Thursday, November 8, 2012

Kepentingan Air Masak - Kerana Kesihatan Aku Berubah!

Dalam tempoh 3 bulan ni nampaknya aku berjaya untuk minum air masak sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.. kalau dulu nak minum 500 ml sehari pun payah! sekarang ni dah sedar tentang kepentingan air masak.. kerana kesihatan, aku berubah untuk jadikan amalan minum air masak sebagai rutin harian yang perlu dibuat.. aku ada ikut beberapa tips untuk mudah minum air masak untuk pastikan aku dapat minum masak dengan lebih teratur..


Kenapa aku bersungguh2 nak minum air masak ikut keperluan tubuh?? semuanya sebab produk Shaklee.. kalau nak hasil yang baik untuk tubuh badan mendapat khasiat daripada segala jenis vitamin tu, kenalah rajin minum air.. kalau dah beli macam2 jenis vitamin, tapi x minum air masak x guna jugak kan?? kesan kebaikan vitamin tu tersangatlah lambat kalau kita kurang minum air masak.. 

4 tips mudah minum air masak bagi mereka yang tak suka minum air masak :

1) set alarm di telefon! set setiap 2 jam sekali untuk minum air masak.. kalau setiap 2 jam ni disarankan minum 500ml air.. kalau masa tu ada mesyuarat atau aktiviti lain yang penting, pastikan lepas urusan selesai terus minum air masak tu..

2) kalau rasa air masak putih tu tak sedap, apa kata cuba tambahkan perisa dalam air tu.. campurkan hirisan lemon atau strawberry ke dalam bekas air masak tadi.. selain daripada rasa yang lebih sedap, bagus untuk tujuan detox! detox kan bagus dalam usaha mengawal dan menurunkan berat badan :)

3) minum menggunakan straw.. yer, dengar macam pelik tapi aku dah cuba.. bila guna straw tak terasa macam banyak sangat minum air tu.. lagipun kalau gunakan straw, sambil tengok tv pun boleh minum air.. sambil baca buku atau melayari internet ke still boleh minum air masak dengan menggunakan straw..

4) Pilih botol yang menarik! botol air yang kita suka akan menggalakkan kita untuk minum lebih air masak.. macam aku suka warna pink, so aku beli botol air warna pink.. letak kat tepi meka kerja.. setiap kali rasa haus terus jer minum.. so sila pilih bekas minuman, cawan atau botol air yang korang suka.. 

Aku amalkan beberapa cara untuk make sure pengambilan air masak aku diambil dengan kadar yang baik..  3 tips untuk bantu kita lebih mudah untuk minum air masak mengikut jumlah yang disrankan setiap hari : 

1) minum 500 ml air masak sebelum setiap kali solat.. so 1 hari dah boleh minum 2.5 liter air masak! kalau rasa 500ml liter tu banyak, cuba minum 250ml sebelum solat dan 250ml selepas solat.. mudah kan? 

2) minum 500 ml air masak masa bangun tido, sebelum breakfast, sebelum lunch, sebelum tea time, sebelum dinner dan sebelum tido.. sedar x sedar, kita dah dapat minum 3 liter air masak sehari!! lagipun kalau kita minum sebelum makan, dapat elakkan diri daripada minum semasa makan.. sebab kan doktor pun x sarankan makan bersulam air.. 

3) minum air masak dengan kerap dan bukannya sekali banyak.. maksudnya, jangan terus minum 8 gelas pada 1 waktu yang sama.. tapi, buah pengagihan waktu untuk minum setiap gelas air masak.. minum kerap akan lebih memberikan tenaga daripada minum terlalu banyak dalam 1 masa.. 

Setakat ni aku cuba selang selikan amalan minum air masak mengikut 3 cara kat atas tu.. alhamdulillah cara tu agak berkesan untuk galakkan aku minum air masak..


Kesan paling best aku dapat bila rajin minum air masak ni, sistem penghadaman lebih lancar.. x ada masalah untuk pembuangan.. badan rasa ringan bila sistem penghadaman lebih lancar, rasa bertenaga cikit.. kulit tangan dan kaki pun dah x kering.. kalau dulu memang masalah kulit kering aku agak kritikal.. 

Orang kata, rajin minum air masak boleh bantu untuk turunkan berat badan tau!! terutamanya bila kita minum air masak sebelum waktu makan.. so dapat kawal kuantiti makan yang kita ambik masa waktu makan.. . 

Nota cinta:
- tips minum air masak tu aku dapat daripada agent2 Shaklee jugak.. kalau x sebab Shaklee, aku rasa sampai sekarang aku anggap minum air masak tu perkara remeh!


*******************************************************************************
Kalau ada sesiapa berminat nak dapatkan produk Shaklee pulak boleh la hubungi Zana seperti maklumat di bawah ni yer..

Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

15 comments:

  1. banyak kan kelebihan air masak

    ReplyDelete
  2. air masak memang bagus untuk kesihatan...lynn pun suka minum air masak berbanding dengan air bergula nie...

    ReplyDelete
  3. dulu azie pun xsuka jgk minum air masak...since dpt kencing kotor trus amalkan smpai skrg..berliter2 sehari..takut berulang kencing kotor tue..serik...sakit sungguh..

    ReplyDelete
  4. Since zana dah minum air masak secara konsisten skrg, cuba letak sehiris atau dua bnuah lemon.. Lemon sangatttt membantu jugakkk..... Kiranya air masak zana ada perisa.... hehehhehe

    ReplyDelete
  5. air masak memang bagus utk badan...byk kebaikan air masak nih....

    ReplyDelete
  6. minum air masak juga ialah satu tips yg bagus utk berdiet..perut full, dan air tiada kalori

    ReplyDelete
  7. sbb kurang minum air masak, saluran air kecil sumbat..mmg menyakitkan
    sejak itu air masak sentiasa diminum....
    byk kebaikannya.....

    ReplyDelete
  8. erm sy pun mula minum air masak 2-3 liter sehari sebb mula ambil suplement shaklee....kalau sebelum nie, nk pandang air masak pun mcm malas jek eeheh

    ReplyDelete
  9. O gtu..sng ah dpt 3l shari kn? Bgus idea zana,mnum sblm solat

    ReplyDelete
  10. nory skarang pon tgh cuba minum air masak secara konsisten..kalau kurang minum, mesti kencing tak lawas.....huhuh..

    ReplyDelete
  11. Eh sama... Skrg gigih sgt mnm air masak banyak sbb shaklee n trn brt bdn n sbb bf! Kalao kurang air masak silap hb blh skt kepala...

    ReplyDelete
  12. kite siap beli botol 2 liter lg nk suruh diri ni minum air masak.. sentiasa nye failed....

    ReplyDelete
  13. Semoga akk bjaya.. Ros pun kna byk minum air sbb menyusu... :p

    ReplyDelete
  14. tapi banyak minum rasa nak terkucil je..hehe

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ