Thursday, October 2, 2014

Obses Membawa Faedah atau Membawa Padah?

Obses kepada sesuatu perkara atau obses kepada seseorang sebenarnya ada baik dan buruknya.. baik kalau kita tau nak kawal obses tu supaya tak membawa kepada kejahatan atau keburukan.. buruk kalau kita terlalu obses sampai menyebabkan hidup kita bertambah susah dan sulit.. 


Contoh, obses kepada kereta.. kalau orang obses kepada kereta ni, selalunya kereta diaorang mesti sentiasa bersih dan terjaga.. service terjaga, angin tayar semua diperiksa selalu dan dalam kereta memang susah nak nampak selerak.. tapi kalau terlalu obses sampai semua aksesori kereta nak dibelinya tanpa fikir kos perbelanjaan membeli tu di luar kemampuan, ada buruknya jugak.. hias kereta tapi berhutang melampau2 untuk hias kereta tu.. tu contoh jer la.. x sure ada ke tak kes sebenar.. hehehe..

Macam aku ni daripada dulu la obses dengan warna pink.. kadang ada buruknya jugak.. semua benda nak beli pink sampai barang tak perlu pun nak beli.. sudahnya tak pakai, kan membazir tu.. my bad! 

Sekarang ni aku obses nak majukan diri sendiri.. nak pastikan aku tak terlalu selesa dengan kehidupan sekarang.. nak pastikan aku boleh rasa lebih selesa di masa hadapan.. sebab tu sekarang ni aku buat part time business Shaklee tu.. untuk tambah duit simpanan dan tambah sumber pendapatan.. dan yang penting untuk jadi seseorang yang boleh menggembirakan hati orang di sekeliling aku..

Obses nak majukan diri tu bukan dari segi luaran jer, dalaman pun sama.. berusaha sentiasa perbaiki amalan rohani jugak.. ye lah, rasanya masih banyak lagi "dalaman yang kosong" dan belum terisi sepenuhnya.. setiap hari cuba tambah amalan2 rohani yang boleh bantu diri kita untuk lebih dekat kepada-Nya.. masih banyak "ilmu rohani" yang aku rasanya tak tau dan tak terbuat..  

Just beberapa contoh obses yang bagi aku kalau niat dengan betul akan membawa kepada kebaikan:

- membaca (untuk tambah ilmu pengetahuan)
- melancong (belajar budaya tempat orang, menikmati keindahan alam)
- business sampingan (tambah pendapatan keluarga)
- obses kepada kesihatan seperti bersenam atau amalkan pemakanan sihat (demi kesihatan)
- mengemas rumah (sentiasa kemas dan nampak teratur)

So, just untuk peringatan bersama.. kalau kita buat sesuatu tu dengan niat yang baik dan buat tu secara bersungguh-sungguh insyaAllah pasti akan bawak kebaikan untuk diri kita dan orang lain jugak.. Jangan obses yang melampau2 sampai membawa keburukan sudahlah yer..

p/s: Obses dan obes lagi kan? hahahha.. 

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Day 16 - Obsession
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

No comments:

Post a Comment

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ