Monday, May 30, 2011

Salma Juara Mentor 5!!



Tahniah buat Salma, juara baru Mentor 5.. pertama kali tengok Salma menyanyi masa konsert pembukaan, aku dah memang suka dengan suara Salma.. memang best!!

Alhamdulillah rezeki Salma jadi juara Mentor 5 malam tadi.. persembahan Salma malam tadi memang best.. suara dia memang sedap untuk kita dengar.. paling aku suka, lagu baru Salma.. meremang bulu roma ni masa dengar dia nyanyi.. terbaik!!!!


Untung Erra Fazira sebab ada protege macam Salma.. mentor pun dapat habuan yg best kan.. congrats jugak untuk Shiha & Iqa!!

P/S: korang sokong siapa?

Sunday, May 29, 2011

Bercuti Di Port Dickson

Sekarang ni tengah menghirup udara segar Port Dickson.. angin bertiup sepoi2 bahasa.. nyamannya....

Percutian ni sebenarnya last minute punya planning.. nasib baik dapat cari homestay untuk tido malam tadi.. maklumlah sekarang ni musim cuti sekolah, so kebanyakan hotel dah fully booked..

P/S: dah lama giler x mandi laut.. seronok!!

Friday, May 27, 2011

TiPs CinTa SuaMi IsTeRi



Cinta!!! bila dilamun cinta, semuanya indah belaka.. segalanya dirasakan bahagia.. hati mula berbunga2 gembira.. senyum pun boleh sampai ke telinga..

Tips Cinta Suami Isteri:

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.


2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.


3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


Thursday, May 26, 2011

One Million Youth Gathering Putrajaya


Putrajaya sekarang ni tengah sibuk untuk sambutan Hari Belia Malaysia 2011..

Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya ni sememangnya acara yg cukup besar dan meriah.. banyak jugak jalan yg ditutup untuk pastikan aktiviti dapat berjalan lancar.. sepanjang jalan dah boleh nampak banyak booth yg akan dibuka sempena program ni..


Selaku warga Putrajaya, haruslah ambik tau tentang program2 kat Putrajaya ni kan.. nanti orang kampung tanya, senang nak citer.. huhuhu..


Pada yg tau maklumat lanjut lanjut tentang aktiviti Hari Belia Malaysia 2011 ni, cuba try tengok laman web rasmi Hari Belia Malaysia 2011 ni.. banyak betul informasi menarik yg kita boleh tau.. boleh tau aktiviti kat setiap kawasan.. memang terlalu banyak aktiviti!!! siap gabung dengan Jom Heboh, so memang heboh la Putrajaya weekend ni..


Aku just boleh ambik tau jer program ni.. nak pergi tu mungkin x berkesempatan.. sebab ada family gathering weekend ni.. so pada geng2 blogger Putrajaya, kalau pergi program ni sila update cerita dalam blog yer.. hihihi..


P/S: if ada masa terluang, bolehlah korang datang Putrajaya untuk meriahkan sambutan Hari Belia Malaysia 2011 ni..