Tuesday, June 9, 2015

Tips Mengurangkan Masalah Senggugut

Senggugut atau period pain boleh menggangu kehidupan seharian kaum wanita.. sakit di bahagian perut, stress, pening kepala, migrain dan loya merupakan antara masalah yang paling kerap dihadapi ketika senggugut.. ada yang terpaksa ambil cuti rehat atau MC bila senggugut datang menyerang.. memang tak selesa.. so, jom kita kongsi 10 tips ringkas untuk mengurangkan masalah senggugut di kalangan wanita.. feel free to share yer :)

Tips Untuk Mengurangkan Masalah Senggugut

1) Makan makanan yg berkalsium tinggi

Kalsium dapat memberikan ketenangan sekaligus mengurangkan ketegangan.. Makanan yang berkalsium tinggi yang boleh dicuba termasuklah susu, tempe dan kekacang.. 


2) Elak minuman yang berkafein

Kurangkan atau elakkan daripada mengambil minuman berkafein seperti kopi, teh dan juga minuman bercoklat..


3) Minum air suam dan air masak secukupnya

Elakkan ais dan minuman sejuk. Lebihkan minum air suam.. boleh cuba cuba untuk minum air halia madu.. campurkan 5 hiris halia dan 3 sudu besar madu ke dalam air suam.. amalkan setiap hari.. selain itu, minum air masak secukupnya..


4) Tuam di bahagian perut

Bertungku di perut untuk mengurangkan ketegangan. pad pemanas juga boleh digunakan kerana haba daripada pad pemanas membantu mengurangkan tekanan di perut. cara yang lebih mudah dan murah, gunakan botol air berisi air panas dan balut dengan tuala sebagai alat tuaman.. cara lain adalah dengan mandi air hangat/suam untuk mengurangkan rasa kesakitan.


5) Urutan

Urutan mampu melegakan kesakitan kerana kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan urutan lembut.. Mengikut pengamal perubatan tradisional, juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk, dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.


6) Makan makanan kaya dengan serat

Ambil makanan yang kaya dengan serat sepanjang tempoh haid. Boleh cuba amalkan avocado, jagung, bijirin oat, sayur-sayuran dan buah-buahan.


7) Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak air.. Ini menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid akan bertambah.. Makanan ringan antara yang mengandungi garam berlebihan.. Elakkannya beberapa hari sebelum kedatangan haid.

8)  Amalkan sikap tenang dan positif

Jangan terlalu fokus kepada kesakitan yang dialami.. cuba buat perkara yang menyenangkan dan mendamaikan fikiran.. boleh dengar alunan lagu2 yang tenang dan memasang haruman aromaterapi untuk suasana lebih relaks.. jangan lupa, banyakkan berzikir dan berdoa serta positif selalu..

9) Kekal aktif dengan banyak berjalan

Menurut pakar kesihatan, mereka kerap mencadangkan agar wanita kekal aktif sama ada ketika haid atau tidak.. bila banyak berjalan, ia membantu mengurangkan kesakitan ketika haid.. sakit senggugut lebih terasa pada mereka yang kurang cergas.. jadi tidak salah untuk cuba bersenam dengan senaman ringan semasa tempoh haid..

10) Pengambilan vitamin
Ambil makanan tambahan yang kaya dengan sumber Vitamin C, B Complex dan zat besi untuk menghindarkan dari ketegangan pada perut ketika haid..

Selamat mencuba!

*************************************************
Click link di bawah untuk tips dan petua untuk :


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

4 comments:

  1. Singgah pagi...
    nieyl mase zaman anak dara teruk jgk..
    cume pas kawen nie klu 4 bulan skali je kena..
    tapi xde la teruk sgt dah..paling teruk pun MC satu hari :)

    ReplyDelete
  2. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Keistimewaan EPO Untuk Wanita

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ