Monday, March 26, 2012

Tips Penjagaan Tudung


Penjagaan tudung sangat penting untuk memastikan jangka hayat tudung lebih lama.. tak kisah la tudung tu mahal atau murah, mesti dijaga sebaiknya..


Jom cuba 10 tips penjagaan tudung yang boleh kita amalkan adalah: 

- Sebaik-baiknya,cuci tudung terutama selendang dengan tangan menggunakan bahan pencuci yang lembut dan diikuti bahan pelembut fabrik.

- Elakkan basuh tudung menggunakan mesin basuh. Jika cuci gunakan mesin basuh, gunakan mode sama seperti membasuh pakaian yg lembut seperti sutera.

- Elak daripada mencuci tudung dengan pakaian lain.

- Selendang cukup sekadar direndam seketika dan dibilas lembut sewaktu mencuci.

- Jangan berus tudung! Cukup sekadar celup dua atau tiga kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

- Hanya gunakan jari dengan menggosok perlahan-lahan pada kekotoran di tudung.

- Jemur tudung di tempat redup.

- Jika selendang atau tudung mempunyai aksesori, elakkan merendam keseluruhan selendang/tudung itu untuk mengelakkan aksesori berkarat. Sebaik-baiknya pegang aksesori itu dari terkena air atau jika perlu membasuhnya, hanya celup seketika. 

- Jika menggosok tudung, gunakan suhu rendah kerana fabrik tudung sangat lembut dan nipis.

- Jika tudung awning, digalakkan menyimpan tudung dengan menggantung tudung menggunakan hanger atau lipat bahagian bawah tudung dan bukannya bahagian awning.

Selamat mencuba!

Photobucket

10 comments:

  1. I basuh guna mesin basuh je Zana.Almaklumlah, tudung sume harga murah2, takde yang ratus2. =p

    ReplyDelete
  2. sama la kite.. selendang buat muka BE bulat juga tp mmg selesa walaupun kene lilit2 byk kali..hehe

    ReplyDelete
  3. bulat , selesa dan cantik, tema kite Zana, hahahaha....

    ReplyDelete
  4. aah kn jnji selesa, kalo lonjong camaner pon kalo mcm xselesa watpe...hehehe

    ReplyDelete
  5. bulat pun bulatlah..janji comel...eka kalu pakai camne...rasa cam pelik.tgk org pakai cun jer

    ReplyDelete
  6. kalau rina basuh sendiri je...hehehe...kwn pnh hntr dobi tudung fareeda tu... habis batu tertanggal..dah la byr mahal kan... kesian dia..dkt 10 helai gak tudung dia rosak...

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..