Wednesday, April 25, 2012

Khasiat Belimbing = Star Fruit





Bila kita potong buah belimbing tu, makin terserlah bentuk star tu kan? sebab tu dinamakan star fruit kan? ke sebab lain? huhu..

Sejak kebelakangan ni makin suka pulak makan belimbing.. tu yang siap ambik gambar lepas potong buah belimbing.. encik adiey dah faham sangat perangai blogger ni.. hihihi.. kalau  mula2 dulu ye lah dia pelik.. apasal semuanya aku nak ambik gambar? hihihi..

Kat cafe bawah ni x ada pulak jual buah belimbing.. asyik2 jambu, nenas, mangga, betik & tembikai.. masa musim buah ciku dapatlah merasa makan buah ciku.. sekarang ni dah lama x ada buah ciku.. 

Since dah suka tu kan, marilah kita meng"google" khasiat buah belimbing.. rupanya banyak gak khasiatnya kan.. so, lepas ni boleh la makan selalu..

"Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur. Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam: menurunkan tekanan darah tinggi, anti oksida, anti kanser, melancarkan pencernaan, menurunkan kolestrol dan membersihkan usus.

Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap duahari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus, kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.

Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkandemam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh masyarakat India untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diekstrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata .

Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.

Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah.Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala."

Sumber : Khasiat buah belimbing

Nota Cinta: beli rojak buah kat cafe tengahari tadi.. selalunya sedap jer.. ntah kenapa hari ni rasa x sedap.. terus balik ni nak buat rojak buah sendiri la.. 

Photobucket

6 comments:

  1. ooo gitu ye,dulu masa kecik2 depan umah byk,buat baling2 je. sekarang dh tebang pokoknya,dah kene beli, mcm lawak pun ade, tapi belimbing ni besar khasiatnya kan..lepasni mkn dengan penuh nikmat dan yakin berkhasiat! :))

    ReplyDelete
  2. sedapnya belimbing!! lama tak makan..ni kalau cicah garam ni sure best..nyum nyum =)

    ReplyDelete
  3. cicah dengan kuah rojak sedap ni...
    terliur pulak...
    tq for info

    ReplyDelete
  4. ros masa pregnt ari tuh pulun gilos dgn belimbing nih.. hahahah :P

    ReplyDelete
  5. eh Zat kapur? tak pernah pulak Nita tau zat kapur ni. huk. Biasa zat besi tu jer.. hee. Belimbing ni tak gemar sangat, tapi buat air dia sedap!!!

    ReplyDelete
  6. kt kg nk mkn ambik cmtue je kat pokok tp kat cnie nk beli mmg x lah..haha..

    ReplyDelete

Thanks pada yang sudi meninggalkan komen.. really appreciate it..