Thursday, January 30, 2014

Tips Keselamatan Rumah Semasa Cuti Perayaan

Hari ni rasanya ramai yang dah mood bercuti.. kalau still bekerja, otak mesti dah membayangkan nak bercuti.. lagi2 kalau yang stay kat Wilayah Persekutuan.. cuti sampai hari Isnin.. yang budak sekolah pun ada yang cuti sampai Rabu minggu depan.. seronoklah masing2 yer..

InsyaAllah, cuti kali ni akan lebih meriah buat aku sekeluarga.. malam ni aku & keluarga mertua akan bertolak bercuti ke Terengganu.. percutian keluarga.. lebih kepada untuk mengeratkan hubungan.. dan yang paling best, percutian dibelanja sepenuhnya oleh ayah mertua.. hanya tinggal bawak duit shopping jer.. hehehe..

So pada sesiapa yang nak balik bercuti tu, make sure keselamatan rumah terjaga yer.. jom tengok tips menajaga keselamatan rumah semasa hari perayaan.. 



1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.

2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).

3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah.

4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.

5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda.

6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.

7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.

8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut:
  • Nama dan alamat
  • Nombor telefon yang mudah dihubungi
  • Tarikh berlepas dan balik
  • Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti
9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.

Selamat bercuti semua!!!

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"



Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wednesday, January 29, 2014

Farm In The City Seri Kembangan - Teaser


Teaser aktiviti di Farm In The City Seri Kembangan.. nanti aku update cerita best tentang tempat tu yer.. ;)



Nota cinta: bz cikit hujung bulan ni.. tapi jangan risau, zana still akan update k.. dah promise tak nak tinggalkan blog lama2.. 



Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Sunday, January 26, 2014

Fan Page Shaklee : Cinta Sihat Zana Adieyza

Rakan blogger yang tersayang, kalau sudi jom la support business part time Shaklee Zana dengan like Fan Page Shaklee Zana, "Cinta Sihat"..


Fan page ni memang istimewa untuk pelanggan dan bakal pelanggan Shaklee yang nak dapatkan maklumat lanjut tentang produk Shaklee.. kalau nak tau promosi istimewa, testimoni pelanggan, info kesihatan & kata2 motivasi boleh la like Fan Page "Cinta Sihat" tu yer.. TQ semua :)

Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Saturday, January 25, 2014

Youtube Adieyza Zana

Rakan blogger tersayang, kalau sudi jom subscribe youtube Zana.. boleh search "Adieyza Zana" yer.. insyaAllah Zana akan cuba upload lebih banyak video yang bermanfaat untuk semua..


TQ semua ;)

Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, January 24, 2014

Misi Mencari 1000 Followers Blog Adieyza


Orang lain dah beribu2 followers dekat blog.. aku x cecah 1000 followers lagi.. tapi apapun, aku tetap happy.. sebab aku buat blog ni bukan mengejar jumlah followers tapi aku nak jadikan blog ni sebagai kenang-kenangan.. banyak kisah yang aku kongsikan kat blog kesayangan ni..

Hari-hari masuk blog ni.. walaupun kadang tu hilang idea nak taip entry baru, tapi tetap nak masuk blog ni.. kadang tu banyak jer cerita tapi mood nak update pulak ke laut.. hehehe.. dugaan kan..

Pernah aku stop menulis kat blog ni hampir setahun! memang tu lah yang paling lama.. ada gak aku stop dekat 4 bulan.. masa tu aku sendiri tak pasti kenapa aku x update blog.. salah sendiri la kot kan.. hehehe..

Yang pasti aku terlalu sayangkan blog ni.. melalui blog ni aku dapat tambah ramai kawan baru.. tambah jumlah customer pun yer jugak.. hehehe.. 

Terima kasih pada semua yang sudi baca blog adieyza.blogspot yang x seberapa ni.. semoga aku kuat untuk terus menaip cerita2 baru dekat blog ni.. oh, cerita2 lama pun aku kena update sebab nak jadikan kenangan.. jadi kalau ada entry yang patut keluar setahun lepas tapi baru nak berupdate tu, maafkanlah aku yer.. hehehe..


 ❤ Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, January 23, 2014

Tips Keluarga Ceria dan Bahagia


Keluarga yang ceria bermula dengan ibu & ayah yang ceria.. setuju? rumah dan keluarga akan bertambah bahagia bila "ketua"nya sentiasa ceria! ada beberapa tips keluarga ceria dan bahagia yang boleh kita cuba amalkan seisi keluarga.. 


Tips yang aku pegang untuk sentiasa bahagia adalah dengan cuba melahirkan rasa ceria tu pada setiap orang.. kalau kita ceria, percayalah orang yang tengok kita pun akan rasa ceria.. bila semua ceria, insyaAllah hidup kita serta keluarga kita akan lebih bahagia..

Abah selalu pesan, hidup kita ni sementara jer.. selagi hidup ni, bahagiakanlah orang sekeliling kita.. jangan suka berdendam dan bermasam muka, susah rezeki nak masuk dalam keluarga.. kalau ada yang ak puas hati, cepat2 bagitau.. jangan pendam2 lama.. kadang kita jer terasa hati sendiri padahal orang tu tak salah apa pun.. 

Mak pulak selalu pesan, susah senang dalam keluarga kongsi sama2.. jangan susah jer baru cari keluarga, tapi waktu senang lupa keluarga.. dengan adik beradik kena selalu berhubung.. ada masalah selesai sama2.. ada rezeki kongsi sama2.. itu lebih berkat.. 

Mak & abah aku memang jenis yang sangatlah ceria.. ceria & sentiasa tersenyum.. kalau ada yang pernah jumpa diaorang akan tau betapa mudahnya diaorang ni mesra dengan setiap orang.. kadang tu sampai kita pulak yang jadi segan sebab semua orang dia nak tegur.. hahahaha..


Kalau bergambar, suruh diaorang buat aksi bebas.. abah selalunya akan nampak happy tapi tak terlalu nak tunjuk.. padahal hakikatnya dia lah "raja lawak" di hati kami sekeluarga.. tapi kalau kita suruh mak posing dengan gaya bebas, mesti mulut dia nak menganga.. comel babe bila mak buat muka macam tu.. dengan muka bolat dia.. hahaha..


Mak & abah ni senang nak diajak bergurau.. ramai yang mudah rapat dengan diaorang.. percaya tak yang mak & abah ada 2 orang anak angkat lelaki yang dah dianggap macam kelurga sendiri.. abang2 aku tu jadi anak angkat mak & abah sejak diaorang bujang.. sampailah sekarang anak abang2 aku tu dah besar & ada yg dah sekolah menengah! isteri2 diaorang pun rapat dengan kitaorang.. diaorang selalu balik rumah mak & abah.. semuanya sebab sikap ramah mak & abah.. orang luar pun dah anggap macam keluarga sendiri..

ni la keluarga abang angkat yang aku cerita tu.. anak2 diaorang manja dengan abah tau!

Tapi seceria mak pun, tak boleh lawan ceria abah.. abah time mak & anak2 sedih bersalam waktu pagi raya, dia masih boleh gelak2 senyum lagi.. siap tayang duit raya yang dia dapat lagi.. hehehe..


Syukur kerana diberi rezeki untuk membesar di bawah jagaan mak & abah yang sentiasa ceria & penyayang.. ramai yang dah jumpa mak & abah akan cakap yang diaorang dah tau dari mana datangnya sikap peramah & mudah mesra aku tu.. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? ;)

 ❤ Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Wednesday, January 22, 2014

Tips Hubungan Mesra Suami Isteri : Natural vs Supplement


Tak salah kalau mencuba sesuatu untuk "merapatkan" perkahwinan seperti mood pengantin baru.. bukan bermakna yang mencuba tu ada masalah, tapi mereka mencari jalan agar tak timbulnya masalah yang mungkin boleh merosakan mood perkahwinan..

Kadang tu yang mencuba ni terlalu hargai perkahwinan diaorang.. selagi mampu nak pastikan hubungan suami isteri sentiasa dalam keadaan baik.. siapa yang tak nak lakukan sesuatu yang baik untuk suami/isteri kan?


Memang tak semestinya vitamin dapat membantu 100% hubungan suami isteri tu jadi rapat dan mesra.. makanlah seribu jenis vitamin pun, kalau tak ada persefahaman dan kepercayaan memang hubungan perkahwinan boleh dilanda dugaan.. tapi, tak salah juga mencuba.. jaga kesihatan dari dalaman..

Nama pun makanan tambahan.. jadi, bukanlah bermaksud makan vitamin terus hubungan suami isteri jadi mesra.. vitamin ni cuba membantu kita untuk menambah "sesuatu" dalam perkahwinan.. sama juga kalau kita pilih untuk rawatan "natural".. secara semulajadi jugalah kesannya akan dapat kita rasai.. 


Boleh memilih untuk yang "natural" ataupun "pemakanan tambahan" untuk jaga kesihatan.. pilihan terletak di tangan kita.. jangan salahkan kenapa ada yang memilih "natural" dan kenapa ada yang lebih suka kepada "pemakanan tambahan/supplement".. setiap orang berbeza kan? yang penting, kita berusaha untuk menjaga apa yang kita ada..


Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Baju Kurung Sedondon Ibu & Anak

Seronok sangat bila dapat pakai baju kurung yang sedondon dengan dress anak dara kita.. yang bertambah best bila anak dara tu dah makin bijak bergaya depan kamera.. konsep baju kurung sedondon ibu & anak kali ni adalah warna pink.. tak dapat pakai baju sedondon dengan anak kandung, sedondon dengan anak buah pun dah cukup best!

Baju Kurung Sedondon Ibu & Anak

Alya, walaupun kamu hanya anak buah Acu tapi jauh di sudut hati Acu & Pak Cu, kami beruda dah anggap kamu macam anak kami sendiri.. sama jugak macam anak2 buah yang lain, semuanya ada tempat istimewa di hati kami berdua.. kamu semualah penyeri hidup kami.. ;)

Baju Kurung Sedondon Ibu & Anak
Anak dara ni dah makin manja dari hari ke hari.. kalau tak kuat hati ni, memang tak balik Putrajaya aku ni.. sebabnya time kita nak balik la dia lagi nak manja2 mengada dengan kita.. siap peluk2 dan cium2 manja.. geram sangat tau.. bila pakai baju kurung sedondon ni, makinlah dia buat manja dengan kita.. suka betul bila dia tengok kita pakai baju yang sama dengan dia..

Baju Kurung Sedondon Ibu & Anak

Siapa yang berminat nak tempah baju kurung & dress yang sedondon macam ni, boleh contact zana kat FB yer (Zana Adieyza).. yang pasti harga sangat2lah berpatutan sebab akak zana memang ambik tempahan menjahit baju kat kampung.. so harga memang jauh lebih murah daripada harga tempah kat bandar.. kalau nak whatsapp pun boleh, 013-6065246..

Nota cinta : kalau nak tempah dengan harga yang murah, sila bagitau korang follow blog adieyza ni yer.. pasti ada harga diskaun!

*Kalau ada yang nek mencari vitamin untuk kesihatan, kecergasan dan kecerdasan anak-anak, jangan lupa click kat bawah ni yer.. vitamin ni dapat membantu kanak-kanak untuk lebih ceria, sihat & membantu perkembangan pembelajaran diaorang.. kalau berminat boleh terus buat pembelian.. barang dihantar terus ke pintu rumah anda.. call/sms/whatsapp Zana (013-6065246) untuk pertanyaan lanjut.. ;)

SET KESIHATAN, KECERDASAN & KECERGASAN KANAK-KANAK 

Salam sayang untuk semua!

 ❤ Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, January 21, 2014

Happy Birthday Encik Adiey

Happy Birthday Encik Adiey!

 

Entry ni sepatutnya keluar semalam, 20 Januari 2013.. tapi sebab leka sangat nak luangkan masa bersama Encik Adiey sampai terlepas pandang nak publish..


Alhamdulillah.. bertambah usianya.. diharapkan bertambah juga kasih sayangnya kepada Allah Yang Maha Esa, keluarga dan insan2 disekelilingnya.. insyaAllah..


Tahun ni sempat sambut kat rumah mertua.. bertambah terharu Encik Adiey sebab adik dia sudi buatkan kek untuk birthday dia.. yummy2..  *oh, saya sebagai isteri pun x reti nak buat kek hari jadi tau.. maluuuu la!


Walaupun just a simple celebration, nampak yang dia sangat happy.. happy bila dapat sambut dengan mak, ayah & isteri, adik & adik ipar.. Alhamdulillah.. tahun ni mak mertua hadiahkan Encik Adiey karpet uols.. untung sebab karpet tu boleh letak kat bilik kitaorang so saya pun dapat guna sekali.. hehehe.. 

Tahun ni rasanya paling aku rasa tak tau nak hadiahkan apa.. serius tak ada idea yang sesuai untuk dihadiahkan kat Encik Adiey.. memang banyak jer lagi barang yang x pernah nak bagi, tapi hadiah tu tak berapa sesuai dengan peribadi & minat dia.. last2 hadiah kasut yang aku x pernah nampak dia pakai selama aku kenal dengan dia.. kasut yang jenis nampak lasak cikit.. sebelum ni semua kasut dia lebih kepada formal, kasut sukan & kasual.. 



Petang semalam keluar gie Alamanda.. makan2 & luangkan masa untuk borak dari hati ke hati.. memang selalu jer borak dari hati ke hati ni.. tapi semalam lebih best kot sebab tengah birthday dia kan.. lebih romantis gitu.. hehe..


Memandangkan kami ni dah lama tak makan fast food, semalam ngada2 makan KR.. ohhhh, rindu sangat dengan muffin KR.. walaupun orang lain suka muffin pandan, kami tetap suka muffin chocolate.. hehehe.. 


Yang paling best, beria dia kata jangan publish kali ni birthday dia yang ke berapa.. hehehehe.. tapi, makin dia makin meningkat usia ni, makin ramai pulak kata dia makin nampak muda.. adoiii.. aku yang risau tau!!! risau kalau aku nampak lagi berumur daripada dia.. hahaha..


Sayang, semoga Allah mengurniakan segala yang terbaik untuk sayang.. semoga kebahagian & kejayaan di dunia serta di akhirat akan menjadi milik sayang..
 
"HAPPY BIRTHDAY SAYANG"
❤ Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, January 20, 2014

Majalah iSIHAT dan Shaklee


Kalau nak tau lebih info tentang produk dan info kesihatan, boleh la beli majalah iSIHAT.. ada banyak info kesihatan dan produk vitamin Shaklee dalam majalah tu.. ada banyak jugak tips kesihatan dan cadangan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.. rugi jugak la kalau tak dapatkan majalah iSIHAT ni.. 

Majalah iSIHAT dan Shaklee

Kalau rasa nak lebih maklumat lanjut, boleh jugak PM Zana yer.. insyaAllah Zana akan guide korang untuk dapat merasai khasiat vitamin Shaklee tu.. jangan risau tentang harga sebab Zana akan guide yang sesuai ikut budget korang.. lagipun tak ada paksaan untuk beli full set vitamin Shaklee tu.. kalau nak ambik basic set jer pun boleh.. ;)

Majalah iSIHAT

Majalah iSIHAT


Sekarang ni kebanyakan pelanggan Zana terus sign up untuk langganan setahun majalah iSIHAT ni.. bukan sebab Shaklee jer, tapi sebab dalam majalah tu memang banyak info kesihatan.. mula2 kita baca dulu, lama2 boleh cuba amalkan semua tips2 kesihatan dalam majalah tu.. insyaAllah..

Majalah iSIHAT

Majalah iSIHAT

Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Saturday, January 18, 2014

Testimoni Set Berpantang dan Penyusuan Shaklee

Ibu yang baru lepas bersalin sememangnya memerlukan makanan tambahan / supplement bagi mengembalikan kecergasan dan kesihatan..


Kehilangan banyak darah & tenaga selepas bersalin sememangnya membuatkan ibu mudah merasa letih, tertekan dan lesu.. pengambilan Vitamin Shaklee dapat membantu ibu-ibu untuk lebih merasa cergas, segar & sihat bermaya.. 


Ibu yang kerap letih dan tidak cukup tidur sememangnya memerlukan Vitalea dan Vitamin B Complex.. pengambilan makanan yang sihat semasa berpantang ditambah pula dengan pengambilan Vitalea dapat membantu ibu untuk merasai kesihatan yang lebih baik.. 

Ibu yang risau masalah rambut gugur & luka di bahagian yangterlibat semasa proses bersalin boleh mengamalkan Zinc Complex.. pengambilan Vitamin C dapat membantu mengelakkan masalah demam, selsema & batuk bagi ibu dalam pantang..

Tak lupa juga, set berpantang Shaklee ni dapat membantu ibu dalam penyusuan bayi mereka.. ibu yang mempunyai masalah penyusuan boleh mengamalkan ESP, Ostematrix dan Alfalfa Shaklee sebagai ikhtiar untuk menyusukan bayi comel mereka..

Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, January 17, 2014

COD Vitamin Shaklee Untuk Pelanggan Sekitar Putrajaya

Memandangkan tokey Shaklee merangkap tuan blog adieyza ni sukakan warna pink, jadi COD Vitamin Shaklee untuk pelanggan sekitar Putrajaya, Bangi, Kajang, Seri Kembangan, Balakong & Serdang memang akan gunakan konsep warna pink.. hehehe..


Tapi ni istimewa untuk COD jer la yer.. kalau penghantaran melalui pos tu terpaksa guna plastik pra bayar warna putih tu.. tak sempat pulak nak wrapping guna sampul warna pink.. hehehe..

Seronok sebenarnya buat business Shaklee ni.. kita boleh atur masa kita sendiri.. kita boleh dapat tambah kawan baru.. dapat jana pendapatan.. dan yang penting dapat bantu lebih ramai orang untuk lebih sihat.. 

Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, January 16, 2014

Kelas Asas Memulakan Perniagaan



Cuti Maulidur Rasul digunakan untuk menuntut ilmu.. ditemani mommy comel, Mommy Ana saya untuk ke "Basic Class Shaklee".. datang dengan semangat nak ambik aura positif daripada Master Shaklee, Mommy Hadha & Mommy Lyna.. ambik semangat daripada team RMC Shaklee yang lain jugak.. 

Since masih banyak yang nak kena belajar, so aku ambik peluang untuk join basic class Shaklee.. walaupun dah ada "anak", "cucu" & "cicit" dalam business Shaklee ni, still kena belajar.. lagi dah ramai ahli bawah kita, lagi banyak kena tau.. sebab diaorang akan jadikan kita as rujukan if ada pertanyaan or masalah..


Belajar macam mana nak buat marketing, macam mana nak target bonus, macam mana nak jaga customer & macam mana nak bagi cadangan terbaik untuk customer.. semua ilmu asas ini sangat penting sebelum nak melangkah lebih jauh..


Paling best dalam class atau apa2 event Shaklee ni, tak pernah ada halangan untuk bawak suami & anak2.. itu yang buatkan aku rasa sangat2 menarik.. sokongan keluarga yang menjadikan kami lebih kuat!


Class kali ni memang best sebab semua orang kena terlibat.. kena buat pembentangan, kena buat perbincangan, kena bagi perkongsian & yang paling best dapat kongsi tips2 hebat untuk berjaya di dunia dan insyaAllah di akhirat kelak.. 


Sesi bergambar dengan Master Coordinator Shaklee memang tak patut dilepaskan.. ambik dan sedut aura diaorang untuk bagi semangat lebih meneruskan business Shaklee ni.. semua orang pun teruja nak bergambar.. ceria!

Bila aku diapit oleh Master Hadha & Master Lyna, gembira sangat2.. diaorang tak pernah sombong dengan ahli bawah diaorang walaupun income bonus dah 6 angka.. *jauh lagi perjalanan aku nak dapat 6 angka sebab sekarang baru 4 angka sejak 5 bulan lepas.. itu pun dah bersyukur sangat2.. tapi tak ada yang mustahil kan? 


Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ