Sunday, May 31, 2015

5 Tips Mengurangkan Stress

Ada beberapa tips untuk mengurangkan stress.. tips ni kalau kita ikut dan cuba amalkan, insyaAllah bukan jer baik dari aspek kehidupan seharian tapi baik dari segi kesihatan.. tapi, jangan lupa jugak untuk cuba kawal diri daripada terus tertekan atau stress.. sebab apa pun, yang penting adalah diri sendiri.. kita yang mengawal tekanan dalam kehidupan kita seharian..



5 tips kurangkan stress

1) Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah

Keluar dari rumah, hirup udara segar, lihat langit membiru, lihat laut yang terbentang luas, melihat matahari tenggelam.. pasti kita akan kagum dan terpaku dengan keindahan alam ciptaan Allah..
Bila kita ingat Allah, bersyukur dengan kekuasaan-Nya, insyaAllah kita akan rasa bersyukur dengan segala apa nikmat yang Allah dah berikan pada kita.. lama-lama rasa bersyukur tu akan menghilangkan rasa stress kita perlahan-lahan..

2) Mengurangkan Stress dengan Tidur

Cuba amalkan tidur seketika di waktu siang.. take a nap! Dalam Islam, tidur ni dikenali sebagai Qailullah.. tidur ni tak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja..
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.. Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.. tidur sekejap ni seumpama system reboot, melepaskan tekanan/stress dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali..

3) Motivasi dan Kata-kata Positif
Baca dan hayati kata-kata motivasi atau kata-kata positif. Boleh tengok di laman web, FB pakar motivasi, FB rakan-rakan atau melalui blog2 penulisan yang sentiasa positif.. membaca kata-kata positif dapat membuatkan diri kita berfikir lebih baik dan yakin bahawa setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..
Dalam Islam jugak kita dituntut untuk memperbanyakkan istighfar dan bacaan ayat Al-Quran.. boleh melatih diri untuk mengambil wudhu' setiap kali sebelum melakukan pekerjaan.. mendekatkan diri dengan pencipta Yang Maha Esa akan menjadikan kita ingat bahawa Allah tidak pernah membebankan hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya..

4) Urutan dan Muzik
Terapi pengurutan dari kepala hingga ke kaki dapat mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan kita.. urutan juga bagus untuk menenangkan minda kita kerana aliran darah yang lebih baik..
Terapi muzik boleh mengurangkan tekanan darah dan mententeramkan minda.. pilih muzik yang ringan dan yang disukai ketika stress.. boleh juga memilih alunan ayat2 suci Al-Quran untuk membantu hati lebih tenang.. 

5) Menjaga kesihatan
Jangan abaikan waktu makan, kebersihan diri dan senaman untuk mengekalkan kesihatan.. bila diri kita terurus dengan baik, hati kita lebih tenang.. bila kita tenang, insyaAllah kesihatan dan kecantikan lebih baik setiap hari..
Boleh amalkan jugak B Complex Shaklee untuk mengurangkan masalah stress di samping menjaga pemakanan yang sihat.. 
Antara kandungan vitamin B Complex Shaklee  :
B3 - kekurangan vitamin B3 boleh menyumbang kepada depresi yg boleh membawa kepada sakit mental
B5 - kandungan yg membantu kurang stress fizikal
B6 - vitamin yg mengawal serotin dalam otak kerana kekurangan serotin boleh menyebabkan masalah stress
B9 dan B12 - kawal kesihatan saraf dan pembinaan sel darah yg lebih baik untuk mengurangkan tekanan perasaan dan stress


Apapun, semoga kita semua sentiasa terhindar daripada stress dan tekanan hidup yang boleh mengganggu kehidupan serta kesihatan kita semua..

*************************************************************************************************

Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

~ Zana Adieyza ~

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

1 comment:

  1. Blogwalking sini :)
    Setuju. Kadang-kadang, lihat langit ciptaan Allah tu paling menenangkan.

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ