Tuesday, July 31, 2012

Senyuman Manis Penawar Kepahitan



Lupakan cerita sedih.. 
Lupakan kisah yang menyakitkan..
Lupakan kata2 negatif..

SENYUM! 

Nota cinta: aku semakin kuat bila ramai yang sudi berkongsi pendapat, nasihat, doa & kata2 semangat.. terima kasih untuk semua komen di entry sebelum ni.. aku terlalu hargai semua komen2 tu.. terima kasih semua!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Zuriat bukan "pertandingan".. tiada istilah menang, tiada istilah kalah..


Ye, aku tau ko tu prihatin sangat kat aku.. tapi ko boleh x jangan nak melampau sangat sampai kata aku rasa tercabar bila orang yang kahwin selepas aku dah mengandung???? ko ingat ni pertandingan ke sampai aku nak rasa tercabar semua???? stop la!! aku rimas!!!!

Aku tau, aku yang emosi lebih.. padahal ko nak bergurau jer kan?? tapi, agak2 la yer.. x kan la aku nak rasa tercabar dengan orang yang dah dikurniakan zuriat.. orang gila jer aku rasa akan rasa tercabar!! 

Depan2 ko aku ucap tahniah kat orang tu, tetiba ko boleh kata, "zana rasa tercabar la tu... zana jugak yang belum mengandung2 kan?"..

Tercabar ni sesuai digunakan istilah dalam pertandingan jer ok!!! kalau ko rasa mengandung tu adalah pertandingan & siapa yang berjaya mengandung tu adalah pemenang, maknanya yang x mengandung ni semua kalah la??? pertandingan apa namanya ni???

Now, aku pulak yang rasa tercabar dengan ko!!! tercabar kesabaran aku dengan sikap ko!!! cukup2lah ko dah "usik" hati aku dengan macam2 kata2 negatif.. hari tu ko timbulkan isu kacip fatimah, tido kat hotel & aircond, now isu rasa tercabar pulak.. cukuplah!! aku ni ada perasan ko tau x?? mungkin 1 hari nanti bila anak perempuan ko dah kahwin, ko pun x nak orang buat dia macam mana ko buat kat aku kan??? 

Point aku sekarang bab perkataan TERCABAR tu! macam mana boleh keluar dari mulut ko yang aku rasa tercabar dengan orang yang mengandung?? 

Ya, bergurau tu x salah!! tapi kalau bergurau bab rezeki dari Allah ni memang salah!!! 

* Kami golongan yang sedang berusaha untuk zuriat ni bukanlah minta sentiasa dijaga hati & perasaan kami.. cuma kami harapkan orang lain meletakkan diri mereka sendiri di tempat kami.. kalau bukan meletakkan diri sendiri di situasi kami, cuba bayangkan situasi tu berlaku pada keluarga mereka sendiri.. mesti kita x nak orang lain sentuh bab sensitif ni kat keluarga kita kan.. jadi, renung2kanlah..

www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, July 30, 2012

Percaya pada Qada' & Qadar - Siapalah kita untuk mempertikaikannya?


Sedar x sedar, hari ni dah masuk 10 Ramadhan.. sekejap jer masa berlalu.. dan tanpa sedar, lagi beberapa minggu bakal menyambut Hari Raya.. jika dipanjangkan umur untuk menyambut Hari Raya tahun ni, bermakna ini adalah tahun ke 3 beraya sebagai isteri.. tahun ke 3 juga kami suami isteri beraya dengan keadaan masih berdua..

Bakal dikelilingi 16 orang anak buah di belah keluarga sendiri.. bakal dikelilingi 3 orang anak buah di belah keluarga mertua.. tak lupa juga, bakal dikelilingi biras2 yang sedang hamil.. perasaan yang cukup memerlukan hati aku tabah di Hari Raya nanti..

Ya, hati perlu kuat.. semangat juga perlu kuat.. senyuman manis perlu diukir.. jawapan manis bagi pertanyaan itu juga perlu difikir.. perlu menjaga air mata dari terus mengalir.. perlu menjaga tutur kata agar tiada hati yang terluka.. semoga diberikan kekuatan menghadapi segala yang mendatang..



Kata2 dari suami yang menjadi penguat semangat buat diri ini:
"Percaya pada Qada' dan Qadar.. iaitu mempercayai bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan Allah semata-mata.. ada takdir yang mana tidak sesuai dengan apa yang kita hendak dan ada takdir yang selari dengan kehendak kita.. jadi kita hendaklah bersangka baik dengan Allah di atas sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku di dunia ini.."



www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, July 27, 2012

P.E.L.A.N.G.I


Semoga ada kemanisan di sebalik kepahitan.. 
Semoga ada kegembiraan di sebalik kesedihan.. 
InsyaAllah...
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Cuti Cinta Lost World of Tambun - Tin Valley

Dah ramai yang bising bagitau aku ni suka sangat hutang2 entry.. jadinya terus la aku update laju2.. malu sebab suka sangat buat cerita gantung2.. hihihi..

Sambung cerita di Lost World of Tambun.. lepas seronok2 di Petting Zoo, kitaorang baru perasan yang ada 1 tempat tu kitaorang x pergi lagi.. tengok dekat map untuk cari lokasi tu.. sekali, kitaorang kena patah balik! dah la jauh.. dengan cuaca panasnya.. tapi sebab nak sesangat gie kat situ, jadi gagahkan jugak la kaki tu.. air mineral dah berbotol aku minum masa tu.. huhuhu.. 

Tambun Tin Valley!!


Jom kita cari bijih timah! bawak balik Putrajaya.. hihihi.. 



Masa sampai kat situ, aku memang dah penat sesangat.. kat situ aku lebih banyak ambik gambar encik adiey jer.. tu pun ambik gambar dari jarak jauh sebab nak berteduh kat bawah pokok.. hahahaha..




Punyalah berangan x nak kulit makin gelap berjemur tengah panas.. padahal dah memang semulajadi kulit ni gelap.. gambar aku kat Tin Valley ni sikit sebab aku betul2 dah rasa penat! dasar budak debab, jalan cikit dah penat.. hahahaha.. 



Tapi serius aku cakap, pemandangan kat Tin Valley adalah antara pemandangan yang paling cantik & suasana yang paling menenangkan dekat Lost World of Tambun ni.. 



Sambil korang bergambar kat situ, boleh dengar lagu zaman 50-an yang dipasang di radio berhampiran kawasan Tin Valley.. terasa macam zaman dulu2 tau!! 




Siap ada basikal zaman dulu lagi.. klasik sangat suasana kat situ.. tapi tetiba ada TV LCD.. motif??? hahahahaha...


Sebelah Tin Valley ni ada tempat untuk Team Building.. aku masuk pusing2 kejap jer.. staff kat situ peramah.. suruh aku try aktiviti kat situ.. sorry la! aku dah penat tahap giler masa tu.. *padahal penakut! hahahaha..




Seminggu sebelum pergi Tambun, ada rancangan game show 'Cornetto Uda & Dara" kat Astro.. diaorang shooting kat Lost World Team Building ni then kena main semua game kat situ.. aku tengok pun dah seram, so memang mimpi la aku nak panjat & terjun semua tu.. hihihi..



Kalau ikut hati, aku memang nak lepak lama2 kat Tin Valley tu.. sebabnya, memang boleh layan perasan habis kat kawasan tu.. tapi sebab waktu tu kejar masa untuk solat & lunch so memang x dapat la nak santai2 kat situ.. sebab ada 1 lagi kawasan yang wajib dikunjungi..


Next entry - Tambun Hot Spring!


www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, July 26, 2012

Spontaneous Thursday - Hadiah Istimewa

 Sumber daripada ex-TTC,  Ma & Pa To Be


Kadang2 kita merasakan diri kita tak mampu untuk menghadapi ujian yang diberikan Allah..

Kadang2 kita merasakan diri kita terlalu kerdil tatkala melihat orang lain tidak merasai ujian seperti yang kita terima..

Kadang2 kita merasakan diri kita tak kuat untuk mengharungi ujian yang datang..

Kadang2 kita merasakan diri kita tidak sempurna di mata orang lain dengan ujian yang diberikan Allah..

Walau apa juga perasaan yang kita alami tatkala menerima ujian dari Allah Yang Maha Esa, yakinlah bahawa Allah menyayangi kita.. 

Allah mahu mendengar rintihan kita..
 Allah mahu kita lebih dekat kepada-Nya.. 
Allah mahu kita menjadi hamba-Nya yang bersabar.. 
Bersyukurlah dengan setiap yang berlaku.. kerana pasti Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..




www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wednesday, July 25, 2012

WordLess Wednesday - Handphone Sama, Baju Berbeza!


Gambar masa majlis kahwin 2 tahun lepas.. handphone (Sony Ericsson C510) yang dalam gambar tu lah handphone yang aku guna sekarang.. hampir 3 tahun berkhidmat dengan aku.. 

Last year encik adiey belikan Sony Experia, handphone ni sorok dalam almari.. sekali handphone Experia tu hilang, cari balik handphone ni.. this month cadangnya nak tukar handphone, tapi bila dengar ada handphone yang akan di"upgrade" akan keluar bulan 10 ni, pendam dulu la hasrat nak beli.. hihihi.. 

Nota Cinta: dah macam bukan wordless jer.. hahaha..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Mug, Coaster & Kurma Daripada Perdana Menteri




Seperti tahun2 sebelumnya.. memang akan dapat mug dan kurma daripada Perdana Menteri (PM).. dah kata kerja kat Kementerian di bawah pimpinan PM, jadi memang akan dapatlah.. 

Tahun ni dapat awal jugak la.. dapat semalam, 4 hari puasa.. tahun lepas masuk 2 minggu puasa baru dapat.. 

 
Masuk tahun ke 3 aku dapat mug tu, gambar dekat mug masih sama.. design mug jer lain.. tahun ni dapat coaster sekali, warna pink! i like!!! paper bag pulak design masih yang sama cuma warna jer bertukar.. 


Last year punya kurma lagi sedap! apapun, syukur dengan apa yang diberikan..
 
Terima kasih PM! 

Nota Cinta: sedar x sedar, hampir 3 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam.. bersyukur walaupun masih belum menjawat jawatan yang sesuai dengan bidang pendidikan & menggunakan kelulusan sebenar yang dimiliki..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Cuti Cinta aDieyZa - Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang



Belum ada rezeki ke Jepun, dapat pakai kimono pun jadilah.. hihihi.. *fine, nampak gemuk sangat dalam gambar ni.. adoiiiiiiii

Will update later!
 
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, July 24, 2012

2 Tahun Lalu - Dilayan Bak Puteri Raja!


2 tahun yang lalu.. waktu macam sekarang ni aku tengah merasa 1 debaran yang sungguh membahagiakan.. walaupun dalam hati berdebar, tapi kegembiraan jugak yang terpancar di wajah.. itulah kenyataan bergelar pengantin.. berdebar menanti waktu bersanding tapi gembira bila dilayan bak puteri raja! 

Waktu tu, aku sentiasa ingat pesan suami, 
"x kisahlah apa yang berlaku, x kiralah apa yang orang nak cakap, yang penting hari itu adalah HARI KITA.. hari untuk kita meraikan detik cinta kita.. hari untuk kita memberitahu semua bahawa kita telah sah menjadi suami isteri.."

Normal la kalau apa yang diharapkan kadang2 tak menjadi.. apa yang diidamkan tak menjadi kenyataan.. apa yang difikirkan tak berlaku.. apa yang dihajatkan tak dapat dilaksanakan.. semua ni adat dalam melaksanakan sesuatu majlis besar terutamanya majlis perkahwinan.. kita hanya merancang, Allah yang menentukan.. 

Nota Cinta: syukur Alhamdulillah kerana kami masih sentiasa merasai mood pengantin baru!

www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Cerita Awal Ramadhan aDieyZa - Cuti, Berbuka & Bekerja

Hari pertama bekerja di bulan Ramadhan pada tahun ni.. terasa seperti hari Isnin.. maklumlah semalam masih bercuti.. cuti kerana 2 sebab.. pertama sebab masih di kampung.. kedua sebab nak luangkan masa bersama bersama suami tersayang sempena ulangtahun perkahwinan yang ke2.. *walaupun ramai yang kata bulan puasa kot, x kan nak cuti untuk anniversary gak, x takut terbatal ke puasa?.. nakal eh korang!! hihihi..

Since bulan2 selain puasa pun aku masuk pukul 7.30 pagi, so x terasa sangat perbezaan waktu bekerja tu.. ramai betul yang tukar jadual waktu bekerja.. perempuan kebanyakannya mesti masuk pukul 7.30 pagi supaya dapat balik awal untuk sediakan menu juadah berbuka puasa.. betul x??

Dah masuk hari ke 4 berpuasa.. seronok sebab dapat sambut puasa, bersahur & berbuka kat kampung.. dapat 2 hari berbuka puasa bersama dengan keluarga sendiri & keluarga mertua.. punyalah nak adil bahagikan berapa hari berbuka rumah mak sendiri, berapa hari berbuka rumah mak mertua sampaikan kena drag cuti sampai semalam.. huhuhu.. 


Semalam memang dah plan nak masak, tapi ada orang baik hati nak belanja makan kat luar.. belanja sempena anniversary (*will update later).. so nampaknya setakat ni belum sempat nak masak sendiri sepenuhnya untuk berbuka puasa.. *bunyi macam rajinlah sangat memasak kan.. hahahaha..  

Kat kampung dapat makan macam2 yang sedap.. biasalah kalau mak & mak mertua masak, segala macam menu yang terhidang.. yang seronoknya, walaupun tengah berbuka dekat rumah mertua, still dapat makan rendang ayam yang mak sendiri masak.. maklumlah, kampung sebelah2.. sempat la balik rumah mak tapau rendang ayam untuk makan kat rumah mertua.. kelebihan kahwin dengan orang dekat.. hihihi..

Nota cinta: ada banyak entry yang aku hutang kat blog ni.. walaupun cerita dah sebulan berlaku, tapi ada gak yang aku belum cerita.. tapi InsyaAllah minggu ni nak cuba untuk habiskan entry yg tertunggak tu.. 
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, July 23, 2012

aDieyZa 2nd Wedding Anniversary - Syukur Alhamdulillah


 
Genap 2 tahun bergelar suami isteri.. Syukur Alhamdulillah di atas segala kebahagiaan yang dikurniakan oleh Allah.. kami berdoa agar perkahwinan yang dibina sentiasa diberkati dan dirahmati Allah..
 
Selaut kasih
Sepantai sayang
Segunung rindu
 
~aDieyZa With Love~
 
 
 
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, July 20, 2012

Cash Out Nuffnang Earning Kali Kedua!

Semalam check masih ada 1 BE kat akaun Nuffnang tu.. aku perasan yang BE tu x menari2 pun kat blog ni sejak 4 hari lepas.. jadi memang aku rasa BE tu akan jadi ME minggu ni.. bukak akaun Nuffnang pagi tadi, tengok2 BE tu dah jadi ME.. sedihhhhhhhh..

Sekarang ni, x ada 1 BE pun menari2 kat blog aku ni... maybe sebab Nuffnang nak aku cash out duit tu sebagai hadiah hari jadi untuk diri sendiri kot.. hihihihi.. maklumlah, birthday pun x lama lagi kan, dalam 2 minggu jer lagi.. tapi, x sempat dapat pun sebelum birthday aku.. tapi maybe boleh guna duit tu untuk beli barang untuk raya kot.. tapi, tu pun macam x sempat jugak... hahahaha.. sebab hari ni baru nak cash out, ambik masa dalam sebulan.. 



So, x payah nak fikir duit tu dapat bila, aku terus cash out jer tadi.. dalam otak dah mula fikir nak beli apa.. padahal bukannya dapat banyak mana pun kan.. walaupun x banyak, aku tetap happy sebab aku blogging ni just sebab minat.. bukan sebab aku nak dapat duit.. lagipun aku ni blogger biasa jer.. follower x ramai.. entry merapu2.. so bila dapat duit sampingan ni, haruslah gembira lebih kan.. 

Aku nak guna duit tu untuk sesuatu yang boleh nampak.. kira boleh jadi kenangan "aku, blog & Nuffnang" la.. *dah macam tajuk drama la pulak..

First cash out beli kain pasang (click entry).. tu pun x hantar ke tailor lagi untuk buat baju.. jawabnya pakai baju tu masa raya haji la.. *eh, puasa bulan Ramadhan pun baru nak start dah fikir baju raya haji??? over kau!

So terima kasih la pada semua yang menjenguk blog ni.. x kiralah korang jenguk sebab memang nak baca blog aku (ni kategori blogger & follower) ataupun korang jenguk sebab "saje2" nak ambik tau kisah aku (ni kategori stalker!).. kalau x kerana kunjungan korang kat blog ni, memang aku x kan merasalah nak cash out duit Nuffnang ni.. 


Nota cinta: saya sedang menghitung hari!! lagi 3 hari adalah aDieyZa 2nd Wedding Anniversary!!! manyak sukaaaaaaaaaaa ooooo...


www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan





Kepada semua yang membaca blog ni samada yang saya kenali atau tidak kenali, saya & suami dengan rendah diri ingin memohon maaf jika kami ada/pernah melakukan sebarang kesilapan sama ada sengaja atau tidak disengajakan..

Kami berharap agar anda semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik agar dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.. semoga Ramadhan kali ini membawa lebih banyak kebaikan buat kita semua..

Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan kasih sayang Allah hendaknya.. insyaAllah..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, July 19, 2012

Pokok Orkid Yang Malas Berbunga!



Ingatkan orang je yang malas.. rupanya pokok orkid pun ada yang malas berbunga ok!! hihihi.. gambar ni masa Floria 2012.. abah seronok borong pokok orkid! sampaikan orang kedai pelik kenapa abah yang pilih orkid sedangkan mak buat x tau jer.. hahaha.. 
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Bila Abah Sorok Pokok Bunga..

Kalau mak, dia memang suka sorokkan baju atau tudung yang dia beli dari abah.. kononnya takut abah bising dia asyik membeli jer.. perangai ni biasa di kalangan perempuan kan.. tapi, perangai menyorok2 barang ni pun dilakukan oleh abah aku jugak.. 


Abah suka tanam pokok bunga.. dari dulu memang dia yang akan tanam bunga.. mak tolong siram jer pokok2 bunga tu.. anak2 pulak tolong tengok jer.. hahahaha.. x senonoh! 

Abah selalu sorokkan bunga yang dia baru beli dari mak.. sorok di celah pokok2 besar.. dah seminggu baru letak kat tempat yang sepatutnya.. lepas tu akan berlakulah perbualan seperti di bawah:

Mak: pokok baru ke tu??? *sambil cekak pinggang
Abah: tak lah.. dah lama beli pokok tu, dekat 2 bulan dah.. sayang yang x perasan kot.. *jawab tanpa pandang muka mak sebab nanti mak tau abah bohong
Mak: cantiklah bunga tu, pandai abang pilih.. nape beli bunga x ajak sayang? *memuji dengan tujuan abah teruja dipuji sampai x sedar dia akan bocorkan rahsia dia sendiri
Abah: masa abang beli minggu lepas, sayang sibuk menjahit.. tu yang abang beli sorang..
Mak: minggu lepas??? tadi kata pokok tu dah lama.. kantoi dah!
Abah: eh?? alaaaaaaaaa.. kantoi sudah!

Pernah dulu abah kantoi beli 1 pokok bunga harga RM300.. seminggu abah  cuba rahsiakan, tapi last2 kantoi jugak.. kisahnya mak pergi kedai bunga tu nak jumpa isteri tokey kedai bunga.. ada hal pasal persatuan wanita, bukan sebab nak beli bunga pun.. sekali tu, isteri tokey tu cakap macam ni:

Isteri tokey: ha kak, nak beli bunga ke? bunga yang suami akk beli minggu lepas tu ok x? cantik kan bunga tu.. pokok jenis baru tu.. baru sampai, suami akk terus beli.. 
Mak: pokok yang mana pulak ni??
Isteri tokey: ala, pokok yang daun dia jenis baldu tu.. yang warna purple tu la.. yang RM300 tu.. baru jer suami akk beli minggu lepas..
Mak: RM300??????? aku balik dululah eh.. pasal hal persatuan tu, kita bincang esok jer la..

Balik rumah, terus mak cari pokok bunga tu.. abah sorokkan pokok tu disebalik pokok2 yang dah lama.. hahaha.. mak jumpa jer pokok tu, mak alihkan kat depan rumah.. sekali bila abah nampak pokok tu kat depan rumah, terkejut la abah.. maka, terjadilah dialog kat bawah ni:

Mak: cantik kan pokok tu abang? *sambil kenyit2 mata kat abah, tapi still cekak pinggang
Abah: aaa.. aaa.. cantik.. *buat muka confuse sebab pelik macam mana pokok tu dah beralih
Mak: kalau pokok macam ni kan, berapa eh harga dia? *kenyit2 mata lagi
Abah: aaa..aaa.. x taulah.. *muka dah cuak sebab rahsia dah pecah
Mak: tadi tengok kat kedai bunga Zainal, isteri dia kata pokok ni harganya RM300 tau! *jeling abah sedalam-dalamnya..
Abah: kantoi sudah! 
Mak: pandai eh berahsia! *sambil tarik hidung abah
Abah: hahahahaha..

Nota cinta: daripada 5 orang anak perempuan, sorang pun x ada ikut perangai abah yang suka tanam dan menjaga pokok bunga.. hahahahaha..

www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Spontaneous Thursday - Enjoy The Little Things In Life



 Hargai setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita.. 
Walaupun kadang kala yang berlaku tu terlalu pahit untuk dikenang, tapi anggap perkara tersebut sebagai pengajaran terbesar dalam hidup kita.. 
Walaupun kadang kala yang berlaku tu terlalu remeh untuk diingati, tapi anggap perkara tersebut sebagai kenangan yang tak mungkin boleh berulang dalam hidup kita..

Hargai setiap orang yang kita sayangi dalam kehidupan kita..
Walaupun kadang kala orang yang kita sayang melukakan hati kita, tapi anggap perkara tersebut sebagai asam garam dalam perhubungan..
Walaupun kadang kala orang yang kita sayang melakukan perkara yang remeh. tapi anggap perkara tersebut sebagai pengorbanan yang tak ternilai harganya..

Hargai setiap detik masa yang Allah kurniakan kepada kita.. insyaAllah kehidupan kita akan lebih bahagia..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wednesday, July 18, 2012

Cuti Cinta Lost World of Tambun - Petting Zoo

Sambung balik entry cuti-cuti di Tambun.. maaf lambat sambung entry ni sebab banyak komitmen yang lebih penting perlu diutamakan.. 



Lepas jer seronok bercanda di tepi tasik, penjelajahan diteruskan ke Petting Zoo.. serius perasaan teruja memang jelas terpancar di wajah encik adiey masa tu.. encik adiey ni memang suka perkara berkaitan haiwan.. pencinta haiwan orang kata.. kalau family kitaorang memang dah tau sangat minat encik adiey ni..






Masuk2 jer Petting Zoo ni, terus nampak ada haiwan berjalan2 kat atas kepala aku ni ha.. seronok betul dia lepak2 kat atas tu ok! bila kita berdiri kat bawah dia, bukan main lagi dia berposing.. 


Aku masa tu memang x tau apa nama haiwan yang berjalan2 tu.. nasib baik encik adiey tau, beria dia ajar aku macam cikgu tadika, "itu Racoon.. cuba sebut, Racoon..." orang kat situ semua pandang aku.. hihihihi..

Mula2 macam takut jugak la nak bergambar kat bawah Racoon tu.. tapi sebab encik adiey beria paksa, aku gagahkan la jugak.. dalam hati berdoa supaya Racoon tu x turun kat kepala aku.. hihihi.. serius comel tau Racoon ni!




Tapi kan, aku rasa Racoon tu jantan la..sebab bila aku datang dekat, dia macam pandai jer posing baik.. tapi bila encik adiey datang dekat, dia buat muka macam malas2 & nak gigit2 encik adiey.. hahahaha..




Then, terus ke bahagian burung.. kat situ, rasa nak bawak balik jer burung2 tu.. cantik2! 




Yang kat atas ni memang pandai posing.. kita berdiri sebelah jer, macam2 aksi la nak dibuatnya..



Yang kat atas ni garang! kita dekat jer dia nak bunyi2.. tapi bila encik adiey berdiri sebelah dia, dia ok pulak.. 




Motif dengan encik adiey dia ok dengan aku dia nak marah?? nyampah tau! mesti burung betina la tu kan?? hahahaha..



Yang ni asyik la nak berkepit jer.. loving sungguh la kononnya kan.. hihihi.. ada lagi 3-4 ekor burung dalam Petting Zoo ni.. yang pasti, semuanya duduk bertenggek jer.. x terbang2 pun.. so senang la nak pegang2 & bergambar dengan burung2 tu..



Dekat bahagian burung ni dekat sejam.. encik adiey suka sangat lepak kat situ.. lagipun kat situ ada kerusi untuk lepak2 sambil dengar bunyi burung yang becok2 tu.. hihihi..



Kat dalam petting zoo ni memang ada banyak haiwan.. ular pun ada.. geli! kalau ada anak2 bandar yang x pernah tengok kambing tu boleh la datang sini.. hihihi.. boleh pegang2 ok kambing tu.. tapi make sure lepas tu korang basuh tangan tau!



Masa aku datang tu, pekerja tengah bersihkan kolam kura2.. so x dapat nak tengok kura2.. merak pun ada kat Petting Zoo ni.. yang x bestnya, merak tu semua nampak jinak bila di sebelah encik adiey tapi bila aku berdiri sebelah merak tu, boleh nak mengejar aku lak.. nyampah!! ni mesti merak betina ni.. gataiiiiii..

Banyak gak haiwan yang pertama kali aku jumpa.. serius aku x pandai bab2 haiwan ni.. tu pun rasanya sejak kahwin ni pandai la cikit, sebab hari2 encik adiey tengok Nat Geo Wild saluran 550 kat Astro tu.. hahahhaha..



Seronok sangat lepak kat dalam Petting Zoo ni.. kalau ada anak2 mesti lagi best bawak diaorang tengok haiwan kat situ.. lagipun kat sini dapat bergambar dengan haiwan secara dekat.. nak pegang2 pun boleh.. 


Tips untuk pengunjung:


- make sure korang tengok jadual untuk feeding show.. kitaorang terlepas semua feeding show sebab leka bergambar.. hahahahaha..


- since Petting Zoo ni dalam bersebelahan kawasan water theme park, so korang boleh jugak masuk tengok haiwan2 ni walaupun dengan keadaan baju korang basah.. hihihi.. kitaorang x masuk pun sebab x selesa nak masuk situ dengan keadaan basah kuyup lepas berendam dalam air..

Next Entry - Tin Valley!

www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

WordLess Wednesday - Fridge Magnet Jakarta, Indonesia


Hadiah fridge magnet daripada new officemate! Suka!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, July 17, 2012

Patutlah Awak Belum Ada Anak.....

Tengok tajuk pun rasanya dah tau tentang apa kan.. bukanlah bermaksud kami golongan "trying to conceive (TTC)" ni berharap sangat dijaga hati & perasaan kami.. tapi cukuplah dengan menghormati privasi orang lain.. 


A - orang yang terlalu "ambik berat"
Z- aku (zana)


situasi 1

A: tido kat rumah pasang/on aircond?
Z: selalunya memang pasang/on aircond sebelum nak tido.. kenapa?
A: patutlah belum ada anak, sebab kalau sejuk tido pakai baju so x "bersama".. kalau panas kan x pakai baju, so selalulah "bersama"
Z: habis si B tu rumah dia x ada aircond pun belum ada anak macam mana tu?????????
A: *terus buat muka malu*

situasi 2

A: minum air kacip fatimah?
Z: saya x minum.. kenapa?
A: patutlah belum ada anak, sebab awak x minum kacip Fatimah.. lagipun orang yang nama fatimah jer boleh minum air tu... *sambil gelak besar sebab rasa dia dah berjaya buat lawak*
Z: habis tu, yang si B tu bukan nama fatimah pun xminum kacip fatimah tapi mengandung jer.. macam mana tu?????
A: *muka dah merah & cuba nak ubah cerita lain..


situasi 3

A: pernah bermalam kat Cyberview Resort & Spa?
Z: x pernah.. kenapa?
A: patutlah belum ada anak, sebab awak x pernah tido hotel tu.. tido la kat hotel tu.. nyaman, tenang, sunyi.. barulah senang dapat anak..
Z: habis tu, si B tu x pernah gie honeymoon kat mana2 pun dapat jer anak.. macam mana tu????
A: *buat2 x dengar dan berlalu pergi*


Adakah aircond punca aku belum mengandung?? 
Adakah kacip fatimah punca aku belum mengandung?? 
Adakah Cyberview Resort punca aku belum mengandung??

MENGARUT OK!!!!!!! Tolonglah!! kalau nak bagi cadangan pun, janganlah sampai mengarut sangat.. tau x bab2 dalam rumah tangga ni sensitif?? tau x hal suami isteri tu x boleh nak dibincangkan secara terbuka?? 

Pada yang nak bagi cadangan atau tips tu, memanglah kami hargai sangat2.. tapi kalau cadangan tu memang x logik, mintaklah simpan jer.. 

Nota cinta: tolong hormat privasi orang lain..
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, July 16, 2012

Jamuan Menyambut Bulan Ramadhan

Hari ni lambat update blog.. ada majlis untuk sambut bulan Ramadhan kat office ni.. buat tahlil dan jamuan sekali.. perut kenyang!! makanan banyak sungguh!!!

Weekend hari tu berangan nak draf entry untuk hari Isnin tapi tinggal angan2 jer.. tetiba hari Sabtu hari tu, encik adiey ajak berdating kat 1 tempat.. balik dari dating terus pengsan sebab penat sangat2.. walaupun penat, tapi best sangat2.. seronok dating kat situ sebab semua ingat kitaorang baru kahwin.. hihihihi.. maklumlah, tempat tu memang selalu orang pilih untuk honeymoon.. 

Pasal dating ni tunggu next week jer lah eh.. sebabnya kitaorang dating tu pun sempena 2nd wedding anniversaru Isnin depan.. pre celebration la kiranya.. sebab nak gie dating Isnin depan dah puasa.. hihihi.. korang boleh sabar ke sampai minggu depan?? hihihi.. aku akan try la upload sekeping gambar, tu pun kat FB.. so kalau yang add aku kat FB maybe leh tengok la.. *perasan macam ramai sangat nak ambik tau aku gie mana kan?? hahahaha..

So, jap2 lagi aku up entry tentang cuti kat Tambun tu.. dah seminggu tertangguh kan.. insyaAllah tinggal 3 atau 4 entry jer lagi tentang cuti kat Tambun tu. lepas tu boleh sambung entry dating2 Sabtu lepas.. 

Aku sajikan korang dengan gambar makanan yang ada masa majlis sambut puasa pagi tadi yer.. ni stok makanan sampai petang! terbaikkkkkkk..


Lasagna yang super duper sedap!

Sambal udang & ikan bilis untuk nasi lemak..

Gambar nasi lemak lupa nak snap..

Roti canai dan mihun goreng..

 Red velvet, kek buah dan kek lapis Sarawak..


 Pencuci mulut, buah-buahan dan cupcake


www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, July 13, 2012

Malware Menyerang Blog Adieyza


Pagi tadi terkejut bukak blog keluar notice ni.. adoiiiiiiii, gabra ok! x senang duduk aku dibuatnya..

Memandangkan aku x nak menjangkitkan virus ni kat blog korang, maka aku privatekan blog kejap.. dalam sejam lebih aku private blog untuk cari penyelesaian kepada masalah aku tu.. 

Melalui apa yang aku baca kat google pagi tadi, virus ni datang dari blog yang ada dalam blog list kita.. kebanyakan blogger yang pernah jadi macam ni, diaorang cadangkan buang bloglist.. adoiiiiiii, sayang giler nak buang semua bloglist.. nak kena letak balik nanti leceh..

Kalau tengok daripada notice tu, macam blog yang aku kaburkan tu jer yang bagi virus kat blog ni.. maybe blog tu jugak x tau yang dia dah terbagi virus kat aku kot.. ntah la, aku x berapa nak faham konsep virus ni menyerang.. hahaha..

Blog yang aku kaburkan tu, kalau ikut nama adalah nama lelaki.. maka, aku cuba jalan pintas dengan buang semua bloglist bawah "Blogger Boys" yang aku letak kat side bar blog aku ni.. lepas aku buang gadget bloglist tu, terus ok blog aku ni ha.. 

Masa benda ni jadi, aku memang fikir berapa hari nak nangis la kalau tetiba blog aku kena delete.. punyalah sayang kat blog ni kan.. dari zaman bujang sampai zaman dah kahwin ni ha aku bela blog ni.. tapi nasib baik x jadi sesuatu yang teruk kat blog ni.. syukur Alhamdulillah..

So, lepas ni kalau ada blogger yang alami kes macam aku ni, jangan cepat gabra k (padahal aku punyalah gabra tadi kan.. hahahaha).. try cari url blog yang dikatakan membawa virus tu.. then delete url blog tu kat bloglist korang k.. maybe lepas tu dah ok.. kalau x ok gak, korang teruslah bertanya pada blogger2 otai atau meng"google" jawapan kepada permasalahan korang.. hihihi..

Nota cinta: sayang sangat kat blog ni.. sayang sangat perhubungan yang terjalin dengan rakan blogger selama bergelar blogger ni.. x kisah la korang suka ke x baca blog aku ni, aku tetap suka jer update selalu entry baru kat blog aku ni.. hahahahaha.. *nyampah!


www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ