Friday, May 29, 2015

Tips Merawat Tumit Kaki Merekah dan Kering

Masalah tumit kaki merekah atau pecah2 ni boleh buatkan kita rasa kurang berkeyakinan.. bila pakai selipar atau kasut tak bertutup, kalau boleh nak elak orang pandang tumit kaki yang merekah dan pecah2 tu..  lagi bertambah kurang yakin bila tumit tu merekah dan kering sangat.. bila berlaga dengan kulit, sakitttttttt tau!


Tips Merawat Tumit Kaki Merekah dan Kering

Yang dah kahwin, suami mesti suka gesel-gesel kaki.. bayangkan kalau time dia nak gesel2 kaki isteri, terus dia menjerit sakit sebab terkena tumit kaki yang kasar dan pecah2 tu.. malu 1 hal, kesian kat suami pun 1 hal jugak.. so, nak biar jer ke atau buat sesuatu supaya masalah dapat dikurangkan?

Jom kita cuba tengok beberapa tips dan petua untuk merawat tumit kaki merekah dan pecah2 ni.. manalah tau ada yang berkesan untuk diamalkan.. 

Tips Merawat Tumit Kaki Merekah dan Kering


  ASAM JAWA


Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendam kaki dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya gunagaram bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki licin.


BAWANG PUTIH


Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit yang pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya.


RUMPUT


Geselkan tapak kaki pada rumput yang berembun pada waktu awal pagi. Lakukan setiap hari dan anda akan merasa perubahannya.


BELIMBING BULUH


Gosok buah belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk hilangkan kulit kasar.


BETIK


Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan 2 kali seminggu.


RENDAM KAKI


Rendamkan kaki dalam air suam selama 10 – 15 minit. Selepas itu, gosokkan bahagian tumit yang pecah dengan batu asah pisau


NASI


Lenyekkan beberap butir nasi dan tempek pada bahagian yang merekah. Ulang beberapa kali sehari setiap hari.



KEDONDONG


Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup hingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di  atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut atas api perlahan. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain. Amalkan seminggu sekali.


HERBAL BLEND CREAM

Tips Merawat Tumit Kaki Merekah dan Kering

Tapi kalau nak mudah, boleh cuba cara moden.. sapu jer Herbal Blend Multi-Purpose Cream daripada Shaklee.. cream ni sesuai untuk masalah tumit kaki pecah-pecah atau kasar, gatal-gatal digigit nyamuk atau serangga, kulit kering, sakit dan lenguh anggota badan dan macam2 lagi..


Tips Merawat Tumit Kaki Merekah dan Kering

Berdasarkan pengalaman aku sendiri guna Herbal Blend Cream ni: 

- kalau gatal2 kena gigit nyamuk or semut, aku sapu jer krim tu.. kejap jer dah surut gatal & bengkak tu..
 
- kalau balik shopping, once masuk dalam kereta jer terus sapu krim tu kat tapak kaki, terus rasa lega sangat.. hilang rasa penat shopping tu.. 

- kat office kalau rasa kulit kering sebab aircond, sapu jer krim tu.. terus rasa nyaman sebab ada kandungan 'menthole'... sejukkkkk jer rasanya... x melekit sebab krim ni cepat meresap.. 

- tumit kaki kalau rasa macam keras or pecah-pecah, rajinlah sapu krim ni.. dapat kurangkan kasar2 kat tapak kaki tu.. best! terus feeling2 kaki baby..hihihi

So, siapa yang ada masalah tumit kaki merekah, pecah-pecah atau kering tu boleh la cuba tips2 kat atas ni yer.. mana tau ada yang berkesan.. 


*********************************************************************************************************************

Kalau ada sesiapa berminat nak dapatkan produk Herbal Blend Cream daripada Shaklee ni, boleh la hubungi Zana seperti maklumat di bawah ni yer..

Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com


Salam sayang untuk semua :)

~ Zana Adieyza ~
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

2 comments:

  1. Terbaiklah.. should try nak jaga tapak kaki ni..

    ReplyDelete
  2. wahh.. ada tips ! hehe ! teha follow sini ye. follow teha jugak :)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ