Friday, September 30, 2011

Gaji Satu Lapis Sektor Awam, Naik Hingga 40%


KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.

Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).

“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.




Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”

“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB. Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.

“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.

Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.

SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.

The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.
Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.
Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

P/S: ramai yang x sabar nak tunggu budget diumumkan Jumaat depan.. 


www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Oktober 2001 - Oktober 2011

Esok dah 1 Oktober 2011..

Sekejap jer dah masuk bulan Oktober kan.. kiranya lagi 3 bulan sebelum tahun 2011 melabuhkan tirainya.. 

Semoga bulan Oktober ni kehidupan aku akan lebih bermakna.. berharap agar diberikan kekuatan untuk menempuhi segala dugaan yang mendatang.. berharap agar dimurahkan rezeki dari pelbagai aspek..
Lagi 11  hari genap 10 tahun kami suami isteri menyulam benih2 cinta.. sesungguhnya aku bahagia menjadi miliknya..

Syukur Ya Allah di atas rahmat dari Mu..

www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Isteri: Antara Kerjaya & Rumah

Jumaat yang indah!! bila dah hari Jumaat, mulalah otak ni merancang aktiviti di hujung minggu.. ada yang lebih suka duduk di rumah, ada yang suka keluar shopping, ada jugak yang suka jenguk keluarga @ sedara mara.. pendek kata, hujung minggu merupakan antara waktu yang ditunggu2 setiap orang..

Cakap pasal rumah, hari ni aku nak kongsi lagi tentang tips penjagaan rumah.. sebab bagi aku rumah merupakan tempat yang paling selesa untuk kita.. tips ni lebih kepada isteri yang berkerjaya.. isteri yang bekerja selalunya susah nak dapat masa yang berkualiti untuk kemas rumah pada hari bekerja.. tapi sebenarnya, kita boleh jadikan hari bekerja tu sebagai hari mengemas jugak.. nak tau caranya, jom baca tips dari mengemasrumah.blogspot ni ;

Ramai yang enggan atau kurang selesa mengemas sewaktu hari2 biasa. Biasanya, tugasan menyapu, mengemas dapur, mengemop dan melipat baju ditangguh sehingga hujung minggu. Jadi, di hujung minggu, kita dibebankan dengan kerja2 mengemas yang terkumpul. Habis masa sepanjang hari Sabtu dan Ahad dengan tugasan mengemas dan membersihkan rumah.

Di hujung minggu kita sering membasuh, melipat dan menggosok segunung baju. Kita juga bertungkus lumus menyedut sampah dan mengemop lantai keseluruhan rumah. Sudahnya, kita keletihan di hujung minggu dan tiada masa berehat. Sedar2, sudah kembali ke hari Isnin sebelum kita sempat menarik nafas.

Sebenarnya, untuk mengekalkan kebersihan rumah, kita tidak perlu bertangguh sehingga hujung minggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah mengemas rumah apabila ada kesempatan. Jadi, setiap hari, kita sapu sedikit ruang dalam rumah kita. Esok kita mengemas dapur pula. Lusa kita mencuci bilik air sambil mandi. Yang penting, kita melakukan sedikit setiap hari agar di hari minggu kita tidak tenggelam dalam kesibukan mengemas.

Untuk itu kita mungkin perlu mencipta jadual yang sesuai untuk kita. Setiap hari, yang wajib adalah penyediaan makan, membuang sampah dan menguruskan kain baju. Jadual contoh untuk aktiviti lain:

Isnin: Mengemas ruang tamu dan vakum
Selasa: Mengemas dapur dan mop
Rabu : Menyimpan lipatan kain baju
Khamis : Mengemas bilik2 dan vakum
Jumaat: mengemas ruang tamu dan vakum (mungkin ada tamu bertandang besok!)

Ini adalah cadangan semata2. Setiap individu mempunyai jadual kerja dan saiz famili yang berbeza. 
 
p/s: Semoga kita semua dapat buat jadual mengemas rumah dengan baik yang sesuai dengan situasi kita & semoga kita juga dapat disiplinkan diri untuk follow jadual tu..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, September 29, 2011

Cucur Udang Special di Umai D'Lake Cafe Putajaya


Dulu dah pernah cerita tentang Umai D'Lake Cafe ni.. tapi hari ni nak cerita lagi sebab entry dulu tu aku ada cerita tentang cucur udang tapi x sempat snap gambar.. kali ni aku snap gambar cucur udang special tu.. hihihi



Cafe ni makin ramai pelanggan.. kalau pergi waktu petang, memang penuh orang.. lagi2 kalau nak dekat waktu matahari terbenam.. sebab pemandangan sekitar cafe ni memang cantik terutamanya kalau nak tengok matahari terbenam.. 

Baru-baru ni, Umai D'Lake Cafe ni dapat anugerah Kedai Harga Patut 2011 Kategori Restoran dari KPDNKK..  dah la Tun Mahathir selalu datang cafe ni, now dapat anugerah kedai harga patut lak.. so memang patutlah pelanggan makin bertambah..


P/S: entry makan2 buatkan aku cepat rasa lapar.. huhuhu

www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Suami Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

"abang kat mana?"

"abang ada kat dalam hati anje..."

So sweet la dialog ni!! 

Semalam kan aku dating kat panggung wayang dengan encik suami.. maklumlah, dah lama x tengok wayang sama2.. last tengok wayang bulan 6 hari tu, so maknanya dah 3 bulan x dating panggung wayang.. 

Semalam kitaorang tengok filem 'Bini-Biniku Gangster' (BBG).. penuh panggung!! maklumlah baru seminggu jer filem ni keluar kan.. so masih macam goreng pisang panas..

Keseluruhannya, aku puas hati tengok filem ni.. rasa macam x rugi membayar tiket wayang untuk filem ni.. kalau dah 1 panggung wayang pun sakan gelak sepanjang cerita ni, x kan la aku nak kata filem ni x best kan??

Paling aku suka dalam cerita ni, sebab banyak dialog yang best & romantik.. hihihi.. sweet habis la bila part Shaheizy Sam & Yana Samsudin berlakon.. adegan diaorang sebagai suami isteri memang harus dipuji.. plus, ada beberapa adegan diaorang yang boleh dijadikan contoh untuk suami isteri di luar ni.. mana x nya, balik dari tengok filem ni, aku & encik suami pun dah tiru gaya percakapan Sam & Yana tu.. hihihi.. cepat betul kitaorang terpengaruh kan..

Part Yana & Intan Ladyana bergaduh lepas jadi madu pun menarik! Dari situ nampak yang diaorang sentiasa nak jaga hati suami diaorang walaupun sebenarnya diaorang ni musuh.. kiranya diaorang amalkan konsep 'suami didahukukan, pencapaian diutamakan'..

Part bergaduh dalam filem ni pun best.. seronok jer tengok Yana tu bergaduh dengan pakai skirt hitam, & jaket merah dia.. walaupun ganas kat luar rumah, tapi dalam rumah dia tetap ayu.. pakai baju & apron pink lagi!!

saya bukan gangster.. hihihi..

Walaupun filem ni ada unsur2 ganas cikit, tapi unsur2 kekeluargaan pun banyak ditekankan.. kiranya filem ni bukan sahaja kelakar & ganas, tapi ada jugak berkenaan kasih sayang & pengorbanan dalam perhubungan.. pakej lengkap kan??

Filem ni lebih santai.. so x perlukan korang perah otak untuk faham jalan cerita ni.. pasangan suami isteri digalakkan menonton untuk mendapatkan feel yang lebih.. hihihi.. 

Keseluruhannya, cerita ni MENARIK & TERBAIK!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wednesday, September 28, 2011

Dating di Panggung Wayang!!

Hajat nak dating di panggung wayang akan tercapai!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tetamu Istimewa di Hari Raya

Syawal kali ni terlalu banyak kenangan yang sukar dilupakan.. kenangan sedih ketika kehilangan arwah atok digantikan dengan kenangan indah dengan kehadiran tetamu istimewa di bulan Syawal kali ni..

Weekend hari tu, aku & suami terlalu gembira dengan kehadiran atok & nenek ke rumah kami suami isteri.. atok & nenek belah mak aku ni tinggal kat Johor.. mak & abah yang bawak diaorang dari Johor ke Putrajaya.. aku & encik suami terlalu gembira masa tau bapak atok & mak atok (panggilan kitaorang untuk atok & nenek) nak datang..

Yang kelakarnya, nenek aku x nak naik rumah aku.. sebab katanya rumah aku tinggi sangat.. hihihi.. tapi kitaorang pujuk gak sampai dia rasa ok.. masa dalam lift tu, boleh pulak nenek aku kata

"nape duduk macam burung? rumah tinggi2 macam sarang burung.."

hahahahaha.. kelakar giler dialog nenek aku tu.. dengan muka gabra dia sebab takut, makin cute lak aku tengok.. hihihi.. jahat tau cucu dia ni! boleh lak gelakkan nenek sendiri..

Sampai dalam rumah, atok aku relak jer duduk kat tepi tingkap.. nenek aku x berani nak tengok kat luar tingkap.. comel sangat situasi masa tu..

Nenek aku terjenguk2 nak tengok pemandangan luar.. dia nak gie ke tingkap takut katanya.. siap kata kalau duduk dekat2 tingkap risau bila angin kuat terkeluar lak nanti.. hihihi.. 

Ni ada lagi kisah comel tentang atok & nenek aku.. lepas lunch tengahari tu, kitaorang lepak depan tv.. sambil borak2.. tetiba nenek aku bisik sesuatu kat atok.. then nampak atok angkatkan belakang baju nenek.. nampak atok buat sesuatu kat belakang badan nenek.. ingatkan atok garu belakang badan nenek, rupanya atok tolong pasangkan cangkuk bra nenek yang terbukak.. hihihihihi.. sangat comel ok!!! serius punya comel keadaan masa tu.. romantik habis la atok aku.. aku & encik suami gelak2 tengok atok terkial2 nak pasangkan cangkuk bra tu.. nenek aku boleh pulak buat muka malu2.. serius cute habis muka nenek aku masa tu..

Petang tu kitaorang bawak atok & nenek jalan2 kat Masjid Putra Putrajaya..


Suka sangat bapak atok & mak atok bila masuk dalam masjid tu..



Lama gak dalam masjid tu.. tu pun kalau ikutkan atok aku, memang nak lama lagi.. tapi nenek aku dah bising ajak balik sebab dah nak malam katanya.. padahal baru pukul 6.. hihihihi.. nenek aku memang susah nak diajak berjalan, tapi atok ok jer.. 


Masa nak balik rumah dari masjid tu, lalu depan tempat keje aku.. aku tunjuk la kat diaorang tempat keje aku.. jelas nampak wajah gembira atok & nenek bila tengok tempat keje aku.. senyuman tanda bahagia melihat cucunya dah berjaya dapatkan kerja yang terjamin.. Syukur Ya Allah kerana memberi peluang untuk aku melihat senyuman indah dari atok & nenek..

Aku memang happy sangat bila atok & nenek ada kat rumah aku.. rasa x nak bagi diaorang balik sebab seronok bila diaorang ada kat rumah tu.. sesungguhnya bapak atok & mak atok merupakan tetamu yang paling istimewa aku terima pada Syawal kali ni..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

WordLess WednesdaY - Penutup Syawal 2011

Bahagian Undang-Undang, Kementerian Kewangan Malaysia

www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, September 27, 2011

Hadiah Eiffel Tower Paris

Last week aku ada cerita tentang pegawai yang bagi aku cawan comel dari Chicago tu kan.. then aku ada bagitau yang big boss aku pergi Paris kan.. aku ada gak suruh readers blog ni teka agak2 aku dapat ole2 apa dari Paris tu kan.. ada la beberapa blogger yang jawab aku bakal dapat Eiffel Tower.. hihihi..

gambar ihsan google





Sekali, betul la tekaan blogger2 tu.. 


Aku dapat Fridge Magnet Eiffel Tower dari Paris.. teruja betul!! memang x logik la kalau nak dapat yang betul kan.. hihihi.. nak gie tengok depan mata tu pulak, ntah bila tahunnya la kan.. so dapat FM pun dah kira untung la kan.. huhuhuuhu.. 

TQ Datuk untuk FM Paris ni.. saya suka!!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Hiasan Rumah dari Romantika Kajang

Maaf sebab keluarkan entry tentang Kedai Hiasan Romantika ni lagi.. seronok beli hiasan rumah dari Romantika Kajang ni.. mungkin ada yang bosan sebab asyik cerita tentang kedai hiasan ni jer kan.. kalau blogger yang lelaki mesti tambah bosan sebab aku asyik cerita bab bunga jer.. hihihi.. ampun yer semua..

Last 2 week pergi Romantika Kajang sebab nak survey2 jer.. just beli bunga hiasan meja makan.. so bila balik rumah, mulalah teringat2 segala macam hiasan kat Romantika tu.. sampai nak tido pun terbayang2.. lepas tu asyik isu bunga hiasan jer yang aku borak dengan encik suami.. 

Makanya, untuk merehatkan sekejap mulut aku dari bercakap tentang bunga jer, encik suami pun bawaklah aku gie Romantika Kajang tu weekend hari tu.. encik suami bawak ke sana denga harapan, aku stop kejap cerita tentang Romantika tu.. hihihi.. 

Meja hiasan dan bunga hiasan dari Romantika Kajang
Sampai sana, terus ke bahagian hiasan yang memang aku dah berhajat nak beli.. kali ni x nak berada dalam Romantika lama2 sebab takut balik nanti meroyan teringat2 lagi.. hihihi.. so kali ni sekejap jer dalam Romantika tu.. grab 2 barang hiasan untuk ruang tamu.. 

Meja hiasan tu aku letak dekat 1 sudut kat ruang tamu.. memang cute! tu la meja hiasan yang aku terbanyang2 setiap hari.. 

Hiasan rumah dari Romantika Kajang



Nampak simple but boleh buat hati x tentu arah.. tu lah orang perempuan kan, selagi x dapat apa yang dihajatkan, hati tu asyik teringat2 jer.. then aku beli 1 lagi bunga haisan untuk letak atas meja hiasan tu.. 


Mungkinkah bulan depan akan ke Romantika lagi?? hihihihihi.. melampau la tuan blog ni kan!

Note tambahan : oleh kerana ramai yang tanya harga meja hiasan tu, so aku bagitau la yer.. harga meja hiasan ni xdelah mahal seperti yang korang sangkakan yer, RM85...



- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, September 26, 2011

Penantian & Harapan Syawal

Hari ni memang x sempat nak blogwalking sangat.. entry baru pun kena taip laju2.. sebabnya hari ni ada jamuan raya kat office aku.. so haruslah bz dengan aktiviti menyambut tetamu & makan2..

Hari ni dah masuk 28 Syawal.. makanya tinggal 2 hari sajer sebelum Syawal tahun ni berakhir.. insyaAllah jika dipanjangkan usia oleh Allah, mungkin kita akan berjumpa lagi Syawal tahun hadapan.. 



P/S: jika dipanjangkan usia, berharap agar Syawal tahun hadapan, dapat beraya dengan "insan yang dinanti".. insyaAllah..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Sunday, September 25, 2011

KFC Breakfast

Dulu McD jer buat set untuk breakfast.. sekarang ni, KFC pun ada jugak kan.. 


x pernah cuba lagi.. tapi nampak promosi ni macam menarik gak kan..

www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Saturday, September 24, 2011

Romantika Kajang Sekali Lagi

Hari ni aku ke Romantika Kajang sekali lagi! tak puas betul datang shopping dekat Romantika Kajang ni.. walaupun dapat masuk dan cuci mata jer pun dah cukup menyenangkan.. kalau orang yang sukakan hiasan rumah, rugi sangat kalau tak pernah datang kedai Romantika ni..


Minggu lepas dah pergi, minggu ni pergi lagi.. memang meroyan la kan.. semua benda nampak cantik.. makanya kepala otak ni asyik fikir nak beli lagi barangan kat kedai hiasan Romantika tu!!

Ok, alang-alang cerita tentang hiasan rumah ni kan, jom kita tengok tips dalam membeli hiasan rumah.. mana tau boleh dijadikan panduan kita semua..

- beli barangan hiasan rumah semasa jualan murah!

- ketahui konsep hiasan rumah anda sebelum membeli.. kalau suka konsep bunga atau ala2 Inggeris, Romantika adalah salah satu pilihan kedai yang boleh dikunjungi.. kalau sukakn hiasan kristal, boleh cuba dapatkan koleksi hiasan kristal yang cantik di Jusco sebagai contoh..

- pastikan warna hiasan rumah adalah bersesuain dengan tema warna rumah anda.. boleh jadi anda pilih warna yang mengikut tema atau hiasan yang berwarna kontra untuk menaikkan lagis eri hiasan tersebut!

Nota cinta: Nanti aku cerita aku beli apa yer dekat Romantika Kajang tu.. beli 2 barang jer, tapi tetap puas hati!!

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, September 23, 2011

BE September Lagi

Alhamdulillah.. dapat BE lagi..


Syukur kerana masih ada yang sudi membaca blog ni.. Syukur kerana masih ada yang sudi tinggalkan komen di setiap entry.. Syukur Alhamdulillah..

Terima kasih untuk semua blogger.. 
Terima kasih untuk Nuffnang..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Bonus Lumayan @ Kenaikan Gaji

Syukur sekiranya ada rezeki untuk merasa salah satu daripanya..

Bajet 2012: Najib kaji bonus lumayan atau naik gaji sektor awam

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu. Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12. Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini. Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.

Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan. 


Semoga ada berita gembira pada 7 Oktober nanti.. sama2 kita nanti..
P/S: Kalau diberi pilihan, sememangnya anjakan kenaikan gaji yang lebih aku harapkan.. korang pulak?
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Habuk Di Rumah

 Bila weekend bakal menjelma, maka kita kena siapkan diri untuk mengemas rumah.. masa weekend ni lah kita ada lebih masa untuk mengemas rumah kan.. masalah habuk di rumah kalau tak diselesaikan cepat boleh bawak penyakit.. habuk tu kan banyak bakteria, so kita lebih terdedah untukd apat penyakit terutamanya semput, resdung dan selsema.. so, hari ni jom kita tengok tips mengemas rumah berkaitan habuk.. 


Habuk2 kat rumah, memang boleh buat kita rasa x selesa.. kadang2 kalau terlalu banyak habuk, kesihatan pun boleh terganggu kan.. so demi kebersihan rumah dan kesihatan diri yang lebih baik, apa kata kita cuba tips yang diberikan oleh mengemasrumah.blogspot

Ada beberapa tempat yang sangat memerangkap habuk tetapi sering dilupakan. Sekali sekala apa salahnya kerja lebih sikit untuk membersihkan rumah..betul tak?

1. Di belakang perabot besar seperti almari dan kabinet buku. Seeloknya perabot jangan dirapatkan ke dinding. Biar ada regangan lebih kurang 3 inci supaya kerja pembersihan menggunakan vakum boleh dilakukan.

2. Perabot kecil dan ringan seperti laci dan meja solek yang ringan hendaklah dialihkan ketika memvakum rumah kerana sisi yang rapat ke dinding sangat banyak memerangkap habuk.
3. Bawah tikar seperti tikar buluh dan tikar sarawak hendaklah di angkat dan dibersihkan dengan vakum. Lagi baik jika kita mop selepas vakum. Nanti rasa licin..

4. Ada di antara kita yang beli katil yang tak berkaki. Jadi habuk-habuk yang terperangkap di bawah katil memang tersangatlah banyak. Jadi, once in a while bolehlah angkat tilam dan alihkan papan katil tu dan mula memvakum serta mengemop.

5. Gubahan bunga yang sering dijadikan penyeri rumah juga sering memerangkap habuk. Cara yang extreme, puan-puan kena basuh bunga tu. Tapi leceh pula sebab nanti nak kena gubah semula. Jadi cara yang paling mudah adalah dengan mengelap setiap kelopak dengan kain lembap atau vakum dengan mini brush yang memang disediakan untuk vakum.

6. Puan-puan mesti suka mengalas perabot dengan alas meja atau table runner yang cantik. Ha...alas meja tu kalau diperhatikan memang tak nampak, tapi kalau dipegang, mesti rasa macam ada pasir-pasir halus. Habuk tu namanya. Jadi bolehla dibasuh sekali sekala, atau di vakum guna mini brush...

7. Ada di antara kita yang gemar membaca. Bila buku bertambah banyak, kenalah beli rak ataupun almari buku pula. Jika rak buku kita jenis bertutup, tak susah nak membersihkannya. Tapi rak buku yang terbuka memang banyak memerangkap habuk. Kadang-kadang siap bersawang lagi..jadi ketika memvakum, vakum sekali rak buku kita atau lap guna kain yang sederhana lembap.

Bagus kan tips2 ni.. tu yang buat aku suka sangat dengan blog mengemas rumah tu.. blog tu memang terbaik.. rajin2lah korang jenguk blog tu.. memang berguna sangat!



- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, September 22, 2011

Filem Bini-Biniku Gangster

Ramai gak orang tengah bercerita tentang filem terbaru ni.. 


Kalau tengok trailer macam best gak.. rasa macam nak tengok kat wayang la cerita ni.. lagipun dah lama x berdating dalam panggung wayang dengan encik suami.. hihihi.. 

Masa remaja dulu rajin tengok wayang dengan encik kekasih hati (encik suami sayalah tu).. tapi lepas dah habis belajar & mula bekerja ni jarang2 tengok cerita kat wayang.. so nak kembalikan mood dating di panggung wayang la.. 

Jangan fikir bukan2 k! dating dalam panggung wayang bukannya buat adegan 18sx ok!! nanti ada pulak mulut yang kata aku dulu buat aksi ngarut2 dalam wayang.. xmo buat gosip liar ok! huhuhu..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

McD Family Dinner Box - Aku dah!!

Last week ada cerita tentang McD Family Dinner Box ni.. so bila mood malas masak melanda, apa kata kita ke McD sajer.. hihihi..


Betul2 kenyang!! 

Mana x kenyang, kitaorang tinggal berdua jer, lepas tu beli set A yg untuk 3-4 orang.. memang bersandar kekenyangan la kan.. burger sampai 3 ok.. 6pcs nuggets lagi, 2 fries, 2 sundaes, 2 soft drinks.. peeeerrrggghhhh, memang kenyang..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

400 Bertuah.. Tapi.....

Alhamdulillah.. semalam baru jer up entry menanti 400.. pagi ni dah tercapai jugak 400.. syukur kerana blog picisan ni masih ada yang sudi follow..


Tapi, aku x dapat nak cari link ke blog 400 bertuah tu.. sedih!! so kepada Ena Mazad, sila laporkan diri anda di komen entry ni.. sebabnya zana nak details tentang diri & blog anda.. insyaAllah ada sesuatu untuk anda!! 

Thanks untuk semua yang sudi follow & baca blog ni yer.. aku hargai sangat.. koranglah penguat semangat aku untuk terus update blog.. thanks sangat2 yer..


www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Qailulah (Day Napping)

Sesungguhnya amalan qailulah (tidur sebentar di siang hari/day napping) mempunyai manfaat yang sangat besar untuk kita amalkan..

cutenya baby ni tidur.. gambar ihsan cik google

Ia nampak ringkas, sekadar tidur beberapa minit, tetapi manfaatnya amat besar sekali!

cute & sweet betul baby ni.. gambar ihsan cik google..


Manfaat Day Napping


1) Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar
2) Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
3) Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan
4) Meningkatkan fungsi kognitif
5) Baik untuk jantung dan kesihatan
6) Memberikan stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman
7) Menjadikan minda lebih kreatif
8) Mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar
9) Mengurangkan tekanan mental di tempat kerja

Islam juga mengajar umatnya tentang day napping.. Sabda Rasulullah s.a.w

"Lakukanlah qailulah (tidur siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah" (Riwayat Al-Tabarani)

kelakar jer gaya baby ni tido..
So lepas ni ambik kesempatan untuk day napping yer.. tapi jangan tidur berlebihan lak, sebab tu bukan day napping tapi sleeping.. hihihi
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wednesday, September 21, 2011

WordLess WednesdaY - Menanti 400


Menanti dengan senyuman.. perasaan yang sama semasa menanti 100, 200 & 300..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

WordLess WednesdaY - Cornetto Sundae from McD



Aku semakin menggilai ice cream dari McD..  


 
Sedapppppppppppppppppppppppppppppppppppp
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Hadiah Dari Chicago


 Semalam dapat hadiah cawan comel pemberian dari pegawai atasan.. memang cute betul cawan ni.. 


Selalunya memang pegawai yang outstation ke luar negara akan bagi cenderahati untuk semua orang kat Bahagian ni.. so walaupun x dapat nak gie outstation ke luar negara, but dapat cenderahati dari sana pun kira oklah kan..


Selalunya dapat fridge magnet.. kadang2 dapat keychain.. but ni first time dapat cawan comel.. 

P/S: boss besar sekarang tengah outstation kat Paris.. agak2 dia nak bagi cenderahati apa yer? hihihi
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, September 20, 2011

Kedai Hiasan - Romantika Kajang

Hari ni nak share tentang Kedai Hiasan Romantika Kajang yang sempat aku pergi last week.. bagi aku Kedai Hiasan Romantika ni tersangatlah menarik.. sebabnya boleh buat aku meroyan nak beli macam2 kat situ.. hihihihi.. biasalah perempuan, memang selalu suka masuk kedai hiasan rumah ni kan.. lagi-lagi kalau kedai hiasan yang banyak jual bunga!


Kedai Hiasan Romantika ni terletak dalam Metro Point Kajang.. mula2 aku boleh la pulak pergi Metro Kajang cari kedai ni.. dah la berpusing2 cari parking, sekali dah sampai sana tanya orang mana kedai Romantika tu, diaorang kata bukan kat Metro Kajang tapi Metro Point Kajang.. adoi!!! punyalah susah cari parking sekali silap tempat la pulak..

First time sampai Metro Point Kajang tu.. shopping complex tu baru & x besar sangat.. orang pun x ramai.. nampak jer kedai Romantika tu, hati mula berbunga-bunga.. maklumlah kedai tu banyak bunga.. hihihi.. rambang mata bila masuk kedai tu.. sebab hiasan kat Romantika ni cantik2.. 

Dulu aku pernah pergi Romantika yang dekat Shah Alam (refer entry terdahulu).. lebih kurang jer kedai yang dekat cawangan Shah Alam & Metro Point Kajang tu.. tapi bagi aku yang dekat Kajang tu lebih banyak pilihan terbaru.. nama pun kedai baru kan.. 


 

Kalau rumah korang ada konsep Inggeris, memang sesuai sangat beli perhiasan kat sini.. rumah aku bukan konsep Inggeris yer.. tapi masih banyak pilihan untuk mix & match dengan hiasan rumah aku.. 


Kebanyakan perhiasan dalam Romantika ni berunsurkan bunga.. tu yang menambahkan perasaan berbunga2 di hati aku tu.. hihihi.. 

Siapa yang pandai deco2 bunga boleh la beli bunga & pasu kat sini.. 


Aku memang x berapa pandai nak gubah2 bunga ni.. so aku beli yang dah siap jer.. 


Aku beli bunga untuk hiasan meja makan.. 

 
 
Naik seri cikit la meja makan aku.. hihihi.. puji meja makan sendiri pulak...


Jam dinding dalam gambar tu lah yang aku beli dekat Romantika Shah Alam..

So pada sesiapa yang rajin menghias & mendeco rumah tu, boleh la cuba singgah dekat kedai Romantika ni.. kalau korang rambang mata, jangan salahkan aku yer.. hihihi.. ingat tau, kedai ni dalam Metro Point Kajang (depan hospital Kajang).. 

Selamat mendeco!!



www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ