Showing posts with label Cuti Cinta - Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Cuti Cinta - Cameron Highlands. Show all posts
Tuesday, April 17, 2012
Strawberry Kering Cameron Highlands!
Thursday, August 4, 2011
aDieyZa Anniversary - Cameron Highlands Final Part
Petang hari ke 2 di Cameron Highlands diteruskan dengan melawat ke EQ Strawberry Farm.. petang2 dapat makan aiskrim & strawberry coklat adalah TERBAIK!!! ooooppppsssss, jangan fikir lebih2, tengah puasa ni kan.. huhuhu..
Tapi kan, kalau bercuti kat CH ni, memang makan strawberry setiap masa pun x jemu tau.. rasa macam strawberry tu dah jadi makanan ruji pulak kat sana.. hihihihi..
feel makan strawberry kat atas CH sana adalah lebih DASYAT daripada feel makan strawberry kat bawah sini.. nape eh? ke aku jer yang rasa macam tu??
Lepas dah puas menikmati strawberry coklat kat EQ Strawberry Farm, kitaorang terus ke Kea Farm.. masa ni, memang rambang mata.. harga barangan kat sini jauh lebih murah dari tempat2 lain.. harga teh jauh lebih murah dari Valley Teh yang aku beli hari tu.. then boleh tawar menawar lak tu..
Fridge magnet kat sini jauh lebih murah.. so kalau nak beli FM denagn kuantiti yang banyak, sila beli di Kea Farm ok.. harga strawberry, jagung & sayur pun murah sesangat.. sambil beli2 barang tu, sambil makan jagung rebus & jus strawberry.. perrrggghhhhh, memang nikmat!!!
Lepas dah puas membeli kat Kea Farm, kitaorang pergi Cactus Point pulak..
Dekat sini kita boleh beli barangan untuk gardening dengan murah.. pasu murah, baja bunga murah, pagar taman bunga murah.. so siapa yang suka gardening tu, boleh la beli pasu kat Cactus Point ni..
Tapi pelik juga nape harga kaktus kat situ x murah.. ye lah, nama pun Cactus Point tapi nape harga kaktus x murah berbanding tempat lain.. patutnya lagi murah la kan..
Lepas puas main cucuk2 jari dengan pokok kaktus, kitaorang terus ke Multicrops Central Market.. dekat sini memang banyak kedai yang jual cenderahati.. tapi harga agak mahal sebab barangan kat situ pun banyak yang ekslusif cikit.. tapi kalau nak beli jambangan bunga segar, rasanya sesuai beli kat sini sebab harganya murah.. 3 jambangan yg besar2 baru RM10.. kalau kat bawah ni, agaknya lebih RM50..
Sebelah Multicrops Central Market ni, ada Uncel Sam Farm.. kitaorang x cadang langsung nak masuk farm tu.. cuma nak gie survey2 cenderahati kat luar farm tu.. sekali, jumpa sesuatu yang kitaorang suka!!! gambar kenangan di CH!!
Kitaorang suami isteri, memang dari dulu suka sangat bergambar dengan sesuatu yang boleh menunjukkan kitaorang pernah pergi tempat tu.. suka sangat!!
Tapi selalu tension sebab gambar tu cuma dapat hard copy jer.. gambar kat atas ni aku ambik guna phone jer.. x sempat nak scan lagi.. tp xpelah, yang penting kitaorang tetap suka!!
Tapi selalu tension sebab gambar tu cuma dapat hard copy jer.. gambar kat atas ni aku ambik guna phone jer.. x sempat nak scan lagi.. tp xpelah, yang penting kitaorang tetap suka!!
Lepas dah penat berjalan, kitaorang singgah minum petang dekat Snack Corner CH..
Makanan kat situ memang sedap.. harga makanan pun ok.. ada wifi jugak.. so sesuai la untuk lepak2 setelah penat berjalan..
Hari terakhir di CH x banyak aktiviti berjalan.. cuma banyak aktiviti membeli sajer.. masa ni memang borong strawberry, sayur, jagung, buah-buahan, cenderahati & segala macam coklat strawberry.. 3 kali ulang alik kereta sebab tangan dah penuh dengan barang.. seronok!!
Thanks pada semua yang sudi baca entry cuti2 di CH ni.. aku hargai sangat2.. entry ni sekadar untuk berkongsi kegembiraan aku dengan korang semua.. juga mungkin boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang bercadang nak bercuti di CH.. banyak lagi tempat yang menarik kat sana yang aku x sempat pergi.. so kalau ada yang nak pergi bercuti kat CH tu, belilah map CH yer.. korang akan nampak macam2 tempat menarik yang ada kat CH..
Sememangnya percutian selama 3 hari 2 malam di CH adalah TERBAIK!!!! memang percutian yang HEBAT!! betul2 x rugi pergi bercuti kat sana.. semuanya INDAH!!! bertambah BAHAGIA bila dapat bercuti dengan insan tersayang.. syukur di atas nikmat dari Mu Ya Allah.. Alhamdulillah..
P/S: entry wedding anniversary belum habis.. ada lagi entry untuk umumkan pemenang aDieyZa Wedding Anniversary GiveAway.. tunggu yer...
Wednesday, August 3, 2011
Anniversary aDieyZa - Cameron Highlands Part 3
Hari ke 2 di Cameron Highlands sungguh mengujakan + menggembirakan + menarik + memenatkan.. pakej lengkap betul.. serius seronok!! rasanya macam nak repeat balik jer hari ke 2 tu.. huhuhu..
Masuk jer Rose Valley ni, memang bau ros yang sangat kuat... peerrggghhh, memang layannnnnn...
Aku memang serius teruja masuk Rose Valley ni.. banyak bunga cantik2!! kitaorang habiskan masa yang agak lama dekat Rose Valley ni.. memang puas hati!
First kitaorang pergi Rose Valley.. perjalanan selama 10 minit dari Rumah Peranginan kitaorang.. sampai Rose Valley hati mula berbunga2.. untuk info, nak masuk Rose Valley ni kena bayar RM4 seorang yer..
Masuk jer Rose Valley ni, memang bau ros yang sangat kuat... peerrggghhh, memang layannnnnn...
Aku memang serius teruja masuk Rose Valley ni.. banyak bunga cantik2!! kitaorang habiskan masa yang agak lama dekat Rose Valley ni.. memang puas hati!
Keluar jer Rose Valley, nampak banyak kedai cenderahati.. kat luar Rose Valley ada 1 kedai yang jual ubi rebus.. serius sedapppppp... sampai sekarang teringat2.. memang mantap!!! kalau ada yang tercari2 cenderahati yang murah, kat sini banyak jer.. cuma korang kena rajin survey dulu sebab sebelah2 kedai pun dapat harga yang jauh berbeza2 tau..
Memang best shopping kat situ sebab bila beli di awal pagi, peniaga akan bagi banyak discount!!! x jauh dari Rose Valley tu, ada Cameron Tringkap Bee Farm.. tapi tengok dari luar jer, x masuk pun..
Memang best shopping kat situ sebab bila beli di awal pagi, peniaga akan bagi banyak discount!!! x jauh dari Rose Valley tu, ada Cameron Tringkap Bee Farm.. tapi tengok dari luar jer, x masuk pun..
Lepas tu pengembaraan di teruskan ke Butterfly Garden.. tapi x masuk.. just beli cenderahati jer kat situ..
Sebelah Butterfly Garden, ada Butterfly Farm.. kitaorang masuk Butterfly Farm ni sebab nampak ramai pemandu pelancong bawak pelancong masuk situ berbanding Butterly Garden.. so kitaorang buat andaian yang Butterfly Farm lagi best dari Butterfly Garden.. boleh gitu???
Nak masuk Butterfly Farm ni bayar RM5 seorang yer.. dalam Butterfly Farm ni bukan sekadar boleh tengok rama-rama jer, ada jugak serangga & reptilia..
Lama gak kat dalam farm ni sebab susah nak dapat bergambar dengan rama-rama kat situ.. rama-rama memang banyak tapi nak dapat bergambar punyalah susah..
Lama gak kat dalam farm ni sebab susah nak dapat bergambar dengan rama-rama kat situ.. rama-rama memang banyak tapi nak dapat bergambar punyalah susah..
Lepas dah puas berlari2 menangkap rama-rama, kitaorang terus ke Frangrance Nursery.. masuk kat sini pun best sebab banyak bunga yang cantik2.. luas gak nursery ni sampaikan aku & encik adiey larat jalan2 separuh nursery jer.. huhuhu..
Kat nursery ni, encik adiey ngada2 beli pokok strawberry.. aku ikutkan jer.. x taulah boleh hidup berapa lama.. huhuhu.. maklum sajer lah, si isteri memang x mahir bab2 jaga pokok ni..
Tapi ni dah dekat seminggu pokok tu kat rumah, nampaknya pokok tu makin membesar dengan jayanya.. setiap hari encik adiey siram.. ada 12 biji buah stawberry yang bakal mengeluarkan hasilnya.. dapat makan 12 biji buah strawberry ni pun dah cukup la, balik jugak la modal.. hihihihihi.. nanti aku tunjukkan gambar terbaru pokok strawberry tu yer..
P/S: bersambung lagi sebab ada meeting.. lepas ni mungkin aku kasi pulun habis terus la entry kat CH ni yer.. cian pulak korang nak baca entry CH hari2.. aku try la habiskan secepat mungkin yer.. banyak sangat entry lain yang tertangguh ni..
Tuesday, August 2, 2011
Anniversary aDieyZa - Cameron Highlands Part 2
Masa hari pertama pergi Cameron Highlands (CH) last week, cuaca kat sana x berapa sejuk.. sebab tu nampak gambar cik puan zana tu dengan selamba jer pakai baju short sleeve.. baju sejuk bawak, tapi x pakai pun.. berlagak betul!!
Lepas dapat makan aiskrim strawberry, terus pergi ke MARDI.. masuk MARDI ni kena bayar sorang RM3.. masuk je dalam MARDI, hati makin berbunga2!! sana sini bunga.. cantik2 lak tu.. geram jer tengok semua bunga tu.. memang siapa yang pernah masuk MARDI ni taulah betapa bestnya dapat pergi ke MARDI CH..
Dekat MARDI, encik adiey dah mula rambang mata.. kalau boleh semua bunga dia nak beli.. aku ni bukanlah rajin sangat nak tanam2 bunga ni, suka tengok jer.. hihihihi.. aku ikut perangai mak kot.. kalau ikut perangai abah, habis semua bunga kat MARDI ni aku nak beli.. kitaorang siap telefon abah untuk dapatkan nasihat sebelum beli bunga kat MARDI.. nak beli bunga pun kena dapatkan nasihat?? apakah?? nampak sangat si isteri x pandai bab bunga.. hahahahaha..
Kalau korang pergi MARDI, boleh la beli kaktus & bunga kat situ.. sebab kebanyakannya segar & gebu2 gitu.. lagipun dekat MARDI, memang bunga2 tu diaorang jaga betul2 setiap hari.. harga bunga kat situ pun ok & sesuai dengan kualitinya..
Suka sangat gambar kat bawah ni.. susah nak capture sebab tulisan tu bergerak2.. kitaorang suami isteri sedaya upaya nak bergambar dengan tarikh tu.. hihihi.. tapi bila tengok gambar aku & encik adiey, berbeza kan suhu tu.. aku dapat bergambar dengan suhu yang lebih sejukkkkkkk.. tetiba encik adiey jeles.. hihihihi..
Lepas gie MARDI, kitaorang terus ke Cameron Valley, Bharat Plantation.. pergi situ semata2 nak bergambar dengan pokok teh.. masa ni memang ramai sangat pengunjung kat situ..
Waktu ni dah mula rasa sejuk sebab baru lepas hujan.. memang nyaman betul la rasanya dekat situ.. pemandangan yang menghijau, sungguh menenangkan..
Tapi manalah boleh tahan dengan bergambar jer kan.. mesti rembat jugak produk2 teh dekat Bharat Tea House tu.. dekat Bharat Tea House ni harga teh agak mahal yer.. so kalau rasa nak beli banyak2 teh, better pergi beli dekat Kea Farm (next review).. tapi memandangkan masa ni belum tau yang dekat Kea Farm tu murah, kitaorang beli jer teh strawberry kat situ..
Pekerja kat situ bagitau, kalau korang nak beli teh strawberry guna online pun boleh.. masuk jer website Cameron Valley Tea, then boleh la beli online.. mudah kan? Kalau ada yang mengidam nak minum teh strawberry, x boleh dah buat alasan nak ke CH semata2 nak minum teh strawberry sebab boleh beli online.. huhuhu..
P/S: bersambung lagi sebab ada keje urgent nak kena keluarkan la pulak.. bulan ni agak bz la.. so memang entry2 terpaksa sambung2..
Subscribe to:
Posts (Atom)

















