Wednesday, August 31, 2011

Happy Birthday Abah!!

Happy Birthday to u
Happy Birthday to u
Happy Birthday to ABAH
Happy Birthday to u..

Hari ni, 31 Ogos 2011 genaplah umur abah 54 tahun.. syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang untuk kami sekeluarga bersama abah pada hari ulang tahun kelahiran abah tahun ni..

Setiap tahun birthday abah memang meriah!! semua orang bercuti pada birthday abah.. special kan? sebabnya abah lahir pada hari MERDEKA!! abah dilahirkan pada 31 OGOS 1957.. tarikh keramat yang diingati oleh semua rakyat Malaysia..

Tahun ni birthday abah lebih bermakna.. birthday abah jatuh pada hari raya ke2.. semua anak2, menantu & cucu berada di samping abah.. syukur di atas rahmat Mu ini Ya Allah..

Abah, adik doakan agar abah terus dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati usia & semoga abah terus bahagia bersama emak, anak2, menantu2 & cucu2 abah..  kami terlalu sayangkan abah.. 
HAPPY BIRTHDAY ABAH!! MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Selamat Hari Merdeka Malaysia


 Semoga negara kita Malaysia terus aman, damai & maju hendaknya..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya

 
Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, August 29, 2011

Monday Raya Bluess

Ada yang alami Monday Bluess ke hari ni?? 

Rasanya semua Monday Raya Bluess kan.. hihihi.. maklumlah tinggal beberapa jam jer lagi nak sambut Hari Raya!!!

P/S: Bau rendang, nasi impit, kuah kacang, lemang & segala macam jenis kuih dah ni..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Sunday, August 28, 2011

Mood Raya Makin Memuncak!!

Meriahnya suasana beraya di kampung!!! bila dapat berkumpul adik beradik macam ni, memang lupa segala masalah.. bila dapat berbuka dengan keluarga, rasa bahagia sangat.. boleh request mak masak macam2.. best!!!

Bertambah bahagia bila dapat bermanja dengan semua kakak2.. dapat bergaduh2 manja dengan anak buah.. lepas tu tension sebab semua anak buah cakap, "mak cu garang!! pak cu baik.." mencik ahhh!!!

Meriahnya suasana nak raya!!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Saturday, August 27, 2011

Balik Beraya

Rasanya sekarang ni dah ramai yang berada di kampung halaman kan.. mesti masing2 tengah sibuk buat persiapan raya kan.. gerenti meriah!!

Sememangnya semua orang menanti detik 1 Syawal tu dengan hati yang riang.. semoga Hari Raya tahun ni lebih bermakna untuk kita semua..

Selamat Balik Kampung!!

Kepada yang belum balik kampung tu, aku doakan agar korang selamat balik ke kampung hendaknya.. hati2 memandu di waktu perayaan ni.. ingatlah orang yang tersayang!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, August 26, 2011

Pesanan Balik Beraya

Jumaat yang indah.. bangun pagi dengan penuh semangat.. maklumlah hari ni hari terakhir bekerja sebelum menyambut Hari Raya.. so semangat la cikit kan.. semangat nak balik kampung yer.. bukan semangat nak keje.. hihihi.. teruk betul kan.. 

Malam tadi kitaorang keluar untuk cari persiapan raya lagi.. selagi tak raya, selagi tu asyik membeli kan.. tapi rasanya macam ada yang tak cukup lagi jer.. terutamanya keperluan untuk rumah sendiri.. so maybe lepas balik dari kampung minggu depan baru cari keperluan rumah sendiri sebab kalau nak cari sekarang macam dah tak sempat sangat.. motif lepas balik raya kat kampung pun masih nak membeli barang raya???? hihihihi..

InsyaAllah malam ni akan jumpa akak blogger kesayangan, Pn Stoberi.. last minute plan.. semalam petang Pn Stoberi e-mail aku bagitau yang dia nak berbuka kat Putrajaya so dia ajak jumpa sekali.. insyaAllah kitaorang akan jumpa dekat Umai D' Lake Cafe malam ni.. 

Malam ni maybe akan tido lambat.. sebabnya nak balik kampung pagi esok, tapi barang semua  tak packing lagi.. hihihi.. agaknya terus tak tido sampai sahur sebab excited nak balik beraya.. lepas sahur esok terus gerak balik kampung.. semoga selamat perjalanan kami suami isteri untuk pulang ke kampung..


Untuk korang semua, selamat bercuti aku ucapkan.. kepada yang nak balik beraya tu, berhati2lah memandu yer.. untuk yang naik bas untuk balik beraya, jangan terlepas bas yer.. aku doakan perjalanan korang semua untuk balik beraya akan dipermudahkan oleh Allah hendaknya.. semoga semua selamat balik ke kampung untuk meraikan lebaran bersama keluarga tersayang.. insyaAllah..




TAKE CARE SEMUA!!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, August 25, 2011

Ciuman & Pelukan Manja Mak Abah



Rindu nak bersama mereka berdua..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Dah Terbayang-Terbayang




Lemang, ketupat, nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, kuih bahulu, kuih batang buruk dan dodol dah mula terbayang2 di mata aku.. korang pun sama kan????
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wednesday, August 24, 2011

Duit Raya & Kad Raya Special Dari Blogger

Semalam dapat duit raya dan kad raya dari sorang blogger ni, Cik Anita.. first time ok dapat duit raya dari blogger.. tapi x nak guna duit raya tu sebab rasa sayang sangat.. simpan jerlah duit tu kan.. bukannya duit tu boleh reput.. hihihi..


Cantik kan kad raya ni?? nampak ladies & feminin sangat kad ni.. dah la awek dalam kad raya ni pakai baju pink, warna kegemaran aku tu walaupun ada adik blogger ni kata dia x suka blog yang ada warna pink.. ada akak kisah ke NF?? huhuhu.. 

Apapun, aku suka sangat kad ni.. sangat cun!! bertambah best sebab ni kad raya ke 2 aku selepas kad raya dari PnStoberi hari tu.. syoknya!!!!!!

Bukan sekadar dapat kad raya jer.. aku dapat duit raya sekali tau!!

Cik Anita, sajer tau buat akak terharu dengan duit raya ni.. siap tulis duit raya untuk masa depan.. terus akak x jadi guna duit raya ni untuk beli gula2 cadbury sebab Nita kata guna untuk masa depan.. hihihihi..

 
Bukan senang nak dapat duit raya bila dah meningkat dewasa ni.. sebelum kahwin dapat duit raya dari kakak2 jer.. lepas kahwin, kakak2 aku dah x nak bagi duit raya kat aku lagi, sedih!! lepas kahwin aku dapat duit raya dari encik suami jer.. tapi nilainya berganda2 la dari nilai duit raya yang kakak2 aku bagi.. huhuhu.. adakah tahun ni duit raya dari encik suami akan meningkat?? (cakap macam ni sebab tau encik suami akan baca blog ni, so mana tau dia nak naikkan duit raya aku lebih dari tahun lepas... hihihihi)


Thanks Nita untuk kad raya & duit raya tu.. akak suka sangat!!! dengan ucapan yang penuh makna dari Nita tu, akak harap sangat perkenalan kita diberkati Allah hendaknya.. keep in touch dear.. 

P/S: PnStoberi & Cik Anita, sorry x sempat nak reply kad raya tu yer sebab dah nak balik bercuti raya kan.. tahun depan Zana balas kad tu yer..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

WordLess WednesdaY - Pink Present



 Thanks encik suami untuk hadiah TITUS PINK ni sempena my birthday .. love it so much!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, August 23, 2011

Gambar Perkahwinan Cina

 
Masuk minggu ni dah 3 minggu aku check kat kata kekunci nuffnang aku ada orang search tentang gambar perkahwinan kaum cina.. siapalah agaknya yang mencari gambar tu yer?? nak kata aku pernah cerita tentang perkahwinan kaum cina x jugak.. letak gambar sesiapa pakai baju kaum cina dalam blog pun x pernah.. gambar budak comel pakai baju kimono adalah.. hihihi..


hihihihihi..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, August 22, 2011

Kad Raya Special Dari Blogger

Tengahari tadi staff aku bagi surat dekat aku.. aku pun ambik jer la.. x banyak cakap sebab suara rock, maklumlah tengah selsema pakej batuk sekali..

Sekali bukak surat tu, ada kad raya lah.. 

 
seronokkkkkkkkk!! maklumlah ni merupakan kad raya pertama yang aku dapat untuk tahun ni.. macam sedih jer bunyinya kan.. zaman makin maju, semua dah macam melupakan tradisi hantar kad raya ni.. sekarang ni semua nak wish dekat fb, e-mail or sms jer.. tapi aura happy bila dapat kad raya tu memang terbaik la.. feel tu lain cikit, rasa lebih dihargai dan diingati..


Bila nampak nama pengirim, lagilah happy!!! akak blogger kesayangan aku hantar kad raya ok.. jangan jeles ok.. kalau nak jeles jugak , sila ke tepi cikit untuk memberi laluan pada saya yang tengah mood gembira dapat kad raya ni.. huhuhu.. 

Kekda, thanks sangat2 untuk kad raya ni!!! zana suka ok!! suka sangat2!! kalau Kekda depan mata, zana dah hug Kekda ketat2.. terharu sebab Kekda sudi hantar kad raya untuk zana.. terharu dengan silaturrahim antara kita ni.. walaupun x pernah jumpa, tapi Kekda sudi hantar kad raya untuk zana.. hope sangat kita dapat jumpa 1 hari nanti..

Dalam sebulan, terima 2 hadiah dari Kekda.. siapalah yang x suka bila ada yang sudi hadiahkan kita sesuatu kan.. memang aku hargai sangat perkenalan aku dengan Kekda ni.. semoga perkenalan kitaorang terus diberkati Allah hendaknya.. 

Kekda aka Puan Stoberi




Kekda, terima kasih sebab buat zana gembira.. terima kasih sebab selalu komen kat blog zana.. zana doakan agar Kekda dilindungi Allah selalu.. sayang Kekda ketat2!!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Shopping Dalam Blackout!!

Minggu ni merupakan minggu terakhir sebelum bercuti raya!!! semangat nak datang kerja or semangat nak bercuti raya?? tepuk dada, tanyalah hati.. jangan tanya selera sebab lambat lagi nak buka.. boleh?? hihihi

Weekend hari tu tersangatlah pack dengan segala macam aktiviti.. tapi xde lah penat sangat.. cuma part kuat tidooooo tu masih x boleh elak.. huhuhu.. pantang dapat baring, cepat jer mata ni lelap.. xde bantal pun xpe.. teruk kan??

Sabtu ke Jusco untuk beli persiapan raya.. tapi masih ada yang x cukup lagi.. barang siapa lagi yang x cukup kalau bukan barang tuan blog.. punyalah banyak kedai dah masuk, tapi belum ada yang berkenan.. nasib baik encik suami cool jer dengan perangai isterinya.. hihihi..

Semalam pulak ke The Mines.. sampai The Mines pelik sebab semua orang keluar dari The Mines.. turun kereta ada kakak tu bagitau yang The Mines BLACKOUT!! adoi, punah harapan nak shopping.. tapi ngada gak nak masuk The Mines dengan harapan blackout tu kejap jer.. 

Tapi hampa ok.. kitaorang keluar dari The Mines lepas setengah jam berpanas dalam The Mines sebab still blackout.. walaupun blackout, masih ramai orang shopping dalam The Mines tu.. aku x ada la membeli sebab macam x puas hati memilih & membeli dalam cahya yang samar2 tu.. tapi memang ramai yang masih bersesak2 untuk shopping kasut la, baju la, kuih raya la.. punyalah semangat shopping orang Malaysia ni kan.. blackout pun masih boleh enjoy shopping lagi.. kalau korang, korang sanggup??
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Sunday, August 21, 2011

Tips Mengemas Rumah Untuk Raya

Masa untuk mengemas rumah untuk Hari Raya makin suntuk.. weekend ni lah nak kemas rumah sebab kalau weekdays tu agak payah cikit.. sebenarnya nak kemas rumah ni boleh siap sekejap jer.. cuma, nak dapat mood tu yang susah.. hehe.. tapi kalau ikut beberapa tips mengemas rumah untuk raya ni mungkin tugas mengemas tu lebih mudah..  

Tips Mengemas Rumah Untuk Raya


Tahun ni persiapan raya lebih meriah cikit dari tahun lepas.. sebabnya tahun lepas baru sebulan lebih kahwin dah nak raya.. penat untuk majlis kahwin pun x habis lagi.. then banyak jugak persiapan rumah yang belum lengkap.. makanya tahun ni rumah kena kemas lebih la kan..kata dah setahun kahwin, x kan sama jer dengan raya masa baru berkahwin kan.. huhuhu.. 

So jom kita baca 3 tips ringkas mengemas rumah untuk raya :

Bijak membahagikan kerja dalam satu masa.

Tips ini mesti diamalkan jika kita nak cepat mengemas rumah. Sambil kita menyapu lantai, kita juga boleh membasuh baju. Sambil tunggu baju kita dibasuh oleh mesin baju, kita boleh buat kerja lain seperti menyapu, basuh bilik air dan sebagainya. Janganlah tunggu 1 perkara selesai baru nak buat perkara lain kan.. kena bijak gunakan masa yang ada..
  
Dari atas ke bawah

Lakukan proses mengemas dari bahagian atas dulu seperti buang sawang-sawan di dinding dan siling, habuk yang melekat di kipas siling dan sebagainya. Jika rumah 2 tingkat, kita dinasihatkan untuk bermula mengemas dari bahagian atas kemudian ke bawah. Ini untuk mengelakkan kita membuat kerja yang sama berulang kali. 

Gunakan bantuan mesin

Zaman moden yang canggih sekarang begitu banyak mesin atau gajet yang ada ditawarkan di pasaran. Seharusnya penggunaan mesin atau gajet dalam tugas membersihkan rumah harus digunakan sepenuhnya untuk membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan di rumah. Kita boleh guna penyedut hampagas atau vakum. Kerja kita menjadi lebih mudah untuk membersihkan habuk berbanding jika anda menggunakan cara tradisi iaitu penyapu.
  
Selamat mengemas rumah semua :)

~ Zana Adieyza ~
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Saturday, August 20, 2011

Weekend Shopping


Hari dan esok mesti shopping complex penuh dengan orang ramai.. bazar2 jualan raya pun mesti makin meriah.. jalan TAR tu tak payah cakap la kan.. gerenti macam tin sardin!! padat dengan orang ramai..

Weekend ni jugak mesti banyak duit yang habis.. huhuhu.. sebab semua sibuk nak beli untuk persiapan raya.. apapun, dalam berbelanja tu, jangan sampai membazir yer.. para suami bolehlah nasihatkan isteri untuk kawal nafsu membeli tu.. para isteri pulak bolehlah ingatkan suami untuk membayar zakat sekiranya belum membayar zakat..

Rancanglah perbelanjaan dengan bijak!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, August 19, 2011

Tag - Lagu Raya Kegemaran Saya


 Akak blogger kesayangan aku, Puan Stoberi ada tag aku tentang "Lagu Raya Kegemaran Saya".. 

Memandangkan mood raya makin menebal di dalam jiwa ni, maka aku segera la jawab tag ni.. Puan Stoberi, raya nanti jangan lupa datang rumah zana yer.. jangan lupa jugak duit raya untuk adikmu ini.. hihihi..
 
LIRIK LAGU : SUASANA HARI RAYA OLEH ANUAR ZAIN & ELINA

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira


E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )

A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )

A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman

E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri


A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Dari aku kecik sampai sekarang ni dah berkahwin, aku paling suka lagu nyanyian Anuar & Elina ni.. dengan suara kanak2 diaorang masa nyanyi lagu tu, dengan rentak lagu tu yang meriah, ditambah pulak dengan lirik yang senang nak ingat.. hari raya aku bertambah meriah bila dengar lagu ni ok.. kalau dengar lagu ni, mesti rasa nak joget2 sekali.. hahaha..

Siapa yang rajin, sila buat tag ni yer.. sekurang-kurangnya, ada jugak entry baru kan.. hihihi.. bagitau tajuk lagu yang korang suka & bagi lirik sekali k.. nak lagi best, upload la sekali video lagu tu..
Tapi, aku nak jugak tag beberapa blogger untuk jawab tag ni.. ni paksa rela la kiranya.. huhuhu..

1) Diana aka Bila Ku Kata Cinta
2) Azie aka My Crappy Life
3) Zaza aka Mama Iman Wife Din
4) Mama Irfan aka MAPPIAU
5) Kak Nik aka NickNuar
6) Anum aka Two Souls Become One
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Balik Beraya - Rumah Mertua atau Rumah Keluarga Sendiri

Pagi ni aku nak ajak korang bercerita tentang isu nak balik beraya di kampung untuk pasangan yang telah berkahwin.. isu ni dari dulu lagi memang popular menjelang hari raya.. kadang2 sebelum puasa pun ada yang dah berbalah soal balik kampung ni..



Selalunya pasangan yang dah berkahwin akan cuba untuk berlaku adil untuk kedua belah keluarga.. penting untuk jaga hati keluarga & keluarga mertua sebab kalau ada yang tersinggung mungkin akan bawak kepada masalah yang lebih besar..

Syukur Alhamdulillah kerana aku bertemu jodoh dengan orang senegeri.. bertambah bersyukur kerana kampung kami hanya sebelah2.. jarak antara rumah keluarga aku & keluarga encik suami tak sampai 10km.. raya tahun lepas, dalam 1 hari tu kitaorang berulang alik lebih 3 kali dari rumah keluarga ke rumah mertua.. bila ada tetamu di rumah keluarga aku yang nak jumpa kitaorang, kitaorang balik rumah keluarga aku.. tak sampai sejam, mertua call kata ada tetamu nak jumpa kat rumah mertua.. kitaorang patah balik ke rumah mertua.. lebih 3 kali kitaorang ulang alik.. penat dalam kereta jer.. jadinya, mungkin isu balik kampung siapa dulu tak menjadi isu yang terlalu besar bagi kitaorang suami isteri..

Tahun lepas merupakan tahun pertama beraya dengan gelaran isteri.. memandangkan tahun pertama, jadi aku lebih suka untuk beraya di rumah mertua.. setiap orang mempunyai alasan yang berbeza untuk isu ni.. alasan aku untuk beraya di rumah mertua pada tahun pertama bergelar isteri adalah untuk menjaga nama baik dan menghormati suami.. keputusan ni jugak untuk mengelak orang berkata yang aku ni queen control.. maybe sebab aku selalu dengar kalau tahun pertama berkahwin beraya di rumah isteri, isteri tu seolah2 nak jadi queen control.. so untuk elak daripada mendapat status queen control, aku ambik keputusan untuk beraya di rumah mertua..

Lain orang lain alasannya kan.. aku tak kata kalau tahun pertama beraya di rumah isteri tu tak elok, isteri tu queen control, isteri tu tak hormat suami atau sebagainya.. setiap orang ada alasan atas keputusan untuk beraya di rumah keluarga sendiri atau rumah keluarga mertua.. 

Setiap orang jugak ada masalah sendiri yang mungkin membuatkan diaorang ambik keputusan untuk beraya dekat mana.. faktor utama selalunya kerana jarak rumah kedua keluarga yang jauh.. mungkin jugak faktor cuti yang tak lama membuatkan ada yang tak sempat nak balik ke kampung..  ada jugak yang akan beraya lebih lama di rumah keluarga sendiri atau keluarga mertua jika kesihatan ibu bapa atau ibu bapa mertua yang tidak berapa sihat.. so, dalam isu ni hanya pasangan tu sendiri yang tau kenapa diaorang buat keputusan tu..

Yang penting, pasangan tu sendiri kena bijak dalam membuat keputusan.. raya kan sebulan so pandai2lah nak aturkan jadual untuk balik beraya nanti.. hati kedua belah keluarga kenalah jaga.. kena adil dan saksama.. kalau di rumah mertua 3 hari, maka di rumah keluarga sendiri pun mestilah 3 hari.. 

Aku & suami sedaya upaya nak berlaku adil dalam isu ni.. kalau berbuka 2 hari di rumah keluarga aku, maka 2 hari jugak la kitaoranga kan berbuka di rumah mertua.. tapi kalau cuti tu tak cukup untuk berlaku adil, kitaorang akan ganti masa cuti yang akan datangnya.. ye lah, kadang2 cuti 3 hari so mesti ada 1 rumah akan lebih masanya kan.. makanya cuti yang akan datang tu, kitaorang akan ganti masa tu dekat rumah yang tak cukup bersama pada cuti sebelumnya.. aku cakap ni bukanlah bermakna aku ni sempurna sangat, cuma aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri.. 

Tahun ni kitaorang akan beraya di rumah keluarga aku dulu.. insyAllah tengahari tu akan balik ke rumah mertua.. sekarang ni kitaorang suami isteri baru nak buat jadual tentang pembahagiaan bercuti.. nak pastikan adil berada di rumah mertua & berada di rumah keluarga aku sendiri.. semoga keputusan ni akan membahagiakan kedua belah keluarga & kami suami isteri..  

Pada sesiapa yang dah berkahwin tu, tahun ni korang beraya kat rumah keluarga sendiri atau rumah keluarga mertua?? ada masalah tak untuk tentukan tentang soal beraya mana dulu??pada yang masih bujang, kalau dah berkahwin korang akan beraya mana dulu nanti??

P/S: Jumpa link pasal isu ni yang mungkin kita boleh jadikan iktibar.. Rancanglah cuti hari raya dengan bijak!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, August 18, 2011

Virgin Coconut Oil (VCO) - bukan untuk yang masih dara sahaja

Motif letak tajuk macam tu? huhuhu.. entry ni tiada kaitan dengan filem "Aku Masih Dara" yer kawan2.. hari ni aku nak cerita tentang Minyak Kelapa Dara @ Virgin Coconut Oil (VCO) tapi tidak bermakna entry ni hanya sesuai dibaca oleh yang masih dara kerana namanya ada perkataan DARA!



"stop melalut cik puan zana.. makin lama ko mengarut, makin orang tension nak baca blog ko.."

Rasanya ramai dah tau tantang Virgin Coconut Oil (VCO) ni kan.. banyak blogger yang cerita tentang kebaikan VCO ni.. bila dah ramai sangat bagi feedback yang positif dengan testimoni yang gempak2, maka aku pun x lepaskan peluang untuk mencuba VCO ni.. 

Aku beli VCO dari blogger yang aku kenal rapat, Yana.. baru seminggu aku makan VCO ni.. tapi nampaknya ada perubahan yang positif dekat badan aku.. paling ketara, perubahan positif dalam sistem pencernaan.. memang ketara sangat perubahannya.. kalau dulu, ada jugak masalah tentang sistem pencernaan ni, tapi lepas makan VCO ni, Alhamdulillah makin ok.. 

VCO ni boleh dimakan atau disapu di muka.. hari tu aku sajer2 sapu VCO tu kat muka.. lepas pakai tu, terasa kulit muka aku tegang cikit.. rasa macam pipi gebu time tu.. hihihihi.. suka!

Banyak sebenarnya kebaikan VCO ni.. 

Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
Melindungi tubuh daripada kanser.
Jerawat cepat susut
Regular semula PMS anda
Sistem penghadaman lebih baik
Kesuburan
Mengurangkan minyak up to 70%
Kurangkan rasa senggugut
Batuk dan Selsema cepat hilang
Mengurangkan tidur berdengkur

SANGAT DISYORKAN UNTUK MEREKA YANG MENGALAMI:
masalah kulit:kering, merekah, berjerawat, ruam
selera makan terlalu tinggi/terlalu rendah
boleh diambil untuk diet anda
kadar kolestrol yang tinggi, masalah kencing manis
selalu keletihan dan tiada tenaga
dan banyak lagi!

Tapi memandangkan aku baru cuba VCO ni seminggu, aku x dapat la nak bagi testimoni penuh lagi.. nanti kalau dah habis 1 botol tu, aku try review lagi tentang VCO ni k..

Harga VCO ni cuma RM39.90.. ada 60biji dalam 1 botol tu.. 2biji sehari.. sesuai untuk lelaki dan perempuan..

P/S: Siapa pernah makan VCO ni, meh share cikit tentang kebaikan yang korang rasa lepas makan VCO ni..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

PiZZa HuT RM10



Sebenarnya, tau tentang promosi ni dari Azie.. dia ada cerita dalam blog dia yang dia dapat kupon ni dekat kereta dia.. orang PHD letak dekat semua kereta kat kawasan rumah dia.. yang aku peliknya, nape kat area rumah aku xde pulak orang PHD letak kupon ni.. padahal jarak rumah aku dengan PHD tu cumalah sekangkang kera.. majuk kejap dengan PHD hari tu..

Tapi mana boleh majuk lama2 kan.. sebab promosi macam ni bukan selalu dapat.. so aku pun tejah website PHD.. terus print kupon ni.. semalam petang dah redeem kupon tu kat PHD Putrajaya.. so buka semalam meriah dengan kehadiran Waikiki Chicken Pizza!! yummy2!!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wednesday, August 17, 2011

Birthday Celebration Zana aDieyZa

Masa birthday 11 Ogos hari tu, encik adiey ajak berbuka & celebrate birthday kat luar.. aku ikutkan sajer.. lagipun bulan puasa tahun ni memang kami berdua belum sempat berbuka di luar.. 

Malam tu kami berbuka di



Nando's dekat The Mines!!

Dah lama aku x jejak kaki dekat Nando's.. rasanya last tahun 2006 kot.. punyalah lama kan.. masa sampai dekat Nando's, ramai yang dah tempah seat rupanya.. nasib baik masih ada yang kosong.. rezeki birthday girl.. hihihi..

 
 
Kitaorang ambik set promotion sempena berbuka puasa.. harga yang murah dengan pilihan makanan yang sedap.. memang birthday celebration yang best!!!

Let's Do Break Fast Tonight

Appetizer:
Grilled Chicken Sausages

Main Course:
Two 1/4 Chicken with 4 Sidelines

Desserts:
Chocolate Cake or Cheesecake

Beverages:
2 glasses of F&N Strawberry or Ice Lemon Tea


Hari tu kitaorang order coleslaw, peri chips, mediterranean rice & peri potato salad untuk sidelines.. semuanya aku suka kecuali potato salad agak kureng.. yang lain semuanya sedap..


Paling aku suka dekat Nando's ni adalah Ice Lemon Tea.. memang sedappppp.. then boleh refill pulak tu.. memang terbaik.. minum sampai 3 gelas.. Chocolate Cake kat situ pun mantap!!!! sampai sekarang teringat-teringat.. ada sesiapa nak ajak aku makan Nando's sila bagitau yer.. hihihi.. 

Thanks encik suami sebab sudi bawak puan isteri makan di Nando's.. thanks jugak untuk "new pinky" itu!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, August 16, 2011

Coconut Shake Melaka vs Putrajaya

Siapa pernah minum coconut shake dekat Klebang Melaka?? 

Coconut Shake Klebang

Siapa yang pernah minum coconut shake kat Klebang tu, mesti tau tentang betapa popularnya coconut shake tu.. kalau nak beli coconut shake tu, harus beratur panjang.. kedai tu sentiasa penuh dengan pelanggan walaupun kedai tu hanyalah kedai biasa di tepi jalan.. tapi kerana aura kesedapan coconut shake tu, ramai yang sanggup beratur panjang semata2 untuk beli coconut shake tu tau..

Dulu masa belajar kat Melaka, puas jugak la minum coconut shake tu.. pergi lepak kat kedai tu dengan member2 sambil layan coconut shake memang TERBAIK!! dah la kedai tu dekat dengan pantai Klebang, so minum coconut shake dengan angin tepi pantai yang meniup sepoi22 bahasa tu, gerenti feeling habis la..

gambar kenangan bersama member di gerai Coconut Shake Klebang Melaka
Sejak 3 tahun meninggalkan Melaka, aku x pernah lagi minum coconut shake.. x kan nak pergi Melaka semata nak minum coconut shake kan.. huhuhu.. susah la nak jumpa kedai yang jual coconut shake ni.. 

Tapi, bulan puasa tahun ni aku dapat jugak menikmati coconut shake ni.. sebab ada jual kat bazar Ramadhan Presint 15, Putrajaya.. kalau dekat Klebang, harganya dalam RM1.50-1.70.. tapi dekat Putrajaya ni harga coconut shake adalah RM2.00.. 

Walaupun x sama macam coconut shake dekat Klebang, tapi rasa coconut shake dekat Putrajaya ni pun sedap gak..cukup rasa la kiranya.. tambah pulak minum waktu berbuka puasa.. memang layannnnnn...
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Ikan sombong

Masa balik kampung last week, encik suami ajak aku gie memancing.. aku yang selama ni x pernah nak ikut setiap kali dia pergi memancing, tiba2 setuju jer untuk pergi teman encik suami memancing.. sebabnya di bulan puasa ni, lebih baik la buat sesuatu yang berfaedah daripada tidoooooo..

Kitaorang ajak mak mertua & adik ipar ikut sekali gie memancing sekali.. kitaorang gie memancing dekat kolam ikan depan rumah arwah atok encik suami.. kiranya kolam ikan keluarga la.. kolam ikan ni x jauh pun dari rumah mak mertua, 10 minit jer dah sampai.. aku yang x pernah2 ikut gie memancing, rasa over teruja lak masa tu.. 

Kitaorang guna kayu biasa jer untuk memancing.. ikat tali pancing, mata kail & letak umpan anak ikan emas dekat kayu.. senang!!! x payah beli pancing mahal2, jimat ok!

Aku ingatkan kalau memancing guna kayu tu, x dapat ikan.. rupanya sangkaan aku meleset!! setengah jam dekat kolam ikan tu, kitaorang dapat 5 ekor ikan haruan yang BESAR!!! 

 Encik suami dapat 2 ekor, adik ipar dapat 3 ekor.. 



Aku?? hampeh!! nape ntah ikan2 tu semua x tergoda dengan pancing aku.. encik suami cakap, ikan xnak makan umpan aku sebab masa memancing mulut aku bising jer.. kalau nak memancing, kena senyap jer katanya.. betul eh??

Aku ingatkan kalau nak dapat ikan besar, kena guna pancing mahal.. rupanya guna kayu biasa pun boleh dapat ikan.. sungguh naif diri aku tentang bab memancing ni kan.. hihihihihi..

Memang puas hati betul dapat memancing hari tu.. balik rumah, mak mertua masak ikan haruan masak lemak cili api.. peeerrrgggghhhh, mantap beb.. memang menantu dia makan x pandang kiri kanan dah..

Esoknya, kitaorang repeat balik gie memancing.. kali ni bawak sorang lagi adik ipar, bakal biras & anak buah aku.. kali ni kitaorang dapat 8 ekor ikan untuk tempoh sejam memancing.. memang syok!!!!


Tapi motif orang lain dapat ikan tapi aku x dapat????? padahal aku dah cuba untuk x banyak bebel masa memancing tu.. huhuhu.. anak buah aku yang umur 3 tahun pun dapat ikan tau! malu betul aku dengan budak kecik tu.. 

Nape ikan2 tu xnak makan umpan aku? sombong la ikan2 tu kan..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, August 15, 2011

Maafkan Saya

Selamat pagi semua.. semoga semuanya ceria2 selalu..

Hari ni masuk office setelah puas bercuti di kampung.. sampai office terus check blog & e-mail.. banyak betul e-mail & komen yang x sempat nak dibalas.. sampaikan ada blogger yang merajuk dengan aku sebab aku x singgah blog dia.. maafkan akk yer NF.. bukan akk sajer x nak jenguk blog NF cuma akk sibuk dengan aktiviti bersama keluarga.. so memang x online langsung.. sorry jugak pada blogger yang aku belum sempat terjah blog mereka.. masa belum mengizinkan..

Pagi ni ada meeting yang perlu dihadiri.. so insyaAllah petang nanti aku akan cuba untuk blogwalking yer.. keep blogging guys!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Sunday, August 14, 2011

Food Promotion

Bulan puasa ni aku makin rajin jenguk website Malasia Food Promotion ni.. seronok tengok pakej2 makanan sempena bulan puasa ni.. 

credit to MFP

Ada yang kata buffet Ramadhan ni mahal & membazir, ada yang kata sesekali makan luar apa salahnya.. bagi aku, semuanya bergantung pada individu tu sendiri.. 

Tepuk dada tanya selera..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Saturday, August 13, 2011

Menderma Bersama Pizza Hut


Program yang baik di Bulan Ramadhan.. 
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, August 12, 2011

Thanks Blogger!!

Terima kasih yang tak terhingga untuk semua blogger yang wish birthday kat aku semalam.. ada yaang tinggalkan komen kat entry, ada yang post kat fb & ada jugak yang bagi e-mail.. sayang korang semua.. 

Jiwa aku terhadap blogging makin kuat.. mungkin sebab blogging ni mampu buat aku lebih gembira sebab dapat berkongsi2 cerita dengan blogger lain..


TERIMA KASIH SEMUA!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Zikir Harian - Seribu Kali Sehari

Amalan yang baik untuk dilaksanakan setiap hari.. sama2 kita kongsikan..





Semoga amalan kita diberkati Allah hendaknya..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Cuti Bersama Keluarga

Entry fresh dari kampung halaman..

Sekarang tengah menikmati saat2 indah bersama keluarga mertua di rumah.. dapat menghabiskan masa bersama insan tersayang sememangnya membahagiakan.. 

Lepas sahur & solat Subuh tadi, kami suami isteri gerak balik kampung.. hari ni turn berbuka puasa bersama keluarga mertua.. sahur esok pun bersama keluarga mertua.. x sabar nak berbuka puasa dengan hidangan daripada mak mertua.. 

Esok awal2 pagi, balik ke rumah keluarga aku pulak.. dari rumah mertua ke rumah mak abah 15 minit jer.. dekat jer kan.. hihihi.. esok akan berbuka dengan keluarga aku pulak.. x sabar nak pergi bazar kat kampung sebab bazar kat sini banyak makanan yang dijual murah & sedap2!! 

Hari Ahad, lepas sahur & solat Subuh di rumah mak abah, kitaorang gerak balik ke Putrajaya.. ada misi yang perlu dilaksanakan hari Ahad ni nanti.. 

P/S: bahagianya berpuasa bersama keluarga!!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, August 11, 2011

Happy Birthday ZANA aka aDieyZa!!

 Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa.. syukur kerana Allah masih memberikan peluang untuk aku bernafas sehinggah ke hari ini.. sesungguhnya aku bersyukur di atas nikmat ini Ya Allah..


Ya Allah, kurniakan hamba Mu ini kesihatan yang baik agar dapat menunaikan segala amanah Mu Ya Allah, murahkan rezeki aku serta insan2 yang menyayangi diriku  & aku bermohon agar diriku sentiasa berada di bawah lindungan serta keberkatan Mu Ya Allah.. 


P/S: tahun ke 2 menyambut hari lahir bersama suami tersayang.. perasaan yg cukup indah!! Syukur Alhamdulillah..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Pemenang aDieyZa Wedding Anniversary GiveAway


Setelah hampir 2 minggu aDieyza Wedding Anniversary GiveAway melabuhkan tirai, hari ni aku akan umumkan pemenang untuk GA tu..

Rasa bahagia bila dapat umumkan pemenang GA ni pada ulangtahun kelahiran aku.. semoga keputusan ni akan dapat membahagiakan pemenangnya jugak..

First, aku akan umumkan pemenang bertuah dulu..untuk memilih peserta GA yang bertuah, aku guna random.org untuk menentukan pemenang..

TAHNIAH kepada


23 - IFA aka tiefazatie.blogspot

TAHNIAH diucapkan untuk pemenang bertuah untuk aDieyZa Wedding Anniversarry GiveAway!! Ifa, sila e-mailkan details ke adieyza_1110@yahoo.com yer.. congrats dear!!

Now, aku akan umumkan pulak pemenang untuk kategori komen.. semua komen2 dari peserta GA memang TERBAIK!!! semuanya aku suka & hargai.. semuanya mendoakan yang baik2 untuk aku & encik adiey.. kitaorang betul2 terharu dengan semua komen2 tu.. bertambah bahagia & indah anniversary kitaorang bila dengar ucapan daripada semua peserta GA tu..

Banyak ucapan yang boleh membuatkan aku menitiskan air mata.. ada jugak ucapan yang membuatkan hati aku makin kuat & bersemangat untuk menanti "rezeki' yang dinanti.. semua ucapan dari korang membuatkan aku tersenyum.. hanya Allah yang mampu balas jasa baik korang semua.. thanks sangat2..

Semuanya layak menang tapi ada 1 komen yang kami suami isteri pilih sebagai komen yang menarik di hati kami..

Ku iring doa ikhlas buatmu 
rahmat yang Esa dipohon selalu
terjalin cinta didalam kalbu
dari Tuhan memohon restu..

Agar rumahtangga mendapat berkat
perlu kesetiaan yang mengikat
perlu jujur dalam bersahabat
Insya Allah selamat dunia dan akhirat..
ameeeeen
Akad ini menjadi bukti
Bersatu kini dua hati
Menyulam cinta dan kasih bersemi
Kini dirinya sebagai suami...
 
No one can know what the outcome 
of spending years together will be
Being happy together is a gift,
And enduring love is the key.
 
Terikat dua hati menjadi satu
berjuang bersama
meredah segala dugaan
dengan cinta dan kasih menyatu jiwa
jatuh bangun tempuhi jua
segala rintangan dihadapi sedia
demi kebahagiaan dalam rukun rumahtangga
walau berat mana dugaan menimpa
bersama berjuang mengejar cecita..

Menjadi resam dalam berkeluarga
adakala terguris rasa
bawa berbincang itulah cara
agar harmoni bertaut hendaknya
agar cinta mekar semula
agar senyuman dilempar sentiasa
buat pasangan tercinta tentunya..

Selamat ulangtahun perkahwinan diucapkan
moga bahagia sentiasa mengiringi
moga berkekalan jodoh selagi nadi berdenyut
moga tercapai segala yang dihajati
itulah doa yang kami iringi
buat Zana aDieyZa dan juga suami
 
Akhir kata dari Nida di sini
Semoga jodoh berkekalan abadi
Dianugerahkan zuriat permata hati
Bahagia dan ceria sentiasa disisi..
 
TAHNIAH diucapkan kepada KAK NIDA aka nisajijah.blogspot!!! air mata mengalir masa baca ucapan ni.. terharu & sebak kerana x sangka ada yang sudi titipkan ucapan & doa yang begitu indah untuk kami suami isteri.. terima kasih Kak Nida.. nanti Kak Nida e-mailkan details ke adieyza_1110@yahoo.com untuk proses penghantaran hadiah yer..

Thanks pada semua yang sudi join GA aku kali ni.. aku hargai sangat2 semua komen2 yang membina & ucapan2 yang paling indah daripada korang.. pasal kekurangan dalam blog ni, aku akan cuba perbaiki dari masa ke semasa.. insyaAllah..

Thanks jugak pada semua yang wish happy wedding anniversary dekat kami suami isteri.. hanya Allah yang mampu balas jasa baik korang semua.. terima kasih jugak pada yang sudi baca entry tentang percutian kami suami isteri di Cameron Highlands sempena menyambut wedding anniversary pertama kami.. semua komen & ucapan tu membuatkan kami suami isteri bertambah gembira.. 

TERIMA KASIH SEMUA!! 
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ