![]() |
| kalau x clear, silalah rujuk majalah My Femag.. |
Tuesday, March 20, 2012
Tips Membeli Secara Online - Wuuhuu Online
Monday, March 19, 2012
Mentor 6 - Protege Pilihan Anda?
Semalam dah bermula pertandingan Mentor 6 kat TV3.. so semalam sempat jugaklah aku tengok konsert pengenalan Mentor 6 tu..
Pembukaan konsert menarik! gabungan 3 suara - Salma, Iqa & Shiha untuk lagu Beribu Sesalan.. suara Salma memang mantap!
Untuk Mentor 6 ni, ada 6 orang mentor bakal bersaing untuk membuktikan kebolehan protege masing2..
Mentor Ferhad - Protege Wanie
Mentor Adam - Protege KJ
Mentor Ella - Protege Caroline
Mentor Fauziah Ahmad Daud - Protege Zatul
Mentor Faizal Tahir - Protege Anas
Mentor Ramlah Ram - Protege Ana
Untuk konsert pengenalan ni, tak banyak yg boleh dikomen.. tapi yang menjadi pilihan aku untuk konsert pengenalan ni, protege Ramlah Ram.. vokal boleh tahan.. maybe sebab dia ada Diploma dalam bidang Muzik dari UiTM.. kiranya bonus untuk dia lebih feel masa menyanyi..
Kalau berdasarkan mentor, rasanya semuanya hebat.. seronok tengok Ella & Faizal Tahir ajar protege diaorang.. santai sangat.. maybe dengan cara macam tu, protege diaorang senang nak adapt dengan ilmu yang mentor bagi & kurang tekanan..
Nota Cinta: protege/mentor pilihan korang?
Bau Baby Di Rumah Adieyza
Isnin yang indah! tiada Monday Blues.. tiada mood ke laut.. tiada kelam kabut.. hope keadaan ni berlanjutan sehingga Jumaat nanti..
Weekend hari tu, adalah antara hari2 yang paling indah.. seronok bila ada bau baby kat rumah adieyza!!
Hari tu ada buat entry tentang perut comel kakak aku kan.. masa tu Kak Ngah tengah sarat mengandung & tengah tunggu masa untuk bersalin.. Alhamdulillah, Kak Ngah dah selamat melahirkan baby lelaki minggu lepas..
Lepas bersalin, Kak Ngah balik kampung jap untuk berurut.. so Sabtu hari tu, dari kampung nak balik ke rumah dia, dia singgah la kejap kat rumah aku.. serius seronok sangat bila tau ada baby nak masuk dalam rumah aku.. teruja beb!!
Bila baby masuk jer dalam rumah, bau baby terus menusuk dalam hidung ni.. bila baby masuk jer dalam bilik tetamu, aku asyik la nak masuk bilik tu.. rasa x nak buat apa kerja, seronok cium & gomol2 baby tu.. hihihi.. lalu kat luar bilik tetamu pun dah bau baby tau! Ya Allah, perasaan yang cukup indahhhhhhhhhhhhh..
Encik adiey pun over teruja.. kejap2 masuk bilik tengok baby, kejap2 nak cium baby.. teruja lebih pak su sebab ni lah kali pertama ada baby baru lahir masuk dalam rumah kitaorang.. so dah tentu teruja lebih..
Comel jer bila tengok tapak tangan baby, jari baby, tapak kaki baby.. rasa nak geget2 jer... comel sungguh!
Nota Cinta: Sampai sekarang ni pun bilik tetamu tu bau baby lagi tau!! rasa nak tido situ.. hihihi..
Sunday, March 18, 2012
Filem Vanila Coklat - Dari Drama Ke Layar Perak
Berita gembira untuk peminat drama Vanila Coklat!
Filem Vanila Coklat bakal diterbitkan.. bertambah sweet bila akan ada babak yang bakal dirakamkan di Paris & Rom.. mesti sweet!
Walaupun drama bersiri ini sudah pun tamat minggu lalu, namun peminat hiburan masih bercakap tentang kegilaan mereka terhadap 13 episod Vanila Coklat.
Berjaya mencatatkan lebih 4.5 juta penonton yang juga kami kira sebagai rekod dunia penyiaran untuk sebuah drama bersiri, ianya ternyata satu fenomena yang tidak boleh di’pandang ringan.
Oleh kerana itu, Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) di’khabarkan kini berminat untuk menerbitkan filem penuh Vanila Coklat bekerjasama dengan Asia Media Content.
Penggambaran untuk filem Vanila Coklat ini akan bermula seawal awalnya pada penghujung Mei 2012 dan satu perkara menarik adalah filem ini akan mempunyai babak yang di’rakam khas di kota romantis Paris & juga Rom.
Kalau anda masih dalam mood drama bersiri Vanila Coklat, kami yang perlahan kerjanya ini baru sahaja terjumpa video bloopers untuk drama tersebut dan memang ternyata gandingan pelakon utama Aiman Hakim Ridza & Izara Aishah comel apabila mereka bersama.
Nota cinta: mesti meletop filem ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)



