jer dari Skyway, dalam 5 minit dah sampai..

Sampai jer Genting Strawberry Farm terus excited.. sebabnya, ni lah pengalaman kali pertama aku nak petik buah strawberry yer.. sebelum ni x pernah.. sila jangan gelakkan aku yer.. memang ni la kali pertama so agak teruja sangat.. 
 

Masuk2 jer Genting Highlands Strawberry Farm tu, senyum sampai nak ke telinga.. bau strawberry kat sana betul2 buat aku gembira.. terus ambik bakul untuk petik buah strawberry.. lepas tu pilih kawasan untuk petik buah strawberry..
 


Sambil petik buah strawberry, sambil bergambar.. cuaca masa tu panas sangat.. tapi sebab excited so xkisah pun nak petik buah strawberry masa panas2 tu.. maklumlahkan, pengalaman kali pertama.. 
 


Lepas dah puas petik buah strawberry & bergambar terus ke kaunter pembayaran.. for info, minimum kita kena petik buah strawberry kat situ sebanyak 100gram.. 100gram bersamaan RM6.00.. ok lah tu kan..
 

Tak jauh dari Strawberry Farm, ada beberapa kedai jual cenderahati.. rambang mata gak la tengok.. ada jugak kedai yg jual minuman & chocolate campuran strawberry.. since orang tu bagi rasa & rasa sedap kat tekak aku ni so beli la beberapa jenis minuman & chocolate tu cikit.. 
 

Since dah lama jugak kat situ, so decide nak balik.. nampak la anak panah keluar.. ingatkan terus keluar ke tempat parking.. rupanya keluar dari Strawberry Farm tu kita akan ke Genting Highlands Flower Farm pulak.. wah, teruja balik!! biasalah orang perempuan kan, kalau nampak bunga kalau boleh semua nak dibelinya.. hihihi.. 
 

Kat sepanjang Flower Farm ni pun ada banyak kedai untuk kita cuci-cuci mata & beli cenderahati.. since aku gie Hari Isnin, so x ramai orang sangat.. bila x ramai orang, memang best untuk kita beli barang kat situ since dapat harga murah..
 

Keluar jer dari Flower Farm, sampai pulak ke Genting Highlands Mushroom Farm.. masa ni dapat la tengok macamne diaorang nak hasilkan cendawan tu.. tempat untuk hasilkan cendawan tu luas jugak la.. 
 

Memang puas hati dapat gie situ.. sebabnya dalam 1 kawasan ada 3 taman yg berlainan.. so xperlu nak pergi jauh2 dari 1 taman ke 1 taman yg lain.. jimat masa & tenaga.. tapi jimat belanja tu agak susah sebab banyak sangat kedai sepanjang Genting Highlands Strawberry Farm, Flower Farm & Mushroom Farm tu.. hihihihi..


Dalam pukul 2 lebih kitaorang keluar dari Genting Highland Strawberry Farm tu.. memang aku happy sangat2.. pengalaman kali pertama petik buah strawberry yg memang sukar untuk dilupakan!!!
 

Syukur Alhamdulillah kerana Allah memberikan peluang untuk aku & suami menikmati saat2 indah berdua.. walaupun bercuti kat tempat dekat2 jer, tapi aku dah cukup berpuas hati.. lagipun bukan senang encik suami nak dapat cuti rehat, so bila dapat peluang ni memang aku bersyukur & gembira sangat.. 


Istimewa untuk encik suami, "terima kasih sayang untuk percutian yg indah ni!!"
 


Pengalaman second honeymoon yg sememangnya indah untuk dikenang!! semoga kebahagiaan ni akan berpanjangan hendaknya..

16 comments:

  1. waaahhhh dear....bahagianyer nadia tgk...Alhamdulillah so sweet... moga berbahagia hingga akhir hayat tau...
    mate nadia ni duk nengok ke strawberry jep....hihihi

    ReplyDelete
  2. K.atie pon tingin nk g genting...tahun lps Xjd...g CH jer...sejok gak!hihi

    ReplyDelete
  3. bunga, hihihi.. apalah yg sweet tu.. anyway thanks yer..

    ReplyDelete
  4. nadia, Alhamdulillah makin hari makin bahagia.. thanks doakan zana & husband..

    strawberry tu mmg jer nampak kan??

    ReplyDelete
  5. k.atie, nnti ada masa k.atie gie yer.. zana pun ada cadangan nak gie CH.. hope menjadilah plan ni..

    ReplyDelete
  6. besnyee petik stoberi, 100gram 6ringgit ok ar hihi

    ReplyDelete
  7. kalau g cameron lagi la rambang mata nak petik strawberry....heheheehe

    ReplyDelete
  8. dd, best jugak petik strawberry ni.. rasa mcm ladang kita sendiri lak.. hihihi

    ReplyDelete
  9. shah-kayrul, mmg zana ada cdgn nak ke cameron.. hope menjadi la plan tu..

    ReplyDelete
  10. Soooo sweet :)

    Semanis gula kapas tu :)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..