Thursday, September 18, 2014

Siapa Saya? Cabaran Pertama "30 Hari Blogging"

Siapa saya? Walaupun dah selalu cerita tentang diri sendiri kat blog ni tapi tak salah kalau nak cerita lebih lagi kan? Lagipun tuan blog ni bukanlah popular pun so bagilah peluang buat edisi macam kena temu ramah.. Feeling2 ada wartawan nak tanya la kan.. Hihihi..



ANAK BONGSU

Anak bongsu dari 5 orang adik beradik perempuan.. Dibesarkan oleh mak abah yang sentiasa romantis sampai semua anak2 pun sentiasa romantis dengan pasangan masing2.. Dikatakan agak manja, sesuai dengan status anak bongsu la kan? 



ISTERI
Isteri kepada seorang suami yang mula dikenali sejak zaman sekolah.. nampak sangat masa sekolah mak abah bising suruh belajar tapi orang tu sibuk bercinta.. Masih belum dikurniakan zuriat dan berharap agar Allah mengizinkannya bila masanya sesuai nanti.. Berdoa dan terus berusaha..



PINK LOVER
Dari zaman sekolah sampailah sekarang ni memang terlalu minat/obses warna pink.. selalu beli sesuatu barang mesti cari yang warna pink dulu.. kadang tu barang tak penting tapi suka beli sebab barang tu warna pink.. tak kisah orang kata pink nampak x sesuai untuk warna kulit aku ni atau x.. tapi tetap pakai pink jugak.. 



PENJAWAT AWAM
Bab kerja agak lari bidang dan minat hati.. Belajar Sains Pentadbiran tapi sekarang bekerja sebagai Penolong Pegawai Undang-Undang di Putrajaya.. Kenangan manis bila genap 3 tahun dalam perkhidmatan awam, dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tapi sampai sekarang masih berharap dapat kerja yang sesuai dengan bidang & minat..



BLOGGER
Dulu tulis blog ni sebab nak tulis persiapan berkahwin.. Lepas kahwin blog sepi hampir setahun lebih.. Mood pengantin baru tu melampau sangat sampai malas nak update blog.. Lepas tu jadi bersemangat balik bila jumpa ramai kawan TTC yang senasib.. Semangat update blog makin membuak2.. daripada dunia blogger bertemu di dunia sebenar, hubungan dengan beberapa orang rakan blogger semakin mesra dari hari ke hari..



SUKA TRAVEL
Suka bercuti dengan suami dan pernah jugak bawak mak abah bercuti sekali dengan hasil duit bonus daripada business sampingan.. Walaupun belum habis jelajah Malaysia sepenuhnya, tapi sentiasa berimpian agar dapat pergi lebih banyak tempat pelancongan yang menarik dalam Malaysia ni.. dan dalam masa yang sama, cuba jugak kumpul duit simpanan lebih banyak untuk dapat pergi melancong ke luar negara pula.. Lokasi setakat ni paling best bila bercuti dengan suami tersayang adalah di Pulau Langkawi.. serius seronok sangat2!!! 



SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID)
Sekarang, masa banyak dihabiskan dengan business Shaklee.. Buat business secara sambilan untuk tambah simpanan setiap bulan.. Lama2 makin teruja sebab dapat bonus setiap bulan.. 2 angka dah merasa, 3 angka dah merasa dan sekarang 4 angka setiap bulan.. Pernah dapat award daripada Shaklee semasa National Conference.. dulunya hanya seorang ahli biasa kemudian naik rank Supervisor dan sekarang dah naik rank Senior Supervisor.. dan insyaAllah akan terus naik rank lagi sehingga menjadi Master Coordinator Shaklee dan melahirkan lebih ramai leader yang berdaftar di bawah aku dalam business Shaklee ni..



IMPIAN
Dan sekarang berimpian minimum 5 angka bonus setiap bulan daripada business sampingan yang dibuat dalam tempoh dua tahun daripada sekarang (masa tu umur pun dah 30 tahun).. Impian yang disertakan dengan doa dan usaha berterusan.. Tiada yang mustahil, segalanya boleh berlaku dengan izin Allah.. Impian ni bukan semata untuk diri sendiri tapi untuk agama, keluarga dan masyarakat sekeliling.. InsyaAllah..

Kalau ada yang kenal tuan blog ni atau pernah jumpa ke, rajin baca blog ni ke, boleh la jugak komen dekat entry ni yer.. Siapa saya pada pandangan anda?

Salam sayang untuk semua :)

With love,
~ Zana Adieyza ~


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya

Photobucket

www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

5 comments:

  1. kita di lane yang sama...business shaklee juga...tp kak yong baru jadi supervisor...

    ReplyDelete
  2. Banyak award lepas ni boleh gondol, termasuk artis popular , hahah

    ReplyDelete
  3. Selamat berkenalan, Adieyza. Semoga terus sukses :)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ