Wednesday, January 15, 2014

Kangkung dan Khasiat Sayuran Hijau


Semalam pergi pasar dengan adik ipar.. dia beli yong taufu.. yang bestnya, penjual tu bagi extra kangkung.. harga kangkung dah murah katanya.. apa2lah pakcik.. janji yong taufu tu sedap..  apapun, sayur-sayuran kan baik untuk kesihatan.. 

Dulu masa kecik2 sampailah sekolah menengah memang aku ni bukan peminat sayur-sayuran.. tapi bila dah masuk Universiti, tak boleh memilih sangat.. apa yang cafe masak, makan jer la.. mula2 jer ngada2 tak nak makan.. tapi bila dah lama2, dah tu jer ko kena hadap, so memang kena telan jer la..hihihi.. kalau dulu kat rumah boleh la mintak mak masak macam2 kan. 

So, jom tengok khasiat kangkung:

 Mengandungi banyak zat gizi seperti Vitamin A.. Vitamin C pada kangkung juga cukup tinggi meskipun tidak sebanyak bayam.. Mineral yang ada pada kangkung meliputi kalsium, fosfor dan kalium.. Vitamin B Kompleks pada kangkung diketahul dapat membantu meningkatkan hormon yang mencipta suasana nyaman. Selain itu, ekstrak kangkung juga dapat membantu penghambatan penyerapan gula yang bagus untuk mereka yang menghidap diabetis. 

Khasiat sayuran hijau

Membantu proses menurunkan berat badan

Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk di hadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia sangat rendah kalori yang telah membuktikan bahawa ia sesuai di jadikan menu untuk membantu proses penurunan berat badan.


Mencantikkan kulit

Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan untuk kekalkan kelembapan dan ianya menyumbang kepada kulit dan rambut yang lebih cantik. Anti oksidan seperti vitamin C  yang terdapat di dalam sayuran hijau juga membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit dan rambut selain mengurangkan risiko arthritis. Vitamin E dan vitamin C bergabung untuk mengekalkan kulit yang sihat walaupun meningkat usia. 


Membina dan memperbaiki tulang 

Sesetengah sayuran hijau seperti sayur kailan adalah tinggi dengan kalsium dapat membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama. Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang. 


Memastikan sistem imun kuat

Akhir sekali, sayuran hijau seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melingdungi mata daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.

So, siapa yang tak berapa nak suka makan sayur hijau tu, apa kata mulakan makan sayur-sayuran mulai hari ni.. boleh jaga kecantikan kulit, kesihatan mata, jaga kekuatan tulang dan yang penting jaga kesihatan..
Agak-agak malas makan sayur, jangan lupa makan vitamin.. boleh cuba vitamin Shaklee kalau berminat, PM jer Zana.. ada harga kasih sayang untuk pembaca adieyza.blogspot.. *sempat promote kan?
- Salam sayang untuk semua -

❤ Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

4 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ