Wednesday, February 29, 2012

WordLess WednesdaY - Pengantin Lama vs Pengantin Baru

 
Pengantin lama (tapi sentiasa rasa macam baru) yang tak sangka mengikut tema majlis kahwin pengantin baru..

Nota Cinta: sentiasalah rasa pengantin baru agar kekal romantis selalu!! pesanan ikhlas ini dibawakan oleh aDieyZa..

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, February 28, 2012

Menunggu Detik Kelahiran

Gambar terbaru kakak aku yang no.2 yang tengah sarat mengandung & hanya menunggu masa untuk bersalin.. aku pulak yang risau nak menunggu detik kelahiran anak buah baru ni.. seronok jer pegang2 perut kak ngah.. x sabar nak tunggu anak buah yang ke 14 ni keluar.. harap2 perempuan sebab dah 11 orang anak buah lelaki.. asyik geng dengan pak su jer nanti.. hihihi


Walaupun tengah tunggu hari nak bersalin, kak ngah tetap nak datang Putrajaya tengok konsert Wow Putrajaya hari Sabtu lepas.. risau ok kitaorang tengok dia, dengan perut yang membulat tu dia boleh slumber layan konsert..


Motif kak ngah yang mengandung tapi pipi aku yang lagi bulat??? memang kena pasrah sangat2 sebab pipi bolat tu memang tak nak kecut pun.. hehehe..



Seronok sangat bila ahli keluarga bakal bertambah.. anak buah bertambah.. bermakna, anak2 aku jugak bertambah.. selalu sebut yang anak buah tu adalah anak aku jugak.. selalu tanya khabar anak buah dekat kakak2 dengan tanya, "anak2 adik sihat?".. semoga ada rezeki untuk aku jugak menunggu detik kelahiran anak kandung aku sendiri bila tiba masa yang sesuai mengikut perancangan Allah.. insyaAllah..

* Saat mengandung adalah antara waktu terpenting seorang ibu menjaga kesihatan.. bukan untuk kesihatan diri sendiri tapi kesihatan anak yang dikandungkan.. boleh click link di bawah untuk pembelian produk yang istimewa untuk ibu mengandung.. kalau berminat boleh terus buat pembelian.. barang dihantar terus ke pintu rumah anda.. call/sms/whatsapp Zana (013-6065246) untuk pertanyaan lanjut.. ;)

IBU HAMIL TAMPIL CERGAS, CANTIK & SIHAT

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, February 27, 2012

Entry Tanpa Gambar


Kelam kabut nak pergi kerja sampai terlupa nak bawak kamera.. macam mana nak update entry tapi gambar tak ada?? 

Tak best la nak cerita tapi gambar tak ada.. perasaan tak best macam:

-macam makan nasi tapi tanpa lauk.. 
-macam gie shopping complex tapi tak shopping..
-macam mandi tapi tak basah..
-macam pergi kenduri kahwin tapi tak bawak hadiah..
-macam pergi bercuti tapi tak beli fridge magnet..
-macam bukak dashboard tapi tengok tak ada orang komen.. hahahaha..

So hari ni x de modal nak bercerita la.. boleh??

Nota Cinta: best ke kalau entry tak ada gambar? entry tak ada gambar tak best macam ............................ (sila isi tempat kosong).. hihihi

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, February 24, 2012

Bila Ex-TTC Mengidam Donut Gebu Zana Adieyza

2 hari lepas, ada member TTC, Eka yang jugak blogger cute post gambar donut kat FB.. tanpa disangka2, ada sorang member yang dulunya TTC, Nana komen kat gambar donut tu.. but now Nana dah bersara dari misi TTC sebab dia dah berjaya pregnant.. congrats Nana!


Gambar donut comel dari FB Eka

Nana komen kat gambar tu.. katanya dia tunggu donut gebu yang aku buat.. terus aku komen balik tanya dia mengidam ke? dia x reply pulak.. terus msg dia bagitau nanti aku buatkan donut untuk dia.. orang tengah pregnant kan.. sedaya upaya kita nak tolong penuhi hajat dia.. lagi2 hajat kawan baik kita kan..


So masa msg2 dengan Nana, beria2 Nana kata dia gurau jer.. tapi aku tetap x kan senang duduk selagi x buatkan donut tu.. so insyaAllah akan cuba buatkan donut untuk Nana dalam masa terdekat ni..harap2nya kesampaian la niat aku nak buatkan donut tu untuk mama Nana.. insyaAllah..




Nota Cinta: x sangka entry donut gebu membuatkan orang lain mengidam.. hihihi..






Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tips Bibir Menawan!

 
 
 
1. Sapukan krim khas untuk merawat  bibir seperti  lip balm agar kelembapan bibir terpelihara.

2. Untuk kaedah tradisional pula, anda boleh menyapukan satu lapisan nipis madu sebelum tidur.

3. Selain madu anda juga boleh menggunakan mentega, marjerin atau minyak zaitun.. tapi hanya lapisan yang nipis sahaja ye !

4. Jangan menggunakan lipstik atau lip balm yang sudah berusia lebih satu setengah tahun, atau barang tiruan atau yang melebihi tarikh luputnya.
 

5. Jangan menanggalkan kesan kulit kering dengan jari, kerana boleh menyebabkan ia nampak lebih parah. Untuk merawatnya, lembapkannya dengan tuala basah yang telah dibersihkan dengan air suam kemudian tanggalkannya dengan perlahan sehingga kulit yang kering  tidak lagi kelihatan.
 

6. Setelah masalah anda pulih jangan tinggalkan terus amalan menyapu pelembab pada bibir untuk memastikan bibir anda sentiasa segar & mulus. Seminggu sekali berus dengan lembut  bibir anda dengan berus gigi untuk membuat sel2 kulit mati. Amalkan selalu jika anda inginkan bibir yang menawan!
 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, February 23, 2012

Rezeki Keluarga Lagi

Masa Hari Raya Aidilfitri hari tu dapat 2 berita dari kakak kandung yang disahkan pregnant.. berita diterima pada Syawal yang membuatkan semua ahli keluarga gembira.. gembira yang mungkin juga ada terselit perasaan pilu..

 Baru2 ni pulak, dapat berita kakak sulung aku pun dah disahkan pregnant.. maknanya tahun ni abah & mak dapat 3 orang cucu..



Perasaan aku?

Menangis di dalam & di luar.. menangis dalam hati sebab sehingga kini aku masih menanti zuriat sendiri.. menangis di luar kerana teharu bila ahli keluarga bertambah.. lepas 3 orang kakak aku yang pregnant ni bersalin, maknanya aku ada 16 orang anak buah.. ramai sungguh!! meriah rumah bila semua ada..yang ada 13 orang ni pun dah gamat rumah, so bila dah bertambah nanti haruslah bertambah gamat..

Apa yang pasti, aku masih berharap agar aku tetap sabar menanti zuriat sendiri sehingga masa yang telah ditetapkan oleh Allah.. cepat atau lambat, hanya Allah yang tahu.. 

Congrats pada semua kakak2 ku yang tengah pregnant! selamat mengidam kembali.. semoga along, angah & ateh serta baby masing2 sentiasa sihat selalu.. 

Nota Cinta: Pak su Adiey & Mak su Zana x sabar nak tengok muka baby2 baru ni!!


www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Kursus Di Bukit Tinggi - Berjauhan Sebentar


Minggu depan bakal berjauhan sebentar dengan encik adiey.. kena hadir kursus 5S dekat Bukit Tinggi selama 3 hari.. 

Gambar sekadar hiasan
Ni kali ke 3 kot berjauhan dengan encik adiey kerana kursus.. paling lama dulu 8 hari.. so rasanya kali ni x ada masalah sangat.. cuma biasalah, nak tido tu maybe payah cikit.. adatlah tu kan...

Masa bagitau tentang kursus ni kat encik adiey dia kata macam x adil.. pelik gak nape x adil, rupanya sebab lokasi aku berkursus tu.. sebabnya kitaorang ada cadangan nak ke Bukit Tinggi sama2 bulan 7 nanti.. sebab masing2 x pernha pergi Bukit Tinggi.. so bila aku dapat pergi sana dulu, kira macam x adil la bagi dia.. hihihi..

Tapi aku gie sana bukan berjalan2.. nak gie kursus jer.. so encik adiey x perlulah nak jeles lebih2 yer.. nanti kita gie sama2 ok! eh, macamlah encik adiey baca entry ni kan.. hihihi..

Nota Cinta: kadang2 berjauhan sekejap ni boleh kembalikan memori zaman rindu merindu masa tengah hot bercinta dulu... hihihi

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Spontaneous Thursday - Friends


Kawan yang baik berada di masa kita senang & susah..

Kawan yang baik tahu apa yang kita perlu, rasa & suka..

Sememangnya sukar untukmendapatkan kawan yang sejati, tapi bila kita berjaya mendapatkannya, jagalah perhubungan itu sehabis baik..


Nota Cinta: gembira bila melihat kawan gembira.. 
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wednesday, February 22, 2012

Pemenang Adiey Adieyza Birthday GiveAway

Maaf lambat untuk umumkan pemenang untuk Adiey Adieyza Birthday GiveAway.. bukan sajer2 nak lewatkan tapi keadaan betul2 x mengizinkan..




Entry kali ni aku akan umumkan pemenang utama yang bakal mendapat header hasil tangan Nurul Chumel.. next entry, ada pesanan & ucapan dari encik adiey buat semua peserta yang sudi join GA tu.. tunggu k next entry tu..
 
 
Now, aku akan umumkan pemenang utama GA tersebut.. pemenang GA tersebut ialah
 
-
-
-
-
-
-
 
 
Cik Fadh @ Celoteh Cik Fadh.Blogspot!!
 




Encik adiey pilih Cik Fadh sebagai pemenang sebab melalui entry D'Aura Spa Seri Kembangan yang aku buat tu, telah membuatkan Cik Fadh berazam untuk mempraktikan perhubungan yang romantis setelah berkahwin dengan bakal suaminya kelak.. kiranya, melalui entry tu Cik Fadh dah mulakan niat yang baik untuk menempuhi alam perkahwinan yang romantis dan penuh kemesraan!
 
 
Encik adiey kata, bukan senang nak buatkan orang lain cuba amalkan apa yang kita buat melalui penulisan di blog.. tapi melalui blog & entry yang aku buat tu dah membuatkan seorang gadis berazam untuk amalkan perhubungan yang romantis bersama suami bila dah kahwin nanti..
 
So, Cik Fadh, sila emelkan details ke alamat emel akk, adieyza_1110@yahoo.com atau msg FB akak yer.. nanti kita akan bincang tentang hadiah header tu.. bila kita dah bincang, kita boleh la proceed hantar details kepada Nurul untuk dia buatkan header tu..
 
 
Untuk peserta yang pernah bersemuka dengan encik adiey, komen2 dari korang semua membuatkan adiey tersipu-sipu malu ok!! * sebenarnya encik adiey perasan sebab korang puji dia lebih2.. hahhahaha.. 
 
Jawapan korang memang best, tapi encik adiey kata dia nak cari pemenang yang dapat luahkan komen yang natural & berdasarkan entry tu semata2 tanpa bersandarkan pada pengalaman berjumpa dia secara peribadi.. lagipun dia kata takut jadi pilih kasih if salah sorang daripada korang menang.. hihihi..
 
 
Tapi, jangan risau sebab semua peserta GA ni dapat hadiah ok!!!!
 
 
Encik adiey juga bermurah hati nak sumbangkan lagi hadiah untuk semua peserta GA.. encik adiey suruh aku tempah apa2 yang boleh korang letak kat blog.. jadi aku survey2 sesuatu yang boleh korang letakkan kat blog korang..
 
So pada semua nama2 peserta kat bawah ni, sila baca details tentang proses untuk dapatkan hadiah ni yer..
 
1) azelyusoff
 
2) Cik Rose Cute
 
3) ♥♥azatiesayang ♥♥
 
4)NOOR FATIN
 
5) dr-ira
 
6)  PUANSTOBERI
 
7) eyza
 
8) ::EIDA::
 
9) yannie bunny
 
Istimewa untuk semua peserta (melainkan pemenang utama), korang semua layak menerima hadiah 'Image Signature' hasil sentuhan blogger cute, Miraa Hussin @ miraahussin.blogspot..
 
 



 
 
Ni contoh Image Signature yang bakal korang terima.. so, sekarang ni korang perlu baca entry tentang Image Signature (post) ni then bagi details sepert yang Miraa nak ke alamat emel aku yer..
 
Kalau korang x faham, boleh emel aku, adieyza_1110@yahoo.com atau komen jer kat entry ni k.. komen kat FB pun boleh jer.. nanti aku akan forward kan details yang korang bagi dekat aku pada Miraa then aku akan buat pembayaran pada dia.. lepas dah selesai urusan pembayaran, dia akan buat Image Signature berdasarkan details yang korang bagi.. kalau boleh emel sebelum 1 Mac 2012 untuk memudahkan proses pembayaran dibuat..
 
So, aku nak ucapakan terima kasih pada semua yang sudi join GA ni.. tahniah juga buat semua pemenang GA.. insyaAllah next time aku buat GA lagi yer..
 
 
Nota cinta: seronok tengok encik adiey tersenyum dengan komen dari GA ni..
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

WordLess Wednesday - Profile Picture Di Facebook


FB Encik Adiey


FB Zana

Kami suami isteri suka guna profile picture yang sama!

Nota Cinta: Korang pulak macamne? suka yang sama atau yang berbeza?


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, February 21, 2012

Drama Apa Celop vs Merlin Season 4


Semalam berlaku keadaan kecelaruan remote kat rumah ni.. aku & encik adiey nak tengok cerita Merlin kat Astro.. tapi dalam masa yang sama, aku nak tengok juga drama bersiri terbaru kat tv3, Apa Celop.. drama tu nampak macam boleh membuatkan urat saraf ketawa kita bergerak dengan aktifnya.. lagipun, adik ipar aku ada berlakon dalam salah 1 episod dalam drama tu.. tu yang nak follow drama Apa Celop tu..



2,2 rancangan ditayangkan pada waktu yang sama, 9 malam.. tu yang remote tv malam tadi macam kucar kacir cikit.. kejap Astro, kejap tv3.. tapi malam tadi lebih kepada layan drama Merlin jer.. waktu iklan baru bukak tv3, tapi tv3 pun tengah iklan.. hampeh betol.. 


Mula2 aku macam nak layan drama Apa Celop tu kat dalam bilik, tapi malas nak tengok tv sorang2 dalam bilik (padahal penakut walaupun tu bukan cerita hantu).. hahahaha..xpe, malam nanti nak tengok kat Tonton.com jer drama Apa Celop tu..

Kecelaruan remote ni selalu jugak berlaku kat rumah ni.. semuanya sebab isteri x suka tengok tv sorang2.. kalau suka tengok tv sorang2, boleh la sorang tengok kat ruang tamu, sorang lagi tengok kat bilik kan.. kalau cerita drama kelakar pun x nak tengok tv sorang2, apatah lagi drama2 seram.. lagi takut!! isteri siapalah tu kan.. hihihi..

Nota Cinta: siapa yang layan drama bersiri Merlin atau Apa Celop?

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tugu 1Malaysia Di Kampung Halaman

Last week aku ada buat entry tentang abah menang Pertandingan Keceriaan Merdeka kan? lupa lak aku nak cerita tentang abah ada buat mini tugu 1 Malaysia dekat depan rumah lepas jer menang pertandingan tu..



Mini x mini sangatlah tugu tu.. lebih tinggi dari aku la kiranya.. hihihi.. kalau x caye, cuba tengok gambar kat atas tu.. cool x tugu yang abah aku buat ni??



  
Masa balik kampung bulan lepas, sempat jugaklah aku bergambar kat tugu 1 Malaysia tu.. bergambar dengan sijil dan trofi kemenangan yang abah dapat masa menang pertandingan tu..



Sekarang ni, orang kampung dah tukar tagline rumah aku.. orang kampung cakap, "ala, rumah yang ada tugu 1 Malaysia tu".. curlasssss abah, rumah siap ada tugu.. hihihihi...


Nota Cinta: bangga ada abah yang tinggi semangat patriotik!



Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Cuti Rehat Lepas Accident

Hari ni terpaksa ambil Cuti Rehat.. ada urusan kereta di bengkel yang kena diuruskan nanti.. baru jer semalam apply cuti ni.. mula2 memang nak elak dari ambik cuti sebab ada 2 taklimat yang aku kena hadir.. nasib baik boss memahami..

Bersyukur sebab boss faham situasi aku.. prihatin atau maybe dia pernah alami perkara yang lebih kurang sama..

Tapi, yang buat aku x faham, bila ada "pihak" yang seolah2 mempertikaikan cuti yang aku ambik.. jeling2 bila aku hantar borang cuti rehat.. siap perli2 kata kenapa baru nak mintak la, kenapa sampai kena ambik cuti la, kenapa aku yang nak kena uruskan & x suruh encik adiey jer yang uruskan la.. macam2 pulak pertanyaan dari "pihak" lain.. sedangkan boss memahami keadaan & situasi aku sekarang..

Aku cuba fikir positif.. maybe diaorang x pernah accident.. so x faham situasi aku.. tapi kalau ye pun x pernah alami, x boleh ke cuba memahami hati & perasaan orang lain yang tengah ada masalah?

Bukan aku mintak bantuan wang ringgit atau tenaga dari "pihak" tu.. aku cuma nak cuti jer.. sampai nak jeles sangat tu napelah kan.. lagipun bukan "pihak" tu yang akan luluskan cuti aku.. x pelah, kali ni aku cuba fikir positif.. malas nak fikirkan tentang "pihak" yang langsung x bagi faedah dalam kehidupan aku..

Apapun, terima kasih untuk semua komen yang memberikan semangat & mendoakan kesejahteraan aku & encik adiey.. kitaorang nampaknya makin pulih dari semangat yang hilang seketika.. terharu bila rakan blogger sms thru phone & FB untuk tanyakan tentang keadaan aku.. serius terharu sangat! terima kasih semua!

Nota Cinta: Again, hari ni entry adalah auto publish.. insyaAllah petang nanti kalau cepat selesai urusan kereta, aku akan balas kunjungan ke blog korang yer..

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, February 20, 2012

Fridge Magnet Adieyza Lagi

Kalau dah namanya peminat fridge magnet, semua bentuk fridge magnet nak dibeli kan.. kali ni nak share tentang fridge magnet yang baru aku tempah dari blogger kreatif Mal Kraf Malinja..



Fridge magnet kali ni jenis fabric dan alphabet button.. aku just bagitau nak letak perkataan apa kat atas fabric tu.. since warna untuk huruf2 tu bergantung pada stok so aku x dapat pilih warna untuk wording ADIEYZA.. tapi apapun, hasilnya tetap cantik! kombinasi warna pun catik..




Kak Mal siapkan tempahan tu dalam tempoh masa yang singkat.. good job Kak Mal!! so pada sesiapa yang berminat untuk beli kraftangan comel2 dari Kak Mal, jenguk la blog Kak Mal yer.. dia sangat friendly & pantas dalam buat tempahan..




Nota Cinta: suka orang yang kreatif dan suka hasil kraftangan yang cute2!

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Terlibat Dalam Kemalangan

Maaf sebab tiada entry di hujung minggu.. tuan blog dan suami baru pulih dari kejadian yang mengejutkan..

Kami suami isteri telah mengalami kemalangan pada hari Sabtu yang lalu.. dugaan yang cukup membuatkan kitaorang suami isteri terkejut..

Hari Sabtu, tanpa disangka2 kereta kitaorang dilanggar berhampiran kawasan rumah.. sememangnya bukan kitaorang yang bersalah.. masa kemalangan, aku langsung x boleh keluar kereta.. lepas jer bunyi dentuman kereta, aku terus menangis dalam kereta.. takut! terkejut! nasib baik pihak yang bersalah nak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerosakan kereta.. sedih bila tengok kereta remuk..

Hari ni cadangnya nak EL untuk uruskan kereta kat bengkel.. tapi ada meeting Bahagian pagi ni.. since memang aku diperlukan untuk hadir meeting ni, so kenalah gagahkan diri masuk pejabat.. hati jer kat pejabat tapi hati ntah ke mana.. sebenarnya x sanggup biarkan encik adiey uruskan masalah kereta kat bengkel sorang2.. hope semuanya dapat selesai cepat..

Hari ni semua entry auto publish yer.. tuan blog jiwa masih x tenteram.. 2 hari sakit kepala teruk sebab terperanjat sangat.. nasib baik hari ni dah ok cikit.. hope dugaan ni membawa hikmah yang baik untuk kami suami isteri.. insyaAllah..

Nota Cinta : first time mengalami pengalaman accident..

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, February 17, 2012

SILA BELI DEAL GOLD COAST MORIB RESORT NI!!!






Saya dengan ini mencadangkan kepada anda untuk membeli deal bercuti di Gold Coast Morib Resort ni.. 

Kenapa saya cadangkan?? sebab saya dah rasa pengalaman best bercuti di sana.. kalau x percaya, sila rujuk balik semua entry Cuti Gold Coast Morib Resort saya.. 

Jangan lepaskan peluang best ni!! percutian budget yang best.. rugi kalau x mencuba menginap di sana.. 

Nota Cinta: kalau buat gathering kat situ pun best.. tetiba nak plan gathering kat situ pulak.. hihihihi..

Nota tambahan : sebagai excited nak cerita, lupa pulak nak bagi link untuk yang nak beli deal ni.. pada yang berminat, click link ni ok!

Deal Gold Coast Morib


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Isu Panas!


Dari semalam "orang" tu sajer nak buatkan hati aku marah..




Semalam beria2 marah sebab majlis yang patutnya buat hari ni tangguh ke hari Isnin.. alasannya dia dah tempah makanan mahal untuk jamuan! bila last minute tunda, so dia bengang.. katanya dah tempah, orang tu dah start nak masak la..

Hello, bukan aku yang tunda la! dah big boss kata tunda, so aku emel la kat semua bagitau majlis tunda.. ko ingat aku suka2 hati nak emel ke? ko ingat aku ada kuasa besar sangat ke nak tunda2 majlis ni???

Kalau pasal ko tempah makanan yang mahal, staff & kakitangan kat sini x paksa pun ko bawak makanan tu tau!! dah kata konsep pot luck, siapa2 yang nak bawak makanan, boleh bawak.. tiada paksaan langsung.. 

Dalam emel yang aku hantar tu dah bagitau, kalau nak bawak makanan, bagitau aku supaya senang aku nak uruskan.. tapi ko x bagitau aku kan.. terus ko bagitau orang lain, pulak tu orang lain tu adalah orang yang diraikan & orang tu x tau pasal majlis ni.. memang semua emel tentang majlis ni aku x hantar ke orang yang diraikan tu.. kononnya surprise la kan.. tapi ko dah bagitau orang tu.. x pasal2 orang tu tau.. x ke namanya ko tu "terlebih bijak"?? 

Bila majlis tunda, ko ungkit2 pasal makanan yang ko tempah tu mahal.. asyik2 sebut pasal mahal.. dah macam x ikhlas la pulak ko nak bawak makanan tu kan??? 

Tak puas hati dengan kes aku emel tu, ko sajer la pulak nak bagi aku buat keje ko kan?? eh, ko ingat aku ni PA ko eh?? tapi memandangkan aku pernah keluarkan surat berkaitan kerja tu, aku leh terima lagi la.. tapi bila ko mula nak suruh aku keluarkan terus surat tu lepas pihak ke 3 call ko, x kiralah masa tu pukul berapa, itu dah MELAMPAU namanya!!!!

Kalau orang tu call ko semalam lagi beberapa minit sebelum pukul 4.30petang, then suami aku dah tunggu aku kat lobi nak ambik aku balik, apa kejadahnya aku nak tunggu untuk siapkan keje ko kan?? kalau orang tu call lepas aku dah sampai rumah, ko nak suruh aku balik office balik ke?? 

Nasib semalam orang tu xde call.. dah pagi ni aku kena standy untuk keluarkan keje ko pulak.. tapi kalau petang orang tu call? aku ada meeting petang ni so pandai2 ko la kan..

Aku ni bukanlah nak berkira sangat pasal buat keje orang, tapi cara nak mintak tolong tu biarlah betul cikit.. kalau kena caranya, orang nak tolong pun x sakit hati tau.. lepas tu kalau pasal makanan nak bagi orang makan pun ko nak mengungkit, renung2kan lah.. jangan sampai niat nak bagi orang rasa tu jadi x ikhlas la pulak sebab nak menunjuk makanan yg ko tempah tu mahal!

Nota Cinta: Tak pasal2 aku buat entry marah di hari Jumaat ni.. kesian blog aku ni.. dah tercatit pulak cerita tentang marah2.. mencikkkkkkk ah!

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, February 16, 2012

Donut Gebu Zana


Tadi belek2 status lama kat FB, nampak status yang aku buat kat FB masa balik kampung bulan lepas.. 



Lepas baca status tu, tetiba terasa nak makan donut hasil air tangan mak mertua.. xnak donut yang aku buat sendiri, nak yang mak mertua buat jugak (sebenarnya malas buat sendiri).. hihihi..

Mak mertua memang suka cakap pasal pipi aku yang booooolat tu.. aku pun risau tengok pipi sendiri.. macam ada donut dalam pipi aku tu.. eh?? 



Nota cinta: 2 minggu lagi baru balik kampung.. maka selama 2 minggu ni beli jer donut yang jual kat kedai.. dasar pemalas punya menantu!


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Gold Coast Morib Resort - Water Theme Park

Lepas dah puas berjalan sekitar Gold Goast Morib Resort, berposing dalam Studio Suite with private jacuzzi & bercanda di tepi pantai morib tibalah masanya untuk merendamkan diri..


Sebenarnya yang membuatkan aktiviti di GCMR ni lebih best, bila ada water theme park dalam resort ni.. memang mengujakan! walaupun hanya ada 6 game dalam water theme park tu, tapi tetap best!!



Mula2 macam takut jugak nak cuba game tu, tapi encik adiey paksa jugak naik.. lagipun daripada dalam bilik lagi dah mengadap water theme park tu, jadi haruslah hati teruja nak cuba kan.. takut tolak tepi.. 


Lagipun kat dalam water theme park tu, boleh nampak yang semua game tu budak2 pun berani naik.. so, xnak lah malukan diri sendiri kan.. hihihi..


Petang tu memang syok habisssssssss.. asyik ulang2 naik semua game.. sebab memang x ramai orang pun kat water theme park tu.. cuma ada dalam 10 orang jer.. so, setiap kali nak main game memang x payah nak beratur pun.. sampai 1 game tu boleh main lebih dari 10 kali.. huhuhu..



Game yang paling mendebarkan, slide yang segitiga ni.. mula2 nak meluncur tu macam ok gak la.. tapi masa dah kat tengah2 tu, memang terasa gerunnnnnnnnn... 


Aku x baring pun masa turun slide ni, aku duduk sebab kalau baring lagilah rasa takut.. yang buatkan aku jeles sebab encik adiey boleh buat aksi baring tapi kepala turun dulu.. gabra aku tengok! 



Slide yang 3 ni pun best gak.. mula2 ingatkan macam gelongsor jer.. tapi bila dah main, rasanya x sama macam gelongsor, lebih feel gerun cikit.. tapi best! slide ni paling banyak kali aku naik sebab rasa gerun dia best.. hihihi..




Slide pusing2 kat situ sama macam kat water theme park lain jugak.. tapi yang buatkan best, sebab aku & encik adiey leh naik semua game banyak kali tanpa perlu langsung beratur.. kalau kat water theme park lagi, gerenti dah beratur panjang kan.. dah nama pun pergi bercuti masa weekday, maka haruslah x ramai orang kan.. 


Water theme park kat GCMR ni nampak simple jer.. tapi bila dah start main, rasa nak main jer.. faktor terbesar yang buat aku layan semua game ni sebab tak ramai orang.. so nak jerit pun x segan.. hihi.. tapi mula2 jer jerit.. dah naik 2,3 kali gelak2 adalah..



Pagi hari ke2 tu, lepas breakfast kitaorang bergambar kat water theme park.. masa ni memang x ada orang pun kat theme park.. awal pagi lagi kan..  



Ternyata, GCMR bijak menarik perhatian pengunjung.. selalunya hotel atau resort ada swimming pool jer kan.. tapi bila ada water theme park ni, memang best la kan.. budak2 gerenti suka stay hotel ni since diaorang boleh main game kat situ sepuas-puasnya.. mana x puasnya, dari check in sampai check out leh main game kat situ kan..


So, aku sarankan pada parents untuk bawak anak2 pergi bercuti kat resort ni.. sekurangnya2 anak2 boleh main game kat dalam tu.. memang diaorang x kan rasa bosan la.. maybe kena paksa diaorang naik bilik adalah kot sebab syok sangat main.. hihihi..



Pengantin baru yang nak honeymoon pun boleh stay kat resort ni.. banyak aktiviti dalam air bersama pasangan yang boleh dilakukan.. hihihi..

Nota Cinta: rasanya ni last part untuk Cuti-Cuti di Gold Coast Morib Resort.. nanti aku akan cuba buat entry untuk jawab semua soalan yang ditanya di kotak komen.. bukan apa, senang sebagai rujukan bagi sesiapa yang nak bercuti kat kat sini.. 



Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ