Monday, November 18, 2013

Maafkan Saya Wahai Blog & Rakan Blogger

Terlalu lama dibiarkan sepi.. terlalu lama dibiarkan sunyi.. 

"SORRY"



Aku tak pasti sama ada masih ada yang membaca blog ni atau tidak.. sebabnya dah terlalu jarang aku update.. aku sendiri tak pasti kenapa.. blogwalking? secara jujurnya dah lama sangat tak buat apa2 dengan dunia blog ni.. sorry sangat2 kat blog kesayangan & kawan2 blogger.. 

Lepas ni dah tak berani nak janji akan update selalu.. sebab dah banyak kali jugak janji dimungkiri.. jadi, aku hanya boleh cakap aku nak jadi macam dulu.. blogger yang selalu blogwalking & update entry2 baru (even kadang2 tu entry dah basi)..

Sayang sangat kan kalau dibiar begitu jer blog ni.. dah la kebanyakan kawan blogger dah jadi kawan rapat di dunia sebenar.. siap boleh bertepuk tampar.. siap boleh buat sitem barter bila aku beli produk business orang tu, orang tu pulak beli produk business aku.. bertegur sapa di tengah shopping complex seolah2 dah bertahun kenal padahal baru first time jumpa.. hebat kan dunia blog ni?

Apatah lagi dengan blog ni aku selalu rasa tenang.. tenang meluahkan perasaan.. tenang bila dapat berkongsi cerita.. tenang bila dapat menaip kisah hidup di blog tersayang ni..

Maafkan saya wahai blog tersayang.. terlalu banyak "hutang" saya pada kamu.. maafkan saya kerana mengabaikan awak.. :(


Maafkan saya wahai rakan blog tersayang.. terlalu banyak "hutang" blogwalking saya pada kamu semua.. maafkan saya kerana lama tak drop komen kat blog awak semua.. :(


Nota cinta: dah terlalu senyap.. jom kita kasi bising cikit blog ni.. tak setiap hari, seminggu sekali pun oklah kan? hehehe 

Photobucket