Wednesday, June 3, 2015

Tips dan Petua Mengurangkan Sakit Tekak

Sekarang ni aku tengah sakit tekak.. puncanya tersedak! ye, tersedak.. masa tengah minum air teh o, boleh pulak tersedak sampai batuk2.. dari pagi sampai ke malam, batuk dan sakit tekak.. hari ni pun masih belum elok dan makin perit dan kering sangat tekak ni.. so, lepas dapatkan tips dan petua daripada beberapa orang rapat, kali ni nak kongsi tentnag 5 tips dan petua untuk mengurangkan sakit tekak.. nanti aku pun nak cuba sebab memang tengah sakit tekak sangat sekarang ni..

6 tips dan petua mengurangkan sakit tekak :
1) Air Limau Campur Madu
– Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis. Tambahkan sesudu madu lebah. Kalau dapat madu lebah yang original lagi bagus dan lebih berkesan. Amalkan minum air limau campur madu ni sebanyak tiga kali sehari. 
2) Asam Jawa
– Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air. Kacau dan biarkan seketika. Kemudian tapiskan. Minum air asam jawa tersebut. Hal ini kerana asam jawa dapat menyejukkan tekak dan tubuh badan. Kalau
3) Jus Timun
– Kisarkan timun dan minum jus tersebut. Kalau malas nak kisar, kupas kulit timun tu dan makan mentah. Tambah dengan sedikit garam. Kelebihan pada timun ini dapat melegakan sakit tekak kerana jus timun dapat membantu menyejukkan tekak yang perit dan kering.
4) Minum Air Nasi
- Minum air nasi untuk merawat masalah tekak yang sakit. Air nasi adalah air yang mendidih semasa kita menanak atau memasak nasi. Ambil segelas atau secawan air nasi tadi dan biarkan sejuk ketika. Bila dah sejuk baru minum air nasi tu. 
5) Aiskrim Vanilla
- Makan aiskrim vanilla! Dulu masa dapat petua ni, aku macam tak percaya. Sebab aiskrim kan sejuk, kita pulak kalau sakit tekak atau batuk tak boleh minum ais kan. Tapi, memang doktor ada cadangkan makan aiskrim vanilla bila tekak terlalu sakit dan perit. Kalau yang ada tonsil pun boleh cuba makan aiskrim vanilla.
6) Minum jus lemon
- Cara ni rasanya paling mudah! perah sebiji lemon dan campurkan jus perahan lemon tadi dengan secawan air suam. Kemudian, berkumur-kumur dengan air jus perahan lemon tadi sebanyak tiga kali sehari. Kalau nak minum pun boleh jugak. Tak perlu campur dengan gula kalau nak minum jus lemon tu.

 Dulu pernah kongsikan tips untuk hidung tersumbat dam selsema.. kalau ada yang mempunyai masalah hidung tersumbat tu, cuma baca semula link d bawah ni :

Selamat mencuba semua :)
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

4 comments:

  1. Singgah pagi...
    nieyl mmg amalkan minum air nasi bila sakit tekak..
    sbb so far,nieyl rasa itu paling cepat baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dya pun dah sakit tekak satu minngu , dah pergi klnik pun sama je. cuma amalkan minum air limau je. nk try air nasi plk pas nih

      Delete
  2. Yang makan ice-cream tu best..hehe

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ