Tuesday, October 1, 2013

September Yang Indah.. Selamat Datang Oktober..

 
Syukur Alhamdulillah... September 2013 banyak memberikan berita gembira buat diri aku.. kejayaan  dengan usaha pastinya lebih bernilai..

Maaf sebab dah terlalu meninggalkan dunia blog.. niat di hati nak sangat kongsikan semua cerita indah dalam kehidupan seharian.. namun, aku tewas.. tewas dengan jadual masa yang aku gagal laksanakan.. berjanji dengan dengan diri sendiri yang bulan Oktober akan menggunakan masa  sehabis baik yang boleh.. setiap orang dikurniakan 24 jam.. kenapa perlu beralasan "tak cukup masa?"

Syukur Alhamdulillah.. ada berita baik daripada tempat kerja sekarang.. ada berita baik daripada business Shaklee yang diuruskan.. rezeki daripada Allah.. pinjaman di dunia.. semoga aku tak terus lalai dan alpa dalam mengingati-Nya..

Berita baik di tempat kerja biarlah tunggu hari besar tu.. pasti akan dicoretkan dekat blog kesayangan ni.. sekarang ni kena fikir untuk siapkan semua kerja sebelum dateline..

Berita baik daripada business Shaklee pulak, Alhamdulillah.. aku melangkah setapak ke hadapan dengan dapat naik rank kepada "Supervisor".. bermula dengan 2 angka, 3 angka dan kini 4 angka.. aku sendiri tak sangka sejauh ni aku boleh pergi dengan business Shaklee.. hanya part time.. maklumlah, tugasan hakiki di pejabat menuntut aku untuk memberikan komitmen 100% di pejabat.. balik kerja, rutin business Shaklee diteruskan sebaik mungkin dengan bantuan suami tersayang.. Alhamdulillah..

Lepas ni tanggungjawab makin besar.. kena fikir untuk membantu lebih ramai orang untuk menjana pendapatan di samping untuk membantu orang lain lebih sihat.. semoga dipermudahkan Allah.. 
 
Banyak cerita nak update.. tentang raya (walaupun dah nak raya haji), tentang business Shaklee (sentiasa hot sekarang ni), tentang keluarga & tentang kawan2.. simpan dalam kotak ingatan dan dalam masa yang sama nak simpan dekat blog kesayangan!
 
September berlalu indah, semoga Oktober berlalu lebih indah..
 
Salam sayang untuk semua..
 
 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

5 comments:

  1. tahniah zana... diam² berisi ... rezeki takkan dtg tapa usahakan... tahniah yer.. makin maju dalam bisnes.. dalam kehidupan seharian.. yg penting happy....

    ReplyDelete
  2. wah~nieyl pun bangga dengan akak...Insya'Allah one day nant nieyl nak berjaya cmtuh jugak...:)

    ReplyDelete
  3. Zana, miss u..

    Lapangkan sikit masa utk blog ok.. ;)

    Tahniah atas segala usaha yg membuahkan hasil..

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ