Friday, May 30, 2014

Makanan Semulajadi dan Makanan Tambahan

Dulu tak pernah terfikir akan berniaga.. sebab aku ni bukan jenis yang suka nak promote2 barang ni.. sebab tu sekarang ni masih belum percaya yang aku dah hampir setahun terlibat dengan perniagaan secara "part time".. tambah lak buat perniagaan online.. memang tak sangka!

Jadi ahli Shaklee hanyalah kerana aku rasa kesan positif dengan produknya.. bukan sebab nak berniaga.. tapi bila dah mula share kelebihan produk, ada pulak yang PM tanya tentang produk.. excited kot dapat customer.. hahaha.. nak guide customer pun kena rujuk buku berkali-kali.. 

Bila customer dah mula yakin dengan produk, diaorang pulak offer diri jadi ahli.. yer, ahli-ahli Shaklee semuanya adalah di kalangan pengguna Shaklee sendiri.. diaorang dah rasa, diaorang terus mintak daftarkan diaorang.. tak perlu kita susah2 nak tarik orang jadi ahli.. once diaorang dapat rasa kesan positif, insyaAllah diaorang akan repeat dengan menjadi ahli..

Memang ramai jer pertikaikan orang join jadi ahli sebab nak kejar bonus.. ye, tak dinafikan.. tapi, siapa yang tak nak dapat duit tambahan kan? kos sara hidup sekarang semakin meningkat.. apa salahnya mencuba untuk tambah sesuatu untuk simpanan atau perbelanjaan.. duit gaji biasa untuk keperluan, so bila sampai pada soal kehendak tak salah rasanya kalau kita cuba gunakan pendapatan sampingan untuk menampung kehendak kita.. 

Cuma, walau sehebat mana kita berusaha untuk tambah pendapatan, yang penting kita kena berniaga secara ikhlas.. ikhlas bantu pelanggan dengan bagi nasihat yang betul.. guide pelanggan aturan yang betul.. bukan simply menjual tanpa ambik tau tentang keadaan pelanggan.. 




Memang diakui ada yang kata daripada makan vitamin segala ni, baik pilih makanan yang betul2 berkhasiat dan semulajadi.. pilihan di tangan kita.. tiada paksaan jika kita tak suka dengan cara pengambilan makanan tambahan ni.. sebab ada orang yang tak boleh nak makan atau minum terus makanan semulajadi.. atau ada juga yang buat alasan tak cukup masa nak sediakan semuanya dan ada jugak beralasan susah nak mencari sumber semulajadi.. setiap orang ada alasan tersendiri.. jadi, jangan kita pertikai kenapa dia suka makan itu dan kenapa dia tak suka makan ini..

Makanan tambahan memang tak mencukupi.. namanya pun makanan "tambahan".. tugasnya untuk menyokong mana yang tak cukup.. kalau makan untuk usaha penurunan berat, still kena bersenam dan jaga makan.. tak bermakna tak perlu bersenam dan jaga makan.. kalau macam tu, confirm ramai yang nak beli sebab makan jer terus turun berat.. tak bermaksud telan vitamin tu terus kulit jadi licin macam telur.. still, kena minum air masak, jaga pemakanan, pakai pencuci muka yang sesuai dan pakai make up yang bersesuai dengan kulit muka.. 

Aku rasakan makanan semulajadi dan makan tambahan adalah terbaik.. kita ambik dari sudut positif bahawa keduanya membawa khasiat dan manfaat.. jangan pernah kita pertikaikan kajian tentang perubatan alternatif moden.. jangan pulak kita ambik remeh tentang petua dan amalan kesihatan semulajadi yang diturunkan sejak dulu lagi.. jadi nak selamat, balance keduanya.. itu lebih baik.. :)

So, apa sahaja yang orang perkatakan, ianya terpulang kepada kepercayaan dan keadaan individu itu sendiri.. kalau dia percaya dan konsisten amalkan sesuatu, insyaAllah hasilnya ada.. dia pilih sesuatu tu mesti bersebab.. selagi ianya tak memudaratkan diri dia, kita sama2 sokong.. kalau dah terbukti memang ianya membahayakan, kita nasihat dengan cara yang baik.. tak semestinya cara kita sentiasa betul dan tak semestinya cara orang lain sentiasa betul.. sama-sama hormati dan sama2 memahami pilihan orang lain..

*Semoga setiap yang membaca entry ni sentiasa berfikiran terbuka mengenai isu ni.. 

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

2 comments:

  1. Betul tuh...kne ade mkanan tmbhan utk bdn jugakkan

    ReplyDelete
  2. Ermmmm...betul tuh..walaupun kita mknan berkhasiat tp kdg kdg bdn perlukan suplimen...tahniah zana skang bjaya jd businesswomen...hehehe

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ