Syawal ke empat sebagai isteri.. Syawal tahun ni lebih meriah daripada tahun2 sebelumnya.. maklumlah, terlebih excited nak menyambut birthday di bulan Syawal.. tu yang lebih meriah..
Masih tak sempat nak draf entry2 tentang Hari Raya tahun ni.. minggu ni ada "hari penting" sebagai permulaan yg baik utk kerjaya aku.. permulaan yg diharapkan ada pengakhiran yg baik.. *will update about this later.. so kita layan dulu teaser.. harap2 teaser ni x sampai penghujung Syawal la kan.. hahahaha..
Nanti aku cari masa untuk update entry Hari Raya & kisah cuti2 sebelum bulan Ramadhan hari tu.. insyaAllah akan cuba cari masa utk blog tersayang..
Salam sayang utk semua!!!
With love,
~ aDieyZa ~
Alhamdulillah kerana masih diberi
peluang untuk bernafas di bumi Allah ini.. syukur juga kerana dipanjangkan umur
oleh Yang Maha Esa sehingga ke detik ini.. sesungguhnya aku bersyukur di atas
nikmat ini Ya Allah..
Ya Allah, murahkan rezeki aku
serta insan2 yang menyayangi diriku, panjangkanlah umurku dalam keimanan serta ketakqwaan, kurniakanlah kepada hamba Mu ini kesihatan yang baik
agar dapat menunaikan segala amanah Mu Ya Allah & aku bermohon agar diriku
sentiasa berada di bawah lindungan serta keberkatan Mu Ya Allah..
P/S: sambut birthday time raya lebih meriah!
Assalamualaikum
Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal kian dinanti,
Seikhlas hati memohon kemaafan,
Moga kesalahan dapat dimaafi.
Dikesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan blogger, pengunjung, followers & silent readers blog aDieyZa.blogspot.. Salam Aidilfitri juga istimewa buat semua yang mengenali kami suami isteri sama ada pernah bersua muka atau belum pernah berjumpa..
Kami dengan rendah diri, ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan, kekurangan dan kekasaran yang telah kami suami isteri lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.. ampun dan maaf sekiranya ada tutur kata dan kelakuan yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan sesiapa sahaja..
Kami suami isteri mendoakan agar Syawal kali ini membawa lebih banyak keberkatan, kegembiraan dan kenangan indah buat kita semua.. semoga sinar kebahagiaan akan sentiasa mengiringi kita semua sepanjang Syawal tahun ini..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Rata-rata dah update kad raya digital dekat FB & Blog.. ramai yang akan mula bercuti hari ni.. ramai yang esok dah nak balik kampung.. ramai jugak yang malam ni dah nak balik kampung.. ramai yang dah siap packing2 baju nak balik kampung.. ramai yang dah siap2 servis kereta nak balik kampung jauh..
Senang cerita mood raya tu dah merata-rata sekarang ni.. aku? keperluan raya untuk aku rasanya tinggal lagi 10% jer tak selesai lagi..
Isnin masih bekerja.. isnin jugak baru nak balik kampung.. baju nak pakai raya weekend ni baru nak basuh.. beg nak bawak balik kampung pun weekend baru nak kemas2.. kereta dah servis 2 minggu lepas..
Tahun ni macam tahun2 sebelumnya jugak.. guna konsep giliran.. giliran la sangattttt.. padahal jarak rumah mak & mertua tak jauh mana.. hahaha.. tapi yang pentingnya malam raya & pagi raya di rumah siapa..
Tahun ni dekat rumah aku.. sebab tu aku boleh pilih warna tema raya tahun ni.. kalau tahun lepas Encik Adiey dah pilih warna hitam, tahun ni aku buli dia dengan warna kesukaan aku.. hahahaha.. tahun lepas aku yang gelap ni pasrah jer pakai baju warna hitam, tahun ni biar Encik Adiey lak pasrah pakai baju warna yang aku suka..
Tahun ni aku tak banyak beli kuih raya.. sebab last year beli banyak sampai tak termakan then siap bawak balik kampung sebab kat kampung mak aku ramai sangat tetamunya.. hehehe..
Rumah pun baru kemas cikit.. weekend ni la baru kemas beria.. x ada perabot baru.. yang ada cadar & comforter baru jer.. hahaha.. boleh gitu?? langsir pun pakai tahun lepas punya.. masih cantik & elok.. nak beli bunga hiasan jer kot.. tunggu weekend baru cari la..
Baju raya tahun ni ada extra cikit drpd tahun sebelumnya.. maklumlah kakak sendiri dah ambik tempahan menjahit.. maka hantarlah banyak2 kat dia.. murah pun murah, jahitan pun cantik.. baju t-shirt/kemeja raya Encik Adiey jer baru dapat 3 pasang & sehelai baju melayu.. weekend nanti la beli lagi..
Kasut raya? tahun lepas dah dapat kasut as hadiah birthday.. since kasut tu baru pakai 2 kali, so pakai jer la kasut tu.. nanti Encik Adiey kata aku tak suka lak hadiah dia bagi.. padahal bukan tak suka tapi sayang sangattttttt nak pakai.. kasut Encik Adiey pun x sempat cari lagi.. dah survey bape banyak kedai.. tapi belum ada yang berkenan kat mata dia.. ohhhh, cerewet jugak dia..
Eh, tadi kata 10% tak siap lagi.. bila dah list macam banyak pulak belum siap.. hehehehe.. so weekend ni tak ada istilah berehat yer.. banyak benda nak dibuat..
Nota Cinta : selamat membuat persiapan terakhir untuk hari raya.. tapi jangan lupa pada amalan rohani jugak di malam2 terakhir di bulan Ramadhan ni.. insyaAllah..
Salam sayang untuk semua!!
With love,
~ aDieyZa ~
Sebulan aku tak tengok akaun Nuffnang.. sebab bulan lepas memang aku jarang sangat2 update blog.. pergi bercuti kat Singapore tu pun tak update lagi ceritanya.. cerita puasa pun tak seberapa.. cerita raya adalah selit cikit.. cerita peribadi pun ntah ke mana.. tapi, masih berpeluang untuk dapat 6 BE daripada Nuffnang.. syukur Alhamdulillah..
6 BE dalam sebulan! sungguh aku tak sangka.. walaupun 3 BE dah berhenti menari2 kat blog ni, tapi aku tetap happy..besarlah harapan agar 3 lagi BE tu akan melekat lebih lama dekat blog ni.. boleh la tambah duit shopping.. hehehe..
13 BE dalam tempoh 7 bulan.. kira oklah tu kan.. sebab ni kan personal blog aku.. update pun tak tentu masa, ikut mood.. apapun, TQ pada semua yang sudi berkunjung kat blog ni.. TQ sebab korang sudi tinggalkan komen2 yang buatkan aku bertambah happy.. TQ so much semua!!
With love,
~ aDieyZa ~