Wednesday, October 31, 2012

Kalau Bercinta Jadilah Macam Doraemon!


Ajaibnya cinta!

Bila melihat kekasih hati, hati menjerit gembira..

Bila mendegar suara kekasih hati, hati berbunga-bunga..

Bila berjauhan dari kekasih, hati serba x kena..

Bila dekat dengan kekasih, hati jadi terlalu bahagia...
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

WordLess Wednesday - Seperti Anak Sendiri

Dukung baby Alya sambil berangan dukung anak sendiri.. sesuai x kalau nak mengaku Alya ni anak sendiri? orang kata pipi Alya dengan pipi aku sama.. hihihi


Alya dah makin suka buat suara "manja gedik" dia.. kalau kita borak, mesti suara manja gedik dia keluar.. suara macam nak menggoda orang jer.. hehehe..


Nota cinta : Alya makin suka pakai headband.. tido pun x nak bukak headband.. makin nampak comel bila dia pakai headband kan? 


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, October 30, 2012

Tempahan Jahit Manik Tudung Oleh Iem Creation

Alhamdulillah, sekarang ni kakak aku tengah bizi dengan tempahan jahitan manik dekat tudung..  Nampaknya Iem Creation makin berkembang maju.. kalau dulu hanya fokus dengan jahitan manik dekat baju, sekarang dah tambah pulak dengan tempahan jahit manik tudung.. semoga akk aku terus dimurahkan rezeki.. aku hanya tolong sekadar yang mampu jer.. tolong letak kat blog & FB.. x sangka tempahan makin bertambah dari hari ke hari..

Tempahan Jahit Manik Tudung

Rasa-rasanya ada yang berminat nak order ke tudung manik macam dalam gambar tu? sekarang ni hanya ambik tempahan daripada kawan2 dan keluarga rapat jer.. tapi kalau ada yang betul2 berminat nak tempah, boleh emel yer, adieyza_1110@yahoo.com.. kalau nak hantar tudung sedia ada boleh, nak beli yang dah siap tudung dengan manik pun boleh.. 

Tempahan Jahit Manik Tudung

Harga istimewa untuk pengunjung blog Zana Adieyza.. tapi tempahan hanya sekitar Putrajaya dan kawasan berhampiran dengannya.. kakak aku yang jahit manik ni duduk dengan Negeri Sembilan, so kalau tempahan sekitar daerah Jempol dan Bahau tu boleh la menempah jugak..

Tempahan Jahit Manik Tudung

Tempahan Jahit Manik Tudung

InsyaAllah nanti aku akan publish lebih banyak tudung dan shawl manik untuk dijual.. sekarang ni akak aku tengah siapkan beberapa helai tudung so kita bagi dia masa untuk siapkan dulu baru kita publish yer..


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, October 29, 2012

Is It Monday Already??


Hari ni betul2 "Monday"... 

- kesihatan tak berapa baik..

- penat menempuh jem walaupun bukan aku yang drive..

- fikiran ada sedikit serabut sebab terlalu banyak berfikir tentang sesuatu yang septutunya x payah fikir.. 

- kaki lenguh sangat sebab terlalu banyak berjalan masa cuti raya..

- rasa mengantuk sebab semalam sibuk mengemas rumah sampai tido lambat..

- badan rasa letih sebab mencari mood ceria yang hilang sekejap entah ke mana.. 


Nota cinta : Isnin korang macam mana pulak? 
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Saturday, October 27, 2012

Hari Raya Ke 2 - Masih Mood Raya?

Hari Raya Aidiladha dah masuk hari ke 2.. ramai lagi ke yang masih ada mood raya?? aku masih ada.. sebabnya hari ni baru beraya di rumah keluarga mertua.. semalam dah syok sangat2 beraya kat kampung atok dan nenek.. 


So hari ni turn rumah mertua pulak.. kena adil ok!! kalau balik beraya belah keluarga sendiri, kena jugak balik beraya rumah mertua.. barulah adil dan saksama.. dapat elakkan daripada keluarga di kedua-dua belah pihak terasa hati.. 

Pasal isu adil dan saksama tu nantilah yer kita sambung.. mood raya masih ada.. so nak sambung makan jap.. naik kerja nanti kita sambung cerita panjang2 k..

Take care guys!!


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha Daripada Adieyza

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua!!



Tuan blog sedang seronok beraya di kampung halaman nenda tercinta di Muar, Johor.. setelah 2 tahun berkahwin, ini kali pertama sambut hari raya bersama Encik Adiey di rumah atok dan nenek di pagi raya.. seronoknya beraya dengan suasana yang betul2 kampung.. tenang dan damai sangat2..

Cerita raya kan diupdate kemudian.. selamat menjamu selera dan berhari raya untuk semua.. 




Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, October 25, 2012

Selamat Pulang Ke Kampung Halaman ~Salam Aidiladha~

Selamat pagi semua!!

Hari ni tuan blog dah mula bercuti.. semangat nak balik KAMPUNG!!! kenapa kena guna caps lock dekat perkataan kampung tu??

Sebabnya, raya tahun ni memang beraya di kampung yang betul2 kampung.. raya qurban tahun ni giliran rumah keluarga aku.. so aku bagi cadangan dekat Encik Adiey untuk balik kampung rumah atok dan nenek kat Johor.. 

Selalunya, balik kampung kat Johor bila dah seminggu raya.. kali ni, kitaorang berdua akan berpagi raya di rumah atok dan nenek di kampung.. tu lah yang namanya betul2 kampung.. pengalaman baru untuk Encik Adiey sebab dia x ada kampung yang betul2 kampung.. hehehe.. 

Paling rindu dengan suasana kampung yang sangat tenang tu.. tidur malam x payah pasang kipas sebab sejukkkkkkk sangat2.. tapi paling takut nak pergi tandas waktu malam sebab tandas kat luar rumah.. hahahha...

Sekejap lagi nak gerak balik Johor.. sajer balik awal sebab nak bawak Encik adiey pusing2 kawasan kampung.. seronok!!!! tapi kalau jalan sesak, lambatlah sampai kampung tu nanti.. doakan perjalanan kami selamat sampai yer...




Untuk yang memandu nak balik ke kampung tu, berhati2 di jalan raya.. jangan drive laju sangat yer.. kalau isteri yang duduk sebelah suami tu, borak2lah dengan suami supaya diaorang x rasa mengantuk.. jangan jadi macam aku yang cepat sangat rasa mengantuk bila masuk dalam kereta.. hehehe..

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua!!


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wednesday, October 24, 2012

WordLess Wednesday - Vitamin Shaklee!

Kesukaan, keterujaan dan kesayangan aku sekarang.. sekarang ni aku merupakan seorang SID Shaklee yang berdaftar dengan ID No 910244..




Vitamin Shaklee.. teruja dengan hasil yang positif sehingga terjebak menjadi ahli @ Independent Distributor.. 

Sebagai permulaan, hanya mencuba untuk diri sendiri dan ahli keluarga..  insyaAllah, akan berkongsi kebaikan produk Shaklee ni dari masa ke semasa..




Kalau ada sesiapa berminat nak dapatkan produk Shaklee pulak boleh la hubungi Zana seperti maklumat di bawah ni yer..

Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

WordLess Wednesday - Peluk Isteri Adalah Pahala


Selain mengeratkan hubungan, pelukan juga dapat menambahkan pahala.. indahnya alam perkahwinan!!!
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, October 23, 2012

Motif Tanya Soalan Yang Dah Tau Jawapannya??

sumber: Google
Rasanya kadang2 aku pun ada tertanya soalan2 lebih kurang macam tu gak kot.. hihihi.. cumanya soalan yang berbeza la.. tapi masih lagi soalan yang boleh dianggap macam, "motif ko tanya soalan yang ko sendiri dah tau jawapannya???"..

Elok jer Encik Adiey keluar dari toilet aku boleh tanya, "gie tolilet eh?? buat apa??".. terus Encik Adiey buat muka konon2 garang.. kenapa muka konon2 garang?? sebab Encik Adiey bukannya jenis garang, so setiap kali dia nak buat muka garang mesti x menjadi.. hahahahaha.. lepas tu aku cakap, "x takut pun dengan muka "comel" tu!!".. hihihi

Dah tentu2 orang tu keluar toilet, lagi nak tanya dia buat apa.. motif??? tu namanya soalan yang nak kena bagi pelempang berkali2.. 

Kadang-kadang tu tengah leka Encik Adiey baca surat khabar, boleh aku tanya, "baca surat khabar eh??".. korang x rasa ke yang soalan aku tu boleh membuatkan Encik Adiey rasa nak masukkan aku dalam surat khabar tu x?? hahahha.. 

Tapi sebenarnya, aku tanya soalan tu sebab nak tarik perhatian dia.. sebab dia kalau tengah baca surat khabar, memang terlupa orang sekeliling sekejap.. menghayati sungguh!! padahal baca surat khabar jer pun, bukan baca novel sampai kena menghayati watak cerita tu pun.. huhuhu..

Soalan yang x best kalau ditanya sekarang ni, bila orang tu dah kenal kita.. tau pasal kehidupan kita serba sedikit.. tapi x selalu bertentang mata.. kiranya selalu tau info terbaru kat facebook jer la, setakat komen2 kat facebook jer la kan.. tetiba bila jumpa kat mana2 keluar soalan macam ni, "eh, datang berdua jer ke?? anak mana??"

Korang rasa soalan tu patut aku jawab ke x?? huh!

Punyalah selalu orang tu komen kat facebook aku.. setiap kali aku upload gambar romantik de amaor  berdua dengan Encik Adiey, siap orang tu boleh komen lagi.. x kan la x tau lagi kan?? x kan la dia x perasan yang aku x pernah langsung upload gambar baby sendiri dan x pernah update status pasal baby sendiri.. 

Tapi aku kena fikir +ve!! dia memang x perasan pun apa2 kat FB aku sebab aku ni bukannya glamour pun! aku ni bukannya penting mana pun.. aku ni bukannya kawan rapat dia pun.. so nak buat apa dia ambik tau semua pasal aku kan??  so senyum jer la bila soalan tu keluar dari mulut dia.. senyum tu kan sedekah!!

So, senyum semua!! *sambil buat2 tanya macam ni, "eh, korang tengah baca entry aku ni??".. boleh?? hihihi.. 
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, October 22, 2012

BE Baru Ke 13 Daripada Nuffnang - Digi Samsung Galaxy Note!

1 BE dan penat menari.. tapi, esoknya muncul pulak BE baru di blog ni.. syukur Alhamdulillah.. bestnya kalau selalu macam ni kan.. 1 BE credited, dapat pulak 1 BE yang on going.. seronoknyaaaaa kalau selalu macam ni....


Terima kasih Digi sebab sudi bagi peluang untuk BE Digi Samsung Galaxy Note menari2 kat blog saya.. saya tengah gigih kumpul duit nak beli handphone Note II, so besarlah harapan saya kalau BE ni mampu menyumbang kepada duit tabungan saya.. hihihi.. menarilah lama2 cikit yer, jadi cepatlah saya boleh langgan pakej dengan Digi untuk beli Note II.. huhuhu..

Terima kasih Nuffnang! Terima kasih semua pengunjung blog! maaf kalau blog ni makin suram tanpa entry2 baru.. sebab tuan blog bz cikit sebelum raya ni.. nanti bulan 11 ada nak cuti lama pulak.. so kena siapkan semua kerja cepat2.. nanti big boss x bagi cuti pulak kalau ada kerja yang tak siap..

Nota cinta: asyik lupa nak update entry tentang hasil cheque kedua daripada Nuffnang.. nanti aku buat eh.. kalau aku lupa, anggap jer aku x pernah cakap pasal benda ni.. hahahha...





Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tak Semestinya Kita Baik.....

Kita tulis benda baik2.. tak semestinya kita baik... tapi, sekurang-kurangnya kita tak tulis sesuatu yang tak baik kan?
 
Kita cakap benda baik.. tak semestinya kita baik... tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara-perkara tak baik kan?
 
Kita buat baik.. tak semestinya kita baik... tapi sekurang-kurangnya kita tak buat benda yang tak baik kan?
 
Kita bukanlah bagus sangat..tapi InsyaAllah, kita menuju dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik..
  
mencuba menjadi yg terbaik.. insyaAllah..


"Semoga hari-hari mendatang membawa lebih banyak kebaikan untuk kita semua.. salam Isnin yang ceria buat semua!"
 
 
 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Saturday, October 20, 2012

Makin Pelik Dengan Keyword "Candid Mantap"


Serius sampai sekarang masih tertanya2 kenapa keyword tu menjadi semakin hit sekarang ni..  setiap hari mesti keyword tu paling tinggi sekali.. dah dekat 2 minggu ni.. aku puas la mencari jawapan apa sebenarnya maksud di sebalik keyword tu dan macam mana keyword tu boleh jadi makin tinggi kat blog aku ni..
 
Aku mula fikir benda yg bukan2 bila keyword pelik ni muncul kat blog aku.. aku takut ada yg x kena jer.. manalah tau ada gambar apa2 kat blog ni yang disalah gunakan.. serius aku mula fikir bukan2 ni... susah hati la pulak macam ni...
Kalau ada yang mencari keyword tu then terjumpa blog ni, boleh bagitau apa sebenarnya yang dicari?? apa yang korang search sampai korang jumpa blog ni?? tuan blog dah hilang punca mencari jawapan ni.. hihihi...
 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, October 19, 2012

Lelaki Dulu dan Lelaki Sekarang...

Kalau dua-dua kerja, macam mana pulak?? Work-work-shop-shop?? hahahaha...

Lelaki sekarang pun dah makin bijak berbelanja.. keperluan diaorang pun dah lebih kurang dengan keperluan orang perempuan sekarang ni..

Kalau dulu, abah aku pakai jer segala jenis sabun yg mak beli.. mak beli sabun johnson & johnson pun abah pakai jer.. lembut halus kulit abah pakai sabun baby.. hahaha... pencuci muka pun abah kata pakai jer sabun mandi.. tak de jerawat tumbuh pun abah kata.. hahahaha.. 

Yang kelakarnya, bila mak beli pencuci khas untuk wanita, abah pun beria nak guna.. adoiiii, serius boleh buat kitaorang rasa nak pecah perut tau!!!

Sekarang ni makin banyak barangan keperluan yang khas untuk lelaki jer.. pencuci muka untuk lelaki dah berlambak2 sekarang ni.. siap ada yg lagi mahal daripada pencuci muka perempuan.. sabun mandi untuk lelaki pun ada sekarang ni.. 

Sekarang ni kat bilik air nampaknya ada 2 jenis sabun.. 1 sabun suami, 1 sabun isteri.. pencuci muka pun sama.. x main kongsi2.. 1 utk awak, 1 utk saya.. hohoho.. 

Agaknya x lama lagi ada jer lotion khas untuk orang lelaki.. silap2 bedak muka untuk kaum lelaki pun ada x lama lagi kan.. hehehe.. jangan sampai meja solek isteri dikuasai lebih oleh barangan penjagaan diri suami sudahhhhhh...
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, October 18, 2012

Alahai Suami..... Alahai Isteri......

Terbaca satu artikel yang boleh membuatkan hati ni terusik..  artikel bertajuk "Alahai suami" ... Artikel ni berkaitan isteri yang selalunya lebih banyak tak puas hati dengan apa yang dilakukan suami.. 

Lumrah para isteri mesti mengharapkan suami membantu dalam urusan kerja-kerja rumah.. hati isteri mana yang tak suka bila suami ringan tulang membantu dalam bab mengemas rumah.. hati isteri mana jugak yang tak panas bila suami leka melayan tv atau khusyuk membaca surat khabar tanpa menghiraukan keadaan rumah yang bersepah?? hati isteri mana yang tak sedih bila suami tak ambik kisah bila isteri tengah bertungkus lumus mengemas rumah, memasak dan dalam masa yang sama ada yang perlu menjaga anak!

Beruntunglah isteri jika suami suka membantu dalam urusan penjagaan rumah.. beruntunglah isteri jika suami rajin membantu mengemas dan memasak.. beruntunglah jika suami sanggup bantu isteri di rumah walaupun sebenarnya bantuan tu x seperti yang isteri harapkan!!

Kadang2, tanpa sedar keluar jugak rungutan dan ketidakpuasan hati daripada isteri walaupun suami dah membantu.. *sambil kelip2 mata teringat pernah buat macam ni kat Encik Adiey... hihihi.. ampun sayang!

"abang, kenapa basuh baju basahan dengan baju tido?"

"abang, kenapa sidai baju rapat2 ni, nanti lambatlah kering'

abang, kenapa potong bawang hancur2 ni?"

Lumrah isteri, sukakan kesempurnaan.. tapi kadang2 isteri lupa yang suami tengah bersemangat nak tolong isteri mengemas dan memasak.. tapi semangat tu boleh hilang bila ada jer yang x kena di mata isteri tu! *terkena batang hidung sendiri.. ampun sayang!!!

Bila suami dah patah semangat, jangan pulak isteri nak terasa hati bila suami buat x tau jer bab mengemas rumah tu.. suami mesti rasa berat hati nak tolong sebab takut nanti apa yg dia buat semuanya x betul.. time ni, isteri nak sentap2 pun x guna dah, sebabnya suami dah tawar hati nak tolong.. hehehehe..

So, sepatutnya sebagai isteri kena rajin ucapkan terima kasih pada suami.. kena hargai apa yg suami buat sebab bukan semua suami rajin nak menolong isteri.. kena ingat yg suami memang ikhlas membantu kita.. 

Tak kisah la dia basuh baju basahan dengan baju tido pun sebab dua-dua tu pun baju jugak.. lain la kalau dia basuh baju kurung kita sekali dengan kain buruk!! hahahahha... 

Tak kisah la dia sidai baju rapat sampai lambat nak kering sebab bukannya kita x ada baju lain nak pakai sampai kena ulang-ulang pakai baju yg sama setiap hari.. lagipun lambat kering jer pun, bukan x kering langsung kan??

Tak kisah la kalau suami potong bawang atau sayur x ikut cara kita sebab nanti masuk dalam perut kita suami isteri jugak.. bukannya suami kita masak masukkan bawang sebiji terus kan.. kadang2 tu sampai nangis2 suami kupas bawang, so x kan la kita nak bising2 pasal cara dia memasak kan..


Lupakan pada kesalahan yg x seberapa tu.. tapi ingat dan fikir balik betapa bertuahnya kita bila suami membantu kita.. bayangkan betapa beruntungnya kita ada suami yg selalu ringan tulang membantu isteri apatah lagi kalau suami membantu isteri tanpa disuruh oleh isteri.. untungkan???

Cara mudah, ucaplah terima kasih untuk setiap bantuan yg dihulurkan.. pujilah suami dan beritahulah dia betapa kita bangga dengan sikap dia yg suka menolong.. kalau nak komplen pun, carilah masa yang sesuai macam nak tido ke, nak bersama ke.. eh??? hihihihihi...

Nota cinta:

entry ni untuk peringatan dan pengajaran untuk diri aku sendiri.. sebab aku pun selalu jer komplen cara Encik Adiey mengemas rumah.. padahal macam la aku ni teror sangat mengemas kan?? hihihi.. lagipun Encik Adiey memang jenis ringan tulang bab mengemas ni, cuma part masak memang dia x berapa suka.. so lepas ni aku kena berubah! kena lebih menghargai bantuan Encik Adiey..

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Ujian "Uji Tahap Kemarahan Anda"

Last week aku ada buat ujian "Uji Tahap Kemarahan Anda".. sajer2 cuba sebab nak jugak tau aku ni jenis macam mana kan.. since yang buat ujian ni pun dari Unit Psikologi, so agak yakin nak cuba..

Lepas jawab 25 soalan, orang tu bagitau yg tahap kemarahan aku di tahap SERIUS!!!!!! oh no! tanjat kita tau bila tau keputusan ujian tu..

Orang Unit Psikologi tu tanya, "puan rasa betul x hasil ujian ni?".. aku macam blurrrr.. sebab aku rasa aku ni bukanlah jenis yg suka marah2.. membebel tu biasa lah.. hahahahah... membebel dengan marah lain ok! tu orang Unit Psikologi yg cakap la..

Tapi bila dia nampak aku macam x percaya jer dengan keputusan tu, dia terus cakap macam ni,

"sebenarnya, tahap kemarahan puan serius sebab puan suka pendam perasaan marah tu dalam diri puan.. puan lebih suka memendam daripada meluahkan.."

Bila dengar jawapan orang tu, aku terus sampuk cakap macam ni,

"tapi kan, kalau orang tu sakitkan hati saya, x elok kan saya balas balik kata2 yg menyakitkan hati tu? bukan ke x elok kita balas apa yg orang tu kata, sebab nanti jadi bergaduh pulak.."

Masa tu aku terasa macam baik la pulak.. sebab boleh mengeluarkan kata2 yg positif sekali.. hihihi... tapi memang betul pun, aku dah malas nak lawan balik kata2 yg menyakitkan hati aku.. sebab Encik Adiey pesan, "biarlah dia buat kita macam tu, biarlah dia sakitkan hati kita, tapi kita diamkan jer la.. kita maafkan jer la apa yg dia buat kat kita.."

Orang Unit Psikologi tu cakap, sesekali aku kena jugak luahkan apa yg aku rasa.. sebab selagi aku x luahkan, orang yg cuba menyakitkan hati aku tu akan anggap yg aku boleh terima apa yg dia cakap.. selagi aku x luahkan, orang tu akan terus bercakap benda yg menyakitkan hati aku sebab dia tengok aku diam seolah2 boleh terima semua kata2 dia sedangkan hakikatnya aku diam sebab malas nak cari gaduh...

Tapi, orang Unit Psikologi tu cakap kenalah meluahkan dengan cara yang positif.. jangan meluahkan dengan kemarahan tapi luahkan dengan kata2 yg positif.. yg penting pihak yg satu lagi faham yg kita x suka dengan apa yg dia perkatakan.. maybe boleh guna ayat yg paling simple, "maaf, aku x suka dengan dengan apa yg ko cakap.. harap lepas ni ko x cakap benda tu lagi kat aku.."

X elok sebenarnya terlalu banyak pendam ni.. sebab nanti jiwa kita sakit.. hati kita yg merana.. so sesekali kena meluahkan.. kalau x pun, lebih baik lupakan jer segala benda yg x baik tu dari dalam hati kita.. cepat kita lupakan benda x elok tu lagi baik.. 

Kesimpulannya, jangan suka memendam kemarahan kita.. kena meluahkan jugak demi menjaga hati kita sendiri.. kalau x nak luahkan, terus lupakan perkara tu lagi baik.. 


Angry bird yg comel sebab x marah... hihihi..
So sekarang ni aku nak pilih untuk melupakan.. sebab apa x nak meluahkan?? sebab Encik Adiey pesan, "jangan balas keburukan dengan keburukan juga".. takut bila meluah tu aku emosi melampau ke kan, so better aku lupakan jer segala yg menyakitkan hati ni..

Mari belajar untuk melupakan segala yg menyakitkan hati.. hidup ni cuma sekali.. jadi lupakan segala yg menyakitkan atau menyedihkan hati kita .. kena selalu ingat semua perkara yg menggembirakan dan membahagiakan!!


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wednesday, October 17, 2012

Musim Sejuk.. Eh, Musim Hujan..

Cuaca sekarang ni memang x menentu.. makin kerap hujan tak tentu masa.. kadang2 sehari suntuk hujan.. kadang2 sehari suntuk mendung.. susah nak nampak matahari sekarang ni..

Mandi pagi pun selalu nak mengelat guna water heater.. *mengadanya kamu ni zana!! tp selalu kuatkan semangat untuk x gunakan water heater setiap hari di musim sejuk ni.. melainkan kalau kena basah rambut di waktu pagi memang mandi guna water heater jer.. *musim sejuk asyik basah rambut jer eh???? hahahha


gambar ada kaitan dengan rambut basah ke?? hahaha.. lariiiiiiii


Bila cuaca sejuk-sejuk ni, mata pun cepat sangat layunya.. pukul 10 malam jer dah terlelap.. sebab tu semua benda kena buat cepat sekarang ni.. balik kerja terus uruskan diri sendiri.. lepas tu bersilat kat dapur.. 

Lepas maghrib kena cepat2 kemas rumah dan sediakan baju untuk pakai keesokan harinya.. kalau terhegeh-hegeh nak buat, jawabnya mesti x  siap mengemas sebab mata dah layu sesangat.. 

Siap mengemas jer kena cepat2 uruskan diri sebelum tido.. lepas mengemas x kan nak terus tido kan? kena wangi2 dulu sebelum baring atas katil.. pakai lotion banyak2.. lepas sapu lotion mesti mata makin nak tertutup.. 

Tau2 jer sebelum pukul 10 malam dah berbaring atas katil.. tengok tv pun kat bilik jer.. astro dah lama x bukak.. beria konon nak tengok tv kat bilik, last2 bukan aku tengok tv, tapi tv tengok aku.. hahahaha..

Bila kita cerita macam ni, ada pulak yang kata,

"belum ada anak boleh la tidur awal.. dah ada anak mana boleh tido awal.."

"setakat duduk berdua jer, kemas rumah apalah sangat kan.. lain la ada anak, mesti kena kemas setiap hari.."

Adoiiiii la hai! daripada aku x buat apa2, kan lebih baik aku mengemas rumah.. memang la x selerak sangat pun, tp kenalah hari2 sapu rumah kan.. kenalah hari2 bersihkan dapur kan.. 

Tapi bila kita cakap, "memang cepat ngantuk sangat musim hujan2 ni..tu yg tido awal jer.."

Ada pulak yang jawab, "tido awal pun x ada "hasil"!"

SENTAP OK!!
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tips Keselamatan Diri dan Insan Tersayang


Pesanan atau tips keselamatan yg selalu aku dengar daripada Encik Adiey.. walaupun maybe ada yang amalkan benda ni, tapi rasanya x salah kalau nak share kan.. sharing is caring! 

Jom share tips keselamatan untuk diri kita dan insan tersayang..


1) kalau naik lift kat rumah sorang2, tekan 3 button lift.

-button pertama tekan kat mana2 tingkat bawah rumah yg kita duduk.. contohnya, tinggal tingkat 6 jadi tekan button lift untuk ke tingkat 1,2,3,4 atau 5 (pilih salah 1 yg korang suka).. 
- button kedua tekan tingkat yg sememangnya kita tinggal..
- button ketiga, tekan mana2 tingkat atas rumah yg kita duduk.. contohnya, tinggal tingkat 7 jadi tekan button lift tingkat 8,9 dan 10 (pilih salah 1 yg korang suka)..

Tujuannya, supaya kalau ada orang yg berniat jahat nampak korang naik lift sorang2, dia akan tengok tingkat mana yg korang berhenti dari lift paling bawah kan.. so bila ada 3 tingkat yg kita berhenti, dia pun jadi keliru sebenarnya korang naik tingkat mana.. 

Korang boleh jer tukar2 nak tekan button mana dulu sebenarnya, maybe tekan tingkat atas dulu then baru korang tekan tingkat sebenar korang.. ni untuk yg selalu naik lift sorang2 setiap hari & pada masa yg lebih kurang sama.. orang yg berniat jahat, selalunya akan perhatikan pergerakan kita, so untuk langkah berjaga-jaga jangan asyik buat benda yg sama setiap hari pada waktu yg sama.. kelirukan sikit rutin harian tu yer.. 


2) jangan gunakan laluan yg sama pada setiap hari dan pada waktu yg lebih kurang sama..

Sama jugak dengan laluan jalan yg kita gunakan, maybe boleh tukar2 supaya kalau ada yg memerhatikan kita x dapat agak sebenarnya kita akan lalu kat laluan jalan tu pada hari apa & pada pukul bape.. ni untuk yg selalu jalan kaki nak ke tempat letak kereta atau tempat menunggu bas sorang2..

Maybe ada yg kata, dah baisa ikut jalan/laluan tu sebab dekat, but sesekali berjalan jauh/gunakan laluan yg agak jauh cikit demi keselamatan kita.. 

Orang yg berniat jahat, selalunya akan perhatikan pergerakan kita, so untuk langkah berjaga-jaga jangan asyik buat benda yg sama setiap hari pada waktu yg sama.. kelirukan sikit rutin harian tu yer.. 


3) sila tutup suis barangan elektrik sebelum menyentuh/memegangnya.. 

Selalunya lepas masak air (if guna cerek elektrik), make sure tutup dulu suis cerek tu sebelum kita pegang cerek tu.. bahaya tau kalau terus angkat cerek tu tanpa kita tutup dulu suisnya.. 

Sama jugak dengan mesin basuh, lepas jer dah siap membasuh, make sure tutup suis mesin tu sebelum kita ambik baju dalam mesin tu untuk dijemur..


4) jangan sesekali menjawab panggilan telefon atau membalas sms sewaktu hujan lebat.. 

Yang ni rasanya ramai yg amalkan.. tapi kadang2 ada jugak yg lupa.. part ni memang boleh mengundang bahaya kalau tengah hujan, kita seronok jer bergayut kat telefon.. kalau hujan sikit2 ok la lagi.. tapi kalau dah hujan yang siap ada guruh & petir segala tu kan, janganlah nak beranikan diri buat aksi ni yer.. bahaya tau!! 

Kalau masa tu dalam kereta, janganlah pegang phone tu.. simpan jer dalam handbag korang.. sebab kita dapat tengok dengan jelas pancaran kilat dekat cermin depan kereta tu.. so, bahaya kalau time tu kita nak ber"sms" atau berbual kat telefon..


Ada lagi pesanan2 yg selalu aku dengar.. tapi x berapa ingatlah pulak sekarang ni.. hihihi.. nanti kalau ingat dan ada waktu free aku kongsikan lagi eh.. tapi kalau korang ada tips atau pesanan berkaitan keselamatan ni, meh share kat sini.. sharing is caring!!

Nota cinta: keadaan sekeliling sekarang ni memang x berapa nak selamat.. bahaya ada di mana2.. tapi kita boleh cuba beberapa langkah keselamatan utk melindungi keselamatan kita dan orang yg kita sayang..
 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

WordLess Wednesday - Pengantin Belon!


Pengantin belon!

Patung pengantin perempuan dan pengantin lelaki menggunakan belon yg selalunya digunakan oleh clown utk buat macam2 bentuk haiwan, bunga, pedang & macam2 lagi la.. 

Pengakuan jujur daripada aku, ni first time aku tengok depan mata patung yg diperbuat daripada belon tu.. hehehehe.. *sila jangan gelakkan saya.. saya memang agak ketinggalan.. part paling aku suka tengok adalah rambut patung pengantin perempuan tu.. nampak real, siap tocang lagi tu!

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, October 16, 2012

Bila Alya Mula Cakap Bahasa Jerman....


Rindu kat budak kecik ni.. mama dia bagitau, sekarang ni budak kecik ni dah makin suka ajak orang berborak .. pantang kita lalu sebelah dia, mesti dia nak bersuara, macam la orang faham bahasa Jerman dia kan? hehehe.. suka tarik perhatian orang tau budak kecik ni! kalau boleh, dia nak semua orang beri perhatian kat dia.. bila kita layan dia, dia punya gelak bukan main lagi..

Memandangkan mak aku yang jaga Alya masa mama dia keje (kakak aku duduk taman sebelah rumah parent aku), so Alya memang dah over manja dengan nenek dia.. sangat2 manja sampai nenek belah papa dia nak ambik pun dia meraung2.. over tau budak kecik ni kalau dia melalak, leh dengar 1 kampung!

Oh, dah terkena jampi Nek Jah (panggilan cucu2 untuk mak aku) rupanya kamu ni Alya.. hahahaha.. Nek Jah jampi baik punya sampai Alya asyik la berkepit jer dengan Nek Jah.. manja tau!


Bila tengok gambar Alya ni baru teringat yang acu dia x beli lagi baju raya untuk Alya.. weekend ni harus cari.. maklumlah anak buah perempuan yg kecik sorang jer (yg lagi 2 orang dah besar panjang, so nak belikan pun malas sbb diaorang lagi suka pilih baju sendiri).. nak cari baju yg cekci2 cikit.. acu dia memang suka beli yg cekci2, biar nampak peha gebu dia!! hihihihi..


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

BE Ke 11 & 12 Di Tahun 2012 - TQ Nuffnang!!



Hampir sebulan x dapat BE baru.. sekali dapat, terus 2 BE Nuffnang bagi.. seronok!! TQ so much Nuffnang!!

Sekarang ni ada 3 BE yang tengah menari2 kat blog ni.. siapa yang perasan BE tu, try click.. hehehe... 

Wahai BE-BE ku sekalian, menarilah kamu semua dengan rancaknya.. teruskan menari walaupun dah penat.. kalau nak berhenti menari pun, tunggu sampai earning tu jadi ratus2.. hohoho..

TQ Levi's sebab sudi bagi iklan kat blog ni.. kalau earning dari iklan awak banyak, nanti boleh la saya beli sehelai seluar jeans Levi's.. hihihi.. so kalau nak saya beli jenama awak, sila suruh iklan tu menari laju2 kat blog ni k..

TQ jugak pada iklan comel Drypers Sungguh Ceria kerana sudi menyinggah kat blog yg x berapa comel ni.. hihihi.. menarilah dengan terus ceria yer supaya mood nak update blog saya pun turut semakin ceria.. 

Saya belum ada anak nak beli pampers Drypers, tapi plz jangan jadikan alasan saya belum ada anak untuk awak berhenti menari kat blog saya yer.. x dapat beli pampers untuk anak, dapat iklan pampers pun ok what.. hohoho..

TQ pada semua yang sudi singgah blog yg x seberapa ni.. maaf kalau kebelakangan ni tuan blog makin malas nak update cerita2 best sebabnya tuan blog kebizian lorrr.. kat rumah pun dah kurangkan aktiviti online.. tunggu lepas raya kot baru semangat nak update.. tu pun kalau semangat tu x hilang.. semangat nak update 3 cerita cuti2 yang sekian lama tertangguh pun dah makin menghilang.. hehehe...

TQ semua!!

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, October 15, 2012

Walaupun Kami Belum Ada Anak, Tapi.......



Walaupun kami belum ada anak, tapi kami peka dan simpati dengan penderitaan yang perlu ditanggung oleh seorang ibu dalam menjaga anaknya yang sakit.. kami juga merasa simpati jika anak orang lain sakit walaupun anak itu bukan darah daging kami..

Ada yg kata, kami yg belum ada anak ni x faham perasaan seorang ibu yang terpaksa bersengkang mata dan berhabis duit demi menyembuhkan penyakit anak mereka.. tapi sebenarnya, kami faham perasaan mereka.. kami juga wanita, ada naluri seorang ibu walaupun kami belum bergelar seorang ibu..



Walaupun kami belum ada anak, tapi kami mengerti perasaan seorang ibu yang sedang mengandung yang memerlukan perhatian dan penjagaan rapi daripada orang sekeliling.. kami juga sedaya upaya menjaga hati mereka dan prihatian dengan setiap gerak geri mereka walaupun anak yang mereka kandungkan bukanlah anak kami..

Ada yg kata, kami yg belum ada anak ni x faham perasaan orang mengandung yang sensitif sebab kami belum pernah mengandung.. tapi sebenarnya, kami faham perasaan mereka.. kami juga wanita, berjiwa sensitif dan lembut walaupun kami belum pernah mengalami nikmatnya mengandungkan zuriat sendiri..



Walaupun kami belum ada anak, tapi kami juga mempunyai sifat penyayang kepada kanak-kanak walaupun mereka bukan anak kandung kami.. kami juga sentiasa ingin memanjakan dan memegang anak kecil itu serta melayan mereka sebaik mungkin walaupun mereka bukannya zuriat sebenar kami..

    Ada yg kata, kami yg belum ada anak ni kurang sikap sayangkan kanak2 sebab kami x ada lagi anak yg perlu dijaga.. tapi sebenarnya, kami juga ada sikap penyanyang pada kanak2 dan selalu berhati-hati bila menyentuh dan bermain dengan anak yang bukan lahir daripada rahim kami..



Walaupun kami belum ada anak, tapi kami juga boleh bercerita tentang pengalaman menjaga anak daripada pengalaman orang lain cuma pengetahuan kami hanyalah pada teori dan belum pada praktikal secara menyeluruh.. kami juga boleh memberikan pendapat tentang soal penjagaan anak walaupun hakikatnya kami belum melaksanakan apa yang diperkatakan itu pada anak kami sendiri..

  Ada yg kata, kami yg belum ada anak ni x tau langsung soal penjagaan & 
urusan berkaitan kanak2 sebab kami belum melahirkan zuriat sendiri.. tapi sebenarnya, kami juga ada mencari bahan pembacaan dan mendengar segala informasi berkaitan penjagaan kanak2 kerana kami berharap informasi tu akan dapat digunakan bila kami mempunyai zuriat sendiri..



Jadi, janganlah anggap bahawa kami yang belum mempunyai anak sendiri ini tidak pernah tau soal penjagaan anak & tidak pernah tau soal hati seorang ibu.. kami tau cuma pengetahuan kami tidaklah sepakar wanita yang sudah bergelar ibu.. tapi janganlah anggap bahawa kami tidak tau apa2 hanya kerana kami belum bergelar seorang ibu…

Nota cinta: hanya pendapat peribadi sendiri.. maaf jika ada yang tersinggung dengan pendapat aku.. Cuma,aku mengharapkan agar ada yg faham betapa kami yang belum ada anak ni terlalu menghargai kehadiran anak kecil itu walaupun mereka bukanlah anak kami sendiri.. 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Weekend Bersama..

Weekend kali ni betul-betul rasa sekejap.. nak kata jadual tu padat sangat x adalah.. tapi bila dapat luangkan masa dari pagi sampai ke malam bersama yang tersayang, memang terasa sekejapnya masa berlalu..

Dengan weekend yang cuacanya sentiasa mendung, memang membuatkan hati ni rasa malas jer nak keluar rumah.. tapi mana boleh x keluar kan.. kitaorang kalau x keluar rumah sehari masa weekend memang boleh tepu otak.. mesti nak keluar jugak walaupun hanya sekadar beli gunting.. hahaha.. 

Serius punya cerita ni.. hari Sabtu tu keluar gie The Mines semata-mata nak masuk hardware cari gunting jer.. hari Ahad pulak pergi Balakong semata-mata cari makanan untuk ikan yang dibela dan baja untuk pokok2 yang ditanam.. kalau x hujan tu maybe la rajin cikit nak berjalan jauh kan.. ni sebab cuaca pun mendung jer, so rasa nak lepak kat rumah jer..


Memang weekend kali ni luangkan masa betul2 bersama Encik Adiey.. aku dah tanamkan semangat dalam diri supaya kurangkan aktiviti online masa tengah cuti.. online pun setakat sejam sehari.. tu pun tengok website gosip dengan Encik Adiey.. selebihnya. kitaorang layan drama dan filem kat youtube & radiogempak.. seronok!! tengok tv sama2.. kemas rumah sama2.. makan sama2.. mandi sama2.. eh??? hahahahha...

Aktiviti weekend korang pulak macam mana? dah nak dekat raya qurban ni, persiapan raya dah buat ker?
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, October 12, 2012

Tips Perkahwinan : Kekal Romantik


Jumaat yang indah.. hati masih berbunga riang kerana hari semalam.. :)
Jom berkongsi rahsia untuk kekal romantik selalu.. jangan ada alasan untuk kita mencuba sesuatu yang baik untuk pasangan hidup kita.. jangan mempersiakan setiap detik yang ada tanpa kita menghargai insan yang sudi menerima baik buruk kita dan sanggup duduk bersama kita di waktu susah dan senang.. 

- Di dalam kesesakan lalulintas? Walaupun kamu berdua hanya menunggu untuk lampu isyarat bertukar menjadi hijau atau menyeberangi jalan, beralih padanya dan berikan ciuman anda. Anda akan mendapat senyumannya sebagai tindakbalas.
- Jadual yang sibuk? Tunggu pasangan anda di pintu dengan memberikan selipar, jubah mandi, atau minuman yang menenangkan.
- Sedikit nota spontan boleh dibungkus dalam bungkusan makan tengahari, diletakkan berhampiran dengan kopi, ditinggalkan di atas bantal, atau menampal pada cermin bilik mandi.
- Sentiasa membuka pintu kereta untuk pasangan anda. Jika anda adalah pemandu, buka pintu penumpang pertama.
- Tidak mampu mengadakan percutian romantis? Nikmati sahaja malam yang selesa di rumah – hanya anda berdua.
- Sekurang-kurangnya hanya sekali sehari, cari sebab untuk mengucapkan terima kasih kepada pasangan anda. Sama ada ia adalah kerana membawa anda berjalan-jalan, membuang sampah, sebagai rakan baik anda, atau semata-mata hanya untuk membuat anda tersenyum, ucaplah terima kasih.
Nota cinta : korang rasa kitaorang ni pasangan yang romantik x? hihihihi..* tetiba jer tanya orang kan.. apalah zana ni!

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ