Showing posts with label LoVeLyDaY aDieyZa. Show all posts
Showing posts with label LoVeLyDaY aDieyZa. Show all posts

Thursday, February 14, 2013

3 Tahun Lalu.....

3 tahun lalu, pada tarikh yang sama dengan hari ni, 14 Februari...

Bermulanya langkah baru dalam hidup aku dan Encik Adiey.. mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan setelah 9 tahun mengenali hati budi masing-masing.. 


Tarikh 14 Februari yang dipilih oleh kedua keluarga menjadi bukti restu kedua belah keluarga.. cinta yang pada asalnya hanya 'cinta monyet" kekal utuh selama 9 tahun berikutnya..

Alam pertunangan itu tersangatlah indah pada kami berdua.. tiada masa untuk bergaduh.. tiada masa untuk bertengkar.. yang ada hanyalah masa untuk mengatur majlis perkahwinan yang hanya 5 bulan dari tarikh pertunangan.. segalanya indah!!

Syukur Ya Allah kerana kini dia jodoh untuk diriku.. syukur kerana ada seorang insan yang bergelar lelaki yang sudi menerima kekurangan dan kelebihan diriku.. syukur Alhamdulillah..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket

Tuesday, January 22, 2013

Birthday Encik Adiey : Surprise, Hadiah, Pavlova!!

20 Januari 2013, genap Encik Adiey 30 tahun.. Syukur Alhamdulillah kerana di ketika tarikh bermakna tu, aku masih berada di sisi dia untuk menjaga dan menyayangi dia..

Sama macam pasangan lain, genap pukul 12malam terus nyanyi lagu Happy Birthday untuk dia.. walaupun suara x sedap, belasah jer lah! Masa tu memang kitaorang belum tido lagi sebab masing2 tengah layan drama kat tv.. lepas nyanyi, terus post e-card birthday kat FB.. buat e-card tu 10minit sebelum pukul 12 malam.. hihihi..


X kisah la orang kata e-card tu simple sangat ke apa.. janji aku buat dengan hati yang ikhlas & penuh kasih sayang.. *pergh, ayat nak sweet sokmo la kononnya kan??

Masa nak masuk tido tu, puaslah fikir nak bagi hadiah dia bila.. cadangnya nak bagi petang2 cikit.. tapi sebab aku mood over excited, so bagilah hadiah dia malam tu jugak..

Letak hadiah kat atas katil sebelum dia masuk bilik.. tak balut! tak ada kad! Giler pemalas punya isteri.. hahaha..nasib baik hadiah tu ada kotaknya.. kalau x ada kotak, letak kosong macam tu jer la kot..hehehe..


Note II.. a special birthday gift for his 30th birthday!

Encik Adiey nampak sangat teruja dengan hadiah tu.. rasa nak mengalir air mata bila berkali2 dia mengucup dahi aku sambil ucap terima kasih.. *sesungguhnya kerana sikap menghargai dialah yang membuatkan aku makin jatuh cinta dengan dia setiap hari!!!

Kenapa beli hadiah Note II? Later kita story la eh.. sebab macam panjang lagi jer entry ni.. nanti korang bosan pulak.. hehehe..

Bangun pagi tu agak sedih sebab birthday boy tu demam la pulak.. lepas solat Subuh, mandi & Encik Adiey request nak makan roti canai sardin.. selera orang demam hanyalah roti canai sardin..

Masa breakfast kat luar, Encik Adiey x perasan yang aku asyik berbalas sms dengan seseorang.. sms dengan seseorang untuk birthday surprise.. nasib masa tu dia x banyak tanya..

Balik rumah, x bagi Encik Adiey tukar baju.. dengan alasan nak ambik gambar dia dengan Note II tu.. padahal sebenarnya aku nak tunggu seseorang hantar surprise kat Encik Adiey.. orang tu dah otw nak datang rumah..


Sambil tunggu orang tu, aku buat2 suruh dia explore Note II tu sambil aku ambik gambar dia.. punyalah banyak aku ambik gambar dia masa tu! Sebab orang yg nak tolong surprisekan tu x sampai lagi..

Tetiba dengar orang bagi salam.. aku sajer suruh Encik Adiey gie bukak pintu.. aku ingatkan dia terus bukak, tapi dia gie tengok dulu kat teropong pintu!! Terus dia pandang aku yg kat belakang dia then bagitau, “baby order kek eh???”



Muka Encik Adiey masa tu ada terkejut & senyum x henti2.. serius rasa seronok tengok senyuman dia tu..


Pavlova for his 30th birthday!! Sangat2 sedap!! Entry pavlova ni kita buat entry lain eh.. macam panjang sangat kalau buat 1 entry.. hehehe..

Petang tu cadangnya nak pergi celebrate birthday dia.. tapi dia makin x sihat.. so just makan2 simple.. selera petang tu hanyalah chicken chop.. lepas makan terus balik rumah..

Nanti ada masa nak bawak jugaklah dia makan kat mana2 tempat yg dia suka sebab masa birthday dia tu memang dia demam yg agak panas just dia cuba untuk bertahan.. nasib baik esoknya masa gie klinik doctor bagi MC.. so dia boleh rest puas2 kat rumah sambil explore his new gadget.. hehehe..

Even tahun ni hanya dapat buat simple celebration, tapi still 2 surprise berjaya membuatkan dia tersenyum bahagia.. syukur di atas rasa bahagia ini Ya Allah..

Nota cinta: 
bermula kehidupan 3series buat dirinya.. tapi dia selalu kata dia maintain muda dan nampak macam sebaya dengan aku.. sangat perasan kan Encik Adiey tu!! ke memang korang rasa dia x nampak macam 30 tahun?? hihihihi..


Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket

Thursday, October 11, 2012

11 Tahun Yang Indah.. 11 Oktober Menjadi Saksi..


11 Oktober yang bermakna.. tarikh yang dinanti setiap tahun.. tarikh yang menjadi saksi perkenalan kami berdua.. dan tarikh ini juga menjadi bukti permulaan hubungan antara kami berdua..

Syukur Alhamdulillah kerana jodoh perkenalan kami berkekalan hingga ke alam perkahwinan.. syukur kerana sehingga ke saat ini, cinta antara kami berdua masih kuat di hati kami..

Siapa sangka perkenalan yang mulanya dianggap sebagai kawan bertukar menjadi serius dari hari ke hari.. tanpa disedari lahir satu perasaan yang cukup indah dalam hati kami berdua.. 

Berbulan lamanya berkenalan tanpa pernah bersua muka dan hanya telefon menjadi penghubung perkenalan kami berdua.. pertemuan pertama di rumah keluarga sendiri menjadi titik tolak kepada pertemuan seterusnya..

Pertemuan demi pertemuan diaturkan.. bibit cinta semakin mekar di hati kami berdua.. perasaan sayang yang mendalam makin dirasai dari hari ke hari.. restu keluarga dipohon bagi menjadikan hubungan kami lebih diberkati.. 

Walaupun telah sah menjadi suami isteri, namun tarikh 11 Oktober ni tetap menjadi tarikh yang bermakna di dalam diari kehidupan kami.. bukan bermakna selepas kahwin kami melupakan tarikh yang menjadi saksi perkenalan kami berdua.. tarikh ini akan tetap dikenang sehingga ke akhir hayat kami..

Terlalu banyak perbezaan antara kami berdua.. tetapi percayalah, kerana perbezaan itulah yang menjadikan kami semakin bahagia.. kerana perbezaan itulah yang membuatkan hubungan kami bertambah ceria.. 

Ya Allah, syukur di atas jodoh pertemuan ini.. kami berdua bermohon agar pertemuan dan perhubungan ini akan kekal bahagia hinga ke syurga-Mu Ya Allah.. insyaAllah....
Photobucket

Wednesday, September 19, 2012

WordLess Wednesday -Simple Photoshoot At Laman Duta, Presint Diplomatik Putrajaya


Dating sambil photoshoot!

Tarikh : 17 September 2012
Masa : 5.30 -6.00 petang
Lokasi : Laman Duta, Presint Diplomatik Putrajaya









Nota Cinta : semakin hari mengenalinya, semakin kuat perasaan cinta ini.. semakin hari bersamanya, semakin mendalam rasa kasih sayang ini.. syukur Ya Allah di atas rasa kebahagiaan ini..

Tuesday, July 24, 2012

2 Tahun Lalu - Dilayan Bak Puteri Raja!


2 tahun yang lalu.. waktu macam sekarang ni aku tengah merasa 1 debaran yang sungguh membahagiakan.. walaupun dalam hati berdebar, tapi kegembiraan jugak yang terpancar di wajah.. itulah kenyataan bergelar pengantin.. berdebar menanti waktu bersanding tapi gembira bila dilayan bak puteri raja! 

Waktu tu, aku sentiasa ingat pesan suami, 
"x kisahlah apa yang berlaku, x kiralah apa yang orang nak cakap, yang penting hari itu adalah HARI KITA.. hari untuk kita meraikan detik cinta kita.. hari untuk kita memberitahu semua bahawa kita telah sah menjadi suami isteri.."

Normal la kalau apa yang diharapkan kadang2 tak menjadi.. apa yang diidamkan tak menjadi kenyataan.. apa yang difikirkan tak berlaku.. apa yang dihajatkan tak dapat dilaksanakan.. semua ni adat dalam melaksanakan sesuatu majlis besar terutamanya majlis perkahwinan.. kita hanya merancang, Allah yang menentukan.. 

Nota Cinta: syukur Alhamdulillah kerana kami masih sentiasa merasai mood pengantin baru!

Monday, June 25, 2012

Friday, June 22, 2012

Selamat Bercuti : Cuti Cinta Adieyza


Selamat bercuti di hujung minggu semua.. luangkanlah masa yang ada bersama insan tersayang.. lakukanlah aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan kasih sayang bersama keluarga tersayang..

Blog ni mungkin akan sunyi sedikit hingga hari Isnin.. maklumlah, tuan blog nak gie bercuti dengan encik adiey hujung minggu nanti.. insyaAllah hari Isnin baru balik.. Isnin tu tuan blog cuti yer.. maka, tiada Monday Blues untuk minggu depan... yeeeaaayyyyyy!!!


Walaupun sekadar percutian 2hari 1malam, tapi diharapkan percutian ni membawa memori terindah buat kami berdua.. doakan perjalanan pergi dan balik kami berjalan lancar yer.. selamat bercuti semua!!

Photobucket

Monday, October 17, 2011

10 Years Anniversary Present

Syukur kerana hajat untuk dapat new lappy kesampaian..

Love it! ( Sony Vaio )

Cadangan awal aku, nak kongsi beli lappy ni dengan encik adiey tersayang.. kiranya nak beli lappy baru sebagai hadiah 10 tahun bersama la konon-kononnya.. so kiranya best jugak kalau kongsi2 duit untuk beli 1 hadiah bersama2 kan.. tapi x sanga pulak yang encik adiey sudi "belanja" sepenuhnya untuk lappy ni.. happy!!


Memandangkan encik adiey jarang ada masa nak beronline, so lappy ni lebih banyak digunakan oleh aku.. but xdelah aku jer yang gunakan.. derhaka namanya tu.. dah la hadiah bersama, encik adiey yang belanja lak tu, so x kan la nak guna sorang jer kan.. nampak sangat tamaknya cik puan zana nanti.. hihihi..


Dengan lappy baru ni, aku makin bersemangat nak update blog selalu.. makin bersemangat nak blogwalking.. makin bersemangat nak kongsi cerita dengan member blogger yang lain.. ceh, ayat macam poyo la pulak..


p/s: bulan ni banyak promotion untuk produk IT & Digital.. so pada sesiapa yang berhajat nak beli barangan atau aksesori IT/Digital yang baru, mungkin ni lah antara masa yang sesuai.. 



Photobucket

Tuesday, October 11, 2011

aDieyZa - 10 Tahun @ 1 Dekad Menyulam Cinta

 

Syukur Alhamdulillah.. 
 
Syukur Ya Allah di atas jodoh pertemuan ini.. 
Syukur Ya Allah di atas rahmat-Mu terhadap perhubungan ini..

Syukur Ya Allah kerana mempertemukan dirinya untuk diriku.. 
Syukur Ya Allah kerana menyatukan hati kami.. 
 
Terima kasih Ya Allah kerana memelihara perhubungan cinta antara kami berdua..
 Terima kasih Ya Allah kerana menetapkan hati kami berdua pada kasih sayang ini..

Semoga ikatan perkahwinan yang dibina mengukuhkan lagi perasaan kasih sayang antara kami berdua.. 
Semoga kasih sayang antara kami berdua tidak akan pernah pudar & berbelah bahagi..  
Semoga perhubungan ini terus mendapat keberkatan dari Mu Ya Allah..
Semoga hati kami akan tetap setiap pada perhubungan ini..

Ya Allah, panjangkanlah jodoh antara kami berdua.. kami bermohon agar kasih sayang yang kami bina ini terus kekal hingga akhir hayat kami berdua.. kami berharap agar dijauhkan daripada segala dugaan yang boleh merosakkan kebahagiaan kasih sayang antara kami berdua.. semoga ikatan kasih sayang ini akan mendapat berkat daripada Mu Ya Allah.. sesungguhnya hanya kepada Mu Ya Allah kami bermohon..

Amin, Amin, Amin Ya Rabbal A'lamin..




Photobucket

Friday, December 31, 2010

HoNeYMooN + HoNeYSTaR + HoNeYMaDu


Pernah x korang terfikir kenapa orang sebut bulan madu?? madu tu mungkinlah manis.. so lepas kahwin mestilah semuanya manis & indah2 belaka.. tu kira mcm ada logiknya jugak..

Tapi part bulan tu yg aku x berapa nak faham sgt.. bukannya kita ni lepas kahwin bercuti ke bulan kan?? ada ke yg bercuti ke bulan cik puan zana oiiii??? hihihihi..

X kisah la nak bg nama apa pun kan.. bulan madu ke, honeymoon ke (bukan sama ke maksudnya tu wahai cik puan zana oiiii), honeystar ke (bkn makanan ke tu?), hornymoon (18sx..hihihihi) atau apa jugak panggilan korang, yg penting maknanya sama.. korang panggil yg mana 1 eh??

Honeymoon ni bg aku masa utk bersama suami/isteri tersayang yg mana selalunya orang kaitkan dgn pengantin baru..

Tapi bagi aku x semestinya pengantin baru je boleh gie honeymoon ni.. semua psgn yg dah kahwin boleh jer gie honeymoon bila2 masa yg diaorg suka.. especially utk tarikh2 penting macam ulangtahun perkahwinan ke, birthday ke.. yg penting dpt luangkan masa bersama yg tersayang!!

Macam aku & encik adiey, kitaorg xde banyak cuti lepas majlis kahwin tu.. sbb nak simpan cuti utk raya pulak.. so kitaorg gie honeymoon dekat PD jer..

Kitaorg memang x de booking apa.. main terjah jer.. boleh gitu?? tapi nasib kitaorg baik, masih byk bilik kosong masa kitaorg nak check in tu.. maybe time tu bukan cuti sekolah..

Kitaorg check in kat The Legend International Water Homes.. check in hari jumaat lepas solat Jumaat..

kitaorg pilih Sky Pool Villa - Sky Living.. bilik menghadap laut..


Private pool.. i like!! hihihihi..


2 king size bed.. nape perlu 2?? senang if merajuk, pindah katil sebelah.. hihihihi...

Aktiviti petang, bersiar sekitar kawasan hotel..



Next, jalan2 kat tepi pantai.. xramai org sgt since bukan weekend..

Aktiviti wajib - tulis nama kat pantai!!

Malam lak, sambung bersiar kat kawasan hotel.. memang best.. sambil tgk org memancing.. sambil layan jiwang kat pantai.. hihihihihi..


Keesokan paginya, lepas gie bfast trs decide nak jalan2 sekitar PD utk cari souvenirs sbgai kenang2an.. then sambung bergambar kat kawasan hotel..


Kitaorg check out pukul 1 tghr.. walaupun dapat stay 1 malam jer utk honeymoon ni, tapi byk kenangan indah utk disimpan..


So dgn entry honeymoon ni, berakhirnya review majlis kahwin aku & encik adiey..

Bermakna entry ni jugak adalah entry terakhir aku utk tahun 2010.. tahun yg banyak kenangan indah utk aku ingat sampai bila2..

InsyaAllah akan menyusul entry utk tahun 2011 nanti..

Sunday, July 25, 2010

WaLiMaTuL uRuS aDieyZa



Secara rasminya pada hr ni, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengundang semua rakan2 yang mengenali diri saya, rakan2 blogger, silent reader untuk sama2 menghadiri majlis perkahwinan saya & en adiey..



Majlis nikah adalah pd 23/7/2010, hr Jumaat..


Majlis persandingan akn diadakan pd 24/7/2010 bersamaan hr Sabtu di Bandar Seri Jempol, N9..



Majlis resepsi menyambut menantu akn diadakan pd 25/7/2010 bersamaan hr Ahad di Felda Pasoh 2 ,N9..




Kepada yang sudi attend majlis perkahwinan kami nanti, boleh tinggalkan alamat utk invitation card.. pada sesiapa yg mmg suka simpan kad kahwin teman2 pun bolehlah tinggalkan alamat sbgai tnda kenang-kenangan..

Boleh tinggalkan alamat kat entry ni atau e-mail ke adieyza_1110@yahoo.com..

Semoga dengan kehadiran teman2 semua akan memeriahkan lg majlis perkahwinan kami..

Kami berharap agar teman2 dpt mendoakan agar perjalanan majlis berjalan lancar & semoga ikatan perkahwinan yang bakal kami bina ini kekal bahagia hingga akhir hayat hendaknya..

Friday, July 16, 2010

Bachelorette Date


Semalam ambik kesempatan utk date dgn bakal pengapit.. just kuar berdua.. plan nak kuar ni pun dr bakal pengapit..

Date hari Khamis mlm Jumaat dh mcm ladies night lak ye.. hehehe.. tp kitaorg xbuat bnda yg xbaik ye.. just kuar mkn, jln2 n ambik gmbr jer..

Mula2 Balqish bwk aku gie Sunway Pyramid.. sampai sana xtau lak nak mkn katner.. but Balqish bgtau nak gie tmpt yg boleh aku ingat sampai bila2..

Then aku nmpk info ttg Full House Restaurant!! wah, mula teruja ye.. sbbnya aku x pernah gie.. plus, ptg smlm aku siap comment kat fb member aku bincang ttg Full House ni.. hahaha.. (korang yg dh biasa gie jgn gelakkan aku ye..hehehe)

Punyalah aku excited tgk deco kat Full House tu sampai aku nak order pun ambik masa yg lama.. leka sgt tgk deco kat situ.. deco off white mmg terbaik!!!

Sambil mkn pun muka senyum jer.. thanks Balqish sbb sudi layan karenah aku.. hehe..




Pic byk upload kat fb jer.. nak letak dlm blog semua takut org muak lak.. hehehe..

Then gie Jusco.. Balqish belikan "sesuatu" utk aku.. Balqish buat aku rasa "malu" lak.. apapun, aku suka dgn "sesuatu" tu.. hehehe

Balik Jusco, kitaorg trs gerak gie i-City Shah Alam.. sampai sana posing xhenti ye.. gelak sana, gelak sini.. mmg happy..




Sampai rumah pkl 1.15pagi.. cuci muka semua then tido pkl 1.30.. penat but aku happy!!

Lepas ni dah xboleh kuar sesuka hati mcm ni.. nak kena tanya cik adiey dulu if nak kuar kan.. so, mmg mlm td ambik peluang habis2an la.. hehehe..

Rasa mcm xcaye lg 7 hari aku akan bertukar status dr Cik Zana kpd Puan Zana.. tp dalam hati berbunga2 riang ye..

Bersyukur kerana diberi peluang utk merasai kebahagiaan ni..

-aDieyZa-