Pernahkah anda mandi bersama-sama isteri/suami anda? Kalau belum, anda patut mencubanya. Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri.
Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri. Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam –manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud : "Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)
Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.
Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan; "Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)
Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan.
Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam.
Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok. Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).
Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim.
Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. Jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya. Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.
Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami. Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.
Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.
Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.
Ya, memang amalan yang sangat2 bagus.. bila dilakukan setiap hari, rasa janggal bila x dilakukan.. kenapa perlu malu? kekasih halal kan..
Untuk yang masih belum ada rezeki anak, masa berdua ni lah patut dilakukan setiap hari.. untuk yang dah ada anak, jangan jadikan alasan untuk mengelak dari melakukannya, cuma jadikan ianya sebagai rahsia anda berdua tanpa diketahui oleh anak2.. insyaAllah, hubungan akan lebih mesra, bahagia dan romantik selalu..
lame dah tak mandi same opss~
ReplyDeleteheheh~ kalo ade masa, leh spend, InsyaAllah...
best le kan kalo umah kite de bathtub,heeee~
Haa pulun2, nnt dah ade anak kecik susah sikit la.. Hahhaa :p
ReplyDeleteglup!
ReplyDeletedulu masa x der anak selalu mandi 2gether
ReplyDeletebut now anak dah besar byk mulut hahahaha
hehehe
ReplyDeletemmg nak praktikkan pown nnt bile da kawen . hik hik (gatal)
ReplyDeletemain bersama??..auuwww..ade bathtub okayh..errrkkk!!..larik!!!..hahaha..
ReplyDeletedari hari pertama kawin sampai hari ni (eh, pagi ni), yani mmg mandi bersama dengan suami. kalau dah sampai rumah, yani sanggup tunggu suami balik, baru mandi sama-sama. tapi kalau dah letih sgt dan badan melekit, mmg mandi dulu....heheh....best apa mandi dengan suami....
ReplyDeletesama la pulak perangai kita.. hihihihi.. mmg terapi yg balik lepas penat blk kerja dpt spent a good quality time bersama yg tersayang..
Deletebetul tu zana, memula dulu memang la rasa kekok, nak mandi kat rumah mertua pun rasa macam segan. masa rumah ramai org, memang masign-masing sengih2 bila tengok kami masuk dan keluar dr bilik air serentak.
Deletesyok sgt masa mandi boleh tolong sama-sama gosok badan, tolong syampukan rambut dan gurau2 manja. masa ni la paling sesuai nak luahkan segala masalah dan rasa tak puas hati, masa tu hati masing-masing tgh tenang dan boleh terima teguran.
yup, amalan yang sangat bagus tapi bilik air sempit, tak selesa nak mandi berdua hihihihi
ReplyDeleteSelalu gak mandi sama especially kalau nak cepat. Sorang mandi kat shower, sorang mandi kat kolah.Heheheh. Kalau ada adegan gosok menggosok, alamat lambat ke opis la jawabnya..heheheh
ReplyDelete:)
ReplyDeletetak pernah buat lagi tapi tahu ia sangat baik untuk hubungan suami isteri...
ReplyDeletealhamdulilah setakat nie memang diamalkan walaupun kat kg..hehehe
ReplyDeletekak ita pernah buat tapi tak kerap..malu lah anak-anak dah besar..selalu marah kak diana dan aqil mandi bersama coz dah besar...nak terangkan anak-anak ne payah...
ReplyDeletehuhuhu..chinta pun sama..janggal bila xmandi sama..harap2 berkekalan sampai bila2 kan zana
ReplyDeletedulu2 slalu tp kini idak lg..anak2 dh bsr ..bahaya..kihkih
ReplyDelete