Thursday, May 28, 2015

Tips Kuatkan Daya Ingatan

Sesekali mengimbas kenangan lama memang seronok.. tapi kadang tu bila ada yang tanya perkara-perkara lama tapi kita lupa, rasa sesak jugak la otak nak memikirkannya.. bila agak2 cepat lupa tu, jangan ambil mudah.. kena usahakan sesuatu untuk bantu kita kuatkan daya ingatan lebih2 lagi bila dah meningkat umur.. kena ambik tau jugak tips untuk kuatkan daya ingatan yang mungkin semakin lemah..




Kalau isteri tanya suami tarikh mula2 berkenalan tapi suami lupa pun boleh jadi merajuk kan.. ingat tarikh perkenalan ok lagi, tetiba isteri tanya dia pakai baju warna apa masa first dating, haaaaa lagi susah nak ingat.. kalau student pulak dah tentu2 perlu banyak menghafal dan mengingat apa yang diaorang belajar.. So hari ni jom kita berkongsi tentang beberapa tips kuatkan daya ingatan.. 



1. Makan sayuran hijau





Kekurangan folate akan meninggikan risiko nyanyuk. Dari mana nak dapat sumber folate ni? Sayuran hijau antara cara termudah! Makan sayuran hijau contohnya sayur salad, bayam, asparagus, brokoli dan sayur kacang bagi mengurangkan risiko nyanyuk. 


2. Permainan latih otak


Apa kata kita cuba permainan latih otak seperti soduko, silang kata, dan lain-lain sebab permainan ni sebenarnya dapat membantu menguatkan daya ingatan dan melambatkan kita daripada penyakit nyanyuk.



3. Berhenti merokok



 Selain membahayakan kesihatan, merokok juga menjadi penyumbang terbesar masalah cepat lupa terutama di kalangan warga emas. Perokok mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit Alzheimer lebih awal daripada bukan perokok. 



4. Makan coklat hitam




Coklat hitam yang mengandungi sebatian epicatechin yang dapat memberi kesan peningkatan daya ingatan seseorang kerana ia membantu pembinaan salur darah. Jadi boleh la makan coklat hitam untuk bantu kita lebih kuat ingatan.



5. Tukar rutin harian



Sebenarnya bila kita buat rutin harian atau tengok perkara yang sama setiap hati boleh buatkan otak kita kurang aktif berfungsi secara maksimum sebab tak perlu fikir banyak. Bila otak kurang aktif, tu lah punca kemerosotan daya ingatan. Cuba kita tukar cat dinding rumah, ikut jalan berbeza bila pergi tempat kerja, banyakkan berjalan kaki/bersenam atau ubah jadual harian supaya otak lebih banyak berfikir.



6. Tidur sekejap waktu siang


Tidur sekejap waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, sebenarnya dah lama jadi sunnah Rasulullah SAW sejak lebih daripada 1430 tahun dahulu. Pakar kesihatan hari ni juga sebenarnya mengakui kelebihan tidur sekejap waktu siang dapat mempercepatkan proses yang membantu otak menguat dan menyimpan ingatan bagi tempoh yang lebih lama.



7. Minyak Ikan


Sumber makanan yang kaya akan kandungan Omega-3 terletak pada ikan, terutama ikan yang ada di perairan laut seperti ikan mackarel, sarden dan ikan salmon. Omega-3 adalah asam lemak yang bertugas membantu pengangkutan nutrisi untuk dibawa ke otak. Kalau nak cara yang mudah dapatkan minyak ikan berkhasiat, boleh amalkan Omega Guard Shaklee..  Bagus untuk perkembangan minda yang boleh bantu kuatkan daya ingatan.


Selamat mencuba tips2 untuk kuatkan daya ingatan ni yer.. tak salah mencuba lagi2 kalau yang masih muda.. yang mana ada anak2 tu boleh gunakan tips ni sebaik mungkin untuk perkembangan minda anak2 yer.. 



*****************************************************************************************************


Untuk maklumat lanjut tentang Omega Guard Shaklee, boleh PM Zana. Untuk fast reply boleh sms/whatsapp Zana 013-6065246.

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

1 comment:

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ