Wednesday, March 16, 2011

Aku tau ko tengah baca entry aku

Aku tau ko tengah baca entry aku ni.. aku tau setiap hari ko jenguk blog aku.. jenguk blog ni semata2 nak tau perkembangan diri aku supaya senang ko nak cari point untuk burukkan aku..

Aku tau ko tengah baca entry ni.. kalau boleh setiap minit ko nak masuk blog ni kan.. kalau ada cerita tentang aku & encik suami, panassssssss jer hati ko kan.. mana x nya, ko cemburu dengan kebaikan, keromantikan, ke
machoan, kecaringan encik suami aku kan?? maklumlah, ko x cukup mendapat kasih sayang seperti aku kan..

Aku tau ko tengah baca entry ni.. agaknya ko mesti selalu panassssss & rasa nak menangis kan setiap kali keluar cerita tentang betapa mesranya hubungan aku dengan encik suami & hubungan aku dengan orang sekeliling aku.. setiap kali baca entry2 aku, agaknya mesti ko rasa panasssssss & sentap jer kan..

Aku tau ko tengah baca entry ni.. agaknya ko makin panassssss dengan aku sebab ko rasa kedudukan ko macam dicabar2 kan?? aku bukan jenis yg suka menyusahkan orang lain.. kalau aku ada, aku buat cara ada.. kalau x ada, buat cara x ada..


Aku tau ko tengah baca entry ni.. mungkin lepas entry ni keluar, agaknya setiap saat la ko nak masuk blog ni untuk tengok apa yg aku update kan.. tapi aku x kisah la.. sebab tu tandanya aku ni diberi perhatian oleh ko.. sebab aku pun memang x kan beri perhatian kat ko kan.. so bila ko bagi perhatian kat aku macam ni, bangga la kejap aku ni kan..


Aku tau ko tengah baca entry ni.. sebab ko rasa melalui cerita2 dalam blog ni akan bagi ko peluang untuk dapatkan lebih dari apa yg aku dapat kan.. tapi, aku x kisah pun.. sebab tu semua rezeki masing2 kan.. percayalah dengan ketentuan, rezeki & takdir Allah.. bukannya hasad dengki dengan kebahagiaan orang lain..

p/s: first time buat entry macam ni.. entry ni hanya "orang" tu seorang.. maaf pada yg x berkenaan..


Tuesday, March 15, 2011

Romantika Shah Alam

Last week berkesempatan untuk ke kedai Romantika di Shah Alam.. first time aku gie kedai Romantika Shah Alam ni.. sebelum ni asyik dengar orang bercerita jer tentang kedai Romantika ni.. memandangkan aku & encik adiey memang x biasa sangat area Shah Alam tu, so memang ada masalah jugak la nak cari jalan ke kedai ni kan..

Tapi last week berjaya jugak aku sampai kat kedai Romantika tu.. tu pun aku mintak pertolongan adik ipar & biras aku untuk tunjuk jalan.. sedaya upaya jugak la nak mengingat jalan tu.. sepatutnya aku set kat GPS terus supaya lepas ni boleh follow balik jer jalan tu.. tapi terlupa la.. hihihihi..

Sampai kedai Romantika, agak teruja.. maklumlah banyak sangat barangan yg cantik2.. bunga pun banyak pilihan.. harga pulak berpatutan.. aku kata murah sebab ada jugak barangan kat situ yg aku pernah beli melalui online.. jauh beza harga beli online & harga kat kedai Romantika tu..


Since first time gie situ, so kebanyakan masa digunakan untuk survey harga.. so next time nak pergi senang.. terus ambik mana yg dah ada dalam list..



Tapi alang2 dah sampai tu, sempat juga sambar Wall Clock kat kedai tu.. tu pun sebab Wall Clock kat rumah ada 1 jer.. tu yg beli untuk tambahan..


Pada sesiapa yg memang minat menghias rumah terutamanya rumah berkonsepkan Inggeris, memang sesuai untuk beli barangan hiasan kat kedai Romantika ni.. walaupun rumah aku ni bukannya konsep Inggeris, tapi still berminat nak pergi kedai ni..

Kedai Romantika yg aku pergi ni kira cawangan jer, berhadapan pejabat pos besar & berhampiran PKNS.. nak lagi banyak pilihan, boleh pergi kedai Romantika di Alam Sentral Shah Alam.. yg dekat Alam Sentral aku x sempat pergi lagi.. insyaAllah kalau ada masa boleh jugak terjah kat sana..

p/s: kalau ada sesiapa yg tau tempat jual barangan perhiasan & bunga hiasan, boleh la share yer..



Hikayat Merong Mahawangsa

Sabtu yg lepas, sempat meluangkan masa untuk tengok movie Hikayat Merong Mahawangsa.. cadangan awal nak tengok movie ni hari Rabu ni.. sebab tiket murah kan.. tapi sebab ayah mertua beria ajak tengok movie ni, so cadangan awal terpaksa dilupakan..

Beli tiket movie dekat The Summit.. beli 11 tiket untuk tengok movie ni.. disebabkan beli agak lewat, so dapat seat yg agak depan cikit.. but still ok since hall besar.. masa beli tiket tu memang nampak kebanyakan seat dah penuh.. maklumlah, cerita baru kan.. lagipun promo untuk movie ni pun x kurang hebatnya..


Awal2 movie ni aku agak lambat nak faham.. hihihi.. masuk 15 minit movie baru aku layan sepenuhnya movie ni.. masuk 30 minit movie, makin teruja pulak tengok aksi2 dalam movie tu.. sampai lupa mak mertua duduk sebelah.. hihihi..

Memang aku puas hati la dengan cerita.. even ada yg kata movie ni agak "cartoon" dengan CGI tu.. tapi kalau kita cuba fikir balik, patutnya kita bangga dengan cerita ni sebab bukan mudah nak menghasilkan cerita macam ni kat Malaysia.. banyak jugak aksi2 yg buatkan darah berderau.. so x rugi rasanya tengok movie ni..


Bagi aku, movie ni memang perlu disokong.. sebabnya, x ramai pengarah yg buat movie genre action macam ni.. movie ni ditayangkan dekat 72 buah negara, so rasanya kita perlu bangga dengan pencapaian ni kan..



Tahniah utk KRU Studio sebab berjaya menghasilkan filem Hikayat Merong Mahawangsa!!

Monday, March 14, 2011

Weekend Bersama Famiy In Law


Hari ni lambat cikit taip entry baru.. sebab awal pagi dah attend meeting.. balik meeting ni terus sedaya upaya nak publish entry baru..

Jumaat yg lepas, family in law ada datang Lovelyhome.. dapat tau yg family in law nak datang sejam sebelum tu.. nasib baik rumah dalam keadaan ok since last week memang mood kemas rumah agak terlebih.. hihihi..

Sabtu bangun macam biasa.. agenda pagi tu nak hantar rombongan meminang adk ipar aku.. majlis ni serba ringkas sebab last minute baru plan.. tapi tetap meriah..hantar rombongan meminang ke Sungai Besar, Selangor.. jauh gak perjalanan dari Putrajaya nak ke sana.. tapi berbaloi2 gak la sebab dapat makan yg sedap2.. hihihi..


Petang tu ayah mertua ajak semua tengok movie.. risau la jugak takut x ada tiket sebab dah petang kan.. lagipun ayah mertua nak tengok movie Hikayat Merong Mahawangsa.. citer kan baru jer kelaur, so tiket mesti banyak sold out.. tapi try jugak cari tiket dekat GSC USJ..

Nasib baik ada lagi tiket.. dah la nak tengok wayang 11 orang kan.. ada masa sejam setengah sebelum movie tu start.. masa ni husband bawak anak buah masuk kedai permainan.. memang niat nak belikan hadiah untuk si kecik tu since 8/3 hari tu birthday dia.. dah setahun budak kecik tu.. sangat lincah & debab!! orang kedai permainan tu pun semua berebut2 nak dukung si kecik tu..

Budak kecik tu minat sangat cartoon Barney dalam kedai tu.. sebab cartoon tu boleh nyanyi dengan suara yg comel macam mak ngah dia (mak ngah dia aku lah.. hihihi) berjoget sakan budak kecik tu dengar lagu si Barney tu.. semua orang pun dia ajak berjoget..

alahai, comel betul budak kecik tu..



COMEL!!!!

p/s: Entry tentang movie Hikayat Merong Mahawangsa tu nanti aku buat yer.. ada keje urgent nak kena siapkan..

Friday, March 11, 2011