Sesekali
mengimbas kenangan lama memang seronok.. tapi kadang tu bila ada yang tanya
perkara-perkara lama tapi kita lupa, rasa sesak jugak la otak nak
memikirkannya.. bila agak2 cepat lupa tu, jangan ambil mudah.. kena usahakan
sesuatu untuk bantu kita kuatkan daya ingatan lebih2 lagi bila dah meningkat
umur.. kena ambik tau jugak tips untuk kuatkan daya ingatan yang mungkin
semakin lemah..
Kalau isteri tanya
suami tarikh mula2 berkenalan tapi suami lupa pun boleh jadi merajuk kan..
ingat tarikh perkenalan ok lagi, tetiba isteri tanya dia pakai baju warna apa
masa first dating, haaaaa lagi susah nak ingat.. kalau student pulak dah tentu2
perlu banyak menghafal dan mengingat apa yang diaorang belajar.. So hari ni
jom kita berkongsi tentang beberapa tips kuatkan daya ingatan..
1. Makan sayuran hijau
Kekurangan folate akan meninggikan risiko nyanyuk. Dari mana nak
dapat sumber folate ni? Sayuran hijau antara cara termudah! Makan sayuran hijau
contohnya sayur salad, bayam, asparagus, brokoli dan sayur kacang bagi
mengurangkan risiko nyanyuk.
2.
Permainan latih otak
Apa
kata kita cuba permainan latih otak seperti soduko, silang kata, dan lain-lain
sebab permainan ni sebenarnya dapat membantu menguatkan daya ingatan dan
melambatkan kita daripada penyakit nyanyuk.
3.
Berhenti merokok
Selain
membahayakan kesihatan, merokok juga menjadi penyumbang terbesar masalah cepat
lupa terutama di kalangan warga emas. Perokok mempunyai risiko tinggi
mendapat penyakit Alzheimer lebih awal daripada bukan perokok.
4. Makan
coklat hitam
Coklat
hitam yang mengandungi sebatian epicatechin yang dapat memberi kesan
peningkatan daya ingatan seseorang kerana ia membantu pembinaan salur darah.
Jadi boleh la makan coklat hitam untuk bantu kita lebih kuat ingatan.
5. Tukar
rutin harian
Sebenarnya
bila kita buat rutin harian atau tengok perkara yang sama setiap hati boleh
buatkan otak kita kurang aktif berfungsi secara maksimum sebab tak perlu fikir
banyak. Bila otak kurang aktif, tu lah punca kemerosotan daya ingatan. Cuba
kita tukar cat dinding rumah, ikut jalan berbeza bila pergi tempat kerja,
banyakkan berjalan kaki/bersenam atau ubah jadual harian supaya otak lebih
banyak berfikir.
6. Tidur
sekejap waktu siang
Tidur
sekejap waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor, sebenarnya dah lama
jadi sunnah Rasulullah SAW sejak lebih daripada 1430 tahun dahulu.
Pakar kesihatan hari ni juga sebenarnya mengakui kelebihan tidur sekejap waktu
siang dapat mempercepatkan proses yang membantu otak menguat dan menyimpan
ingatan bagi tempoh yang lebih lama.
7. Minyak Ikan
Sumber makanan yang kaya akan kandungan Omega-3 terletak pada
ikan, terutama ikan yang ada di perairan laut seperti ikan mackarel, sarden dan
ikan salmon. Omega-3 adalah asam lemak yang bertugas membantu pengangkutan
nutrisi untuk dibawa ke otak. Kalau nak cara yang mudah dapatkan minyak
ikan berkhasiat, boleh amalkan Omega Guard Shaklee.. Bagus
untuk perkembangan minda yang boleh bantu kuatkan daya ingatan.
Selamat mencuba tips2 untuk kuatkan daya ingatan ni yer.. tak
salah mencuba lagi2 kalau yang masih muda.. yang mana ada anak2 tu boleh
gunakan tips ni sebaik mungkin untuk perkembangan minda anak2 yer..
*****************************************************************************************************
great sharing
ReplyDelete