Showing posts with label Cuti Cinta - Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Cuti Cinta - Port Dickson. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

Family Gathering at Port Dickson


Family gathering kat Port Dickson ni last minute punya planning.. walaupun last minute, tetap meriah.. sempat berkumpul dengan mak, abah & 3 orang adik beradik untuk family gathering kali ni.. 8 orang anak buah yg sememangnya excited nak mandi laut buatkan keadaan bertambah riuh rendah.. kalau dapat kumpul 12 orang anak buah, mesti bertambah heboh..



Sampai Port Dickson petang sabtu.. petang tu just sempat berjalan kejap jer kat pantai Teluk Kemang.. kitaorang sewa homestay jer untuk bermalam, sebab kebanyakan hotel dah fully booked.. kalau ada pun, dah tentu mahal.. homestay ni pun best.. harga pun sangat berpatutan..


Pagi Ahad aktiviti yg ditunggu.. mandi laut!!! dah lama sungguh aku x mandi laut.. beria2 nak mandi laut.. tapi sampai laut, mood nak mandi laut terus ke laut.. tetiba macam xnak mandi la pulak.. ngada betul perasaan aku masa tu.. mood nak bergambar jer lebih..

Encik suami sibuk melayan karenah anak buah.. lagipun budak2 tu memang suka lebih kat encik suami.. katanya "pak su baik, mak su garang".. huhuhuhu.. macam mana aku x garang, korang suka buat nakal..


Aku pulak sibuk buat aktiviti dengan anak buah aku yg sulung.. aktiviti bergambar di tengah laut!! hahahaha.. ni semua sebab anak buah aku la.. dia memang suka bergambar, so aku pun layan jer la.. lagipun dah lama mood nak bergambar tu hilang.. ntah pergi mana pun aku x tau.. maybe sebab rasa badan ni makin berisi so malu nak ambik gambar.. hahahaha..


Family gathering kali memang seronok!! hope ada kesempatan untuk luangkan masa bersama2 lagi.. happy!!


p/s: mood aku sekarang ni kerap berubah2..

Sunday, May 29, 2011

Bercuti Di Port Dickson

Sekarang ni tengah menghirup udara segar Port Dickson.. angin bertiup sepoi2 bahasa.. nyamannya....

Percutian ni sebenarnya last minute punya planning.. nasib baik dapat cari homestay untuk tido malam tadi.. maklumlah sekarang ni musim cuti sekolah, so kebanyakan hotel dah fully booked..

P/S: dah lama giler x mandi laut.. seronok!!

Friday, December 31, 2010

HoNeYMooN + HoNeYSTaR + HoNeYMaDu


Pernah x korang terfikir kenapa orang sebut bulan madu?? madu tu mungkinlah manis.. so lepas kahwin mestilah semuanya manis & indah2 belaka.. tu kira mcm ada logiknya jugak..

Tapi part bulan tu yg aku x berapa nak faham sgt.. bukannya kita ni lepas kahwin bercuti ke bulan kan?? ada ke yg bercuti ke bulan cik puan zana oiiii??? hihihihi..

X kisah la nak bg nama apa pun kan.. bulan madu ke, honeymoon ke (bukan sama ke maksudnya tu wahai cik puan zana oiiii), honeystar ke (bkn makanan ke tu?), hornymoon (18sx..hihihihi) atau apa jugak panggilan korang, yg penting maknanya sama.. korang panggil yg mana 1 eh??

Honeymoon ni bg aku masa utk bersama suami/isteri tersayang yg mana selalunya orang kaitkan dgn pengantin baru..

Tapi bagi aku x semestinya pengantin baru je boleh gie honeymoon ni.. semua psgn yg dah kahwin boleh jer gie honeymoon bila2 masa yg diaorg suka.. especially utk tarikh2 penting macam ulangtahun perkahwinan ke, birthday ke.. yg penting dpt luangkan masa bersama yg tersayang!!

Macam aku & encik adiey, kitaorg xde banyak cuti lepas majlis kahwin tu.. sbb nak simpan cuti utk raya pulak.. so kitaorg gie honeymoon dekat PD jer..

Kitaorg memang x de booking apa.. main terjah jer.. boleh gitu?? tapi nasib kitaorg baik, masih byk bilik kosong masa kitaorg nak check in tu.. maybe time tu bukan cuti sekolah..

Kitaorg check in kat The Legend International Water Homes.. check in hari jumaat lepas solat Jumaat..

kitaorg pilih Sky Pool Villa - Sky Living.. bilik menghadap laut..


Private pool.. i like!! hihihihi..


2 king size bed.. nape perlu 2?? senang if merajuk, pindah katil sebelah.. hihihihi...

Aktiviti petang, bersiar sekitar kawasan hotel..



Next, jalan2 kat tepi pantai.. xramai org sgt since bukan weekend..

Aktiviti wajib - tulis nama kat pantai!!

Malam lak, sambung bersiar kat kawasan hotel.. memang best.. sambil tgk org memancing.. sambil layan jiwang kat pantai.. hihihihihi..


Keesokan paginya, lepas gie bfast trs decide nak jalan2 sekitar PD utk cari souvenirs sbgai kenang2an.. then sambung bergambar kat kawasan hotel..


Kitaorg check out pukul 1 tghr.. walaupun dapat stay 1 malam jer utk honeymoon ni, tapi byk kenangan indah utk disimpan..


So dgn entry honeymoon ni, berakhirnya review majlis kahwin aku & encik adiey..

Bermakna entry ni jugak adalah entry terakhir aku utk tahun 2010.. tahun yg banyak kenangan indah utk aku ingat sampai bila2..

InsyaAllah akan menyusul entry utk tahun 2011 nanti..