KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan  sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia  (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat —  yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.
Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 —  yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.
Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama  sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu  Pembangunan Kompetensi (Prospek).
“Difahamkan  agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem  saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim  gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah  sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.
Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa  kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar  bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.
Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu  sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100  peratus.
Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan  bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju  memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru)  juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan  gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”
“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu  peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs  pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu  lapis dengan memansuhkan SSB. Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.
“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan  diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak  menjadi kenyataan.
“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar  kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300  hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber  itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan  boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.
“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara  lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai  40 peratus,” kata sumber itu lagi.
Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah  kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan  kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan  Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan  dikekalkan.
SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB)  yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.
SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan  secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai  kuota.
Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan  wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu  kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali  lagi membawa kepada kontroversi.
The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.
Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan  bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang  kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.
Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu  melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur  oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.
Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.
Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa  1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan  oleh panel penilai yang berwibawa.
Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan,  dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi,  fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.
P/S: ramai yang x sabar nak tunggu budget diumumkan Jumaat depan..  
wah yeker,,kalau macam tu gaji naik la kan.hehe bestnya...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteowh really?hope to hear gud news soon..hehe
ReplyDeletewahh... naik lg gaji gomen ye.. tahniah2..
ReplyDeleteUntungla pekerja kerajaan.. ;)
ReplyDeleteMySuaraBlog: Pekerja Yang Dah Tua Kerepot
alhamdulilah kalu gaji naik.jgn barang naik juga sudehhhhh...
ReplyDeleteharap2 menjadi kenyatan ya zana..kak ita tunggu dan lihat aje..sekarang ne..tak sabar nak tahu ne...
ReplyDelete