Monday, June 30, 2014

Cerita Hari Pertama Berpuasa

Hari kedua berpuasa.. Alhamdulillah.. semalam hari pertama berpuasa untuk tahun ni, aku bangun sejam awal daripada biasa.. biasanya memang aku bangun pukul 5 pagi, so bila puasa ni aku bangun pukul 4 untuk siapkan menu sahur & kemas rumah.. dulu rajin gak kemas rumah waktu malam lepas balik kerja, tapi sekarang bukan tak rajin cuma masa agak terhad.. malam selalunya untuk urusan business.. sebab tu bangun awal untuk kemas rumah..

ESP Shaklee Untuk Bersahur & Berbuka

Sahur dengan ESP Shaklee semalam & insyaAllah untuk hari2 seterusnya jugak.. masuk tahun ni tahun kedua bersahur dengan ESP Shaklee.. rasa kenyang lebih lama, buatkan badan lebih bertenaga setiap hari dan elakkan daripada masalah gastrik.. 

Untuk menu sahur pulak, menu mesti ada unsur kicap.. hahaha.. selera kami suami isteri waktu sahur kena ada makanan berkicap supaya ada rasa nak makan.. kalau x, macam agak payah nak makan sahur tu.. macam kelakar lak bila fikir.. macam budak2 nak makan kicap! hahahah.. 

Since barang dapur semua dah lengkap, so pagi tu just relaks kat rumah.. pukul 10 pagi baru keluar untuk uruskan beberapa perkara.. shopping sikit sebab tak nak terlalu bersesak nak dekat raya nanti.. lagipun ada banyak keperluan tak buat persiapan lagi.. 

Balik rumah dekat pukul 3.30 petang.. lepas siapkan diri semua, relaks jap.. pukul 6 baru start masak.. tinggal berdua, so masak agak lewat tak de yang ganggu.. hehe.. masak lambat sebab nak makan panas2 kononnya.. menu semalam ayam sambal madu, sayur campur, telur kicap & sotong celup tepung.. tak ada kuih muih sebab malas nak bazar Ramadhan, nak buat pun tak berapa nak rajin.. hahahha..

Perasan dekat laman sosial agak kurang orang upload gambar makanan.. sebab sebelum puasa lagi banyak kali nampak ramai member letak status nak kurangkan upload gambar makanan time puasa ni.. tak apalah, yang penting niat kita.. sebab ramai jugak member upload gambar makanan tapi diaorang siap letak resepi lagi.. tu memang sharing yang bagus la kan.. orang lain pun boleh mencuba sekali..

Tahun ni ramai pelanggan Shaklee dah mula beli set untuk bantu kekal cergas & bertenaga sepanjang puasa.. jangan salah anggap.. vitamin Shaklee ni bukan terus buatkan kita tak lapar yer.. still rasa lapar, sebab namanya pun berpuasa (utk mengajar kita kesusahan orang lain yang kekurangan makanan).. tapi rasa lapar tu tak adalah sampai menggigil2 dan agak lambat jugak rasa lapar sebab macam ESP/Mealshakes tu fungsinya nak bagi kita rasa kenyang lebih lama dan dalam masa yang sama bekalkan kita tenaga.. kita kenalah ada tenaga untuk berpuasa supaya lebih banyak amal kebaikan kita dapat buat.. insyaAllah..

Kalau ada yang nak mencuba vitamin Shaklee, boleh PM Zana yer.. kalau ada yang nak ajar anak berpuasa tu, mungkin boleh cuba bagi Mealshakes atau Performance Drink Shaklee sepanjang puasa ni.. insyaAllah, nak bagi anak2 kekal bertenaga masa berpuasa.. boleh contact Zana melalui cara seperti di bawah ni yer.. 

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com


Selamat berpuasa semua :)

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

1 comment:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ