Wanita yang bertudung kerap
mengadu masalah rambut yang cepat berbau dan berminyak.. Rambut yang terlalu
lama ditutup dengan tudung lebih memerlukan penjagaan.. Walaupun pakai tudung
tak bermakna kecantikan dan kesihatan rambut perlu diabaikan yer.. still kena
usahakan agar rambut lebih wangi dan mudah diurus..
Kadang ada jugak yang rasa
dengan bershampoo jer dah cukup.. beli shampoo mahal2 tapi kadang tu masih tak
puas hati.. sebab tu kita disarankan pakai shampoo dan perapi rambut selalu..
perapi rambut ni bantu untuk rambut lebih lembut tau.. Jom cuba 5 tips agar
rambut lebih wangi dan mudah diurus.
1)
Shampoo secara teratur
Cuci rambut setiap dua hari sekali. Cara ni
sangat berguna untuk menjaga kadar minyak yang ada di kulit kepala. Kerap
mecuci rambut akan membantu mengurangkan kadar pengeluaran minyak di kulit
kepala yang mencari punca rambut gugur, berbau dan kelemumur. Rambut yang
lembab selalunya dapat mempertahankan wangi shampoo di rambut lebih lama. Gunakan
conditioner untuk memastikan wangian lebih tahan lama dan rambut mudah
diurus.
2)
Ganti sarung bantal
Sarung bantak merupakan
benda yang paling kerap bersentuhan dengan rambut. Sebaiknya, rajin mengganti
sarung bantal setiap minggu atau bila merasakan sarung bantal mula berbau,
kotor atau lembab.
3)
Cuci sikat
Sikat sering digunakan
untuk memastikan rambut lebih mudah diurus. Jadi sikat perlu sentiasa dalam
keadaan bersih sebelum dipakai terutamanya jika kita berkongsi sikat tersebut
dengan orang lain. Boleh juga cuba meletakkan perapi rambut tanpa bilas di
sikat, lalu sikat rambut seperti biasa, Pasti, rambut lebih berbau harum dan
mudah diurus!
4) Gunakan Masker Rambut
Masker rambut sangat bagus
kerana dapat membekalkan nutrisi pada akar dan hujung rambut. Gunakan
masker rambut sekurang-kurangkan sekali seminggu. Banyak masker rambut yang dah
dijual sekarang ni. Tak perlu semata ke salon rambut untuk buat rawatan masker
ni tapi buat sahaja di rumah.
5)
Perahan Jus lemon
Buah lemon adalah sejenis
buah yang memiliki bau yang wangi menyegarkan. Terbukti bila kebanyakan shampoo
yang ada di pasaran banyak gunakan lemon sebagai bahan pengharum. Perah lemon
untuk mendapatkan jus lemon dan sapu pada rambut secara menyeluruh. Biarkan
beberapa saat dan kemudian baru bilas.
Daripada 5 tips tu rasanya
tips nombor 5 tak pernah aku cuba.. nanti nak cubalah.. macam aku sekarang ni
suka pakai shampoo daripada Shaklee.. pakai ikut jadual yang
disarankan.. Alhamdulillah, kulit kepala xde masalah gatal2 dan rambut gugur
pun dah kurang..
Then sebelum tidur aku suka pakai vitamin rambut Ellips untuk
rambut lebih wangi dan mudah disikat bila bangun tidur nanti..
Selamat mencuba dan kalau
ada tips yang hebat2 lagi boleh share kat ruangan komen yer.. sharing is
loving!
Salam sayang untuk semua :)
~ Zana Adieyza ~
Satu tips yg kakak tak pernah buat selepas dah kahwin lebih 20 tahun ni Zana ialah masker rambut. Yg lain tu ada buatlah juga.
ReplyDeletewow great
ReplyDeletesejak ade anak nie xde dh cuci rambut 2 kali sehari..2 hari sekali jer..kalau dpt konsisten sehari sekali pun dh cukup bertuah..huwaaaa..
ReplyDeleteMacamana nak apply Ellips tu ye? Picitkan lepas tu sapu kat rambut ke?
ReplyDeleteYup dear... cucuk dgn jarum or gunting hujung ellips tu then picit n sapu kat rambut...
DeleteAini pun suka pakai ellips tu.. sgt lembut and wangi..hehe
ReplyDeletesikat saya tak pernah cuci.hahaha.trus beli lain je bila hilang.hehehe
ReplyDelete