Tuesday, June 30, 2015

Rezeki Menulis di Blog


Alhamdulillah.. rezeki menulis di blog.. menang RM300 dalam contest blog untuk ahli Shaklee..  



Hari pertama contest bermula 25 Mei 2015, memang ada bagitau upline yang aku nak sangat menang RM300 tu sebab nak topup duit belikan TV baru untuk mak abah dekat kampung..  


So gigih la jugak update entry blog dan share dekat group FB.. yelah, bila dah target yang melibatkan orang yang kita sayang ni, kena usaha lebih sikit.. tu yang setiap kali rasa macam malas update blog, terbayang mak abah tunggu aku balik bawak TV baru.. hehehe.. terus melompat laju2 update blog.. hihihi.. 

Lepas ni kena rajin2 la update blog.. sebab lepas sebulan konsisten update blog ni, rasa macam seronok sangat dapat share pengalaman, cerita dan tips dengan pembaca blog.. walaupun sekadar berkongsi cerita biasa, tapi dapat jugaklah kan berkongsi cerita.. mana tau boleh dijadikan panduan untuk yang membacanya.. 

Lepas join contest, Alhamdulillah dah lepas 1 juta pageviews untuk blog ni.. padahal blog ni dah lama.. tapi baru nak capai 1 juta pageviews.. takpelah, capai jugak kan.. pencapaian permulaan yang baik untuk seorang blogger :) 
Nanti free aku update lagi yer..     


www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, June 25, 2015

Tangan Yang Memberi Lebih Bahagia Daripada Tangan Yang Menerima

Tiada yang lebih menggembirakan bila dapat bantu orang sekeliling kita untuk menikmati kehidupan yang lebih setiap hari.. 


InsyaAllah, kami akan sentiasa berusaha untuk bantu lebih ramai keluarga dan teman2 sekeliling kami untuk dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat.. nak bantu tambahkan pendapatan sampingan lebih ramai suri rumah dan isteri di luar sana lagi2 bila kos sara hidup sekarang ni semakin meningkat setiap hari.. 

Bila pendapatan sampingan bertambah, InsyaAllah lebih banyak kebaikan yang dapat dilaksanakan.. mengajar untuk lebih banyak memberi.. mengajar diri untuk lebih bersyukur.. menjadikan kita lebih menghargai kehidupan kita dan orang sekeliling kita.. 


Dalam mencapai impian bergelar seorang MASTER COORDINATOR SHAKLEE, pasti aku akan berusaha sedaya upaya untuk bantu lebih ramai orang kat luar sana untuk lebih sihat dan berjaya! Doakan impian kami dipermudahkan Allah.. usaha yang kecil ni diharapkan dapat bagi kesan dan makna besar pada orang lain.. insyaAllah.. :)
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Turunkan Paras Gula Dalam Darah

Salah 1 cara rawatan untuk pesakit kencing manis adalah dengan berusaha menurunkan kadar paras gula dalam darah.. sebab bila kandungan gula berterusan naik, pesakit akan lebih menderita akibat penyakit kencing manis ni.. 

Alhamdulillah.. dengan izin Allah dan usaha yang dibuat, ada beberapa pelanggan yang amalkan Vivix Shaklee dapat turunkan paras gula dalam darah.. kebanyakan pelanggan yang beli terdiri daripada golongan warga emas.. tapi jangan salah sangka, Vivix Shaklee ni sesuai diambil walaupun kita bukan pesakit kencing manis.. sebab kandungan Vivix ni bagus untuk pertumbuhan sel dan baik untuk mencegah kanser dalam tubuh..


Ada jugak yang dapat kurangkan kesan luka akibat penyakit kencing manis tu.. kebanyakan pelanggan ada masalah luka dekat bahagian jari kaki dan tapak kaki.. macam yang kita tau, memang pesakit kencing manis akan menghadapi masalah luka lambat pulih.. 



Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Rahsia Buah Anggur Paling Mahal Di Dunia

Bertawakal dan berusaha dalam mencari penyelesaian bagi setiap masalah dan penyakit.. seperti dalam surah Al-Imran Ayat 22 yang bermaksud, " Kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal (menyerah diri)".. 

Setiap penyakit yang Allah beri adalah ujian dan tanda kasih sayangnya.. kita ikhtiar mencari penawarnya.. Allah suka kepada hamba-Nya yang berusaha dan berikhtiar tanpa mudah berputus asa.. 

Usaha untuk turunkan paras gula, jaga pemakanan dan gaya hidup boleh diusahakan untuk mereka yang ada penyakit kencing manis.. walaupun susah, tapi masih boleh dicuba.. yang penting jangan mudah putus asa..

Vivix daripada Shaklee adalah antioksidan yang membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak.. pengambilan berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan "Metabolic Syndrome" yang mana boleh mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.. salah satu ramuan istimewa dalam Vivix adalah Polifenol yang terkandung  dalam anggur muscadine.. Polifenol ni dapat membantu dalam membaiki penglihatan dan penyembuhan luka dengan lebih cepat..



Nak tau tak tentang anggur muscadine ni? anggur ni sebiji jer anggaran harganya adalah RM100! mahal kan? kenapa mahal? apa istimewanya?

Anggur muscadine ni kaya dengan antioksidan yang lebih kuat berbanding vitamin C dan vitamin E.. kadar resveratrol dalam anggur muscadine ni 6 kali lebih tinggi daripada anggur merah atau anggur jenis lain.. anggur ni jugak mengandungi Ellagic Acid yang berfungsi untuk antikanser atau antiradang..  




Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi zana melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

Zana Adieyza 


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Bahaya Kencing Manis Ketika Mengandung Yang Anda Perlu Tahu

Since tadi dah bercerita tentang 7 Petanda Awal Kencing Manis, sempat jugak ambik tau tentang penyakit kencing manis ketika mengandung.. kalau nak ikut sejarah keluarga terdekat setakat ni nenek, makcik, kakak aku semua tak ada pengalaman kencing manis masa mengandung.. tapi, tak boleh aku jadikan benda ni tak penting kan.. still kena ambik tau so kalau ada rezeki mengandung nanti atlease ada ilmu yang aku dah tau..



BAHAYA rupanya kalau ada kencing manis masa mengandung ni.. walaupun orang kata hanya alami benda ni waktu mengandung dan lepas mengandung tak kena lagi, tapi tak bermakna tak ada kesan langsung selepas tu.. mungkin kencing manis tak ada, tapi penyakit lain atau masalah lain boleh berlaku..

Kencing manis semasa mengandung ni berlaku disebabkan oleh kandungan hormon khusus hormon estrogen dan progesterone yang meningkat dengan begitu tinggi semasa hamil.. hormon ini memberi kesan terhadap metabolisme gula dalam badan.. peningkatan hormon tersebut menjadikan kandungan gula dalam darah meningkat dan inilah punca ibu yang sedang mengandung boleh dijangkiti kencing manis..


4 Kesan kencing manis ketika mengandung untuk ibu mengandung:

- risiko untuk dapat tekanan darah tinggi
- risiko tinggi untuk terkena jangkitan kuman pada faraj
- risiko tinggi untuk luka bersalin lambat sembuh
- 50% boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari

6 Kesan kencing manis kepada bayi dalam kandungan ibu yang mengalami kencing manis:

- risiko tinggi bayi mati dalam kandungan
- saiz bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran ketika bersalin
- sakit kuning/ jaundice
- bayi mengalami masalah sukar bernafas
- kelahiran pramatang disebabkan air ketubaan yang berlebihan
- bayi lebih mudah menghidapi masalah obesiti dan kencing manis bila dewasa

Sebaiknya wanita yang merancang untuk hamil, jaga pemakanan dari awal.. kalau dah disahkan mengandung, lagi perlu mengawal.. boleh dapatkan pandangan doktor tentnag penyakit ni.. berhati-hati juga dengan pemilihan susu untuk ibu mengandung sebab kandungan gula yang tinggi boleh jadi punca kencing manis ketika mengandung.. semoga semua ibu-ibu yang mengandung dan bayi yang dikandungkan sentiasa sihat hendaknya.. :)


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

7 Tanda Awal Penyakit Kencing Manis

Sejak ada adik kawan office yang tengah sakit kencing manis, fikir banyak kali nak minum2 manis.. walaupun kadang tu terlupa, tapi bila teringat gambar kaki adik kawan tu, terus rasa kena jaga pemakanan.. sebenarnya bukan pemakanan jer puncanya, faktor keturunan, berlebihan berat badan tanpa dikawal dan juga beberapa faktor lain menjadi punca kencing manis boleh berlaku.. 



Kencing manis sebenarnya adalah salah satu daripada 10 penyakit pembunuh utama di Malaysia di samping strok / angin ahmar, tibi dan barah paru-paru.. penting sebenarnya kita ambik tau tentang kencing manis ni.. sebabnya penyakit ni lebih baik dicegah dari awal.. kena sama2 beringat yer semua.. 



7 tanda utama penyakit kencing manis adalah :

1) Paras gula dalam darah tinggi.. macam mana nak tau? rajin2 pergi berjumpa dengan doktor yer..

2) Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing waktu malam.. bila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang bekerka keras untuk menghilangkan gula tambahan tu.. sebab tu akan membuatkan kita rasa nak membuang air kencing.. lepas kehilangan air dalam badan, ni yang membuatkan kita rasa cepat dahaga..

3) Hilang berat badan secara tiba2! tahap gula yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat..  

4) Luka lambat sembuh.. saluran darah boleh menjadi rosak akibat glukosa yang berlebihan.. bila saluran darah rosak, sukar darah untuk sampai ke anggota badan yang lain.. sebab tu luka pun jadi lambat untuk sembuh..

5) Terdedah kepada jangkitan kulat.. Wanita perlu berhati2 dengan jangkitan yis pada faraj (keputihan)..  diabetis melemahkan sistem imunisasi, sebab tu pesakit kencing manis ni akan mudah dapat penyakit terutamanya jangkitan kulat!

6) Penglihatan kabur.. bila glukosa dalam darah tinggi, boleh mengubah bentuk kanta dan mata yang menyebabkan penglihatan kabur.. jika dibiarkan lebih lama tnapa rawatan susulan akan menyebabkan buta..

7) Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis..

Berharap agar adik officemate yang sedang sakit sebab kencing manis ni cepat sembuh..  risau bila yang sakit tu melibatkan orang yang kita kenal.. dan berharap agar aku lebih beringat untuk jaga kesihatan dan pemakanan lepas ni.. semoga lebih ramai yang ambik berat tentang penyakit ni juga.. 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tuesday, June 23, 2015

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan waktu untuk melihat wajah emak, abah, mak mertua dan ayah mertua.. rezeki dan nikmat yang tiada bandingannya selain daripada dikurniakan seorang suami.. 




Tak sempat nak update entry tentang Hari Ibu.. jadi kita gabung sekali dengan entry tentang Hari Bapa.. tiada yang lebih bermakna bila Allah masih meminjamkan mereka di dunia untuk aku menumpang kasih sayang mereka.. tiada yang lebih berharga bila Allah izinkan aku untuk didakap dan dicium dengan penuh kasih sayang oleh mereka.. Ya Allah, aku bersyukur dengan semua ini Ya Allah..


Di saat orang lain belum puas bermanja dengan ibu dan ayah, Allah masih pinjaman emak dan abah yang sentiasa menyayangi aku setiap masa dan ketika.. sehingga saat ini aku masih dapat melihat wajah mereka di depan mata.. dapat dengar suara mereka.. dapat sentuh wajah mereka.. Allah... nikmat yang terlalu besar maknanya.. syukur Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..


Di saat orang lain tidak sempat merasai kasih sayang seorang ibu atau ayah mertua, Allah kurniakan aku emak dan ayah mertua yang sangat2 baik dan menyayangi aku seperti anak kandung mereka sendiri.. menerima aku seadanya untuk menjadi penyeri di hati anak mereka.. menerima aku seadanya untuk menjadi menantu dalam keluarga mereka.. Allah, terima kasih Ya Allah..

Syukur Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. Ampunilah segala dosa-dosa emak, abah, emak mertua dan ayah mertuaku Ya Allah.. berkatilah dan lindumgilah diri mereka di dunia dan di akhirat kelak.. 


Sebenarnya, 5 insan hebat dalam gambar pertama entry ni adalah sebab utama aku sentiasa berusaha nak majukan diri sendiri setiap hari.. bila ada rezeki yang boleh dikongsi, lebih suka berkongsi dengan mereka berlima.. tiada yang lagi bermakna bila dapat gembirakan diaorang.. tapi lebih bermakna dengan apa yang aku buat selama ni mendapat redha dan sokongan mereka berlima.. :)

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Kejayaan Lebih Bermakna Bila Bersama Keluarga

Orang kata, kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya.. kejayaan seorang isteri pula pasti ada suami dan anak2 di belakangnya.. setuju?


Pernah tak jumpa mana2 business yang boleh bawak bersama suami, anak2 atau ahli keluarga join sekali masa event atau class yang diadakan?  Alhamdulillah, dalam business Shaklee yang aku daftar sebagai ahli ni, semua aktiviti boleh bawak seluruh ahli keluarga yang berminat untuk join sekali dalam aktiviti yang dianjurkan.. 


Isteri bawak suami, anak2, mak ayah, keluarga mertua naik atas pentas terima award daripada Shaklee.. mak bawak anak ke kelas Shaklee yang mana mak ambik peluang dengar perkongsian ilmu dan anak2 ada tempat untuk bermain.. ada jugak yang anak berlari2 kat depan pentas, sedangkan mak dan ayah sedang beratur tunggu turn nak ambik award ataupun mak ayah sedang khusyuk dengar ceramah kesihatan drpd Shaklee..


Aku pernah handle class Shaklee yang mana masa tu 4 orang kawan2 SID lain datang bawak anak.. anak menangis, anak pusing keliling class, anak melalak masa mak bagi talk, anak merengek nak menyusu waktu mak sedap2 tengah dengar penerangan.. semua tu adat, tapi class masih berjalan macam biasa.. 


Gathering sekali bersenam bawak anak.. pergi class Shaklee bawak suami.. pergi naik pentas ambik award bawak mak ayah sekali.. pergi gathering bawak semua ahli keluarga dan kawan2 yang terdekat.. semuanya tak ada halangan.. 


Tak kanlah mak nak tambah duit pendapatan tapi anak kena tinggal kat rumah dan mintak suami jaga kan? tak kan isteri sibuk nak ambik anugerah tapi suami kena ambik cuti jaga anak2 kan? tak kanlah mak kena mintak tolong keluarga untuk tengok2kan anak msebab mak nak pergi belajar tentang ilmu kesihatan dan perniagaan.. tak payah semua tu.. angkut jer semua datang event Shaklee.. sebab semua tu kan SHAKLEE FAMILY..


Jadi kalau nak cuba buat business yang boleh libatkan seluruh keluarga join sekali, Shaklee jawapannya.. InsyaAllah suami, anak2 dan parents kita akan semakin berkobar2 bagi kita semangat untuk lebih berjaya sebab diaorang tau apa yang kita buat.. jangan sebab kita nak berjaya, sampai kita kena utamakan impian kita dan tinggalkan keluarga.. 

Pegang dan jaga keluarga dalam mencapai impian kita.. insyaAllah akan dipermudahkan jalannya nanti.. :) 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Tips Mencari Mentor Dalam Perniagaan


Kalau kita nak berjaya dalam apa sahaja yg kita buat, lebih baik kita cari kawan2 yg nak sama2 nak berjaya.. kalau kita nak sentiasa positif, lebih baik kita cari kawan2 yg sentiasa positif.. bak kata pepatah, "berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi kita akan dapat harumnya".. 


Alhamdulillah, sejak daftar sebagai ahli Shaklee aku rasa lebih positif.. positif ni bukan dari aspek perniagaan jer tapi kehidupan seharian.. kalau dulu tak pernah terfikir nak bantu kawan2 tambah pendapatan diaorang.. sebab aku sendiri kerja makan gaji.. macam mana nak bantu orang lain tambah pendapatan kan? Tapi sejak jadi ahli Shaklee, semakin positif nak bantu lebih ramai orang utk sihat dan tambah pendapatan sampingan..


Beruntung berada bawah mentor dan group yang positif.. setiap hari dapat kata2 semangat.. setiap hari ada tips2 kehidupan yg membuatkan diri rasa nak jadi lebih baik setiap hari.. setiap hari ada ilmu2 agama dan bekalan akhirat yang boleh diamalkan.. Alhamdulillah.. 


Group CHROMATIC Shaklee yg aku join ni bukan jer bagi ilmu tentang business tapi tentang kehidupan seharian.. setiap kali jumpa bukan borak2 kosong, tapi ada pengisian dan jugak ada makan2.. hehehe.. buka puasa sama2.. bersenam tepi tasik sama2.. gathering sharing ilmu baru sama2.. semuanya dibuat bersama.. sebab masing2 nak sama2 berjaya..

Normal kadang ada rasa lost atau down bila apa yang diidamkan masih belum nampak hasilnya.. sebab tu perlukan mentor dan group yang boleh bagi nasihat dan kata-kata semangat supaya kita terus berusaha.. di saat kita hilang arah sekejap tulah yang kita perlukan seorang mentor dan juga sebuah team yang kuat hatinya untuk bantu kita bangun semula bila kita ada masalah.. :)


Sebab tu aku sarankan, business apa pun kita pilih, carilah mentor dan group member yang sentiasa menyokong apa yang kita impikan.. kalau kita sorang beria2, susah jugak.. kita perlukan support dari orang2 yang sama impian macam kita.. so pastikan yang nak daftar ahli Shaklee terutamanya, pilih group yang boleh guide korang untuk capai target korang dalam business ni.. 



***********************************************************************************
Berminat untuk menjadi sebahagian daripada team Shaklee Zana? boleh hubungi melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

~ Zana Adieyza ~  


www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Monday, June 22, 2015

Rambut Sihat dan Cantik Walaupun Bertudung

Bila bertudung, penjagaan rambut kena lebih sebenarnya.. sebab masalah rambut berminyak, gugur, berbau dan kelemumur lebih mudah kita dapat kalau tak jaga dengan lebih teliti.. dulu macam2 jenama syampoo aku cuba.. semuanya sebab nak jaga kesihatan dan kecantikan rambut.. lagi2 bila dah kahwin, suami nak belai2 rambut isteri kan.. jadi, kena pastikan rambut sentiasa bersih, wangi dan terurus walaupun bertudung..


Tapi aku lupa.... nak semua tu kena jaga dari dalam jugak.. tak guna beli shampoo mahal2 tapi aku tak rawat masalah tu dari akar rambut tu.. sebenarnya penjagaan dari dalam pun sama pentingnya.. sebab tu bila aku tau Shaklee ada vitamin untuk rambut lebih sihat, haruslah aku cuba.. cuba vitamin dan shampoo Shaklee sekali.. 

Zinc Complex!


Vitamin Zinc Complex ni memang sangat2 membantu mengurangkan masalah rambut gugur.. dah banyak testimoni customer yang jatuh cinta dengan Zinc Complex ni..  lepas seminggu amalkan Zinc Complex ni aku perasan yang rambut memang dah kurang gugur.. lepas 2 minggu perasan yang bila basahkan rambut, rambut gugur dah berkurangan.. kalau dulu lepas mandi banyak rambut dekat bilik air, sekarang tak lagi.. kalau dulu, sapu sampah dan habuk kat rumah mesti ada banyak rambut kat lantai.. sekarang, Alhamdulillah masalah tu dah berkurangan sangat2..  


ProSantee!


Shampoo dan conditioner yang sangatlah ohsem.. lepas seminggu pakai memang masalah rambut berminyak dan gatal kulit kepala berkurangan sangat2.. kalau dulu, kulit kepala gatal walaupun tak ada kelemumur.. maybe sebab rambut berminyak bila rambut terperap dan tertutup untuk tempoh masa yang lama.. bila rambut berminyak ni akan buatkan kulit kepala mula tak selesa dan gatal.. tapi lepas pakai shampoo dan conditioner ProSante ni, boleh tarik nafas lega.. lepas cuci rambut, rasa rambut lebih lembut, wangi dan mudah diurus..


Alhamdulillah.. dah jatuh hati dengan produk ni lagi2 lepas testimoni diri sendiri berjaya.. rambut sekarang tak adalah lebat sangat tapi memang ada tumbuh anak rambut baru dan memang masalah rambut gugur dan berkurangan.. lega sangat..

***********************************************************************************
Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "Miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

~ Zana Adieyza ~  


Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Suami Isteri Lebih Bertenaga dan Cergas Sepanjang Hari

Kebanyakan isteri suka kalau suami diaorang sihat dan cergas selalu kan.. bolehlah tolong-tolong lebih dekat rumah tu.. kalau suami balik kerja tapi masih boleh bantu isteri buat kerja rumah atau jaga anak2, isteri yang memang dah sedia penat pun akan hilang terussssss penat tu.. senyum melebar jer sebab suami sama2 bantu isteri..


Sebab tu, isteri2 yang suka produk2 untuk kecantikan dan kesihatan jangan lupa belikan la sekali untuk suami.. bukan apa, memang kita tau suami ni memang dah gagah dah.. tapi, diaorang still perlukan jugak sesuatu untuk tambah stamina dan bantu dioarang lebih sihat.. 

 Kalau nak jimat, apa kata belikan produk yang suami dan isteri boleh makan/minum sekali.. senang kan? tak payah susah2 beli produk khas untuk suami, produk khas untuk isteri.. sharing is caring kan?

Kalau macam kitaorang suami isteri, ada 2 produk kesihatan untuk bantu kitaorang lebih cergas dan kitaorang share sekali.. set kecergasan yang sentiasa menjadi idaman hati kami berdua.. stok 2 produk ni akan sentiasa ada dekat rumah.. 

ESP 

ESP ni minuman protein yang sangat2 membantu kitaorang lebih cergas.. macam kitaorang suka minum awal pagi sebelum pergi kerja.. sebab nak bantu dapatkan extra tenaga sepanjang hari tu.. selalunya kalau minum ESP waktu pagi, rasa kenyang tu lebih lama.. so tengahari tu kitaorang dapat kawal kuantiti makan.. pakej la untuk kawal selera makan sekali.. 

Kitaorang jugak suka minum ESP waktu balik kerja terus bancuh ESP.. hasilnya? bertenaga sampai malam! sebab kitaorang memang mengemas rumah waktu malam, so tenaga kena lebih  la kan.. then urusan postage selalu buat waktu malam.. pergi DHL dekat Alamanda tu sebab situ post office tutup pukul 10 malam.. malam jugak selalunya buat COD produk Shaklee dekat customer.. kadang tu stay up untuk class Shaklee online.. campur dengan sesi coaching team Shaklee lagi.. so bila minum ESP waktu petang, insyaAllah dapat bantu lebih sihat bertenaga..



OsteMatrix 

OsteMatrix ni memang sangat2lah menjadi kesayangan Encik Adiey.. aku pun suka jugak tapi Encik Adiey memang sayang lebih la kat OsteMatrix ni.. kitaorang makan 4 biji sebelum tidur.. hasilnya? bangun pagi lebih mudah dan badan tak rasa sakit2.. sebab kadang tu kita penat bekerja, badan memang lenguh2 dna rasa lesu2 jer bila bangun tidur.. tambah pulak bila tak cukup tidur kan, rasa sakit2 pinggang pun ada kadang tu.. tapi OsteMatrix ni memang bantu tulang kita lebih sihat dan kuat! kalsium yang tinggi dalam OsteMatrix ni bantu kita lebih bertenaga bila bangun tidur..

Tambah seronok bila OsteMatrix ni dapat bantu elak masalah sembelit.. kalau kita ada masalah sembelit, badan kita akan cepat lesu tau! sebab "kotoran" dalam badan tak dibuang dengan sempurna.. bila badan lesu tak bermaya, nak buat aktiviti seharian pun rasa lemah jer.. tapi bila bangun pagi senang dan lepas sarapan akan "membuang", insyaAllah tubuh akan selesa dan cergas untuk memulakan hari baru.. 

So, set vitamin kecergasan drpd Shaklee ni memang kitaorang suka sangat2 dan memang dah jatuh cinta berkali2.. selain 2 produk kat atas ni, boleh jugak cuba Vitamin B Complex dan Vitalea untuk bantu lebih bertenaga.. tapi if ada bajet terhad, ESP dan OsteMatrix adalah pilihan yang tepat untuk bantu lebih cergas, bertenaga dan sihat..

***********************************************************************************
Berminat untuk membeli produk Shaklee dengan harga istimewa atau menjadi sebahagian daripada team "Miracle" Shaklee Zana? boleh hubungi melalui cara berikut:

FB : https://www.facebook.com/zana.adieyza
Page : https://www.facebook.com/Cinta.Sihat.Adieyza
Call/SMS/Whatsapp : 013-6065246
Emel : adieyza_1110@yahoo.com

- Salam sayang untuk semua -

~ Zana Adieyza ~ 
Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Friday, June 19, 2015

Pengalaman dan Perkongsian - Jangan Pertikai Cara Orang Lain Menguruskan Rumahtangga Mereka

Tahun kelima berpuasa sebagai isteri.. masa tahun pertama tu baru 3 minggu bergelar isteri.. agak kelam kabut tak reti nak sesuaikan masa.. ada yang terbangun awal sangat, ada yang terbangun lambat sangat, ada yang masak terlebih, ada yang masak cukup2 jer dan macam2 lagilah.. tapi tu semua pengalaman berharga.. mengajar untuk jadi lebih matang dalam menguruskan hal rumahtangga..

Aku ni jenis senang jugaklah bangun pagi.. dengar bunyi jam boleh terus bangun la.. maybe jugak Encik Adiey jenis bunyi jam pun akan boleh tersedar, so kira dua2 boleh alert la kan.. setakat ni la, rasanya ada sekali dua jer kot terbangun lewat ckit.. tu pun lewat setengah jam sebelum habis waktu sahur.. 

Balik kerja 4.30 petang terus balik rumah.. masak jer lauk walaupun simple dan berulang2.. hehehe.. kuih2 boleh goreng yang frozen ataupun buat manisan yang mudah macam kek batik, cheesekut, puding roti atau agar2.. makan pun berdua, Encik Adiey pulak jenis tak memilih makan so senang cikit la..

Masa tahun pertama memang banyak beli.. sebab masa tu memang tak berapa yakin memasak time puasa sebab tak boleh rasa.. hehehe.. tahun kedua dah mula jarang ke Bazar Ramadhan melainkan balik lambat atau tak berapa sihat.. dan kalau pergi pun untuk beli makanan yang setakat nak rasa.. tahun ketiga dan keempat memang sekali dua jer pergi Bazar Ramadhan sebab nak beli apa yang teringin.. since kat cafe ofice pun ada jualan makanan, so beli gak kuih muih kat situ..

Berdua memang jimat beli orang kata.. jimat masa, tak penat.. jimat dari segi kewangan tu susah nak cakap.. sekarang ni harga semua dah naik.. pergi bazar tu bawak RM10 untuk 2 orang pun hanya dapat seberapa, apatah lagi kalau yang ada anak2.. jadi, ramai yang beli bahan basah dan masak sendiri ikut selera dan kuantiti yang kita nak.. rasanya macam lagi jimat.. 

Dari segi rasa bila kita beli ni ikut nasib la.. kalau kedai tu kita biasa beli masa bukan bulan Ramadhan, insyaAllah sedap dan puas hati.. memang berbaloi.. tapi kalau kedai tu kita tak biasa dan hanya berniaga waktu Bazar Ramadhan, untung nasib la.. kalau nasib baik sedap la, kalau kurang bernasib baik kadang tu tak sedap, basi dan harga memang mencekik! so kena pandai pilih kedai yang menjual tu, kalau memang dah tau sedap, tak salah membeli.. balik kerja petang tu tinggalkan panaskan jer lauk.. 

Tapi mungkin dari aspek kepuasan bila memasak tu memang lain.. rasa seronok tengok suami dan anak2 makan bertambah2..  walaupun kadang rasa masakan tu biasa2, tapi bila nampak keluarga makan rasa lebih seronok.. padahal kadang tu mungkin diaorang makan bertambah sebab lapar.. hehehe.. pai tak kisahlah, janji yang kita masak habis.. 

Apapun, jangan rumitkan benda yang senang.. kalau senang masak, masak.. kalau senang beli, beli.. ikut keadaan masing2.. 

- balik dah dekat pukul 7 tapi nak masak jugak, boleh jer tapi bahan dah siap2 perap dan sediakan sebelum pergi kerja pagi tu jadi balik tinggal masuk dalam kuali dan masak..
- balik dah dekat pukul 7 then nak beli, beli jer asalkan jangan membazir..
- balik kerja awal tapi ada yang nak rehat dan mungkin lebih menumpukan pada ibadah lain, jadi beli jer asalkan jangan membazir.. 
- balik kerja awal dan rasa nak masak, masak jer.. 


Kita jangan pertikai kenapa orang lain balik awal tapi tak masak.. sebab? semua orang ada alasan masing2.. kita tak tau, diaorang yang melaluinya.. tak semestinya memasak tu menjadikan kita sempurna, cuma mungkin yang memasak tu kita nampak lebih bijak mengatur rumahtangga.. tak semestinya tak memasak menjadikan kita tak sempurna, sebab kita ada alasan yang tersendiri.. banyak aspek lain selain memasak yang kita boleh tengok.. mungkin hari biasa dia tak masak tapi hujung minggu dia masak dan ajak ramai2 orang berbuka puasa dekat rumah dia.. siapa tau kan? so, berhenti berkata tentang orang lain..

Yang penting, kita memenuhi tuntutan berpuasa.. dan menjaga segala amal kebaikan sepanjang bulan Ramadhan tu.. daripada sibuk pertikai orang tu masak atau tak, orang tu rajin atau tak, lebih baik tumpukan pada ibadah dan amal kebaikan yang boleh kita buat.. 

Selamat berpuasa.. Salam Ramadhan buat semua.. 

*Perkongsian semata2 sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak.. jangan mudah menilai orang lain.. kita tak tau apa yang mereka lalui.. :)

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Thursday, June 18, 2015

Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan

 Alhamdulillah.. hari ni hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun ni.. perasaan yang cukup menggembirakan.. bertemu bulan yang penuh keberkatan dan ganjaran pahala.. Allah, terima kasih kerana masih meminjamkan waktu untuk aku berjumpa Ramadhan pada tahun ni.. Alhamdulillah..



Pagi tadi macam biasa bangun memasak untuk sahur pukul 4 pagi.. lepas dah siap memasak semua, kejutkan Encik Adiey.. Alhamdulillah, dia memang jenis tak susah nak bangun pagi, jadi nak bangun bersahur tu pun memang tak menjadi masalah.. minum Milo campur ESP Shaklee untuk bantu lebih cergas dan bertenaga.. lepas sahur, mandi, solat dan bersiap gie kerja.. since kalau tak puasa pun aku memang masuk 7.30 pagi, so tak ada masalah nak pergi kerja awal.. semoga puasa hari pertama ni akan lebih dipermudahkan Allah..



Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog adieyza.blogspot.. semoga Ramadhan tahun ni lebih bermakna untuk kita semua.. diharapkan agar Ramadhan tahun ni lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua dan menerima segala amalan kebaikan kita sepanjang bulan Ramadhan ni.. insyaAllah..


* Tahun kelima berpuasa sebagai seorang isteri.. Alhamdulillah :)

***********************************************************************

Click link di bawah untuk tips bulan Ramadhan :

"TIPS MELATIH ANAK BERPUASA"

"TIPS MUDAH BANGUN SAHUR"

Photobucket
www.tips-fb.com

Thanks for reading. All Rights Reserved by Adieyza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Photobucket
© Templates Designed by | ✿ Nurulchumel's Properties ヅ