Wednesday, September 11, 2013

WordLess Wednesday : Impian Kami Suami Isteri


Seringkali kami berdua membayangkan mempunyai sebuah keluarga yg lengkap dan bahagia.. seorang isteri bergelar ibu, seorang suami bergelar ayah & seorang permata hati bergelar anak.. 

Semoga Allah memberikan yg terbaik utk kehidupan aku & suami.. andai tersurat "permata hati" itu bukan milik kami di dunia ini, kami redha di atas setiap apa yg Allah rancangkan.. kerana Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba-Nya..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~
Photobucket

Tuesday, September 10, 2013

Hye Stalker Zana Adieyza!




Hidup ni akan lebih terasa bahagia bila kita boleh tersenyum gembira setiap hari.. walau dugaan datang, walau kesulitan menimpa, walau kesusahan dirasa dan walau apa juga yg berlaku dalam kehidupan kita, belajarlah untuk tersenyum..




Stalker dr kawan2 FB sememangnya comel.. tapi stalker dr kawan2 yang bukannya berkawan di FB dan bukannya ingin beramah mesra di dunia sebenar ni tak comel la yer.. macam penyibuk pun ada jugak bak kata adik ipar aku.. so, pilih la nak jadi stalker yg comel atau stalker yg tak comel.. hehehehe..

Salam sayang untuk semua!!

With love,
~ aDieyZa ~


Photobucket

Monday, September 9, 2013

Hello... I'm Back!

Pagi yang indah... selamat pagi semua..




Lama tak mencoret kat blog kesayangan ni.. banyak perkara yg lebih penting perlu diutamakan.. rasanya dah cukuplah masa untuk "berehat" dari dunia blog ni.. sayang pulak kalau dibiarkan lebih lama.. lagilah sayangnya kalau terus tutup blog ni.. *walaupun pernah terfikir utk menutup sepenuhnya blog kesayangan ni..

Lepas ni akan kembali aktif dengan penulisan di blog.. banyak yg boleh dikongsikan.. banyak gambar menarik yang boleh disimpan untuk tatapan di masa hadapan.. 

Harapnya masih ada yg sudi untuk membaca blog ni.. kalau tak ada yg sudi nak baca pun, aku gagahkan jugak la menulis.. sebab tujuan menulis kat blog ni bukanlah untuk orang lain baca jer, tapi lebih kepada kepuasan dan kenangan.. soal pembaca ramai atau sikit tak menjadi halangan.. 

Dah habis raya so rasanya perlu ke cerita tentang Syawal tahun ni.. aku rasa perlu jer sebab nanti tak ada pulak kenangan Syawal 2013 kat blog ni.. cumanya maybe buat dalam 2-3 entry jer la.. selebihnya aku simpan kuat2 dalam hati jer la.. hihihi..


Nota cinta: siapa rindu aku?? sila komen kat bawah.. hahaha.. gurau jer..


Photobucket