Thursday, February 28, 2013

Crispy Popia vs Durian Crepe


Menu : Crispy Popia

Lokasi : Foodcourt Alamanda

Harga : RM3.20 satu gulung

Review : sedap.. tapi cepat muak jugak.. setiap kali datang nak beli mesti beratur panjang.. ramai sangat yang meng'order'nya.. nak sedap, makan dengan sos pencicah khas.. isi dalam popia memang padat! 




Menu : Durian Crepe

Lokasi : Ikano

Harga : RM10 satu paket

Review : kalau memang suka durian, gerenti kata sedapppp.. kulit nipis, cream dan durian cukup2 seadanya.. sorang makan 6 ketul pun masih belum puas.. sedappppp!


Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Spontaneous Thursday - Jangan Kedekut Berdoa Untuk Orang Lain

Ikhlaskan hati dalam mendoakan orang lain.. Allah sayang orang yang sayangkan orang lain..


Salam sayang untuk semua!!


With love,
~aDieyZa~



www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wednesday, February 27, 2013

WordLess Wednesday - Koleksi Fridge Magnet aDieyZa


Koleksi yang sebahagian besar adalah pemberian kawan2, boss2 dan keluarga tersayang.. beruntungnya saya di kelilingi oleh insan2 yang baik hati.. kalau nak tunggu koleksi peribadi jer, tunggu 10 tahun baru penuh kot.. hahahaha..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, February 26, 2013

Fazura Duta Colgate Optic White vs BE Kedua Tahun 2013



Alhamdulillah.. ada jugak BE baru yang muncul dalam blog ni.. BE kedua di tahun 2013.. BE daripada Colgate Optic White.. 

Baru last week up entry tentang BE pertama di tahun 2013.. semalam masih menari2 lagi iklan tu kat blog aku.. buka akaun Nuffnang pagi ni tengok dah tamat iklan tu.. huhuhu.. x merasalah  beli iPhone 5 tu sebabnya hasil BE tu hanya cukup untuk beli 2 kali topup jer.. celah mana nak beli iPhone 5 kan.. hahahha.. 

Tapi, syukur Alhamdulillah sebab ada jugak BE yang sudi bertandang kat blog ni.. kalau selalu dapat BE ni, makin rajin la aku update blog.. hehehe.. TQ so much Nuffnang!!!

Time hujung bulan ni kan sibuk orang beli barang rumah sebab dah gaji kan.. so, boleh la beli Colgate Optic White ni.. korang tau x sape duta Colgate Optic White ni?? Fazura ok!! peerrrggghhh, duta habis cantik!! produk pun mesti baikkkk kan...

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~



Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

BLOGGER - Program Mesra Amal Blogger Bersama Anak Yatim

"Siapa sangka BLOGGER yang tiada apa apa, tiada penaja besar, tiada vvip, dan bukan dari institusi mane mane, boleh menyempurnakan majlis ini. Uztaz sangat terharu dan berterima kasih kepada semua." Sebaris kata Uztaz Hayaudin dari Rumah Amal Kasih Bestari.


BLOGGER.. ye, kami memang tiada apa.. tapi kami akan berusaha dan terus berusaha untuk memberikan apa yg termampu kami lakukan.. walaupun sekadar menulis di blog, tapi besar maknanya pada kami semua.. penulisan juga salah satu "sumbangan" yg amat bermakna..

Ikhlas drpd saya yg bergelar seorang BLOGGER!

Entry berkaitan event akan menyusul nanti.. sekarang ni cuba untuk belajar mengatur masa dengan lebih baik.. hope sangat x banyak entry yang tertangguh lama..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, February 25, 2013

Berita Gembira - Setelah 3 Tahun

Hari pertama bekerja setelah  5 hari bercuti.. perasaan?? x payah nak cerita.. macam2 ada..

Patutnya, hari ni aku masih bercuti.. tapi sebab sebelum cuti aku dapat tau ada meeting hari ni, so aku datang jer lah keje hari ni.. tapi cuti masih belum cancel.. sekali, bila sampai office tengok memo atas meja bagitau meeting tangguh ke hari Jumaat.. perasaan????? serius aku sentap!! rasa nak balik rumah jugak time tu sebab cuti belum cancel lagi.. tapi dah alang2 aku dah sampai office & punch card semua kan, so pasrah jer lah...

Lepas breakfast, masuk laman web ANM untuk check payslip gaji.. maklumlah hari ni kan hari gaji.. hehehe.. sekali tengok, senyum lebar aku... syukur Alhamdulillah... bermula bulan ni, tiada lagi potongan KWSP untuk gaji aku.. 

Setelah 3 tahun lebih berkhidmat dalam sektor Kerajaan, aku pilih untuk "pencen" dan menolak "KWSP'.. rasanya memang kebanyakan penjawat awam memilih opsyen pencen ni.. aku hari tu terlupa bab ni lepas genap 3 tahun bekerja. dah dekat hujung2 tahun hari tu baru terhegeh2 nak uruskan untuk opsyen pencen tu..

Since aku lepas habis belajar terus bekerja, jadinya jumlah duit KWSP dalam akaun aku tu bukanlah berpuluh2 ribu.. kalau sebelum kerja ni aku dah kerja swasta, mesti lagi banyak kot duit dalam akaun tu.. hehehe.. tapi, syukur Alhamdulillah sangat2 sebab dapatlah menyimpan lebih cikit tahun ni.. terima kasih Ya Allah..

So, hari ni daripada mood marah dah bertukar menjadi mood happy.. jadi, marilah kita bekerja secara lebih tekun walaupun kalau ikutkan hati masih ada saki baki mood cuti2 tu.. hehehehe...

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, February 19, 2013

BE Pertama Tahun 2013 Daripada Nuffnang


Orang lain dah banyak dapat BE tahun 2013, aku ni baru dapat 1.. tapi oklah, dapat jugaklah merasa.. x dapat merasa pakai iPhone 5, dapat BE dari Digi iPhone 5 pun oklah kiranya.. hehehehe...

Sebenarnya BE ni dah lama dapat.. masa bulan Januari.. tapi aku lupa nak buat entry.. biasalah aku ni kan.. suka tangguh2 buat entry.. 

Mula2 hari tu nak cash out dah earning Nuffnang ni.. tapi, macam sayang.. hehehe.. tapi hari tu masa betul2 nak cash out la dapat BE baru ni.. so terus x jadi cash out.. tunggu dulu.. mana tau dapat BE baru lagi ke kan.. hahaha.. lagi2 lepas join event Nuffnang last week, so berangan la aku ni tetiba Nuffnang baik hati nak bagi BE lagi ke kan.. entry tentang event tu bulan depan la baru aku publish.. boleh gitu?? hahahaha..

TQ pada semua yang singgah blog x seberapa ni.. TQ untuk yang rajin tinggalkan komen kat entry2 aku.. aku hargai sangat2.. 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Bila Allah tidak beri, tidak bermakna Allah benci...


Kadang-kadang kita tewas dengan air mata sendiri.. tetapi percayalah, air mata yang mengalir kerana kesedihan hari ini pasti ada hikmahnya.. air mata yang mengalir kerana rasa kekurangan hari ini pasti ada sinar kebahagiaan di penghujungnya..

Setiap manusia itu dilahirkan dengan rezeki berbeza-beza.. bersyukurlah di atas setiap rezeki yang dikurniakan.. percaya bahawa rezeki yang diberikan untuk kita adalah sebaik-baik rezeki oleh Allah.. jangan pernah membandingkan rezeki kita dengan orang lain.. kelak hidup kita sendiri sentiasa merasa kekurangan, iri hati & perasaan benci.. 

Setiap pasangan yang berkahwin dikurniakan sebaik-baik pasangan hidup.. bersyukurlah kerana ada seorang insan di dunia ini yang sanggup menerima kelebihan & kekurangan hidup kita.. bersyukurlah kerana masih ada insan yang sudi menyayangi kita sepanjang hayat kita.. yakinlah bahawa pasangan kita itu adalah sebaik-baik jodoh yang ditentukan oleh Allah untuk kita.. percayalah bahawa jodoh itu adalah antara "rezeki" yang terindah kita pernah miliki...

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, February 18, 2013

Edisi "Bulan Entry Tertunggak"

Hari ni memang semput cikit.. awal ada meeting.. lepas tu cepat2 keluarkan surat atas meja.. reply emel.. sambung buat keje.. semuanya kena buat cepat.. maklumlah, minggu ni keje 2 hari jer.. hehehe..

Aku akan bercuti bermula Rabu ni.. hasrat di hati akan bercuti sampai Isnin minggu depan.. tapi sebab ada meeting yang aku kena pergi, aku batalkan jer cuti aku tu.. harap-harapnya larat la Isnin depan aku nak gie keje.. sebab start daripad Rabu sampai Ahad ni memang banyak tempat aku nak "check in".. maybe akan rasa letih tapi happy tu akan mengatasi segala-galanya.. hehehe..

Serius terlalu banyak entry bertangguh yang aku dah hutang kat blog sendiri.. aku sendiri rasa malu sebab x dapat jadi blogger yang rajin update entry terbaru.. banyak entry yang disajikan dah berminggu dan ada jugak berbulan2 berlalu.. adoiii, apa nak jadilah kan.. nak kata bz sangat x adalah.. huhuhu.. 

So aku dah jadikan bulan March 2013 ni sebagai "bulan entry tertunggak".. *boleh ko letak nama tema macam tu?? hahhaha.. 

Semua entry bulan March adalah stok entry2 yang kejadiannya telah berlalu berminggu dan berbulan2 lamanya... hahahha.. sila jangan bosan membaca cerita2 lama yang mungkin kejadiannya dah hampir luput di ingatan aku ni.. hehehe

Tapi entry baru pun aku buat jugaklah.. so maybe dalam bulan March nanti aku update entry2 baru di pagi hari & entry tertunggak di waktu petang.. nampaklah macam sehari tu terlebih rajin update banyak entry kan?? padahal entry basi! hahaha.. 

Jangan salah faham.. tujuan aku update entry lama tu bukan saja2.. kalau part entry tertunggak berkaitan pergi bercuti tu, ada beberapa emel yang aku dapat tanya tentang tempat yang aku pergi bercuti tu.. so, aku rasa x salah kalau aku kongsikan jer tempat bercuti tu.. walaupun pergi bercuti sehari dua, tapi kenangan tu still ada.. lagi 1, aku nak update sebagai peringatan dan kenangan dalam blog kesayangan ni.. nanti kalau diizinkan Allah aku ada anak, boleh la aku berangan anak aku baca blog aku ni.. hehehe... *jauh dah berangan aku tu..

OK lah.. ada 2 kerja penting nak kena siapkan before bercuti rehat selama 3 hari dan bercuti dihujung minggu selama 2 hari.. kali ni bukan pergi bercuti2 cinta tapi cuti untuk memenuhi masa bersama dengan orang2 tersayang.. 

Kalau aku x sempat buat entry autopublish masa cuti ni, aku update terus jer dari phone.. tu pun kalau sempat.. hehehe.. so kalau x ada entry baru tu, faham2 jer lah yer.. korang lawatlah blog orang lain sepanjang minggu ni.. *ayat macam ada ramai jer baca blog ko zana oiiiii... hehehehe..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Peplum Fever, Peplum Pink


Last week buat pertama kalinya aku pakai baju peplum.. orang lain dah berhelai-helai ada koleksi peplum, aku baru terhegeh2 nak membeli.. hehehe..

Selalu tengok orang jual online baju peplum ni.. tapi sikit pun aku x berani nak beli.. sebab aku sedar diri.. aku ni kan rendah (tapi ada yang lagi kasar panggil aku ni katik!.. saya tau awak baca blog saya.. huhuhu).. dah la rendah, demok lak tu kan.. so memang aku x berani nak beli online ni.. takut sampai baju tu aku nangis pulak sebab x muat.. hahahaha.. 

Tapi bila jumpa kedai yang jual baju peplum ni, aku sajer2 la singgah.. sajer2 tengok2.. sekali tu Encik Adiey suruh try.. oh, motif suruh saya try? nak belanja saya baju eh?? *tetiba jadi gedik ni nape zana oiiii??

Lepas try terus Encik Adiey kata sesuai.. plus, dia kata aku belum ada koleksi peplum tu.. oh, awak tau yer sekarang ni peplum fever?? *tetiba rasa suami saya skodeng model2 yang pakai peplum kat website online..notty eh!

Yang x menahannya, dah la kali pertama nak beli baju peplum, tapi beli sampai berhelai.. ntah mana datangnya nafsu membeli tu.. tapi dalam hati bercakap gak kalaulah baju tu sebenarnya x sesuai dengan aku, gerenti peram dalam almari jer la lepas ni.. hahaha..

Eh, saya beli murah jer tau! maybe sebab bukan beli kat boutique! hahahah.. saya x mampu.. saya beli dekat kedai downtown The Mines jer.. kan banyak kedai yang jual baju murah2 kat situ.. kedai yang kebanyakannya ambik stok dari GM Klang & Kenanga.. hehehehe.. lagi banyak beli, lagi banyak dapat kurang.. kalau beli online x leh kurang.. hahahahaha.. *motif tetiba ber"saya" pulak ni.. 

Perasmian baju peplum ni dipakai waktu first time nak ke IKEA bersama-sama kawan baik minggu lepas.. ye, aku ni ketinggalan.. orang dah bertahun2 ke IKEA, aku baru terhegeh2 nak ke IKEA.. orang kata x payah pergi IKEA sebab sekali pergi rasa nak pergi berkali2.. hahaha.. aku rasa macam betul jer pepatah tu.. entry ke IKEA kita buat entry lain la eh.. dah penat la menaip.. hihihi..

Siapa ada banyak koleksi peplum? korang selalu beli kat mana? kalau ada tempat yang jual murah, boleh la bagitau aku eh.. bukan nak beli sangat pun.. nak tengok2 jer.. hikhikhik..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Saturday, February 16, 2013

Khasiat Energizing Soy Protein(ESP) Shaklee


Produk terlaris di antara pengguna Shaklee.. Khasiat ESP yang menyeluruh, berkhasiat dan sesuai untuk wanita serta lelaki..

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!
Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
 
Risiko kekurangan protein:
 
1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
 
Kalau ada sesiapa yang masih belum tau, ESP ni merupakan produk terlaris di kalangan pengguna Shaklee.. kebanyakan pengguna akan terus jatuh cinta dengan produk Shaklee lepas pengambilan ESP.. 

Bertambah menarik, bila ESP ni adalah antara vitamin yang sesuai diamalkan untuk pelbagai jenis masalah atau keadaan.. sesuai untuk ibu mengandung, ibu  yang menyusukan anak, masalah berat badan, masalah kulit muka, masalah gastrik dan macam2 lagi..

Untuk maklumat lanjut, boleh PM Zana di page Cinta.Sihat.Adieyza
[ http://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza ] atau
direct emel, [ adieyza_1110@yahoo.com ]..
fast reply, sms/whatsapp [ 013-6065246 ]
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog adieyza.blogspot.com!!

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, February 15, 2013

Tiada Anak - Kami Berhati Walang

Pagi ni awal pagi dah meleleh air mata.. sedih! 

Baca 1 blog kawan TTC.. tajuk "KAMI BERHATI WALANG"...

Baca dengan linangan air mata.. aku faham perasaan kawan yang terlalu mengharapkan kehadiran anak dalam kehidupan suami isteri.. aku faham sangat betapa sedihnya hati seseorang yang terlalu mendambakan untuk bergelar ibu & ayah.. aku faham sangat2.. terlalu faham.. mungkin sebab tu lah aku menangis sepanjang membaca entry tu.. 

Antara kata-kata yang buatkan hati aku cukup tersentuh,


"Terkadang kami rasa semangat kami hilang bila melihat seorang demi seorang rakan yang turut sama naik pelamin telah mula menambah anak. Yang kawen setahun selepas pun anak dah pandai membaca ABC. 
Terasa sungguh kekurangan diri ini. Hati yang walang bertambah walang. Tapi.. ingat.. kami adalah yang terpilih. Mereka tak merasa begini, sebab ini bukan 'nikmat' Allah berikan pada mereka. Sabar. Pasti ada hikmahnya."

"Tersentuh rasa hati bila ada yang mengatakan 'ini mesti orang yang takde anak yang cakap ni' tatkala ada isu yang membuat hati ibu sensitif. Kami yang berhati walang ini dijadikan mangsa. Adakah orang yg ada anak semuanya berhati mulia, tak pernah menuturkan sesuatu yang luar jangkaan. Yer, kami memang tiada anak, tapi kami bukan tiada perasaan belas. Perasaan ihsan. Perasaan kasih. Mana mungkin kami tega, senang lenang melihat anak-anak yang sakit, yang menderita."

"Kiranya ditafsirkan bahasa lain bilamana ada yang berkata 'dah ada anak, tak sempat nak membaca novel' seolah menyesal ada anak dan tidak dapat membaca novel? Orang lain ada yang beranak pinak, sempat saja baca. Itu yang terkadang aku tafsirkan, ada sesuatu yang ingin diperbandingkan. Tak boleh nak buat sesuatu hanya kerana ada anak."

"Mungkin, ada yang terasa hati dengan penulisan kali ini. Ada yang mencemuh. Mencebik. Mengatakan aku ni terlalu sensitif. Sentap. Tapi, sebenarnya persekitaran ini lah yang membuatkan kami berhati walang ini makin sensitif. Tiada anak diandaikan seolah satu kekurangan, musibah yang amat dasyat. Seolah olah menjadi golongan yang cacat. "

"Kami mohon juga, terkadang jangan lah terlalu membandingkan anugerah yang kami masih belum berpeluang itu dengan segala apa yg ada  di dunia ini. Kami tahu, ianya tak ternilai. Memang tak ternilai. Jadi, kami mohon, usah dibandingkan lagi. Sememangnya ianya tak sama dengan keseronokan membaca novel, keseronokan pergi bercuti, keseronokan menonton wayang dan segala keseronokan yang ada dimuka bumi ini. Aku yang berhati walang ini bersungguh memohon."

"Sememangnya, kami berhati walang kerana masih belum belum diberikan peluang menjadi ibu dan ayah. Tapi kami tahu, kami antara yang terpilih. Kami kuat untuk menghadapi dugaan yang diberikan ini."


Kami bukanlah mohon untuk dijaga hati kami setiap masa.. kami bukan minta semua menjaga tutur kata dengan kami setiap masa.. tapi cukuplah sekadar memahami bahawa setiap yang berlaku itu adalah ketentuan daripada Allah.. siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah? siapalah kita untuk bertanyakan bila rezeki anak itu akan dimiliki? siapalah kita untuk menolak ujian daripada Allah?

Sesungguhnya, saya berhati walang... 

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tips Murah Rezeki Daripada Ustazah Siti Nur Bahyah

 
Semoga kita semua dimurahkan rezeki di muka bumi Allah yang luas ini.. dan semoga kita semua sentiasa bersyukur di atas setiap rezeki yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa..
 
Salam sayang untuk semua!!
 
With love,
~aDieyZa~
 
 
 
 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, February 14, 2013

3 Tahun Lalu.....

3 tahun lalu, pada tarikh yang sama dengan hari ni, 14 Februari...

Bermulanya langkah baru dalam hidup aku dan Encik Adiey.. mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan setelah 9 tahun mengenali hati budi masing-masing.. 


Tarikh 14 Februari yang dipilih oleh kedua keluarga menjadi bukti restu kedua belah keluarga.. cinta yang pada asalnya hanya 'cinta monyet" kekal utuh selama 9 tahun berikutnya..

Alam pertunangan itu tersangatlah indah pada kami berdua.. tiada masa untuk bergaduh.. tiada masa untuk bertengkar.. yang ada hanyalah masa untuk mengatur majlis perkahwinan yang hanya 5 bulan dari tarikh pertunangan.. segalanya indah!!

Syukur Ya Allah kerana kini dia jodoh untuk diriku.. syukur kerana ada seorang insan yang bergelar lelaki yang sudi menerima kekurangan dan kelebihan diriku.. syukur Alhamdulillah..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Spontaneous Thursday - Wajah Stress!


Kalau nak selalu nampak ceria dan kelihatan muda daripada usia, elakkan daripada stress! 

Kalau nak pasangan kita sayang selalu, elakkan stress! sebab kalau stress, keinginan nak bersama pasangan pun akan terganggu.. hehehe..

Fikir positif, cakap positif dan buat perkara positif! 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~

Untuk mengetahu vitamin yang sesuai untuk mengatasi masalah stress, 
boleh PM Zana di page Cinta.Sihat.Adieyza 
http://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza ] atau 
direct emel, [ adieyza_1110@yahoo.com ].. 
fast reply, sms/whatsapp [ 013-6065246 ]
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog adieyza.blogspot.com!!
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Spontanenous Thursday - Jealous Woman!!


Kepercayaan adalah kunci dalam sesuatu perhubungan.. wanita mudah percaya pada orang yang dia sayang.. tapi, jangan sesekali cuba untuk menghancurkan kepercayaan yang diberikan.. 

Sekali wanita hilang kepercayaan kepada orang yang dia sayang, wanita itu akan mula curiga selalu.. maka, tidak hairanlah kalau setiap gerak geri orang yang dia sayang akan diperhatikan.. bermulalah episod memeriksa segala yang berkaitan hidup orang yang dia sayang.. kalah FBI ok!! hihihi

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wednesday, February 13, 2013

WordLess Wednesday - Sengkuang Calit Downtown The Mines


Menu: Sengkuang calit
 
Lokasi: Downtown The Mines, Serdang
 
Harga: RM2.50 (special).. RM2.00 (biasa)
 
Komen: sengkuang calit yang sedap dengan harga yang sangat berbaloi.. x cukup kalau makan 1 bungkus.. mesti nak beli 4 bungkus untuk 2 orang makan..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
 
 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wordless Wednesday - Mak Limau vs Anak Limau


Limau besar -  mak mertua beli..

Limau kecik - ayah mertua beli..


Salam sayang untuk semua!!

With love, 

~aDieyZa~


www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, February 8, 2013

Selamat Bercuti Semua!!

Selamat bercuti panjang untuk semua.. nampaknya sunyilah blog untuk tempoh beberapa hari.. yang dah balik ke kampung mesti kurang menjengah blog.. yang pergi holiday dah tentu2 seronok holiday dan bergambar sebab balik nanti nak masukkan dalam blog.. yang duduk rumah atau x ke mana2 dah tentu2 sibuk mengemas rumah & bershopping!

Pada yang x ke mana2, jangan risau.. time cuti perayaan ni merata2 ada sale.. pergi jer shopping untuk isi masa lapang.. kalau sampai area Putrajaya boleh roger2 saya.. bolehlah kita berjumpa.. hehehe..

Pada yang memandu pulang ke kampung, berhati2 di jalan raya.. ikut peraturan, elakkan memandu laju & melanggar lampu isyarat.. nanti kena saman rugi ooooo.. 

Pada yang pergi makan angin, selamat bergembira & menenangkan fikiran.. jangan lupa shopping fridge magnet then nanti boleh la bagi hadiah dekat saya.. eh?? hahahaha.. gurau jer..

Selamat bercuti semua.. jaga diri baik-baik yer semua..
 
 
Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~



Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, February 7, 2013

Rezeki Allah Itu Luas.. Syukur Alhamdulillah..

Ujian Allah sebagai petanda untuk kita lebih dekat pada-Nya.. 

Dugaan Allah sebagai peringatan untuk kita lebih ingat pada-Nya..

Rezeki Allah itu luas.. pintu rezeki itu juga luas.. jalan untuk kita mendapat rezeki itu pun terlalu luas.. pilihan untuk kita memiliki rezeki itu pun luas.. 
 
Bersyukurlah dengan setiap rezeki Allah.. walaupun masih ada rezeki yang kita harapkan belum menjadi milik kita, tapi jangan pernah kita persoalkan kenapa perkara tersebut berlaku.. rezeki itu daripada Allah.. kalau rezeki itu memang milik kita, pasti ia akan menjadi milik kita.. cepat atau lambat semuanya ketentuan daripada Allah..
 
Semoga kita semua akan lebih bersyukur di atas segala apa yang kita miliki.. Syukur Alhamdulillah....

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
 
 
 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wednesday, February 6, 2013

WordLess Wednesday - Cendol Pulut Sedap!


Menu: Cendol Pulut

Harga: RM2.00

Rasa: sedap!!!

Lokasi : gerai makan "rojak cendol" di kawasan Uniten Bangi..

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, February 5, 2013

Surprise Pavlova & Tempahan Pavlova Sekitar Putrajaya

Since aku dah pernah order pavlova dengan sorang rakan blogger ni, so aku nak jugak la bagi review cikit kan.. sharing is caring right? 


Aku tempah pavlova dengan Sal.. tau info pasal Sal jual pavlova ni dah lama.. tapi beberapa hari sebelum birthday Encik Adiey baru teringat nak tempah.. mula2 nak beli kek macam biasa.. tapi sesekali tukar mood ok jugak kan.. tu yang keluar idea nak tempah pavlova.. *saya bukan wanita yang pandai buat pavlova, jadinya saya tempah jer la.. hehehehe... 
Service? Tip top!! semua emel dan sms dibalas dengan sangat pantas! nak tambah best, boleh deal dengan Sal untuk buat surprise.. best oooo.. tu yang Encik Adiey terkejut bila tiba2 Sal datang rumah bawak pavlova tu.. seronok!! dah la penghantaran di hantar terus ke rumah.. siap bagi free yang cucuk "Happy Birthday" atas pavlova lagi.. best!!


Harga? Berpatutan! dengan buah yang melimpah ruah atas pavlova tu & dengan saiz yang memang besar tu, memang berbaloi2.. kita boleh pilih buah apa yang nak diletakkan kat atas pavlove tu.. Sal ni memang x kedekut langsung! merata2 dia letak buah.. sedapppppp..
Rasa? Sangat2 sedap! Kitaorang berulang-ulang kali makan pavlova ni tanpa cikit pun rasa jemu.. hehehe.. cukup2 manisnya.. cukup2 lembutnya.. cukup2 semuanya!! sedappppp..


So, kalau ada yang menempah, boleh tempah dengan Sal ni yer.. 
http://salmikhairil.blogspot.com/ .. korang boleh tengok blog Sal tu then tengoklah hasil air tangan dia yer.. semuanya nampak sedap & mengiurkan...

Ini bukan iklan berbayar yer.. aku buat review berdasarkan pengalaman aku sendiri.. kalau sedap, dah tentu kita review kan?? 

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Anak Dara Saya!


Anak dara saya yang dah makin membesar dengan comel dan bijak.. lagi beberapa bulan genap anak dara saya setahun.. rasa macam baru lagi pegang dia yang baru lahir..

Tak sabar nak tunggu dia tau jalan.. nanti boleh curi dia selalu bawak pergi shopping! boleh culik dia untuk bawak pergi makan2! boleh bawak lari dia untuk pergi jalan2! hehehehe.. 

Sesuka hati kan nak culik anak orang? ada saya kisah?? ni kan anak buah saya.. jadi secara automatik, dia anak saya!!!! hihihihi..

Alya, Acu rindu sangat kat Alya.. sayang Alya ketat2... mmmuuuaaahhh!

Salam sayang untuk semua!!!
 
With love,
~aDieyZa~
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, February 4, 2013

Promosi Omega Guard Shaklee

Februari 2013 ada promosi Omega Guard Shaklee.. beli 6 botol percuma 1 botol.. jadinya dapat jimat banyak!! 


Tapi jangan risau, kalau ada yang x cukup budget untuk beli 6 terus, boleh jugak beli 1 botol dengan harga promosi.. nak tau lebih lanjut, kenalah PM yer.. nanti kita bincang tentang khasiat serta kelebihan Omega Guard dan harga promosi..


1 botol vitamin yang mengandungi pelbagai kelebihan.. 1 botol vitamin yang sesuai untuk setiap peringkat umur.. 1 botol vitamin yang sesuai diamalkan oleh seisi keluarga.. 1 botol vitamin yang sememangnya berkhasiat! dapatkan Omega Guard Shaklee dengan harga promosi sepanjang Februari 2013!


Untuk maklumat lanjut, boleh PM Zana di page Cinta.Sihat.Adieyza 
http://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza ] atau 
direct emel, [ adieyza_1110@yahoo.com ].. 
fast reply, sms/whatsapp [ 013-6065246 ]
pasti ada sesuatu yang istimewa untuk rakan blog adieyza.blogspot.com!!
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Aktiviti Weekend Selepas Demam

Selamat pagi semua..
 
Hari pertama bekerja di bulan Februari 2013.. lepas bercuti 3 hari, mesti ramai yang mood masih bercuti kan.. normal la kan kalau kita dah bercuti lama mesti ambik masa cikit nak mulakan kerja dengan penuh semangat..
 
Cuti 3 hari kali ni memang dihabiskan sepenuhnya untuk memulihkan kesihatan diri.. Jumaat memang duduk rumah pagi sampai malam.. kemas rumah yang dah lama terbiar.. sejak demam rasanya mood nak mengemas rumah memang dah jauh menghilang..
 
Sabtu uruskan beli barang customer Shaklee.. lepas selesai uruskan pembelian vitamin customer, shopping la kan!! Sabtu tu makan KFC.. konon la nak try menu baru tu kan.. Golden Wrapping Chicken..
   
 
Rasanya? eeerrrmmmm, x berapa kena dengan tekak aku ni.. pedas + rasa herba yg kuat + ayam dibakar dengan agak kering.. yang aku suka jagung & cendawan tu jer.. hehehehe... ayam tu Encik Adiey yg habiskan..
 
Ahad, tengahari baru keluar rumah.. Encik Adiey ajak jalan Alamanda.. ramai giler orang kat Alamanda.. awal bulan semua orang sibuk nak shopping kan.. 

Balik Alamanda, mencari kedai yang jual cendol.. ada 3 gerai yang kitaorang sampai tapi cendol dah habis!! ada beberapa kedai yang tutup.. hampa sesangat aku!!! dari pagi teringin nak makan cendol.. petang ni mesti cari gerai cendol.. kalau x, boleh termimpi2 nanti.. *ini semua poyooooooo! hehehehehe..
 

Sekian cerita weekend saya.. weekend yang biasa.. tapi tetap happy sebab dapat shopping banyak barang peribadi.. anggap jer shopping tu terapi lepas demam... hehehehe..
 
Salam sayang untuk semua!!!
 
With love,
~aDieyZa~
 
 

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ