Monday, June 1, 2015

Tips Melatih Anak Berpuasa

Bulan Ramadhan dah nak menjelang tiba.. ibu bapa yang ada anak-anak kecil, boleh dah mula bercerita tentang bulan puasa dekat anak-anak sebagai persiapan awal.. lagi-lagi untuk melatih anak-anak yang baru nak mula berpuasa.. boleh jugak cuba beberapa tips untuk melatih anak berpuasa di bulan Ramadhan..




Pensyarah Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr, Mariani Md.Nor berkata, bagi memujuk anak-anak belajar berpuasa mula-mula ibu bapa perlulah beritahu anak-anak apa maksud puasa, ganjaran puasa, cara puasa yang diajar dalam Islam, pahala berpuasa,  dan dosa jika tidak berpuasa..




Boleh cuba amalkan 8 Tips Menggalakkan Anak Berpuasa di bawah ni:


1.      Menjelaskan keutamaan puasa kepada mereka, bahwa hal itu termasuk sebab masuk ke dalam surga. Di surga ada pintu yang dinamakan Ar-Rayyan dimana hanya orang-orang puasa yang masuk ke dalamnya.

2.      Membiasakan sebelumnya untuk berpuasa seperti puasa beberapa hari di bulan Sya’ban agar tidak terperanjat dengan puasa di bulan Ramadan.

3.      Puasa pada sebahagian siang, dan menambah waktunya sedikit demi sedikit supaya anak-anak tidak terlalu terasa terus terbeban.

4.      Memastikan anak-anak bangun makan ketika sahur walaupun ianya agak sukar. Sediakan makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan ketika sahur untuk bantu mereka lebih bertenaga.

5.      Memberikan semangat dengan hadiah yang berbentuk ilmiah atau pendidikan. Contohnya membelikan buku bacaan yang diminati.

6.      Memberikan pujian di hadapan keluarga bila anak-anak itu berjaya berpuasa. Jika di hadapan kawan-kawan sebaya mereka, boleh juga bagitau yang anak-anak kita berpuasa pada hari tersebut.Ini dapat meningkatkan motivasi dan semangat mereka untuk berpuasa. Contohnya boleh berikan pujian seperti “Masya Allah, anakku yang pintar, masih kecil sudah kuat untuk puasa..” 

7.      Menyenaraikan menu makanan berbuka yang mempunyai makanan kesukaan anak-anak. Mereka akan ternanti-nanti menu hidangan yang disukai dan berusaha untuk puasa penuh pada hari tersebut.

8. Ibu bapa perlu mengelakkan anak-anak daripada aktif bermain di luar kerana mungkin boleh meletihkan mereka. Letih adalah punca utama mereka akan berbuka lebih awal. Berikan waktu untuk mereka berehat dan tidur atau boleh galakkan aktiviti riadah dalam rumah seperti bermain catur atau sudoku.


Untuk bantu anak-anak dapat berpuasa dengan lebih baik dan kurang rasa letih, boleh jugak cuba amalkan Mealshakes Shaklee untuk anak-anak.. memberikan rasa kenyang lebih lama, kaya dengan protein, membantu untuk lebih bertenaga ketika berpuasa dan kaya dengan mineral serta vitamin yang lengkap.


PM Zana, 013-6065246 untuk maklumat lanjut berhubung pembelian Mealshakes Shaklee :)

************************************************************************************

Selamat mencuba tips kat atas tu.. Cuba satu persatu dan ikut kesesuaian umur dan sikap anak-anak.. Ajar naka berpuasa mengikut peringkat umur dan tempoh masa yang sesuai.. 

Selamat menyambut bulan Ramadhan :)
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

3 comments:

  1. Satu perkongsian yang bagus.. Even ena tak ada anak lagi, boleh didik anak buah ke, anak2 pesakit nanti ke.. Thanks kak

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ