Sunday, October 13, 2013

Khasiat Buah-Buahan Dalam Kehidupan Seharian

Apa yg terlintas kat fikiran korang bila sebut tentang buah-buahan? 

first yang akan terbayang kat fikiran aku adalah segugus buah anggur, epal dan pisang.. then akan membayangkan pokok durian kat belakang rumah abah & mak.. hehehe.. korang pulak?

Apa mitos/petua tentang buah-buahan yang korang selalu dengar? 
 
first yang aku teringat adalah bila makan buah pisang, proses pembuangan adalah amat senang.. teringat jugak orang tua selalu cakap kalau tak nak panas lepas makan durian, tuang air dalam kulit durian tu then minum.. hehehe.. korang pulak macam mana? ada petua2 yang selalu korang amalkan dengan buah-buahan ni x?

Sebenarnya, semua buah-buahan ni terlalu banyak khasiatnya.. sama ada buah-buahan tempatan ataupun buah-buahan import.. sama ada mahal atau murah.. semuanya berkhasiat.. 
Ada sesetengah buah yang dikaitkan dengan dapat membantu dari segi kesihatan.. memang bukanlah makan buah-buahan tu terus tak kena penyakit tapi kalau pengambilan yang konsisten dan teratur, insyaAllah dapat membantu kita menjaga kesihatan..


Contohnya, dikatakan buah delima tu elok bagi wanita yang mengandung atau merancang untuk mengandung.. ada juga yang mengatakan buah epal dapat mengekalkan tahap kolestrol seseorang.. buah pear dikatakan baik untuk jantung dan penglihatan.. buah manggis pulak dikatakan baik untuk mencegah kencing manis dan juga mencegah kanser..


Buah juga ada dikaitkan dengan ramuan sesuatu vitamin/makanan tambahan.. kandungan dalam setiap vitamin/makanan tambahan yang mengandungi buah-buahan sering menjadi pilihan  kerana kesan positifnya yang lebih cepat! 
 
kandungan dalam Carotomax Shaklee

Contohnya, ekstrak biji anggur yang terkandung di dalam Vitamin E Complex Shaklee dapat membantu mencegah kanser..kandungan buah oren dalam Vitamin Chewable Vita-C Plus Shaklee pun tak kurang hebatnya sebab dapat membantu untuk melembutkan dan mencantikkan kulit..kandungan biji anggur, strawberry dan epal dalam Carotomax Shaklee dapat membantu mengatsi masalah rabun dan jerawat..


Buah-buahan juga sering dikaitkan dengan proses penyembuhan penyakit.. sebagai contoh, buah oren dikatakan dapat melegakan selsema.. manakala buah pear dapat mengurangkan kahak dan batuk.. buah mangga juga dapat membantu menurunkan suhu demam/panas badan.. so lepas ni kalau ada kurang sihat, boleh la cuba amalkan makan buah-buahan tu yer.. 


Kalau ada yang nak minum minuman yang berkhasiat, pastinya, jus buah-buahan menjadi pilihan ketika menjamu selera.. tak kurang juga ada pengusaha yang menjadikan buah-buahan sebagai jem, kek dan kek.. *tetiba rasa nk makan kek buah.. kalau dekat  rumah, hotel ataupun kedai2 makan, selalunya mesti jadikan buah tu sebagai pemanis lepas menjamu selera..


Ringkasnya, jadikanlah buah-buahan sebagai salah satu menu harian kita.. khasiat yang cukup lengkap dalam setiap buah-buahan tu dapat membantu kita untuk lebih sihat.. 

Entry berkaitan buah-buahan yang pernah ditulis:

Khasiat buah-buahan

Khasiat buah belimbing

Khasiat buah pisang

Adieyza duta buah-buahan (hihihi.. ni pun masuk jugak?)


"Kalau mampu nak makan buah oren sampai berpuluh biji sehari, xperlulah makan Vitamin C.. Kalau ada yang makan extract biji anggur setiap hari, x perlu la makan Vitamin E.. 

Kalau rasa dapat khasiat daripada semua jenis makanan yang kita makan setiap hari, abaikanlah pengambilan vitamin.. tapi kena make sure, betul ke pengambilan makanan kita tu betul2 berkhasiat, semulajadi dan selamat??"

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

1 comment:

  1. Dh mcm duta buahan dh zanaaaa..... tp btul buah tersgtlh byk khasiat.... jgn mgeluh ye kawan2 bc info nii.. heheee

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ