Wednesday, June 3, 2015

Tips Rambut Lebih Wangi dan Mudah Diurus

Wanita yang bertudung kerap mengadu masalah rambut yang cepat berbau dan berminyak.. Rambut yang terlalu lama ditutup dengan tudung lebih memerlukan penjagaan.. Walaupun pakai tudung tak bermakna kecantikan dan kesihatan rambut perlu diabaikan yer.. still kena usahakan agar rambut lebih wangi dan mudah diurus..




Kadang ada jugak yang rasa dengan bershampoo jer dah cukup.. beli shampoo mahal2 tapi kadang tu masih tak puas hati.. sebab tu kita disarankan pakai shampoo dan perapi rambut selalu.. perapi rambut ni bantu untuk rambut lebih lembut tau.. Jom cuba 5 tips agar rambut lebih wangi dan mudah diurus.

1) Shampoo secara teratur

Cuci rambut setiap dua hari sekali. Cara ni sangat berguna untuk menjaga kadar minyak yang ada di kulit kepala. Kerap mecuci rambut akan membantu mengurangkan kadar pengeluaran minyak di kulit kepala yang mencari punca rambut gugur, berbau dan kelemumur. Rambut yang lembab selalunya dapat mempertahankan wangi shampoo di rambut lebih lama. Gunakan conditioner untuk memastikan wangian lebih tahan lama dan rambut mudah diurus. 


2) Ganti sarung bantal

Sarung bantak merupakan benda yang paling kerap bersentuhan dengan rambut. Sebaiknya, rajin mengganti sarung bantal setiap minggu atau bila merasakan sarung bantal mula berbau, kotor atau lembab. 


3) Cuci sikat

Sikat sering digunakan untuk memastikan rambut lebih mudah diurus. Jadi sikat perlu sentiasa dalam keadaan bersih sebelum dipakai terutamanya jika kita berkongsi sikat tersebut dengan orang lain. Boleh juga cuba meletakkan perapi rambut tanpa bilas di sikat, lalu sikat rambut seperti biasa, Pasti, rambut lebih berbau harum dan mudah diurus!


4) Gunakan Masker Rambut

Masker rambut sangat bagus kerana dapat membekalkan nutrisi pada akar dan hujung rambut.  Gunakan masker rambut sekurang-kurangkan sekali seminggu. Banyak masker rambut yang dah dijual sekarang ni. Tak perlu semata ke salon rambut untuk buat rawatan masker ni tapi buat sahaja di rumah.


5) Perahan Jus lemon

Buah lemon adalah sejenis buah yang memiliki bau yang wangi menyegarkan. Terbukti bila kebanyakan shampoo yang ada di pasaran banyak gunakan lemon sebagai bahan pengharum. Perah lemon untuk mendapatkan jus lemon dan sapu pada rambut secara menyeluruh. Biarkan beberapa saat dan kemudian baru bilas.


Daripada 5 tips tu rasanya tips nombor 5 tak pernah aku cuba.. nanti nak cubalah.. macam aku sekarang ni suka pakai shampoo daripada Shaklee.. pakai ikut jadual yang disarankan.. Alhamdulillah, kulit kepala xde masalah gatal2 dan rambut gugur pun dah kurang.. 

Shampoo Shaklee - Shampoo rambut yang semulajadi

Then sebelum tidur aku suka pakai vitamin rambut Ellips untuk rambut lebih wangi dan mudah disikat bila bangun tidur nanti..

Ellips - Vitamin rambut terbaik

Selamat mencuba dan kalau ada tips yang hebat2 lagi boleh share kat ruangan komen yer.. sharing is loving!

Salam sayang untuk semua :)
~ Zana Adieyza ~

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

7 comments:

  1. Satu tips yg kakak tak pernah buat selepas dah kahwin lebih 20 tahun ni Zana ialah masker rambut. Yg lain tu ada buatlah juga.

    ReplyDelete
  2. sejak ade anak nie xde dh cuci rambut 2 kali sehari..2 hari sekali jer..kalau dpt konsisten sehari sekali pun dh cukup bertuah..huwaaaa..

    ReplyDelete
  3. Macamana nak apply Ellips tu ye? Picitkan lepas tu sapu kat rambut ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup dear... cucuk dgn jarum or gunting hujung ellips tu then picit n sapu kat rambut...

      Delete
  4. Aini pun suka pakai ellips tu.. sgt lembut and wangi..hehe

    ReplyDelete
  5. sikat saya tak pernah cuci.hahaha.trus beli lain je bila hilang.hehehe

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ