Tuesday, May 27, 2014

Percutian Di Langkawi - Bird Paradise Wildlife Park

Sambungan hari ketiga di Langkawi..


Petang tu kitaorang menuju ke lokasi yang membuatkan Encik Adiey over excited.. dia kalau ada yang berkaitan haiwan2 ni, memang lah dia teruja.. sebab tu dulu masa dating dulu pun diajaknya aku ke zoo.. hahahahaha.. 

So, lepas ke Dataran Lang kitaorang terus menuju ke Langkawi Bird Paradise.. nak ke sini, aku agak tersesat cikit sebab signboard ke sana agak kurang.. tapi lepas dah guna GPS Alhamduillah berjaya sampai.. tiket masuk adalah RM15 seorang.. masuk jer better beli makanan untuk haiwan2 kat dalam tu.. harga RM6 kalau x silap.. ada macam2 makanan dalam bekas tu, memang berbaloi..


Dekat sini, kebanyakan haiwan memang bergerak bebas.. tak terkurung dalam sangkar kecuali yang agak liar atau bahaya lah.. tengah seronok jalan2 tetiba merak lalu sebelah.. tengah lepak tepi kolam bagi ikan makan boleh pulak burung berkicau2 kat sebelah kita.. tengah syok posing boleh pulak arnab lalu kat kaki kita.. memang best!


Encik Adiey semua haiwan la dia nak bagi makan.. takut jer aku tengok sebab ada yang macam liar cikit kan.. tapi dia x kisah, asalkan dia puas hati.. ikutkan jer la.. dia bagi makan, aku snap jer la gambar.. 



Dekat sini yang aku berani bagi makan hanyalah arnab.. sebab arnab kat situ nampak manja jer.. haiwan lain nampak gana semacam jer.. hahaha.. ada anak mat salleh tu bagi makan daun kering kat arnab tu.. kesian terkulat2 arnab tu nak makan tau.. nasib baik lepas tu ada pekerja bagi kangkung kat kitaorang.. kalau x, boleh sakit perut arnab tu makan daun kering.. hehehhe..


Agak lama jugak kitaorang stay kat dalam ni sebab biasalah Encik Adiey susah cikit nak jalan kejap2 bila dapat "bermesra" dengan haiwan2 kat sana.. agaknya kalau ada anak nanti setiap minggu dia ajak anak pergi zoo.. hihihihi..

Kawasan dekat Langkawi Bird Paradise ni agak luas jugak la.. then dekat tengah2 tu ada kedai jual barangan batu permata.. since dah masuk, lekat la jugak beli gelang batu amethyst.. harga bagi aku memang jauh lebih murah daripada kat luar Langkawi la.. kalau dekat Putrajaya ni, harga biasanya 2 kali ganda gak la.. so, siapa singgah kat sini boleh lah beli buat kenang-kenangan..


Kalau bawak kanak-kanak rasanya sangatlah sesuai.. sebab diaorang bukan jer boleh belajar tentang haiwan tapi boleh merasai pengalaman bagi haiwan2 tu makan.. memang boleh buat diaorang teruja la kan.. so, jangan lupa singgah yer ;)

Next entry - Underwater World Langkawi, Kilang Gamat dan Mardi Langkawi

Photobucket

Teaser Percutian Di Pulau Pinang


Belum habis menaip untuk entry perctuian di Langkawi, draf entry untuk percutian di Pulau Pinang minggu lepas pulak dah menanti.. 

InsyaAllah, cuba menaip kisah percutian di Langkawi sepantas mungkin so that entry percutian di Pulau Pinang boleh dibuat.. *entry percutian dekat Melaka & Singapore tahun lepas tu rasanya nak buat ke x Zana oiii? hahhahaha.. dah setahun masih ada yang nak baca ke? 

Nota cinta : tetap akan cuba habiskan semua entry percutian tahun lepas dan tahun ni sebelum bulan puasa nanti.. tapi tulis yang mana ingat jer la.. untuk kenang-kenangan katanya.. menaip untuk kepuasan diri sendiri adalah satu kejayaan besar bagi diri saya.. hehehhe.. 

Photobucket

Thursday, May 22, 2014

Percutian Di Langkawi - Dataran Lang & Taman Lagenda Langkawi


Lepas dah seronok dan menangis naik cable car, kitaorang teruskan perjalanan ke Pekan Kuah.. nak ke mercu tanda Langkawi.. rugilah kan kalau datang Langkawi tapi tak bergambar dekat burung helang yang besarrrr tu..


Perjalanan dari Langkawi Cable Car ke Dataran Lang ni agak jauh.. nasib baik kereta sewa kitaorang baru.. so, memang best la kan.. sampai dekat Dataran Lang tengahari.. matahari tengah terpacak kat atas kepala time tu kiranya.. panas? ye, Langkawi memang cuacanya agak panas time tu..



Tapi bila pergi tengahari, kuranglah orang.. so nak bergambar tu macam oklah cikit.. sebab kan selalu tempat ni sentiasa penuh jer kan.. sampai tu ada la beberapa orang gadis yang bergambar kat situ.. ada jugak mintak diorang tolong ambikkan gambar tapi sedih gambar berdua tak menjadi.. hehehe.. nampak tulisan Langkawi tapi helangnya tak nampak.. alarrr dik, tulisan tu tak penting.. helang tu yang penting.. hahahha.. tak pelah, pasrah jer.. sape suruh malas bawak tripod & DSLR kan? hihihi.. 



Disebabkan sedih gambar berdua tak menjadi, kita guna monopod jer lah bang oii.. lagi senang.. gerenti puas hati.. kalau tak puas hati jugak, next time kita holiday hire jurugambar la.. hihihihi..





Tengah syok posing, ramai pulak yang datang.. terus suasa sunyi jadi meriah! lokasi Dataran Lang ni dekat dengan jeti so banyak kapal2 kat sekitar jeti tu.. bunyi ombak pun agak kuat kat sini.. depan tugu helang ni, terbentang luas laut.. pemandangan yang cantik!




Lepas dah puas bergambar kat Dataran Lang, memang nak terus ke destinasi seterusnya.. tapi kat sebelah Dataran Lang ni ada Taman Lagenda Langkawi pulak.. so singgah la ambik gambar buat kenang-kenangan.. 




Mula2 dah plan nak masuk kat dalam taman tu, tapi sebab aku dah letih sangat so ambik gambar kat luar jer lah.. so, maaf lah tak dapat nak share apa yang ada kat dalam taman tu yer.. cuma kalau korang nak ke sini memang tak jauh pun dari Dataran Lang tu.. jalan kaki tak sampai 5 minit la kiranya.. 



Next entry kita cerita tentang tempat kesukaan Encik Adiey - Langkawi Wildlife Park ;)

Photobucket


Percutian Di Langkawi : Oriental Village & Langkawi Cable Car

Masuk hari kedua percutian di Langkawi.. as usual, awal pagi dah kena bangun sebab rugilah datang bercuti kawasan pelancongan kalau bangun lambat kan.. lepas breakfast kat cafe resort, terus menuju ke Oriental Village.. kat situlah terletaknya Langkawi Sky Cab (Cable Car)..


Again, masa nak ke sana sepenuhnya mengharapkan papan tanda dan peta pelancongan.. mudah kan? sebab dah baca banyak review kalau nak naik cable car tu, better pergi awal pagi untuk elakkan beratur panjang. so pukul 9 pagi kitaorang dah sampai sana.. hehehe.. padahal kaunter tiket bukak pukul 10 pagi..



Sementara nak tunggu kaunter bukak, marilah kita bergambar.. dekat kawasan Oriental Village ni ada banyak aktiviti boleh buat sebenarnya.. kalau yang suka aktiviti lasak ada adventure park kat situ.. ada jugak 6D Motion.. kalau rasa nak naik Duck Tours bagi yang nak merasa naik bot di darat dan di air & macam2 lagi.. 

Kedai cenderahati dekat sini memang banyak.. pilih jer yang mana berkenan.. harga masih berpatutan.. dan ada sesetengah kedai boleh dapat diskaun kalau pandai tawar menawar.. so, pandai2 memilih yer.. 


Rasanya yang ke sini mesti tak lepaskan peluang untuk bergambar dekat sini kan? feeling2 berada di Korea.. hahaha.. tak sure pulak apa motif Winter Sonata ni terletak kat dalam Oriental Village ni.. 


Pemandangan sekitar memang cantik.. sebab banyak gunung ganang yang tersergam indah.. suasana kat situ mendamaikan.. jauh daripada kesibukan.. tenang....



Lepas dah puas bergambar, terus menuju ke kaunter tiket.. masa ni excited sangat nak naik cable car.. excited la kan.. sebab masa ni tak tau lagi macam mana rasa nak naik cable car kat Langkawi ni.. biasa naik yang kat Genting Highlands jer.. tiket untuk dewasa RM15 (sila tunjuk MyKad).. 


Dekat area nak naik tu, ada disediakan petak untuk kita beratur.. beratur dalam petak tu.. since masa nak naik tu agak ramai orang, so penuhlah 1 cable car kitaorang tu.. ada sepasang adik beradik lelaki dan perempuan, couple mat salleh dan kitaorang.. mula2 duduk berdepan dengan Encik Adiey sebab kitaorang last masuk.. then aku mintak adik beradik tu tukar tempat sebab aku nak duduk sebelah2 dengan Encik Adiey.. 

Baru jer cable car tu bergerak dalam 5 minit aku dah nak menangis.. hahaha.. serammmmmm weiiiii... seriussss aku tahan jer drpd menangis.. sekali tengah tahan nak menangis, boleh pulak cable car tu stop!

Mula2 boleh tersnyum ambik gambar lagi..  masih jauh lagi nak ke pit stop pertama dah terberhenti.. huhuhuhu


Bila cable car tu bergoyang2 sebab angin kuat time cable car tu stop, Ya Allah, time ni nangis jer la.. nasib baik pakai spec mata hitam.. jadi orang tak nampak la kita nangis.. tapi, dekat mulut dah bebel cakap takutttt.. yang adik beradik tu, adik lelakinya over relaks.. yang kakak dia pun dah cuak bisik2 kat adik dia cakap nape berhenti lak kan.. yang couple mat salleh tu buat tak tau.. aku jer bising dalam tu.. lantaklah!

5 minit gak la cable car tu berhenti.. risau sangat time tu.. dengan angin kuatnya.. bergoyang2 cable car tu tau! berdoa semoga selamat jer time tu.. time ni Encik Adiey dah suruh aku senyap jer.. so aku senyap sambil menahan air mata sampailah kat atas... hahaha.. over budak ni kan!



Sampai kat atas tu, bergambar jer lah.. habis, tak kan nak berlari melompat lak kat atas tu kan.. dah la jalan pun rasa seram jer.. nak bergambar pun berhati2 jer takut tercampak phone ke bawah time tu.. hahahha..




Pemandangan yang cantik! mata terpukau dengan kecantikan alam flora dan fauna daripada kawasan di atas puncak yang tinggi.. lupa sekejap apa yang berlaku masa nak naik ke atas.. lupa kejap pasal cable car tu..


Tapi bila Encik Adiey ajak turun bawah, rasa nak menangis balik.. membayangkan yang aku akan lalui perasaan takut tu sekali lagi.. puyalah lama nak ambik kekuatan untuk beratur naik cable car tu.. time turun tak ramai yang beratur.. dekat 5minit bertapa kat kawasan situ ambik kekuatan nak turun bawah.. hahaha.. memang over!



Naik jer cable car tu, budget boleh la nangis kuat kan sebab aku berdua jer dengan Encik Adiey.. sekali sebelum pintu ditutup, ada couple mat salleh naik sekali.. tapi couple ni yang dah berumur la.. masa naik tadi yang couple muda.. tapi masa nak turun tu perasaan takut x sekuat masa nak naik.. maybe sebab couple mat salleh tu rajin berborak.. siap dia tolong ambikkan gambar kitaorang.. so, tau2 jer dah nak sampai bawah.. 



So, pengajaran kalau nak naik cable car bagi yang penakut silalah berborakkkkkkk... borakkkkkk jer apa2 untuk hilangkan rasa takut tu.. kalau takut jugak, pejam jer la mata tu.. hahaha.. kalau suruh naik lagi rasanya macam tak nak lagi.. cukuplah sekali.. tapi tak taulah kalau ada rezeki ke sana betul2 tak nak naik atau tetiba berani macam perasaan aku naik parasailing sebelumnya tu.. hehehe..


Turun jer kat bawah, legaaaa sangat2.. sebelum balik, singgah beli cenderahati kat situ.. beli chocolate untuk bekalan dalam kereta sekali.. nikmatnya asik makan chocolate kat sana.. terus rasa nak duduk sana lama2 sebab chocolate banyak dan murah! hehehe..


Sebelum balik, singgah Telaga Harbour Langkawi.. lokasi tak jauh daripada Oriental Village.. kalau nak ke sana memang lalu tempat ni.. tak ada apa aktivit pun kat situ.. just nak lepak2 tengok kapal cantik2.. feeling2 ada kapal sendiri.. hehehe..


Next entry - Dataran Lang, Langkawi
Photobucket