Thursday, October 20, 2022

Hana Binti Abdul Hadi

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang..
10 tahun kami diuji tanpa kehadiran zuriat sendiri..
Diasak dengan persoalan zuriat tanpa henti..
Ujian ini benar-benar mengajar kami untuk lebih bersabar dan menghargai..
Syukur Alhamdulillah..
Akhirnya setelah 10 tahun menanti..
Allah izinkan juga kami merasai nikmat pinjaman rezeki berharga ini..
Saat mengetahui bahawa ada zuriat di dalam rahim ini, deraian air mata laju membasahi pipi..
Saat melihat double line terang pada UPT di satu hening pagi, semakin erat dakapan kami suami isteri..
Saat mendengar degupan jantungnya buat pertama kali, hati dan mulut melafazkan syukur tanpa henti..
Saat melihat dirinya bergerak di dalam rahim ini, terasa seperti mimpi yang menjadi realiti..
Saat merasai sentuhan manja dari dalam rahim ini, terasa hiba dan gembiranya hati..
Saat melihat suami mengusap perut ini yang membesar dari hari ke hari, terasa kuatnya kasih sayang Allah pada hamba-Nya ini..

Gambar terbaru "1 tahun 7bulan"

Syukur berkat doa daripada semua yang tidak hanti-henti mendoakan kami..
Akhirnya Allah makbulkan doa kita semua pada waktu yang tepat sekali..
Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan kami suami isteri..
Semoga Allah beri kebaikan dunia akhirat pada semuanya nanti..

Gambar kenangan mengandungkan Hana - 22 weeks

Untuk sahabat2 yang masih menanti zuriat penyeri hati, doaku sentiasa ada untukmu setiap hari..
Yakinlah Allah tidak akan menguji di luar kemampuan diri hamba-Nya yg dikasihi..
Teruskan berusaha, berdoa dan bersangka baik dengan Allah Yang Maha Pemberi..
InsyaAllah berkat kesabaran menghadapi ujian, ganjaran pahala pasti menanti..

Gambar kenangan sambutan hari lahir pertama Hana Binti Abdul Hadi

Hana Binti Abdul Hadi nama diberi...
Penghuni pertama rahim mommy yang sangat dinanti..
Hana amanah daripada Allah utk ayah & mommy jaga sebaiknya di dunia ni..

Gambar newborn Hana Binti Abdul Hadi

Syukur Ya Allah atas pinjaman berharga ini..
Semoga zuriat ini menjadikan kami lebih dekat pada-Mu setiap hari..
Bahagiakanlah keluarga kecil kami ini tanpa henti..
Izinkanlah kami utk rasa bahagia di dunia hingga ke syurga nanti..


Monday, January 1, 2018

2018.. Rindu adieyza.blogspot..


Selamat datang tahun 2018..

Azam tahun 2018? 
Semoga diri boleh menjadi lebih baik daripada tahun2 sebelumnya dan hidup sentiasa mendapat hidayah daripada Allah..

Impian tahun 2018?
Biarlah semuanya dipermudahkan Allah dengan usaha serta doa sesungguhnya dan yakin sampai masa yang sesuai Allah akan tunaikan semua impian..

Tahun 2018, umur kita bertambah lagi setahun.. Semoga amal ibadah serta kebaikan kita juga dapat bertambah.. InsyaAllah..

Monday, January 4, 2016

Selamat Datang 2016

Assalamualaikum.. Selamat datang 2016.. Semoga tahun 2016 ni akan membawa lebih banyak berita gembira buat kita semua..

5 bulan menyepi dari dunia blogging.. 5 bulan yang memerlukan diri ni lebih fokus pada diri sendiri dan keluarga.. banyak perkara yang lebih penting perlu diutamakan dalam masa 5 bulan tu.. Alhamdulillah, sekarang dah boleh mulakan semula menulis dekat blog kesayangan.. kalau tak dapat setiap hari, dapat seminggu sekali pun oklah kot.. hehehe...


Banyak nak cerita.. terutamanya pengalaman paling manis yang berlaku selama 29 tahun hidup di muka bumi Allah ni.. pengalaman manis menjadi tetamu-Nya.. terlalu manis dan rugi rasanya kalau tak disimpan dalam blog kesayangan ni.. walaupun dah sebulan berlalu, tapi rasa macam baru semalam.. masih termimpi2 berada di Masjid Nabawai dan Masjidil Haram.. masih terbayang2 suasana tawaf dan suasana di dalam Raudhah.. Allah.. rindunya.......

Ada kesempatan masa dan kesihatan, Zana akan ceritakan dekat blog ni yer.. semoga tahun 2016 ni, blog kesayangan ni akan dipenuhi dengan cerita2 menarik.. insyaAllah..

Salam sayang,
- Zana Adieyza -

Photobucket

Thursday, August 13, 2015

Happy Birthday Zana!

Syukur Alhamdulillah, 11 Ogos 2015, genap 29 tahun dipinjamkan usia oleh Allah untuk menjadi hamba-Nya di muka bumi ni.. Happy Birthday Zana!




Tahun ni dapat sambut birthday dengan kedua belah keluarga.. balik minggu lepas dan sambut 4 hari awal sebelum tarikh 11 Ogos 2015.. just buat makan2 keluarga dan jiran terdekat.. kakak sempat masak soto untuk tetamu.. ada menu rendang, lemang, nasi impit, kuih muih, manisan dan satay.. tak sempat nak bergambar sangat malam tu.. sebab masing2 fokus makan dan berborak.. dapat luangkan masa dengan keluarga tersayang.. memang tempoh masa yang sangat2 berharga.. yang penting, tetamu balik kenyang dan yang diraikan pun senang hati.. 




Sebelum makan tu potong kek dengan diapit oleh mak dan mak mertua.. memang terasa bersyukur bila dapat diapit, dipegang dan dipeluk oleh 2 wanita terpenting dalam hidup aku dan suami.. sungguh, rezeki yang betul2 Allah bagi ni sangat2 bernilai..




Terima kasih mak sebab sudi pinjamkan rahim untuk adik dan bertarung nyawa untuk memberi peluang adik melihat dunia.. terima kasih untuk setiap kasih sayang dan pengorbanan mak untuk adik selama ni.. hanya Allah yang mampu membalas setiap apa yang mak dah lakukan.. 

Terima kasih juga untuk mak mertua yang melahirkan dan membesarkan seorang anak lelaki yang sangat penyayang dan kini menjadi suami yang terbaik di mata dan di hati ni.. syukur Alhamdulillah..

Sehari lepas sambut birthday, Encik Adiey bawak mak mertua dan aku ke Kuala Pilah untuk beli hadiah.. tahun terakhir sambut birthday dengan angka "2" di hadapan, Encik Adiey pilih hadiakan sesuatu yang aku rasa semua perempuan pun suka.. bertambah teruja bila hadiah tu dipilih bersama mak mertua.. patutlah beria dia ajak balik kampung, rupanya nak mencari sesuatu dengan ditemani emak tersayang.. 




11 Ogos 2015, lepas balik kerja jumpa kawan kejap.. dapat DONUT! ayat dekat kotak tu, betul2 buat air mata mengalir laju.. dalam kereta jugak bukak kotak tu.. dalam kereta jugak menangis sebak.. TQ untuk yang ingat diri ni.. 




Lepas Maghrib Encik Adiey ajak keluar.. just makan2 berdua dekat IOI City Mall Putrajaya.. borak2 sambil makan dekat Kenny Rogers.. sambil tu berbalas komen dekat FB dengan kawan2 yang wish birthday.. lepas makan ayam KR tu boleh pulak terasa nak makan yang manis2 pulak.. so Encik Adiey keluar kejap beli coklat, siap ada teddy bear comel.. senyum bila ada hadiah comel dan teddy bear comel tu :)




TQ so much Encik Adiey untuk semuanya.. insan yang sentiasa ada bila2 masa aku perlukan.. penasihat terbaik yang sentiasa bantu aku bila aku rasa sedih, kecewa atau marah.. penenang setia ketika aku penat.. penghibur hati yang sentiasa tersenyum.. insan yang penyabar di kala hati aku tak tentu arah.. ceritalah apa sahaja dekat dia, insyaAllah nasihat yang dia bagi pasti buatkan hati ni terima.. semoga Allah dekatkan hati kami berdua hingga ke akhir hayat dan panjangkan jodoh kami hingga ke syurga..

Alhamdulillah.. syukur untuk semuanya.. semoga kehidupan selepas ni sentiasa diberkati Allah dan dilindungi Allah hendaknya.. dan semoga Allah memakbulkan semua doa2 yang aku ucap selama ni dan juga doa2 daripada orang sekeliling untuk diri ni.. 



p/s: tahun terakhir sambut birthday di umur 20-an.. tahun depan masuk 30 tahun.. bermakna semakin singkat waktu untuk bernafas di bumi Allah ni.. semoga Allah memberkati usia ni hendaknya.. 
Photobucket

Thursday, July 23, 2015

Happy 5th Wedding Anniversary ADIEYZA

Thank you for being my wonderful husband, partner, friend and lover.. I'm so proud to be your wife.. Every momemnt spent with you is like a beautiful dream come true..

HAPPY 5TH WEDDING ANNIVERSARY"


Alhamdulillah.. 5 tahun yang penuh kenangan.. terlalu banyak perkara yang kami belajar.. setiap hari adalah proses belajar memahami hati dan perasaan satu sama lain.. setiap hari belajar untuk menjadi lebih sebagai seoarang suami dan isteri.. setiap hari belajar untuk mengekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan..

Bohong kalau kata tak pernah ada selisih faham.. pasti ada.. tapi sebab selisih faham tu la yang membuatkan kami belajar untuk memahami hati pasangan.. cuma kalau boleh perselisihan faham jangan sampai seharian.. sebelum tidur, bincang dan memaafkan antara satu sama lain.. insyaAllah setiap hari baru akan dilalui tanpa ada rasa tak puas hati.. 

5 tahun berkahwin tanpa anak.. apa rasanya? Allah Yang Mengetahui.. Allah tahu kenapa masih berdua.. Allah tau apa hikmahnya.. Allah tahu bila masanya sesuai.. Allah tahu segalanya.. kita sebagai manusia hanya berusaha dan berdoa.. selebihnya, serahkan pada Yang Maha Esa.. 

Terima kasih Ya Allah untuk rezeki jodoh ni.. semoga perkahwinan yang dibina ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan jodoh berpanjangan hingga ke syurga.. 

Photobucket