Thursday, June 25, 2015

7 Tanda Awal Penyakit Kencing Manis

Sejak ada adik kawan office yang tengah sakit kencing manis, fikir banyak kali nak minum2 manis.. walaupun kadang tu terlupa, tapi bila teringat gambar kaki adik kawan tu, terus rasa kena jaga pemakanan.. sebenarnya bukan pemakanan jer puncanya, faktor keturunan, berlebihan berat badan tanpa dikawal dan juga beberapa faktor lain menjadi punca kencing manis boleh berlaku.. 



Kencing manis sebenarnya adalah salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru.. penting sebenarnya kita ambik tau tentang kencing manis ni.. sebabnya penyakit ni lebih baik dicegah dari awal.. kena sama2 beringat yer semua.. 



7 tanda utama penyakit kencing manis adalah :

1) Paras gula dalam darah tinggi.. macam mana nak tau? rajin2 pergi berjumpa dengan doktor yer..

2) Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing waktu malam.. bila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang bekerka keras untuk menghilangkan gula tambahan tu.. sebab tu akan membuatkan kita rasa nak membuang air kencing.. lepas kehilangan air dalam badan, ni yang membuatkan kita rasa cepat dahaga..

3) Hilang berat badan secara tiba2! tahap gula yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat..  

4) Luka lambat sembuh.. saluran darah boleh menjadi rosak akibat glukosa yang berlebihan.. bila saluran darah rosak, sukar darah untuk sampai ke anggota badan yang lain.. sebab tu luka pun jadi lambat untuk sembuh..

5) Terdedah kepada jangkitan kulat.. Wanita perlu berhati2 dengan jangkitan yis pada faraj (keputihan)..  diabetis melemahkan sistem imunisasi, sebab tu pesakit kencing manis ni akan mudah dapat penyakit terutamanya jangkitan kulat!

6) Penglihatan kabur.. bila glukosa dalam darah tinggi, boleh mengubah bentuk kanta dan mata yang menyebabkan penglihatan kabur.. jika dibiarkan lebih lama tnapa rawatan susulan akan menyebabkan buta..

7) Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis..

Berharap agar adik officemate yang sedang sakit sebab kencing manis ni cepat sembuh..  risau bila yang sakit tu melibatkan orang yang kita kenal.. dan berharap agar aku lebih beringat untuk jaga kesihatan dan pemakanan lepas ni.. semoga lebih ramai yang ambik berat tentang penyakit ni juga.. 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

4 comments:

  1. Diabetic ni susah dikawal terutama rakyat M'sia sebab nasi makanan ruji. Sedangkan nasi bila diproses akan jadi gula itu yg payah nak suruh tak makan nasi..

    ReplyDelete
  2. Info yg sgt berguna!terima kasih.

    ReplyDelete
  3. UA blogwalking di sini.
    Exchange Feed Group ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA Dengan hadiah bernilai RM 3100.00 Jemput join tau. Boleh buat duit raya. Terima Kasih.

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ