Thursday, June 4, 2015

Tips Mudah Bangun Sahur

    Masalah susah bangun sahur selalunya terjadi di kalangan kanak-kanak.. tapi ada jugak orang dewasa yang jenis susah sangat nak bangun sahur walaupun dah dikejut berkali-kali.. sebenarnya banyak fadhilat bersahur ni kerana pada waktu makan sahur itu terdapatnya keberkatan.. untuk yang susah nak bangun sahur, jom baca 5 tips mudah bangun sahur yang boleh kita cuba.. 



    1) Tidur lebih awal
    Biasakan diri untuk tidur lebih awal ketika bulan Ramadhan.. lagipun kalau kita biasakan diri untuk tidur awal, kita akan mudah untuk bangun solat tahajud di awal pagi.. untuk kanak-kanak yang baru belajar berpuasa, digalakkan untuk tidur 8 jam sebelum bangun waktu sahur.. 

    2) Bercakap dengan suara perlahan sebelum melelapkan mata
    Yang ni petua orang dulu2 dan sampailah ke hari ni masih ramai yang gunakan.. bermonolog, berbisik atau bercakap perlahan sebelum tidur dan katakan yang kita akan bangun sahur pada pukul sekian sekian.. sebut perlahan tapi telinga kita masih boleh dengar apa yang kita sebut tu.. dah bercakap perlahan tu, baca doa tidur, baca surah2 sepatutnya, mengucap dan barulah tidur.. 

    3) Jangan makan berat sebelum tidur
    Tidur dalam keadaan terlalu kenyang hanya akan membuatkan kita semakin susah nak bangun bersahur.. lebih baik elakkan makan makanan berat sejam sebelum tidur malam.. minum air masak sebelum tidur adalah lebih baik.. bagi perut beristirehat ketika hendak tidur..

    4) Letak jam loceng / handphone jauh sedikit daripada katil
    Biasakan diri untuk letak jam loceng atau handphone yang telah diset alarm jauh daripada katil atau tempat tidur.. jadi, kita akan berusaha untuk bangun bila jam loceng tu berbunyi.. dah alang2 boleh jalan nak matikan bunyi jam loceng tu, terus lah menuju bilik air untuk segarkan muka dan baru ke dapur untuk siapkan hidangan bersahur.. tapi, jangan pulak letak terlalu jauh sampai kita tak dengar pulak.. terus tak bangun pulak sebab tak sedar bila jam loceng tu bunyi.. hehehe..

    5) Penghargaan pada diri
    Kalau berjaya bangun bersahur selama seminggu, apa kata hadiahkan sesuatu untuk diri sendiri.. sebagai tanda penghargaan pada diri sendiri.. kalau yang ada anak2 tu, boleh la reward anak2 pulak.. belikan buku ilmiah ke, bawak berbuka puasa kat tempat kesukaan dia ke, masak menu hidangan berbuka kesukaan dia ke.. hargai usaha yang dah dibuat untuk bangun sahur tu.. 


    Harapnya bila dah bangun sahur tu akan membantu kita untuk lebih bertenaga untuk menajalankan ibadah puasa pada siang hari.. banyak hikmah dan pahala bila kita bangun bersahur ni.. kalau rasa cepat sangat lapar, boleh jugak cuba amalkan ESP Shaklee.. protein yang membantu kita untuk rasa kenyang lebih lama dan membantu kita untuk lebih cergas bertenaga.. 

    Kalau ada ibu bapa yang mencari tips melatih anak-anak berpuasa, cuba click link d bawah ni dan amalkan.. InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan melatih anak2 kecil untuk berpuasa.. 


    Selamat mencuba dan semoga bermanfaat pada yang mengamalkannya..
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

2 comments:

  1. yoorin awal2 puasa rajin laa bangun sahur.. dah hujung2 tu malas pulak.. hahaha...

    ReplyDelete
  2. kite tak pernah lagi miss sahur, even cuma minum air, hehe~

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ