BAHAYA rupanya kalau ada kencing manis masa mengandung ni.. walaupun orang kata hanya alami benda ni waktu mengandung dan lepas mengandung tak kena lagi, tapi tak bermakna tak ada kesan langsung selepas tu.. mungkin kencing manis tak ada, tapi penyakit lain atau masalah lain boleh berlaku..
Kencing manis semasa mengandung ni berlaku disebabkan oleh kandungan hormon khusus hormon estrogen dan progesterone yang meningkat dengan begitu tinggi semasa hamil.. hormon ini memberi kesan terhadap metabolisme gula dalam badan.. peningkatan hormon tersebut menjadikan kandungan gula dalam darah meningkat dan inilah punca ibu yang sedang mengandung boleh dijangkiti kencing manis..
4 Kesan kencing manis ketika mengandung untuk ibu mengandung:
- risiko untuk dapat tekanan darah tinggi
- risiko tinggi untuk terkena jangkitan kuman pada faraj
- risiko tinggi untuk luka bersalin lambat sembuh
- 50% boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari
6 Kesan kencing manis kepada bayi dalam kandungan ibu yang mengalami kencing manis:
- risiko tinggi bayi mati dalam kandungan
- saiz bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran ketika bersalin
- sakit kuning/ jaundice
- bayi mengalami masalah sukar bernafas
- kelahiran pramatang disebabkan air ketubaan yang berlebihan
- bayi lebih mudah menghidapi masalah obesiti dan kencing manis bila dewasa
Sebaiknya wanita yang merancang untuk hamil, jaga pemakanan dari awal.. kalau dah disahkan mengandung, lagi perlu mengawal.. boleh dapatkan pandangan doktor tentnag penyakit ni.. berhati-hati juga dengan pemilihan susu untuk ibu mengandung sebab kandungan gula yang tinggi boleh jadi punca kencing manis ketika mengandung.. semoga semua ibu-ibu yang mengandung dan bayi yang dikandungkan sentiasa sihat hendaknya.. :)

No comments:
Post a Comment
Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..