Friday, July 15, 2011

Tips 8 "P" Untuk Bahagia

8 "P" 

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna, pasangan akan merasakan anda sentiasa mengingati tarikh tersebut.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau ayat ke-200.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

P/S: semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi hidup kita..

19 comments:

  1. Tanks for sharing.. wajib ingat 8P ni..

    ReplyDelete
  2. dear zana: rajinnya berkongsi tips..memang besh lah dijadikan panduan...

    ReplyDelete
  3. sesuai utk pasangan yg dah kawen... blm kawen.haram. hahahaha

    ReplyDelete
  4. thanks for the info,

    btw, saya ada masukkan link zana kat saya punya blog...hehehe nak mintak tips berblogging..please share

    http://nazranazurah.blogspot.com/2011/07/buat-duit-dengan-blogging.html
    thanks

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing.... nice info

    ReplyDelete
  6. smoga kita2 semua sentiasa bahagia =)

    ReplyDelete
  7. walaupun farid lum kawenn..
    tapi bakal kn..bace dgn gigih nye..
    hahahaha..betul2..kalau kita jga
    hubungan kita ngan Allah..
    Allah akan jaga kita =)

    suka yg p no 2 tu..ekekeke

    ReplyDelete
  8. i like 8P!!
    mudah2an rumahtangga kita mendapat rahmat dari Allah swt..aminnn

    ReplyDelete
  9. wah..nice info sis..tq

    btw..ifa cuak!haha..tp wat2 budu nie..leh lg main blog..hehe

    ReplyDelete
  10. suka la.zana ada byk tips utk kongsi...thanx laling

    ReplyDelete
  11. :D ni msti igt jugak ni..hehe

    ReplyDelete
  12. amin...

    nak hidup bahagia juga...;-0

    akak...ila,suka tips2 macam neh...ehhe

    ReplyDelete
  13. 8 P yang sangat bergune utk diamalkan :)

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..