Saturday, May 30, 2015

4 Kesan Stress Kepada Kesihatan

Apabila kita stress, tertekan, terlalu sedih atau terlalu memendam perasaan boleh menyebabkan kita mengalami kemurungan yang jika tak diatasi boleh membahayakan kesihatan! Jangan ambik mudah bila stress kerana stress boleh mengudang padah!

Stress Punca Wajah Berkedut

Tanpa kita sedar, stress sebenarnya boleh membuatkan kita berada dalam ketegangan dan tekanan perasaan yang sekaligus boleh mengubah corak kehidupan kita.. mula rasa tak bermaya, lemah dan cepat lesu.. bila ketahan badan lemah, senang dijangkiti penyakit!

Stress Punca Wajah Berkedut


Bila berada dalam keadaan tertekan, tubuh badan bertindak seperti berikut:
1) Otot-otot menjadi lebih penuh dengan darah kerana saluran darah sempit dan meningkatkan tekanan darah
2) Peredaran darah berubah. Bekalan darah berlebihan di dalam perut dan usus segera dikurangkan untuk beri laluan kepada keutamaan lain. Ini menyebabkan sistem penghadaman terjejas apabila tubuh mengalami tekanan.
3) Tekanan berpanjangan menyebabkan otot berkaitan mengalami kesakitan. Kesannya pening kepala atau migrain, sakit ditengkuk dan bahu serta sakit bahagian belakang badan.
4) Mengerutkan wajah bila stress boleh menjadikan kulit muka lebih mudah kendur dan berkedut. Terlalu berkerut untuk memikirkan masalah sehingga boleh menjadikan kulit muka lebih tua sebelum waktunya.

Stress Punca Wajah Berkedut

Tekanan darah, masalah usus, gastrik, kesakitan otot, migraine, sakit tengkuk, sakit bahu, sakit bahagian belakang dan kulit berkedut sebelum waktunya! Terlalu banyak penyakit dan masalah yang boleh kita dapat kalau tak tangani stress segera!
Kurangkan stress, belajar menenangkan fikiran, berkongsi masalah dan cuba tangani stress dengan segera.. nanti kita share tips2 yang boleh diamalkan untuk menangani stress yer..

Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

2 comments:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ