Showing posts with label aDieyZa JR. Show all posts
Showing posts with label aDieyZa JR. Show all posts

Monday, May 11, 2015

Bertabahlah Wahai Hati :)

Lama menyepi.. 


Di saat ramai yg menerima ucapan "Selamat Hari Ibu" semalam, hati berdoa semoga diri ini juga menerima ucapan yg sama bila tiba masa yg diizinkan Allah..

Melihat dan mendengar kebahagiaan mereka yg memilikinya.. Menumpang gembira di saat semua tersenyum gembira dengan pinjaman Allah yg amat berharga.. 

Mencari kekuatan hati setiap hari.. Memupuk jiwa redha setiap hari.. Mendidik hati setiap hari agar yakin ada hikmah di sebalik apa yg terjadi..

Setiap wanita mengimpikannya.. Setiap suami dan isteri menantikannya.. 

Tapi, Allah Maha Pemberi Rezeki.. Yakinlah, pasti ada hikmah yang tersembunyi.. Bila tiba masa yg sesuai, Insya-Allah dapat merasai nikmat rezeki pinjaman Allah itu.. Jika bukan di dunia, di akhirat kelak.. 

Allah sebaik-baik perancang.

*********************************************************************************

Antara salah 1 penyebab terbesar kenapa lama menyepi dari dunia blogging.. InsyaAllah, kembali semula dengan semangat baru dan kekuatan baru.. Semoga Allah permudahkan segalanya..

Salam rindu untuk semua teman2 blogger :)

Photobucket

Tuesday, August 26, 2014

Menanti Zuriat Sekian Lamanya

Siapa yang tak mengharapkan anak selepas berkahwin kan.. namun, semuanya rezeki daripada Allah.. menati zuriat setelah sekian lama berkahwin adalah "hadiah" daripada Allah.. "hadiah" yang mengajar pasangan untuk lebih bersabar & mengukuhkan lagi hubungan mesra antara pasangan..

Mengenal seseorang yang lagi lama menanti untuk dikurniakan zuriat membuatkan hati aku makin kuat.. Kakak Ummi yang aku kenal melalui Encik Adiey sangat kuat!  hampir 10 tahun masih menunggu dan akhirnya dikurniakan seorang anak lelaki setelah bertahun lamanya menanti..

Namun anak lelaki sulung tersebut dijemput menghadap Ilahi beberapa hari selepas dilahirkan.. Allahuakbar... "hadiah" sekali lagi untuk pasangan ini.. "hadiah" yang menuntut seluruh jiwa raga kuat dan sabar.. "hadiah" yang perlu diterima walaupun terlalu perit untuk diingat.. Allahuakbar..

Allah Maha Mengetahui.. Allah sebaik-baik perancang.. beberapa bulan selepas "hadiah" yang agak perit diterima, hadir semula "hadiah" baru untuk mereka suami isteri.. rezeki daripada Allah, Kakak Ummi dan suami dikurniakan seorang lagi zuriat setahun selepas tu.. kali ni, anak perempuan.. Allahuakbar... indah sungguh percaturan-Nya..


"Hadiah" selepas lama menanti, terlalu bermakna.. terlalu menyentuh hati.. semuanya itu adalah kehendak, ketentuan dan rezeki daripada Yang Maha Esa.. siapalah kita untuk menidakkan kebenaran tersebut.. menanti lama, menuntut kesabaran yang cukup tinggi namun akhirnya manis juga yang menanti.. Allahuakbar.. indahnya perancangan Mu Ya Allah.. 


Kakak Ummi ialah antara orang yang rajin mengirimkan doa dan kata2 nasihat di saat aku dihimpit seribu satu rasa dengan "hadiah" daripada Allah ini.. "hadiah" yang menuntut kesabaran ni kadang2 buatkan aku jadi kuat dan adakalanya jadikan aku lemah.. maafkan hamba-Mu ini Ya Allah kerana kadang kala lupa bahawa "hadiah" itu adalah tanda kasih sayang daripada-Mu.. 

Kakak Ummi selalu pesan, "semuanya adalah pinjaman Allah.. semua yang kita ada bukanlah milik kita.. satu hari kelak, anak yang kita ada boleh pergi meninggalkan kita.. satu hari suami yang kita sayang boleh meninggalkan kita sendirian.. jadi, kenapa kita perlu perlu rasa untuk "memiliki" sedangkan semuanya milik Allah.. siapalah kita untuk menolak ujian dan dugaan daripada Allah? bukan ke kita hidup untuk diuji? bukan ke kita diuji tanda Allah masih sayangkan kita?"

Allah.. Allah.. Allah.. terkadang aku lupa bahawa ujian ini adalah tanda kasih sayang Mu Ya Allah.. terkadang aku lupa bahawa ujian ini menjadikan aku semakin ada banyak ruang waktu untuk mendekatkan diri kepada Mu Ya Allah.. 

Maafkan aku Ya Allah.. 

Photobucket

Wednesday, May 28, 2014

Pinky Girl Zana Adieyza


Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. 


Pepatah yang rasa sangatlah sesuai untuk menerangkan gambar kat atas.. kalau siapa yang rapat dengan aku, mesti tau yang aku memang peminat tegar warna pink.. jadi, bila ada anak dara haruslah jebakkan diri diaorang minat warna pink..


Intan daripada kecik aku memang suka hasut kakak aku belikan dia barang2 warna pink.. yer la, masa tu aku x kerja lagi so tak dapat nak belikan dia apa2 kan.. so suruh mama dialah beli.. hehehe.. bila dah kerja, belikan dia handphone pink, baju pink, handbag pink, cincin pink dan macam2 lagi semuanya warna pink.. nasib baik sampai ke besar dia still minat pink.. takut "derhaka" dengan acu la tu tetiba nak suka warna lain kan? hahahha..


Alya pulak dari kecik memang aku banyak belikan dia barang warna pink.. dari baju, teddy bear dan apa2 mainan semuanya konsep warna pink! nasib dia pun suka jer.. hehehe.. dan insyaAllah selagi aku mampu, cuba untuk belikan dia barang keperluan lain setiap bulan.. dah anggap macam anak sendiri dah.. harap2 sampai besarlah Alya suka warna pink yer sayang..


Even ada yang kata pink tu hanya untuk budak2, aku tak rasa kita boleh buat kesimpulan macam tu jer.. sebab pink buatkan kita nampak lebih feminin.. secara automatik, aura awet muda tu akan ada sedikit sebanyak mempengaruhi jugak.. feeling2 muda even hakikatnya umur dah nak masuk 30 tahun.. hihihihi..

Tak kisah orang nak kata perasan muda ke apa.. asalkan kita suka warna tu teruskan jer.. selagi kita selesa dengan apa yang kita suka, teruskan.. asalkan kita jangan jadi mangsa fashion sudahlah.. biarlah pakai sesuatu yang selesa & ikut kemampuan.. tak gitu?

Pink memang buatkan aku rasa lebih "muda" drpd usia.. :)
Photobucket

Wednesday, January 22, 2014

Baju Kurung Sedondon Ibu & Anak

Seronok sangat bila dapat pakai baju kurung yang sedondon dengan dress anak dara kita.. yang bertambah best bila anak dara tu dah makin bijak bergaya depan kamera.. konsep baju kurung sedondon ibu & anak kali ni adalah warna pink.. tak dapat pakai baju sedondon dengan anak kandung, sedondon dengan anak buah pun dah cukup best!

Baju Kurung Sedondon Ibu & Anak

Alya, walaupun kamu hanya anak buah Acu tapi jauh di sudut hati Acu & Pak Cu, kami beruda dah anggap kamu macam anak kami sendiri.. sama jugak macam anak2 buah yang lain, semuanya ada tempat istimewa di hati kami berdua.. kamu semualah penyeri hidup kami.. ;)

Baju Kurung Sedondon Ibu & Anak
Anak dara ni dah makin manja dari hari ke hari.. kalau tak kuat hati ni, memang tak balik Putrajaya aku ni.. sebabnya time kita nak balik la dia lagi nak manja2 mengada dengan kita.. siap peluk2 dan cium2 manja.. geram sangat tau.. bila pakai baju kurung sedondon ni, makinlah dia buat manja dengan kita.. suka betul bila dia tengok kita pakai baju yang sama dengan dia..

Baju Kurung Sedondon Ibu & Anak

Siapa yang berminat nak tempah baju kurung & dress yang sedondon macam ni, boleh contact zana kat FB yer (Zana Adieyza).. yang pasti harga sangat2lah berpatutan sebab akak zana memang ambik tempahan menjahit baju kat kampung.. so harga memang jauh lebih murah daripada harga tempah kat bandar.. kalau nak whatsapp pun boleh, 013-6065246..

Nota cinta : kalau nak tempah dengan harga yang murah, sila bagitau korang follow blog adieyza ni yer.. pasti ada harga diskaun!

*Kalau ada yang nek mencari vitamin untuk kesihatan, kecergasan dan kecerdasan anak-anak, jangan lupa click kat bawah ni yer.. vitamin ni dapat membantu kanak-kanak untuk lebih ceria, sihat & membantu perkembangan pembelajaran diaorang.. kalau berminat boleh terus buat pembelian.. barang dihantar terus ke pintu rumah anda.. call/sms/whatsapp Zana (013-6065246) untuk pertanyaan lanjut.. ;)

SET KESIHATAN, KECERDASAN & KECERGASAN KANAK-KANAK 

Salam sayang untuk semua!

 ❤ Zana Adieyza 
"A Miracle is Another Word for Effort"

Photobucket

Wednesday, September 11, 2013

WordLess Wednesday : Impian Kami Suami Isteri


Seringkali kami berdua membayangkan mempunyai sebuah keluarga yg lengkap dan bahagia.. seorang isteri bergelar ibu, seorang suami bergelar ayah & seorang permata hati bergelar anak.. 

Semoga Allah memberikan yg terbaik utk kehidupan aku & suami.. andai tersurat "permata hati" itu bukan milik kami di dunia ini, kami redha di atas setiap apa yg Allah rancangkan.. kerana Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba-Nya..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Friday, February 15, 2013

Tiada Anak - Kami Berhati Walang

Pagi ni awal pagi dah meleleh air mata.. sedih! 

Baca 1 blog kawan TTC.. tajuk "KAMI BERHATI WALANG"...

Baca dengan linangan air mata.. aku faham perasaan kawan yang terlalu mengharapkan kehadiran anak dalam kehidupan suami isteri.. aku faham sangat betapa sedihnya hati seseorang yang terlalu mendambakan untuk bergelar ibu & ayah.. aku faham sangat2.. terlalu faham.. mungkin sebab tu lah aku menangis sepanjang membaca entry tu.. 

Antara kata-kata yang buatkan hati aku cukup tersentuh,


"Terkadang kami rasa semangat kami hilang bila melihat seorang demi seorang rakan yang turut sama naik pelamin telah mula menambah anak. Yang kawen setahun selepas pun anak dah pandai membaca ABC. 
Terasa sungguh kekurangan diri ini. Hati yang walang bertambah walang. Tapi.. ingat.. kami adalah yang terpilih. Mereka tak merasa begini, sebab ini bukan 'nikmat' Allah berikan pada mereka. Sabar. Pasti ada hikmahnya."

"Tersentuh rasa hati bila ada yang mengatakan 'ini mesti orang yang takde anak yang cakap ni' tatkala ada isu yang membuat hati ibu sensitif. Kami yang berhati walang ini dijadikan mangsa. Adakah orang yg ada anak semuanya berhati mulia, tak pernah menuturkan sesuatu yang luar jangkaan. Yer, kami memang tiada anak, tapi kami bukan tiada perasaan belas. Perasaan ihsan. Perasaan kasih. Mana mungkin kami tega, senang lenang melihat anak-anak yang sakit, yang menderita."

"Kiranya ditafsirkan bahasa lain bilamana ada yang berkata 'dah ada anak, tak sempat nak membaca novel' seolah menyesal ada anak dan tidak dapat membaca novel? Orang lain ada yang beranak pinak, sempat saja baca. Itu yang terkadang aku tafsirkan, ada sesuatu yang ingin diperbandingkan. Tak boleh nak buat sesuatu hanya kerana ada anak."

"Mungkin, ada yang terasa hati dengan penulisan kali ini. Ada yang mencemuh. Mencebik. Mengatakan aku ni terlalu sensitif. Sentap. Tapi, sebenarnya persekitaran ini lah yang membuatkan kami berhati walang ini makin sensitif. Tiada anak diandaikan seolah satu kekurangan, musibah yang amat dasyat. Seolah olah menjadi golongan yang cacat. "

"Kami mohon juga, terkadang jangan lah terlalu membandingkan anugerah yang kami masih belum berpeluang itu dengan segala apa yg ada  di dunia ini. Kami tahu, ianya tak ternilai. Memang tak ternilai. Jadi, kami mohon, usah dibandingkan lagi. Sememangnya ianya tak sama dengan keseronokan membaca novel, keseronokan pergi bercuti, keseronokan menonton wayang dan segala keseronokan yang ada dimuka bumi ini. Aku yang berhati walang ini bersungguh memohon."

"Sememangnya, kami berhati walang kerana masih belum belum diberikan peluang menjadi ibu dan ayah. Tapi kami tahu, kami antara yang terpilih. Kami kuat untuk menghadapi dugaan yang diberikan ini."


Kami bukanlah mohon untuk dijaga hati kami setiap masa.. kami bukan minta semua menjaga tutur kata dengan kami setiap masa.. tapi cukuplah sekadar memahami bahawa setiap yang berlaku itu adalah ketentuan daripada Allah.. siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah? siapalah kita untuk bertanyakan bila rezeki anak itu akan dimiliki? siapalah kita untuk menolak ujian daripada Allah?

Sesungguhnya, saya berhati walang... 

Photobucket

Thursday, January 31, 2013

Isu "Aku Ada, Korang Tak Ada".. Kahwin, Zuriat & Tambah Anak

Apa perasan anda bila orang bertanya soalan yang anda tidak tahu apa jawapannya di khalayak ramai dan dihadapan orang lain yang anda tidak kenali?

Apa perasaan anda bila orang bertanya soalan yang anda sendiri tertanya-tertanya soalan tersebut di dalam hati anda?

Maaf, entry ni bukan bermaksud untuk menceritakan segala masalah yang ada di sekeliling aku.. bukan bermaksud untuk menyalahkan orang lain.. bukan bermaksud untuk meraih simpati.. buat apa aku nak meraih simpati sedangkan aku  bukannya x punya apa2 dalam dunia ini.. aku masih ada suami, masih ada keluarga, masih ada anak-anak buah, masih ada saudara mara & masih ada kawan2 di sekeliling aku.. cumanya aku belum ada anak!!


"Kesian aku tengok korang ni.. dah lama kahwin belum ada anak.."
"Kesian aku tengok korang ni.. macam sunyi jer hidup sebab belum ada anak.."
"Kesian aku tengok korang ni.. asyik dukung anak orang sebab belum ada anak.."

Aku x pasti sama ada itu simpati atau memerli! 

Tak salah untuk korang bertanya.. kami golongan yang menanti zuriat ni bukanlah marah atau over sensitif dengan soalan2 korang.. tapi, beragak la jugak yer.. bertanya mengikut situasi dan tempat..

Ko tengah shopping kot.. mula2 tanya pasal orang lain.. tiba2, ko tanya bila aku nak ada anak?? soalan tu ok jer.. tapi ko tanya tu kat tempat orang tengah bersesak membeli then ada pulak orang yang aku x kenal pandang serong kat aku dengan soalan ko.. plus tambah malu bila siap bagi tips bersama di khalayak ramai.. ko tau x aku rasa malu giler dengan pandangan orang lain kat aku time ko bagi soalan tu!! plz jaga jugak aib orang lain kalau kita nak orang lain jaga aib kita..

Aku bukan sajer-sajer nak kecoh benda ni dalam blog.. tapi aku cuma harap agar ada kesederan dalam diri aku dan orang lain tentang isu "nak bertanya sesuatu biarlah pada tempatnya"..

Janganlah ko tanya bila orang tu nak kahwin di hadapan orang ramai.. 
Janganlah ko tanya bila orang tu nak tambah anak lagi di hadapan kawan-kawannya.. 
Janganlah ko tanya bila orang tu nak ada anak di kawasan khalayak ramai.. 

Kalau betul korang prihatin, tanyalah orang tu secara personal (thru phone, sms, emel, whatsapp or private message).. korang akan dilihat seperti kanak-kanak yang hanya inginkan perhatian bila soalan2 peribadi diajukan di hadapan orang ramai.. 


Maaf kalau entry ni membuatkan ada pihak yang terasa.. aku cuma berharap agar aku lebih berhati2 dengan soalan2 yang aku rasakan perlu ditanya atau tidak... aku cuma berharap agar aku lebih berhati2 dengan perasaan orang lain..

Dalam masa yg sama, aku nak jadikan blog ni sebagai medium untuk orang lain berfikir jugak tentang isu ni.. bukan fikir untuk golongan yang menanti zuriat ni jer.. tapi fikir tentang orang lain yang x suka soalan2 peribadi dan panas di tanya tidak kena pada tempatnya.. 

Jangan jadikan isu "aku ada, ko x ada" ni sampai membuatkan orang lain menjauhkan diri daripada kita.. jadikan kelebihan kita sebagai sumber kekuatan dan bukannya sebagai alat melemahkan orang lain!!

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~aDieyZa~
Photobucket

Friday, December 14, 2012

Semanis Kurma: Anak Adalah Rezeki & Impian Bergelar Ibu & Ayah

Semalam rancangan Semanis Kurma bincang tentang topik "Wanita Tanpa Rahim".. so kat bawah ni serba ringkas tentang isu perbincangan topik tu..  

Topik ni sebenarnya berkisar tentang isu ZURIAT.. setiap wanita pasti mendambakan gelaran seorang IBU! wanita mana yang sanggup bertemankan air mata setiap kali melihat wanita lain bercerita tentang soal anak2.. wanita mana yang tidak kecewa bila tidak mampu memberikan zuriat kepada lelaki yang dicintainya..

Isteri mana yang sanggup membiarkan suami sekadar mampu melihat lelaki lain ada zuriat sendiri.. isteri mana yang sanggup membiarkan suami terus mengimpikan gelaran seorang AYAH!


Tapi, semuanya itu adalah UJIAN ALLAH! siapalah kita untuk menolak setiap ujian daripada-Nya.. tapi, ingatlah bahawa "ALLAH MENGUJI MENGIKUT KEMAMPUAN KITA" dan percayalah bahawa "ALLAH BERI APA YANG KITA PERLU DAN BUKAN APA YANG KITA INGINKAN"..

Antara tips yang hebat untuk dicuba adalah amalan 4S iaitu:

SABAR - sabar dengan setiap apa yang telah ditentukan.. sabar dengan segala kata2 daripada orang sekeliling.. sabar dengan semua yang berlaku..

SYUKUR - bersyukur walaupun kita belum memiliki zuriat, tapi kita masih bernyawa di muka bumi Allah ini untuk kita terus beribadat kepada-Nya.. bersyukur kerana kita masih ada suami yang sentiasa bersama kita di kala senang & susah..

SANGKA BAIK - sentiasa bersangka baik dengan Allah.. yakin bahawa Allah merancang yang terbaik untuk kita.. percaya bahawa perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.. 

SENYUM - sentiasa hulurkan senyuman walaupun kita diuji dengan pelbagai ujian.. jangan stress sebab stress boleh membuatkan hormon kita menjadi tidak stabil.. elakkan stress dan dekatkan diri dengan segala bentuk kegembiraan..


Antara amalan yang boleh suami isteri lakukan adalah:

- Suami meletakkan tangan kanan pada ubun2 isteri sambil berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki untuk memperoleh zuriat..

- Berdoa sebelum bersama dan menjaga adab ketika bersama..

- Jangan cepat putus asa dan mengalah.. teruskan berusaha untuk mendapatkan apa yang kita hajatkan..

- Jika ditakdirkan memang kita tak akan memiliki zuriat, REDHA KEPADA ALLAH.. redha itu  besar ganjarannya.. redha itu pasti mendapat balasan yang lebih baik..

Nota cinta: kadang-kadang Allah turunkan hujan.. tetapi siapa sangka ada pelangi indah yang sedang menanti selepas hujan reda.. 

Ya Allah, sesungguhnya kami suami isteri menerima ujian daripada Mu ini dengan seikhlas hati dan kami bermohon agar ada sinar kebahagiaan dipenghujung penantian kami.. Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin...
Photobucket

Thursday, November 29, 2012

Allah Maha Mengetahui - Motivasi Indah Menghadapi Ujian

Tertarik dengan satu perkongsian ayat motivasi dalam entry blog rakan TTC.. 

"Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. 

Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita."

Setiap ujian yang datang pasti ada hikmah yang tersirat.. siapalah kita untuk mempertikaikan tentang ujian yang diberikan? bersyukurlah kerana ujian itu menjadikan kita lebih menghargai setiap apa yang berlaku disekeliling kita.. kerana ujian itu menjadikan kita lebih dekat pada-Nya.. 

Nota cinta: kadang2 lemah dalam menghadapinya.. kadang2 luluh hati bila melihat "impian" kita menjadi realiti kepada orang lain.. tapi perlu beringat bahawa segala yang berlaku pasti ada sebabnya.. kadang2 yang kita rasa baik untuk kita bukanlah terbaik untuk kita.. :)


Photobucket

Thursday, September 13, 2012

Anak-Anak Buah Tahun 2012


Gambar kat atas tu semuanya anak-anak buah aku yang lahir tahun 2012...

Teruja dengan kelahiran anak buah perempuan di sebelah keluarga sendiri.. maybe sebab dah 10 tahun x ada anak buah perempuan di sebelah keluarga aku.. 2 orang anak buah lelaki yang telah melengkapkan jumlah team bola sepak abah aku seramai 12 orang.. hohoho...

Di sebelah pihak keluarga mertua, kehadiran anak2 buah perempuan semuanya membuatkan Mak Ngah dia makin geram sebab cute2 jer diaorang ni.. rasa nak geget2 diaorang sebab semua pipi booolat.. *macam Mak Ngah diaorang lah.. perasan!

Nota cinta : aku selalu cakap dengan encik adiey yang aku nak ikut baka sebelah dia sebab anak buah belah dia semua perempuan (aku suka kalau dapat baby perempuan).. dia pulak nak ikut baka sebelah aku sebab kebanyakan anak buah aku ialah lelaki.. lepas tu aku cakap, "nak dapat sorang pun susah sayang.. so x kiralah ikut baka belah mana pun..".. nak tau ikut baka sebelah keluarga mana kena tunggu rezeki zuriat kami sampai yer.. doakan yer kawan2..

Photobucket

Wednesday, August 29, 2012

WordLess Wednesday - Melayan Anak Orang Lain Seperti Anak Sendiri


Gembira dalam tangisan melihat senyum tawanya bergurau senda.. 


  
Semoga diberi peluang untuk merakamkan detik indah ini bersama zuriat sendiri.. insyaAllah... 

Friday, July 6, 2012

Bulan Cinta Adieyza - 2 Tahun Meniti Bahagia

Bulan ni adalah bulan cinta kami.. dalam beberapa hari sahaja lagi, usia perkahwinan kami akan menjangkau 2 tahun..


Ada yang kata, BARU 2 tahun.. masih terlalu baru.. masih banyak yang perlu dipelajari.. masih banyak yang perlu diperbaiki.. ye, memang betul! masih banyak perkara yang perlu untuk didalami.. lebih banyak pengalaman yang perlu dipelajari.. 

Ada jugak yang kata BARU 2 tahun.. masih terlalu awal untuk merasa kecewa kerana zuriat belum kunjung tiba.. masih terlalu awal untuk memberikan ruang untuk hati bersedih kerana masih tinggal berdua.. ye, memang betul! masih banyak masa dan usaha yang boleh dilakukan untuk berikhtiar agar ada rezeki untuk mempunyai zuriat sendiri.. memang banyak ruang waktu yang boleh diluangkan bersama suami tersayang..

Ada jugak yang kata, DAH 2 tahun.. patutnya sekarang tengah bahagia membesarkan anak bersama suami.. patutnya dah banyak ilmu tentang kanak2 yang boleh pelajari dan amalkan.. ye, memang betul! majoriti kawan yang berkahwin selepas kami, semuanya dah ada anak.. ada yang dah masuk 2 anak.. siapalah yang tak mahu melihat darah daging sendiri membesar di depan mata kan? tapi semuanya telah ditentukan Yang Maha Esa.. 

Apapun, kami bersyukur kerana kebahagiaan sentiasa mengiringi perkahwinan kami berdua.. kami bersyukur kerana dalam keadaan berdua, terlalu banyak aktiviti yang dapat kami lakukan bersama.. terlalu banyak masa yang dapat kami luangkan bersama.. terlalu banyak perkara yang kami dapat pelajari bersama.. terlalu banyak kebaikan yang kami dapat belajar bersama.. semuanya membantu kami untuk lebih menghargai.. semuanya membantu kami untuk lebih menyayangi..

Jadi, kenapa perlu dipertikaikan segala yang telah ditentukan-Nya? kenapa perlu risau tentang aturan hidup yang telah ditetapkan-Nya? setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. setiap yang terjadi pasti ada penyebabnya.. kita hanya merancang, namun Allah juga yang menentukan..

Encik adiey selalu pesan, yakinlah bahawa perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan.. yakinlah bahawa ketentuan Allah itu adalah yang terbaik untuk diri kita.. kita selalu mohon sesuatu yang terbaik jadi kita kena bersabar untuk mendapatkan yang terbaik itu.. kita selalu mohon sesuatu yang sempurna jadi kita kena bersabar untuk mendapatkan yang sempurna itu.. 

Syukur itu lebih baik daripada takbur.. redha itu lebih baik daripada berserah.. insyaAllah pasti ada sinar kebahagiaan yang dinanti dipenghujung kesabaran dan penantian.. 



Tuesday, July 3, 2012

Makna disebalik senyuman..



Encik adiey bersama anak adiknya.. waktu aku ambik gambar ni, melihat senyuman encik adiey menggambarkan seribu satu makna.. hanya dia yang tau apa yang tersirat di sebalik senyumannya.. hanya aku yang tau apa yang tersirat disebalik hati aku ketika aku.. bertabahlah wahai hati...

Wednesday, June 20, 2012

WordLess Wednesday - Baby Comel Dalam Perut Comel




Perut kakak saya comel sebab ada baby comel kat dalam tu.. 2 dah lahir, tinggal sorang lagi belum lahir.. so cute!!

Thursday, June 14, 2012

Rezeki Keluarga - 3 Orang Kakak Kandung Pregnant!

Syukur Alhamdulillah... niat aku untuk bergambar dengan ketiga2 kakak aku yang pregnant tercapai.. tahun ni memang bersejarah buat keluarga aku.. menerima 3 orang ahli baru sememangnya membuatkan kami semua teruja.. rezeki keluarga yang mana 3 orang kakak kandung pregnant adalah pengalaman yang cukup menggembirakan hati kami sekeluarga.. tengok 3 perut comel kakak aku yang sarat mengandung membuatkan aku sendiri rasa teruja!


Alhamdulillah Kak Ngah dah selamat bersalin bulan Mac hari tu.. aku ada buat entry jugak tentang perut comel Kak Ngah beberapa hari sebelum dia bersalin.. Syukur Alhamdulillah jugak apabila Kak Im yang merupakan kakak no.4 aku juga telah selamat melahirkan bayi perempuan yang terlalu dinanti oleh kami seisi keluarga pada Mei lepas.. memang teruja bila dapat anak buah perempuan.. maklumlah dah 10 tahun menunggu nak dapat anak buah perempuan kan.. ada jugak entry tentang perut booolat akak aku ni beberapa hari sebelum dia bersalin..
Last week aku balik kampung rumah nenek & atok.. sempat jumpa dengan kakak sulung aku yang tengah sarat mengandung.. insyaAllah awal bulan Ogos nanti lahirlah seorang lagi anak buah baru dalam keluarga aku.. excited sebab x ada lagi anak buah yang lahir bulan Ogos.. kalau ada nanti, boleh la sambut birthday sekali dengan aku.. hihihi.. harap2 dapat baby perempuan!! hihihihi


Seronok pegang perut booolat Kak Long.. bila baby bergerak2, lagilah seronok.. ramai yang ingat Kak Long dah nak bersalin sebab perut dia besar.. sebenarnya memang setiap kali Kak Long mengandung, perut dia cepat besar.. ni dah kali ke 4 so kitaorang semua dah x terkejut sangat.. mula2 memang la terkejut sebab besar sangat walaupun baru masuk 6 bulan.. hihihi..


Abah & mak antara insan yang paling gembira.. semestinya lebaran tahun ni disambut dengan lebih meriah.. dalam usia abah 55 tahun dan emak 56 tahun, mereka berdua boleh bergembira dengan kehadiran 16 orang cucu tersayang.. abah dan mak kerap kali mengucapkan syukur dengan kehadiran 16 orang permata yang lahir dari rahim anak2 perempuan mereka.. syukur kepada Mu Ya Allah..


16 orang anak buah yang membuatkan hati aku sentiasa gembira menghabiskan masa bersama mereka.. 16 orang anak buah yang membuatkan hati aku sentiasa berdoa agar diberi kesempatan untuk memberikan mereka sepupu baru dari rahimku.. 16 orang anak buah yang membuatkan hati aku terlalu berharap agar ada rezeki untuk aku & suami mempunyai zuriat sendiri.. insyaAllah..

Perasaan masa melihat 3 orang kakak mengandung? gembira dipancarkan diwajah, bahagia juga dilemparkan di sebalik senyuman namun kesedihan itu jauh disorokkan di dalam hati.. mana mungkin dapat dibuang perasaan sedih tu.. jadi, simpan jer jauh2 dalam hati.. apapun, syukur kerana aku masih berpeluang untuk menumpang kasih bersama 16 orang anak buah yang lain.. syukur Alhamdulillah Ya Allah..

Nota cinta: keempat-empat orang kakak aku sememangnya terlalu bermakna dalam kehidupan aku.. sebagai adik bongsu, aku bersyukur kerana dikurniakan kakak2 yang sentiasa berada di saat aku gembira dan di saat aku sedih.. syukur Alhamdulillah....


Photobucket

Tuesday, May 15, 2012

Gathering Bersama Rakan Blogger



Gathering bersama rakan blogger.. kisah penuh akan diupdate kemudian kerana tuan blog sedang menumpukan perhatian pada kerja2 di atas meja sebelum menghadapi minggu yang super duper sibuk + sedih + mencabar minggu hadapan... serius takut nak melalui hari2 di minggu hadapan.. semoga hati ini terus kuat!! chaiyok2 zana!!!
Photobucket

Monday, May 14, 2012

Hari Ibu - Doa, Impian & Harapan

Semalam merupakan sambutan Hari Ibu.. setiap hari adalah Hari Ibu.. jadi bukanlah bermakna Hari Ibu itu perlu disambut hanya sekali setahun..

Tatkala melihat ucapan demi ucapan Selamat Hari Ibu diterima di kalangan kawan2, jauh di sudut hati terasa pilu.. namun, segera dijauhkan perasaan pilu tu supaya hati x terus merintih sedih.. dengan adanya suami di sisi, perasaan pilu segera dibuang jauh.. aku yakin, pasti Allah sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk kami suami isteri..

Untuk rakan blogger yang bergelar ibu,emak,mama,ummi,mummy atau apa sahaja gelarannya, Selamat Hari Ibu.. semoga kamu semua terus menjadi ibu yang terbaik & semoga Allah melindungi kamu semua..

Untuk rakan blogger yang masih menanti untuk bergelar ibu, semoga ada rezeki untuk kamu mempunyai zuriat sendiri.. semoga ucapan Selamat Hari Ibu itu akan kamu dengari dari mulut suami & anak2 kamu satu hari nanti.. insyaAllah..

Untuk diri sendiri, kuatkan semangat kamu Zana.. yakinlah bahawa Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kamu.. percayalah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. janganlah bersedih kerana Allah sedang menguji kamu..



Nota Cinta: semoga ada rezeki untuk aku menyambut Hari Ibu untuk diri aku sendiri.. insyaAllah..

Wednesday, April 25, 2012

WordLess Wednesday - Gelaran Ayah Untuk Dia


             

Perasaan terharu, gembira dan sedih melihat gambar ni.. terharu dan gembira kerana dia sememangnya suka dan mudah mesra dengan kanak2.. sedih kerana dia masih belum berpeluang untuk menggelarkan dirinya AYAH..

Ya Allah, kami bermohon agar ada rezeki dan peluang untuk kami mempunyai zuriat yang soleh dan solehah satu hari nanti.. Amin...

Photobucket

Friday, November 11, 2011

Doa Murah Rezeki




 Rezeki dari Allah ni dari pelbagai bentuk.. anak, kerjaya, keluarga, kesihatan, kewangan & macam2 lagi adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah.. mungkin ada yang berhajat untuk mendapat jodoh yang baik.. mungkin ada juga yang berhajat untuk mendapat kerja yang lebih terjamin, kesihatan yang baik atau ada yang berhajat untuk mendapat harta yang diberkati Allah.. jadi bolehlah amalkan membaca doa murah rezeki dalam Surah Al-Kahfi ayat 39.. boleh juga untuk cuba amalkan doa pembuka 12 pintu dan berdoa agar dimurahkan rezeki selalu..
Bagi yang mengharapkan agar dikurniakan anak dan mendapat zuriat yang soleh/solehah, boleh amalkan membaca doa Nabi Zakaria dalam Surah Al-Anbiya' ayat 89 & Surah Al-Imran ayat 38.. kita berdoa dan berusaha.. selebihnya kita bertawakal dan berserah kepada Yang Maha Esa..
sumber dari geng TTC
Kita sebagai hamba-Nya kena percaya bahawa rezeki itu di tangan Yang Maha Esa.. kadang2 kita cepat mendapat rezeki yang kita idamkan.. kadangkala kita lewat untuk mendapat rezeki yang kita hajatkan.. semuanya telah tertulis.. ada hikmah di atas setiap ketentuan itu.. berprasangka baik bahawa Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.. 
Sama2lah kita berdoa agar segala yang kita hajatkan akan dipermudahkan oleh Allah hendaknya..


Nota Cinta : sambil baca entry ni, boleh tolong like gambar baby comel ni? boleh like melalui link FB kat bawah ni yer.. TQ semua!

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=128386253979494&set=a.128005964017523.29275.100004243603738&type=3&theater



Photobucket