Thursday, January 2, 2014

Gathering Shaklee : Let's Get Fit 2014

Semalam sambutan tahun baru aku betul2 menggembirakan.. gembira bila dikelilingi dengan orang2 yang sentiasa positif untuk lebih berjaya..

Awal pagi aku dah bersiap nak ke program Let's Get Fit 2014 anjuran Master Hadha daripada Supermom Club House.. gathering semalam buat dekat Taman Tasik Shah Alam.. ramai jugak ahli Shaklee yang join semalam.. memang meriah..


Aktiviti pertama, Line Dancing.. perggghhh, memang best sangat2.. yang handle Line Dancing semalam datang dari kalangan pangkat "nanny" yer.. umur dah 50 tahun lebih tapi menari macam anak dara.. hebat betul diaorang menari tau.. 


Step2 menari tu mula2 memang macam susah nak ikut.. tapi sekali dah boleh ikut, rasa x nak berhenti.. tapi lepas selesai menari, kaki rasa lenguh.. nampak sangat lama x excercise.. hehehe..


Lepas penat menari, apa lagi kan.. acara makan2 la.. menu memang banyak sebab buat secara portluck.. paling syok ada duriannnnnn.. mommy Shaklee saya, Ana Lyana  yang bawak.. ramai serbuuuu durian.. macam2 kuih ada.. nasi lemak, bihun goreng, murtabak & macam2 lagi.. kenyang sampai petang.. hehehe..



Masa makan ni ambil peluang untuk share ilmu tentang business Shaklee.. masa ni lah peluang untuk ambik aura daripada leader2 yang dah berjaya terutamanya daripada Master Hadha.. dengar sharing daripada dia terus rasa aura positif tu meluap-luap.. rasa makin bersemangat sangat2..

Lepas dah kenyang, acara bertukar-tukar hadiah.. aku bagi shawl.. dan masa tukar hadiah tu aku dapat vase yang cantik! boleh letak bunga & letak kat meja makan.. berseri terus meja makan aku nanti.. hehehe..


Balik dari gathering ni, makin bersemangat sangat2.. bersyukur sangat sebab dapat kenal & join business Shaklee.. sebab aku jadi lebih positif dan rasa sentiasa nak berubah ke arah yang lebih baik.. 


Bukan jer mengajar tentang menjana pendapatan setiap bulan, tapi belajar untuk menjana kejayaan, kegembiraan, keberkatan & kebahagian hidup di dunia dan juga di akhirat.. Alhamdulillah..

"Gambar penuh gathering Let's Get Fit 2014"


Berminat untuk menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

4 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ