Tuesday, October 21, 2014

SOHO Bertemakan Warna Pink

SOHO ataupun nama panjangnya Small Office Home Office.. selalunya mereka yang bekerja daripada rumah atau mereka yang selalu bawak balik kerja daripada pejabat ke rumah memang ada satu ruangan khas untuk buat smeua keje2 tu.. dan selalunya SOHO ni simple.. dan untuk SOHO aku sendiri, memang daripada awal dah plan nak konsep warna pink.. hehehe..

Masa survey meja untuk SOHO ni, memang banyak dan majoriti yang aku suka tu memang within budget.. tapi nak cari yang ikut tema tu memang tak jumpa la.. hahhaa.. so masa survey dan jumpa meja study warna pink terus nak beli.. padahal dah tau tu meja study budak sekolah.. tapi nak jugak beli sebab pink.. dan lagipun memang murah, RM150 jer siap kerusi.. jimat banyak! hehehe.. 

Try duduk kat kedai kukuh jer sebab kaki meja dan kaki kerusi tu daripada besi.. walaupun ruang tak banyak untuk letak macam2 kat meja ni, tapi aku ok jer.. sebab nama pun "small office" so simple2 pun dah memadai bagi aku.. lagipun bukan pagi sampai malam kat situ.. selalu punch card pukul 8 malam.. punch out tak tentu ikut mood.. hehehhe..


Bahagian partition atas meja letak peralatan menulis.. letak daun hijau konon macam daun Shaklee la.. hehehe.. letak pin yang dapat masa naik pangkat, business card, pin masa National Conference dan award yang dapat kat atas pentas National Conference hari tu..  sebelahnya letak gambar "push factor" dalam business ni.. dah tentu suami, mak & abah! tengok selalu gambar diaorang barulah semangat.. hehehe..

Atas meja memang muat letak laptop.. muat jugak letak fail berkaitan.. tapi time buat keje jer fail tu aku keluarkan, kalau x letak kat laci bawah meja jer.. letak jugak spare alat tulis.. letak kotak pink sumbat segala benda yang penting tapi jarang digunakan.. 


Sebelah rak dah pastinya letak stok vitamin Shaklee.. bahagian atas sekali tu letak gambar aku yang ada tulisan Shaklee.. letak jugak vision board dan target dalam business Shaklee ni.. beli magnetik board tu kat Daiso.. 


Kotak Shaklee kat sebelah hujung tu simpan flyers, shaker, pillboxes, sampul untuk postage dan semua keperluan dalam business ni.. simpan situ sebab ruang dah penuh dan tak nak nampak serabut letak kat luar.. memang ada jer lagi ruang untuk letak rak tapi tunggulah nanti beli rak pink baru.. nak jugak pink.. hehehe..

Bila buat kerja kat SOHO ni kuranglah sikit mengelatnya.. memang fokus buat keje.. caoching anak2 Shaklee, update blog, update FB, follow up customer, buat poster, kira stok, kira bonus dan macam2 lagilah.. kalau dulu buat depan TV banyak mengelat.. kejap2 layan TV, keje x siap2.. hehehe.. 


Buat masa ni oklah dengan SOHO ni.. memang suka duduk sini cari ilham utk lebih berjaya.. kalau nak lagi best, jadikan 1 bilik sebagai SOHO.. tapi x boleh sebab rumah aku ni memang selalu orang datang.. bilik selalu penuh.. hehehe.. xpe, ruang yang comel ni dah cukup dah.. bertambah "cukup" di mata aku sebab warna pink.. Alhamdulillah..


~ Zana Adieyza ~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

CABARAN 30 HARI BLOGGING


Day 1 - Siapa Saya
Day 2 - Resepi 
Day 3 - Tempat Makan Best 
Day 4 - Tips Kemas Rumah
Day 5 - Apa dalam bag saya
Day 6 - My Love
Day 7 - Apa Yang Saya Baca
Day 8 - Fashion Saya
Day 9 - Selfie
Day 10 - Vision Board
Day 11 - 5 Lagu Cinta Kegemaran
Day 12 - Tips Kecantikan
Day 13 - Petua Orang Lama
Day 14 - Favourite Colour
Day 15 - Blog I Love
Day 16 - Obsession
Day 17 - Travel
Day 18 - My Gadget
Day 19 - Kenangan Zaman Kanak-Kanak
Day 20 - Cikgu Paling Best di Sekolah
Day 21 - Subjek Kegemaran Saya
Day 22 - Kereta Idaman
Day 23 - Binatang Paling Menakutkan
Day 24 - SOHO

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

15 comments:

  1. cantik...tq bagi ilham kat kak yong...nak buat SOHO macam ni juga la...

    ReplyDelete
  2. comelnyeeeeee SoHo zana..pink.. i loikeeee..

    ReplyDelete
  3. Comel je pejabatnya.

    Gigih kan zana jawab challege tu :p

    ReplyDelete
  4. Cantik js pun teringin tp smpi skrg lum jadik2...hehe

    ReplyDelete
  5. Cantiknya pink... nak jugak ada SOHO ni... tapi rasa nak buat kat shopping kompleks... (lari konsep sangat aku kan... hahaha)

    ReplyDelete
  6. Cantiknya SOHO. Boleh jadi inspirasi ni

    ReplyDelete
  7. pink saya pun suka salam perkenalan nanti singgah blog kiter tau....danishaurora.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. simple tapi cantik! rasa cam nak duk situ je hehe

    ReplyDelete
  9. lamaaa zana dah xupdate blog yaaa. busy yeee

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ