Monday, June 2, 2014

Percutian Di Langkawi - MARDI Agro Park

Lepas seronok membeli dekat Beras Terbakar, kitaroang menuju ke MARDI Agro Park, Langkawi.. lokasi agak sukar nak dicari.. signborad dah nak dekat baru ada.. so, kali ni kitaorang harapkan GPS dan peta pelancongan sahaja.. sebab kawasan nak ke sana lalu kawasan perkampungan, ada gak la kitaorang berhenti tanya orang sebab risau salah jalan since banyak kawasan rumah jer..

Tiket masuk ke MARDI hanyalah RM5.00.. masa sampai tak ada orang pun kat situ.. hahaha.. mula2 macam kelakar gak la sebab tak ada orang kan.. tengah tunggu tram nak bawak jalan2 pusing MARDI tu ada la pasangan mat salleh yang datang ke situ.. tunggu tram dalam 5 minit..

Baru jer naik tram tu, tour guide tu dah hadiahkan kitaorang gelang & cincin yang diperbuat daripada daun kelapa... hehehe.. unik sangat kan? katanya sebagai tanda perkenalan dan penghargaan daripada pihak MARDI.. bagi kita orang Malaysia maybe biasa jer benda ni tapi bagi pasangan mat salleh yang ada sekali dengan kitaorang memang agak unik la.. diaorang nampak friendly tapi aku tak terlupa lak nak bergambar sama.. maybe sebab masing2 seronok makan buah free kat dalam MARDI ni.. hahahha..



First pit stop adalah kawasan pokok cempedak.. mula2 dia explain dekat mat salleh tu.. then terangkan kat kitaorang pulak.. tour guide ni sangatlah peramah ok.. lupa lak nak tanya nama & ambik gambar dgn dia.. tapi sepanjang perjalanan memang kitaorang gelak jer.. ada jer yang dia borak dan cerita.. padahal kalau nak ikutkan tak perlulah dia beria terangkan kat kitaorang kan sebab kitaorang ni dah kenal banyak pokok kat sana tapi still dia terangkan.. lepas terang dalam Bahasa Inggeris, terang dalam Bahasa Melayu lak.. 



Dia suruh kitaorang posing ikut gaya yang dia suruh.. kitaorang pun ikutkan jer la walaupun pelik mulanya.. bila dah sudah tu, tengok balik gambar yang dia ambik, tergelak2 kitaorang.. hahahhaha.. so cute!!! dalam tram kitaorang gelak2 jer.. teknk bergambar dia tu buat gambar tu jadi unik la kan.. aku pernah gak nampak gambar ni kat blog blogger lain.. tapi Encik Adiey tak pernah, so dia teruja lebih la..hehehe.. 

Next pit stop berhenti makan buah.. katanya kalau tengah musim buah-buahan lagi banyak buah boleh dihidangkan.. tapi masa kitaorang datang tu bukan musim buah so pilihan buah-buahan yang ada terhad jugaklah.. tapi mat salleh tu makan beria tau semua buah-buahan kat situ.. sedap sangat la kan.. hehehe..


Lepas dah kenyang makan buah, kitaorang ke ladang anggur.. kat situ boleh petik buah anggur sendiri.. ada buah yang masam, ada yang manis.. yang pasti sedap! seronok pulak petik buah anggur ni.. sebelum ni petik stoberi jer kan.. tapi kena pandai cari buah anggur ni sebab buahnya kecik dan terselit2 di sebalik pokok.. kalau anggur hijau lagi susah nak nampak sebab dah sama warna dengan daun pokok.. heheheh.. 
 

Ada jugak berhenti dekat kawasan pokok kelapa & nenas.. teruja betul mat salleh tu tengok pokok nenas.. tour guide ni siap suruh mat salleh tu buat2 gaya aksi panjat pokok kelapa.. tergelak2 diaorang.. 


Paling kelakar dekat area pokok belimbing.. macam2 gaya dia suruh kitaorang buat tau.. sampai aku kata dah x nak buat lagi sebab penat gelak.. hehehe.. Encik Adiey kemain seronok dia.. 


Sebenarnya yang buatkan MARDI ni best adalah bila korang dapat tour guide yang best.. sebab ada jugak aku baca cerita pengalaman blogger yang rasa tak berbaloi ke MARDI tu.. sebab tu aku kata, tour guide tu memainkan peranan yang penting.. untung kitaorang masa tu dapat yang ok.. memang mesra, peramah & baik hati.. nak balik siap dia petik bunga raya bagi kat kitaorang.. hahaha.. sempat jer tangan dia petik bunga kat tepi laluan nak balik tu..


Kitaorang memang puas hati la dapat gie MARDI ni.. sebab bukan jer dapat makan buah free, tapi tau tentang cara tanaman anggur & banyak lagi buah-buahan kat sana.. tram yang disediakan pun tak delah kena tunggu lama.. even kita ada 2 orang jer pun dia tetap bawak pusing2 MARDI tu.. kawasan MARDI tu luas yer.. so memang kalau suruh jalan kaki tak kan boleh habis pusing la.. 


Kalau ada sesiapa yang bercuti di Langkawi, rasanya boleh la singgah sekejap kat MARDI ni.. tak rugi pun.. anggap pengalaman yang tak selalu ada.. walaupun pokok-pokok kat situ majoritinya kita tau & pernah jumpa tapi sesekali nak pusing2 naik tram dekat dusun buah-buahan best jugak kan.. :)
Photobucket

Friday, May 30, 2014

Muka Suami Isteri Seiras Lebih Bahagia?

Ada beberapa kawan yang bagitau kalau kita nak selalu bahagia, kena ada minat yang sama dengan pasangan.. bagi aku, tak semestinya kena ada minat yang sama baru datangnya gembira dan bahagia tu.. cuma mungkin persamaan tu boleh memudahkan kita untuk buat apa yang kita minat tu..




Macam aku dengan Encik Adiey minat kitaorang tak sama.. yang sama maybe part suka berjalan dan tak reti duduk diam.. ada jer benda nak buat atau ada jer tempat nak pergi.. part lain banyak tak sama.. tapi Alhamdulillah setakat ni masih lagi ada keserasian tu..

Encik Adiey dia ni minat mengkaji & membaca.. kalau ada isu negara ke, isu semasa ke memang dia akan "google" untuk tau lebih lanjut.. nanti semua info tu dia share kat aku sebab dia tau aku memang tak ambik port tentang semua tu.. aku tau "tajuk" isu tu jer.. kalau ambik tau pun dalam 30%.. selebihnya, aku dengar jer cerita Encik Adiey.. hehehe..

Encik Adiey suka alam semulajadi.. tak kira berkaitan haiwan, pokok, gunung atau laut.. sebab tu kalau nak ke tempat macam zoo tu dia suka.. pergi banyak kali pun dia suka.. siaran TV kat rumah tu asyik la National Geography.. hehehe.. aku suka tapi tak terlalu mendalami.. kalau pemandangan tu cantik, aku suka lah.. tapi setakat suka dan bukan nak ambik tau sangat sejarah asal usul tempat tu ke..kalau haiwan contohnya, aku tau tu burung.. tapi tu burung merpati ke, helang ke, merbok ke aku tak berapa ambik tau sebab bagi aku cukup aku tau tu burung.. hehehehe..

Aku bukan jenis yang lasak.. memang jenis yang tak suka pada aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal.. hahahha.. Encik Adiey ok jer semua tu.. boleh jer dia join kawan2 buat aktiviti lasak.. aku rasa sebab aku ni anak bongsu yang selalu mengada2 sebab tu terlebih manja.. semua benda nak senang.. hahaha..

Muka seiras lagilah tak ada kat kitaorang ni.. warna kulit pun cukup dah jauh beza. risau isteri ni bila suami lagi cerah... hahaha.. pakai baju warna apapun dia sesuai.. aku ni kulit gelap, pakai warna terang nanti nampak tenggelam sangat.. dah la rendah, lagi bertambah rendah keyakinan aku nanti.. hehehe.. cuma ramai yang kata muka aku & Encik Adiey sama bulat.. hahhahaa.. 

Banyak jer lagi perbezaan kitaorang.. tapi x kan nak list semua kan.. cuma apa yang aku nak cerita, walaupun minat kita dan pasangan tak sama itu tak bermakna kita tak serasi.. sebab keserasian tu bukan datang daripada minat yang sama apatahlagi muka yang seiras.. cuma kalau ada minat yang sama atau muka seiras tu orang akan nampak kita ni sehati sejiwa la..

Tapi, tak bermakna yang tak sama ni tak sehati sejiwa.. sebab kadang tu perbezaan tu yang melengkapkan sebuah perkahwinan.. kalau dua2 minat masak contohnya, nanti boleh pulak banding2kan masakan siapa paling sedap.. nanti isteri masak suami tak puji pulak sebab dia rasa dia masak lagi cepat, pantas dan sedap! sentap pulak isteri tu nanti.. tu contoh yer.. tapi realitinya, isteri memang suka suami yang pandai memasak..hahahha..

Perkahwinan adalah untuk melengkapkan kekurangan.. setiap orang ada kekurangan.. so, pasangan kita boleh bantu kita untuk tutup kelemahan yang kita ada.. kalau bukan pasangan yang bantu untuk kurangkan kelemahan kita, siapa lagi kan? 

Jadi, jangan ingat muka yang seiras atau minat yang sama boleh menjamin 100% kebahagiaan.. sebab kalau kita ikhlas sayang orang tu, selemah mana atau sekurang mana diri dia, kita tetap boleh terima.. daripada situlah datangnya kemesraan dan kebahagiaan.. insyaAllah..

Salam sayang untuk semua ;)

Photobucket

Thursday, May 29, 2014

Percutian Di Langkawi - Kilang Minyak Gamat Nusantara & Beras Terbakar

Destinasi selepas Underwater World Langkawi adalah Kilang Gamant Nusantara.. lokasi adalah jalan menghala ke Hospital Langkawi.. sepanjang jalan tu ada bunting kat tiang lampu.. selagi korang jumpa bunting tu, selagi tu korang belum sampai.. 

Kalau dari Pekan Kuah, lokasi Kilang Gamat adalah di sebelah kiri dan kalau dari Pantai Chenang atau Padang Mat Sirat, lokasi adalah belah kanan yang mana korang kena buat pusingan/u-turn untuk ke kilang tu..


Sampai kat Klilang Gamat, harulaslah posing dekat botol gamat gergasi depan kilang tu.. besar ok botol tu! so, daripada jauh memang kita boleh nampak botol ni.. gerenti tak sesat punyalah.. hehehe.. lokasi kilang gamat ni betul-betul tepi jalan besar.. kawasan parking agak luas.. ada jugak gerai minuman..





Banyak giler pilihan produk berunsurkan gamat dekat kilang ni.. sabun ada, shampoo ada, shower cream gamat ada, minuman gamat ada, gel rambut gamat ada & macam2 lagilah! harga dah tentu jauh lebih murah.. dah kata beli terus dari kilang kan.. kalau beli lagi banyak, lagi banyak diskaun diberikan.. kebanyakan yang datang sini wajib la beli berbotol-botol minyak gamat warna kuning tu.. 



Dekat situ, kitaorang banyak borong cream gamat.. warna pink ok! tau pun daripada Yannie.. sebab dia kirim, sebab tu aku pun beli.. memang best pakai.. sebab aku ni cepat sakit kaki, maklumlah berat badan tak sesuai dengan ketinggian.. hahhahaha.. so, bila lenguh2 jer kaki ni, sapu cream gamat tu.. tak berapa panas pun cream ni, berangin yang menenangkan.. 



Sebelah tempat jualan barangan gamat ni ada kilang buat gamat.. panas sangat tempat tu.. tempat tu open, pintu tak tertutup.. risau lak aku kalau ada budak kecik masuk dalam tu.. eeiii, mintak dijauhkan.. so yang bawak anak2 ke situ, bagi lebih perhatian cikit kat anak2 yer.. takut diaorang main2 kat kawasan buat minyak gamat tu..


Lepas dah seronok memborong gamat, kitaorang menuju ke perkampungan Beras Terbakar.. ha, kat sini harga cenderahati lebih murah yer.. kalau korang rajin tawar menawar memang lagi boleh dapat murah.. baju tidur kelawar tu murah2 kat sana, cantik2, kain sedap! kain batik tak payah cakap la.. yang high kualiti murah2 jer kat sana tau.. 



Dekat sini tak de buat apa sangat pun.. just tengok kawasan beras terbakar tu jer.. tu pun dah takde berasnya kat laman tu.. tapi ada la 1 bekas yang dah diasingkan untuk bukti sejarah.. ada jugak rumah yang kampung lama yang cantik kat kawasan Beras Terbakar tu.. cumanya memang best beli cenderahati kat sini.. sebab diaorang bagi harga yang berpatutan & kita boleh tawar menawar.. seronok!


Next entry - Mardi Langkawi, tempat makan pilihan dan shopping chocolate!

Photobucket

Wednesday, May 28, 2014

Pinky Girl Zana Adieyza


Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. 


Pepatah yang rasa sangatlah sesuai untuk menerangkan gambar kat atas.. kalau siapa yang rapat dengan aku, mesti tau yang aku memang peminat tegar warna pink.. jadi, bila ada anak dara haruslah jebakkan diri diaorang minat warna pink..


Intan daripada kecik aku memang suka hasut kakak aku belikan dia barang2 warna pink.. yer la, masa tu aku x kerja lagi so tak dapat nak belikan dia apa2 kan.. so suruh mama dialah beli.. hehehe.. bila dah kerja, belikan dia handphone pink, baju pink, handbag pink, cincin pink dan macam2 lagi semuanya warna pink.. nasib baik sampai ke besar dia still minat pink.. takut "derhaka" dengan acu la tu tetiba nak suka warna lain kan? hahahha..


Alya pulak dari kecik memang aku banyak belikan dia barang warna pink.. dari baju, teddy bear dan apa2 mainan semuanya konsep warna pink! nasib dia pun suka jer.. hehehe.. dan insyaAllah selagi aku mampu, cuba untuk belikan dia barang keperluan lain setiap bulan.. dah anggap macam anak sendiri dah.. harap2 sampai besarlah Alya suka warna pink yer sayang..


Even ada yang kata pink tu hanya untuk budak2, aku tak rasa kita boleh buat kesimpulan macam tu jer.. sebab pink buatkan kita nampak lebih feminin.. secara automatik, aura awet muda tu akan ada sedikit sebanyak mempengaruhi jugak.. feeling2 muda even hakikatnya umur dah nak masuk 30 tahun.. hihihihi..

Tak kisah orang nak kata perasan muda ke apa.. asalkan kita suka warna tu teruskan jer.. selagi kita selesa dengan apa yang kita suka, teruskan.. asalkan kita jangan jadi mangsa fashion sudahlah.. biarlah pakai sesuatu yang selesa & ikut kemampuan.. tak gitu?

Pink memang buatkan aku rasa lebih "muda" drpd usia.. :)
Photobucket

Percutian Di Langkawi - Underwater World Langkawi

Hari terakhir di Langkawi.. awal pagi lepas breakfast dah check out dari resort.. sebab memang plan nak berjalan sampailah nak naik flight malam tu.. hehehe..


Lokasi pilihan pagi tu adalah Underwater World Langkawi.. kalau ikutkan harga asal adalah RM30 seorang.. tapi aku gunakan pas kerja untuk dapatkan diskaun.. lepas diskaun adalah RM24.. so kalau ada penjawat awam yang berhasrat nak pergi situ, make sure tunjukkan pas kerja korang untuk dapatkan diskaun yer.. 

Again, Encik Adiey memang agak teruja masuk sini.. pulak tu dari awal masuk dah banyakkkkkkk ikan kat dalam tu.. cantik2 ok ikan kat situ.. jangan tanya aku ikan apa, sebab aku x berapa ingat dan ambik tau sangat.. hahahha.. yang aku tau itu adalah ikan.. kalau tanya Encik Adiey mesti dia bagitau tu ikan apa, ni ikan apa.. hehehe..


Dekat dalam tu jugak ada anjing laut.. suka benor nak dapat ambik gambar anjing laut tu.. tak reti duduk diam tau.. lagi ramai orang, lagilah dia tunjuk hebat dia ke sana ke sini.. hehehe.. comel sangat! boleh tengok pinguin comel2 kat dalam tu.. seriussssss comel sangat.. rasa nak bawak balik jer..
 


Ada satu area tu, kita berjalan di bawah ikan2 tu.. ada terowong besar yang mana kat bahagian atas ada akuarium berkaca untuk laluan ikan2 tu dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.. serius best sangat! ikan besar2 lak tu.. 



Masa kitaorang pergi tu, memang tak ramai orang.. sama ada sebab kitaorang pergi awal pagi atau memang tak ramai yang berminat nak datang.. dan majoriti yang datang mesti ada bawak kanak-kanak.. kitaorang jer berdua.. hehehe.. 



Kalau dah sampai situ, jangan lupa sign dekat board pelawat tu.. hehehe.. adalah bukti kita dah sampai sana.. tapi ruangan tu dah nak penuh.. kena pandai selit2.. tak pun, tindihlah tulisan orang lain.. hahhaha..


Tempat ni sesuai kalau bawak kanak-kanak.. sebab diaorang dapat belajar banyak tentang hidupan dalam laut.. aku sendiri teruja bila dapat tengok banyak hidupan bawah laut kat situ.. sebab kebanyakannya adalah yang kita tak pernah jumpa.. unik, pelik tapi sungguh mengagumkan.. so, tak rugi masuk ke Underwater World ni untuk merasai pengalaman baru yang berharga.. :)

Next entry - Beras Terbakar dan Kilang Gamat
Photobucket